PLUS @ Melaka.
Baru tahu kat Lebuhraya Utara Selatan kat Melaka dah takde had laju 90km/j. Bulan lepas masih lah had laju 90km/j.
Hari Jumaat lepas aku ke Putrajaya. Sampai kat Melaka (kat persimpangan ape ntah, dah lupa), aku dah bersiap sedia untuk kurangkan laju ke 90km/j. *pemandu berhemah la katekan. ;p
Tapi tak jumpa2 sign 90km/j tu. Sedangkan dah sampai ke kilometer yang biasanya ada had laju tu. Dah nak sampai Seremban pun takde jugak. Rupa-rupanya memang dah takde had laju tu kat Melaka. Dah jadi 110km/j rupanya.
Lega had laju kat sini dah dinaikkan. Boleh jimatkan masa la. Lebih2 lagi kalau outstation dan tengah kejar masa. Yerlah, lagipun tak logik la kalau kat lebuhraya nak letak had laju 90km/j. Tapi logik tak logik pun, tetap kena ikut. Tetap kena patuhi had laju. Kalau tak? Kalau tak.....kena saman speed trap la ape lagi. Hahaahh~
Dua bulan lepas kot, bos aku kena saman speed trap kat sini. Bawak 110km/j kat had laju 90km/j. Kalau ikutkan, 110km/j tu dah normal la kalau kat highway. Tapi sebab kat situ had laju 90km/j, nasib la kan. huhu~
Ehh tapi kat sini memang banyak pun signboard "AWAS OPERASI HAD LAJU". Kecik2 jer pulak tu signboard dia. Pastu letak kat celah2 pokok kat divider. wth la kan. Tapi sebelum ni lagi kecik kot.
Ape2 pun, patuhi lah had laju. Walaupun kita rasa tak munasabah, tapi rules is rules. Kalau langgar peraturan, sila la tanggung padahnya. Kalau kena keluarkan duit bayar saman jer takpe. Tapi kalau kena "bayar" ngan nyawa, camane? Atau lebih teruk, melibatkan nyawa orang lain juga. Mintak dijauhkan.
.
Tweet
4 comments:
dah takde ke?bagus la.jalan lurus tp nk kne bwk 90.fuhh, memang sabar je tahan kaki nk tekan pedal minyak tu.hehe
iyaa.ddrive carefully. jgn over drift yeaaa. nina pernah kena speedtrack kt highway bentong. igtkan 110km/j. ghuponya 90km/j jeaa. adeh
assalamualaikum ... tu sbb ada istilah , rasa mcm bodoh jer kat hway kena drive 90km/j ... heheheeee
assalamualaikum ... tu sbb ada istilah , rasa mcm bodoh jer kat hway kena drive 90km/j ... heheheeee
Post a Comment