Monday, May 27, 2013

Weekend yang penat

Salam pagi Isnin. 

Isnin yang sangat malassssss. Eh, aku yang malas sebenarnya. Sangat penat. 

Semalam sampai dari Ho Chi Minh. Depart kat Changi Airport. Sampai rumah dalam pukul 10malam. Mengantok + penat toksah cakap lah.

Sampai rumah, nak makan pun dah tak larat. Nak suruh hasben urutkan pun dah tak mampu berkata2. Hahahaaa~ Sampai camtu sekali penatnya. 

Dan harini, kena keje. Blerghhhh~  x_x 

Oh ya, masa pegi Ho Chi Minh, berat luggage 11.3kg. 

Tapi masa balik, berat luggage 19.5kg (hampir sampai limit 20kg), hand luggage 8kg (lebih 1 kg), tambah lagi hand bag yang berat dan satu plastic bag yang terpaksa mintak tolong office mate bawak, sebab sorang boleh bawak 2 beg jer untuk masuk kat cabin. 


 Ni malam sebelum balik. 
Pagi semalam sempat lagi beli barang kat Bến Thành Market sebelum bertolak ke airport. 
*maaf, kualiti gambr kurang memuaskan*



Shopping macam hape dah aku nih. Tapi takpe, yang penting puas hati & dah belikan something untuk semua orang. Err....tapi itu pun ada lagi yang aku nak beli, terpaksa tahan nafsu sebab dah tak muat beg. Barang yang ada ni pun aku terpaksa tekan2 beg tu baru boleh zip. Adehhh....

Barang tak sempat nak unpack lagi. Semalam Encik Suami mintak aku keluarkan barang sebab dia nak tengok apa yang aku beli. Tapi aku hanya mampu tengok dia & buat bodoh jer. Tak larat nak layan. hahah~ ;D 

Maybe malam ni baru keluarkan barang. 

Weekend yang penat. Tapi berbaloi. 


Pelangi di awan biru.



Ok,  bye. 

Thanks for reading. ;) 




.

Thursday, May 23, 2013

ke Ho Chi Minh


Hello lovelies.

Ini scheduled entry yer. Sekarang ni maybe aku dalam bas dari Johor Bahru menuju ke Changi Airport, Singapore. Dari Changi Airport naik Vietnam Air, terus ke Tan Son Nhat Airport, Vietnam.

We're heading to Ho Chi Minh City.

Ni aku ikut office trip jer. Berjauhan ngan Encik Suami selama 4 hari. Wuwuu... sedey~ -.-

So dua hari sebelum ni adalah sangat memenatkan. Maklumlah nak tinggalkan rumah, kena setelkan semua keje. Basuh & susun baju keje Encik Suami, supaya senang dia nak pegi keje nanti. Siapkan awal2 sebab nak berjauhan ngan dia 4 hari nih. Basuh baju aku, kemas rumah, packing barang ke Vietnam.

Oh...packing barang adalah sangat memenatkan dan paling pening, Sebab ape? Pening sebab nak pilih baju & arrange baju untuk sekian2 hari kat sana. Lagi pening sebab kena kurangkan baju & barang yang dibawa. Sebab matlamat ke Ho Chi Ming adalah untuk bershopping. Kalau dari Malaysia pun dah bawak barang banyak, nanti kang bila balik nanti terlebih kilo camane.

So kena la bawak baju sikit jer. Ini yang susah. Sebab aku memang failed kalau bab nak kurangkan barang dalam luggage. Biasanya mesti bawak banyak barang. Sampaikan kena tumpang dalam luggage Encik Suami. Huhuu~



Duit Dong dah tukar dari last week lagi.
Jadik jutawan kejap, pegang duit berjuta2. ;p



Review akan menyusul nanti. Doakan kami selamat pegi selamat balik.

Thanks for reading. ;)




.

Wednesday, May 22, 2013

Meatball Abang Burn


Hello dear readers.

Dah lama aku duk teringin nak makan meatball abang burn. Menu baru kat Burger Bakar Abang Burn. Eh, takde la baru sangat sebenarnya. Dah lama dah. Aku jer yang baru nak try. ;p

Sebelum ni dah baca macam2 review. Ada yang cakap sedap, berbaloi. Dan ada yang cakap so so jerlah rasa dia...

Jadi, aku pun teringin jugak nak makan. Dah lama cakap kat Encik Suami : "nanti kita pegi makan meatball abang burn ea". Tapi tak jugak pegi. Hari Selasa 3 hari lepas, baru ada kesempatan pegi Burger Bakar Abang Burn, kat B.Point. Lepas keje, Encik Suami ambik aku & terus merempit pegi B.Point.

Mine. Meatball. Finally.... ;)


Encik Suami order burger leleh jer.
Nak try yang biasa pulak katanya. Sebab sebelum ni dah try yang extra cheese.



Ramai jugak orang kat sini. Hampir penuh.


Rasa meatball ni ok la. Meatball dia best, memang terasa juicy. Tapi tekak aku macam tak boleh terima sauce dia. Macam masin sangat. So, a bit dissapointed la. Tak tahu lah pendapat orang lain camane, tapi ni yang tekak aku rasa la. Lain orang lain citarasa, lain selera. kan?

Tapi meatball dia besar2. Homemade. RM9.90 ada 10 biji, ada kentang. Tak larat aku nak habiskan. Paksa Encik Suami habiskan. Kiranya puas hati la makan. Kenyang kot.



.

Monday, May 20, 2013

Langkawi Day 4 : Snorkeling di Pulau Payar

Salam pagi Ahad.

Sambungan dari entry sebelum ni : Langkawi Underwater World.


Selasa, 08.01.2013

Hari Ke-4, kami ber-snorkeling di Pulau Payar Marine Park. Pakej snorkeling ni kami beli masa hari ke-2 kami kat sini. Klik ENTRI NI.

Kalau hari sebelumnya (island hopping), kami kena pergi sendiri ke Cenang, kalini ada transport yang akan ambik kami kat hotel. Sebab untuk ke Pulau Payar, memang akan naik feri kat Jeti Kuah. Dekat jer ngan hotel kami.

Btw, ada satu peristiwa pagi tu yang buatkan kami kelam kabut. Kelam kabut takut kena tinggal ngan transport yang akan datang ambik. Sebab masa beli pakej, diorang cakap transport akan datang ambik pukul 8.00pagi (ke pukul 7.30 pagi ek? lupa plak). Rupa2nya itu untuk yang stay kat Cenang. Kami kat Kuah ni memang dia ambik lambat sket.

Kelam kabut betul laki bini nih. Memang tak boleh lupa. Bila ingat balik, memang boleh tergelak. Hahahaa~ ;D

Sebelum van datang ambik, kami sempat beli nasi lemak dan makan dulu sementara tunggu transport datang ambik. Beli nasi lemak kat gerai makcik dekat ngan hotel tu, macam hari sebelumnya. Cuma kalini kami tak bawak bekal ke Pulau Payar tu, sebab pakej snorkeling tu memang dah termasuk dengan makan tengahari. So kami bawak air dengan makanan ringan jerlah.



Naik feri kat Jeti Kuah.


Siap kena pakai benda alah ni lagi tau. 
Diorang bagi sebelum naik feri.


Dah lama tak naik feri. 
Kali terakhir naik feri masa ke Langkawi time sekolah dulu. huhuu~


Perjalanan ambik masa sejam lebih (tak ingat dah exactly berapa lama).


Sampai kat platform. 


Kami yang beli pakej snorkeling kena turun kat platform ni dan kena naik bot kecil untuk ke pantai. Kat gambar atas ni bot kecil yang takde bumbung. Bagi yang beli pakej scuba diving, diorang turun kat sini jer and memang ber-scuba diving kat platform ni. Agak dalam jugak la kat sini. Tapi.....masa kat dalam feri ni, kitorang still boleh nampak ikan duk berenang2 kat permukaan air kat platform ni.


 Sila ambik life jacket masing2. :)



Naik bot. Heading to the beach. ;)


Dari atas bot, memang boleh nampak ikan kat bawah bot ni. 
Excited pulak tengok ikan2 nih.


Itu lah platform tadi.


Jeti ke pantai Pulau Payar.


Subhanallah...cantiknya...... 
Air menghijau gitu...


Here we are. :)


Peace.


By the way, gambar ni kami mintak tolong sorang chinese lady ambikkan. Dia pulak yang excited ambik gambar kami. Suruh kami pose kat sini plak. Hahaa~ nice la dia tu.


hubs. dengan life jacket-nya. dan air yang menghijau. ;p


Kena dengar penerangan (dan nasihat) dulu.
Jangan buang sampah merata-rata. 
Jangan tangkap ikan. 
Jangan memancing. 
Jangan ambik batu karang. 
Jangan bawak makanan masa snorkeling. 
Jangan bagi makan baby shark masa dalam air, etc.
Dan juga ada cerita mengenai seorang tourist yang kena gigit ngan baby shark sampai berdarah2 tangan dia, dan terpaksa tahan sakit naik feri dari Pulau Payar ke main land selama sejam lebih (kat pulau ni memang takde hospital @ klinik yer). Sebab apa? Sebab feeding baby shark sambil snorkeling. 
Sila bayangkan ketajaman gigi ikan jerung. Erk~


Oh ya. Kat sini memang ada ikan jerung. Tapi baby shark jerlah. Masa snorkeling nanti memang ada baby shark. So kitorang ber-snorkeling ngan baby shark lah. Hahahh~ Seram? Agak seram la. Tapi asalkan korang tak bawak makanan, insyaAllah selamat.

Lepas dengar penerangan (dan nasihat) tu, kena simpan beg dan barangan berharga kat locker dulu. Lepastu sila la berendam dan ber-snorkeling puas2.

Oh ya, lagi satu nak pesan. Kalau ke Pulau Payar ni, tak payah la bawak barang berharga. Cukup la duit sikit, kamera, kad pengenalan atau apa2 yang korang rasa perlu. Supaya tak perlu simpan beg korang kat locker.

Sebabnya? Tahu tak berapa bayaran locker kat sini? RM20. Yes, ringgit malaysia dua puluh. Bukan dua ringgit yer. RM20.00.

Terkejut beruk aku dengar harga locker dia. Tapi sebab risau punya pasal, kitorang letak la jugak kat locker. Kamera jer tak letak dalam tu. Tapi lepas ambik gambar & posing kat pantai tu, kamera tu still jugak kami letak dalam beg dan letak beg tu tepi pantai. Lepastu masuk laut snorkeling. Ok jer. Alhamdulillah selamat jer beg kami.

So kesimpulannya tak payah la letak beg korang dalam locker. Mahal sangat. Lagipun locker tu bukanlah locker yang betul2 tu, bukan locker besi yang ada kunci tu. "Locker" tu hanyalah bekas besar (macam bekas ikan/ais) and diorang just balut beg kita ngan masker tape, pastu tulis nama kita. Then letak beg kita sekali ngan beg2 tourist lain dalam bekas tu.

Pergh~ Korang bayangkan, berapa ratus atau berapa ribu yang diorang dapat sehari dengan so called "locker" tu?

Rasa macam geram/sakit hati pun ada jugak. Kenapa letak harga mahal sangat? Perlu ke mahal camtu? Harga locker kat Universal Studios Singapore yang lagi proper dan lagi canggih pun tak mahal camtu lah. Haishhh~ kat mana2 ada jer manusia yang nak ambik kesempatan.

Eh, sori. Ter-emo pulak.

Ok, sambung cerita.


Ready untuk berendam. ;)


Weeee~~~ 
Akhirnya dapat jugak ambik gambar dari dalam air. 


Sebenarnya kitorang ambik gambar bawah air ni ngan handphone cabuk jer. Cover kalis air tu kami beli kat Cenang sehari sebelum tu. Tapi gambar tak berapa clear la sebab handphone pun biasa jer. Pastu letak dalam cover pulak. Lagi la tak clear. Ada gambar yang nampak titisan air, sebab ada beberapa titik air masuk dalam cover. Hukhukk~


Ikan memang banyak sangat. 
Banyak dan jinak. 
Tapi bila nak pegang, pandai pulak larik. huhuu~


Ikan ni asyik gigit kaki Encik Suami jer. 
Ntah la sama ada dia ingat makanan ke atau sebab ikan ni memang garang ke ape kan. 
Kesian Encik Suami kena gigit. Yang hairannya, kaki aku tak kena gigit pulak.
Maybe sebab Encik Suami pakai seluar pendek kot. 
So bila nampak jer ikan ni, memang kami cepat2 lari jauh2. Hahahh~ 
Tapi still ikan tu ikut jugak. ;D
Lepas dah keluar dari air, Encik Suami tunjuk betis & kaki dia. 
Memang merah2 kesan kena gigit. So, beware dengan ikan ni ok. ;D




Banyak lagi gambar ikan yang kami ambik. 
Tapi tak berapa clear plak. 


Peace. ;)


So ini makanan tengahari kami.
Tak best pun. Nasi agak keras and dah sejuk. Fries pun sama. 
Tapi sebab lapar punya pasal, lantak lah. 
Kira bersyukur la dengan apa yang ada ni. 
Lagipun tak baik membazir makanan.


Lepas snorkeling, tukar pakaian & ambik gambar dulu kat sekitar pantai ni sebelum balik.


Oh ya, Kat sini ada toilet. Tapi air kat toilet tu adalah direct dari air laut. Air masin. So, memang tak boleh mandi la. Just boleh hilangkan pasir jerlah sebelum salin pakaian. Agak melekit jugak badan ni.


 photo anigif_zps7311b411.gif
Ni idea Encik Suami. 


Byebyee~


View dari atas jambatan tadi.


Poyo jer kamu nih. ;p 


Masa nak balik, diorang bagi makan kat baby shark. 
Bagi roti pun berebut ikan2 ni sambar.


Aku yang dah sedia berkulit gelap, memang sekejap jer jadik hitam. 
Eh2, iols nampak kurus la dalam gambar ni. i loike. hahahahh~ ;p


Encik Suami sempat lagi bagi makanan kat ikan2 kat bawah tu.


MasyaAllah....banyak sungguh ikan kat sini.


Bot dah datang ambik.


We are going back. 
Tak puas rasanya snorkeling kat sini. 
Sekejap jer rasanya. huhuu~



Menuju ke platform.


Dalam feri balik ke Jeti Kuah, kemain lagi Encik Suami tidur. Aku pun tidur jugak. Tapi tidur2 ayam jer. Penat sangat kot laki bini ni snorkeling sampai tengahari.


Pulau Payar Marine Park.


Balik ke hotel, kami dihantar dengan bas persiaran. Tapi malangnya bas tak hantar sampai ke depan hotel kami. Sebab jalan masuk ke hotel tu kecik jer. Takpe la, jalan kaki sikit jer dari jalan besar tu.

Overall, memang happy dapat ke Pulau Payar. Pemandangan kat dasar laut masa snorkeling tu memang cantik. Terumbu karang, ikan, baby shark, ikan2 lagi. Tapi......

Ada tapi tuh.

Agak kecewa jugak la. Sebab tak macam yang dijangka. Mungkin expectation aku lagi tinggi kot. I mean, lagi cantik. Eh2...macam2 la aku nih. Takpe, next vacation nak ber-snorkeling lagi. InsyaAllah....

Entry Langkawi bersambung lagi.

Thanks for reading. ;) 




.

Tuesday, May 14, 2013

baju raya

Hai dear readers.

Bulan Ramadhan lagi dua bulan. Raya lagi 3 bulan. So sudahkah korang beli baju raya? Atau sekurang2nya hantar kain kat tailor? Eh sekarang ni masih ada tailor yang terima kain untuk raya ke?

Aku pulak, sebenarnya kain untuk raya masih belum hantar kat tailor. Minggu lepas aku tanya, katanya dia masih terima kain untuk raya. Maybe akan hantar 2 pasang jer kot. Tapi sebab ada beberapa pasang baju aku yang masih belum siap jahit kat tailor tu, so nanti dah siap baju tu la baru aku pegi umah dia ambik baju tu dan hantar kain2 raya ni sekali.

Tapi...kain yang nak hantar tu baru ada sepasang. Sepasang lagi masih belum beli. Warna dah decide selepas berbincang ngan Encik Suami. Ntah bila nak pegi beli tak tahu lah. Hari Ahad lepas lupa plak nak pegi Jakel. Last day promotion sempena hari buruh is 12 Mei. Memang dah plan nak pegi hari Ahad tu. Tapi camane boleh terlupa plak. Malam baru teringat. Adehh...

Oh ya.

Sebenarnya akhir tahun lepas aku ada tempah beberapa pasang baju ngan sorang tailor nih. Aku tengok kat facebook, cantik2 baju yang dia jahit. Jahitan pun nampak kemas jer. Tapi disebabkan dia duk KL, aku macam malas la nak ukur2 badan sendiri pastu pos kain kat tailor tu. Tak reti aih. Nanti kang tak kena, habis lah. Then aku nampak dia update status nak balik Johor. So aku ape lagi. Terus set appointment & jumpa kat JB nih, ambik ukuran & bagi kain kat dia.

Sepatutnya baju2 tu siap bulan Februari. Tapi bulan Mac ni baru siap. Ok, agak kecewa jugak sebab siap lambat. Tapi takpe la, aku faham masalah tailor tu. Lagipun baju tu bukan aku nak urgent sangat pun. Aku tempah just in case nak pakai pegi kenduri ke ada majlis ke. Then, dapat diskaun okayyy. Diskaun dalam bentuk baju free dan juga free postage. Thank you so much. :)

Dalam beberapa pasang baju tu, ada 2 pasang baju kurung peplum. So, aku fikir dah alang2 dapat baju lambat, better la aku buat baju tu sebagai baju raya jer. Raya pun dah dekat.

So ni la baju2 tu ===>>>>





Misi seterusnya, satu baju nak tambah lace, satu baju lagi nak tambah manik. Lace dah beli. Manik belum beli lagi. Tapi tak tahu la camane tahap kerajinan aku nih, nak menjahit bagai. *sigh

Btw, haritu aku ada tanya tailor ni, dia masih terima ke tak tempahan baju raya. Malangnya dia dah tak terima dah. Adehh...kalau dia terima lagi, confirm aku tempah ngan dia jer. Serius, jahitan dia kemas. Harga pun berbaloi. Memang puas hati. 

Oh ya. Disebabkan ukuran baju ni ambik akhir tahun lepas, dan berat badan aku naik mendadak dalam beberapa bulan ni, so baju2 tu agak ketat la. Haihh....alamatnya kena ber-diet la ni. Kalau tak berdiet dan tak kontrol makan, nanti semua baju tak muat la raya nanti. Aiyarkkk~ ngeri.

Tapi bila fikirkan yang Encik Suami kena kerja hari raya nanti, aku macam takde mood jer nak beraya. Sobss~


T_T




T_T






T_T






Thanks for reading.




*p/s : bulan ni nak teruskan puasa ganti. insyaAllah....







.

Monday, May 13, 2013

Langkawi Day 3 : Underwater World

Salam hari Isnin.

Harini nak sambung cerita Langkawi. Ni sambungan dari entri sebelum ni : Island Hopping. Dah sebulan baru aku nak sambung, kan. Adehh...insyaAllah bulan ni aku akan habiskan entry Langkawi ni. Dah berbulan2 dah masih belum selesai lagi entry Langkawi nih. Aduhaii.... -.-



So lepas balik dari island hopping, petangnya kami ke Cenang. Nak ke Langkawi Underwater World. Ada orang cakap boring. Aku pun sebenarnya bukanlah minat sangat benda2 camni. Tapi dah alang2 sampai ke Langkawi ni, apa la salahnya masuk, kan.

Sebelum ke Cenang, kami singgah kat gerai tepi jalan kat Pekan Kuah tu. Apa2 hal kita makan la dulu. Nak try jugak best ke tak makanan kat gerai ni.




 Ni yang kami order. 
Laksa penang (kat situ tulis Laksa Buyung), Cendol & Nasi Lemak.
Sedap ke? 
Errrr...honestly, serius tak sedap! *tak baek aku ni, kan* 
Lenkali takmo dah singgah kat sini. -_-


Dah sampai. :)


 Sila take note waktu beroperasi Langkawi Underwater World ni, ok. 
Last entrance is 6pm. 
Harga tiket is RM28 seorang. 

So jom menjelajah! 


Ikan ape ntah ni. 


Ikan buaya? erk. 


Bangau oh bangau.


Jangan bagi makanan ni kat burung2 ok.


 Skema pulak laki aku nih. -.-


Aku tak tahu apa nama saintifik burung ni. 
Tapi masa kecik2 dulu, burung ni ada kat kampung aku. 
Ada orang bela. Kitorang panggil ayam api kot. Ingat2 lupa. -.- 
Garang jugak. Kadang2 kena kejar time nak pegi sekolah. Hahahh~ 
Teringat time kecik2 dulu, time sekolah dulu2. 


 
Ok, yang ni aku rasa agak unik & kesian. 
Unik sebab tak pernah tengok *camtu unik la?*
Salah satu monyet terkecil di dunia. 
Kesian sebab kitorang tengok monyet ni macam confuse. 
Asyik toleh kanan, toleh kiri, tengok atas, tengok tepi. 
Tak boleh duk diam. 
Tapi kepala jerla tak boleh duk diam. Monyet tu takde gerak pegi mana2 pun.


 Burung kakaktua ni sangat bising!
Terkejut iols. -.-


Dalam ni ada anjing laut. Pun tak boleh duk diam. 
Nak ambik gambar dia pun susah.


 Penguin. 
Encik Suami tengah main2 ngan penguin. 
Oh, penguin ni berenang sangat laju. 
Tak dapat aku nak capture gambar dia berenang.
Semuanya blurr...


 

 Penguin ni jer kot yang paling menarik kat sini. -.-


 Him.


Me. 
hahahahaahhh~ ;D


 In between satu bahagian ke satu bahagian, ada gerai2 camni. 
So sempat la kami beli beberapa fridge magnet. 
Tapi tak digalakkan la beli fridge magnet kat dalam ni. Sebab mahal. 
Aku beli sebab nak fridge magnet "Langkawi Underwater World". 
Baru la ada sentimental value. gituu..ceh.


 Landak laut. 
Landak laut ni bahaya jugak. 
Masa kat Krabi dulu, ada tourist yang kena landak laut kat kaki masa snorkeling. 
Berdarah ler kaki dia. Klik kat ENTRI NI.


 Ni sejenis worm ke? Peliks.


 Epal laut?


 Udang yang teramat kecil.


Erkk..geli iols.


 Eagle sting ray.
Ralit aku duk tengok ikan pari nih berenang. 
Betul2 macam helang.


 Ini ikan jerung.


 Man in black. ;p


Ikan kerapu. 
Serius besar. Goreng pun sodap nih. 


Lepastu kami ke bahagian taman ni, nak tengok memerang. Tapi memerang tu macam garang jer. Macam nak kejar orang yang ada kat depan tu. Ngeri ok. Terus tak jadi nak masuk dekat & ambik gambar. huhuu~

Oh ya. Masa ni kamera dah habis bateri. So terpaksa la guna fon buruk jer untuk ambik gambar. So gambar2 seterusnya memang blurr jerlah. -.-


 Ambik gambar kat jambatan ni jerlah.
Pastu sambung menjelajah kat bahagian dalam.
 

 Oh, ikan jerung ni tokey cat. 
Tergelak2 kami tengok nama ikan jerung nih. Aiyaaa~ ;D


 Ikan pun ada jadik surgeon. 
Jadi, belajarlah rajin2 & jadik surgeon jugak. 
Nanti kang malu kat ikan ni. *wth? ;p*


 Nemo!


 Alahaii....kesian kat obor2 nih. Terbelit2 dah. 
Nape la letak semua dalam 1 tangki. Kan dah terbelit tu. -.-


 Kuda laut. 
First time tengok depan2 camni.


Kedai souvenir lagi. 
Tapi kami tengok2 jerlah. Tak beli ape2 pun.


Actually Underwater World ni takde la best sangat. So so la. Macam takde yang menarik. Peguin tu la kot yang paling menarik kat situ. Kalau yang tak minat benda camni, memang akan rasa boring giler.

Tapi aku takde la rasa boring giler. Ada jugak la yg best. Best sebab boleh tengok macam2 spesis hidupan laut yang kita tak pernah tahu pun kewujudannya. Kadang2 aku sendiri ralit tengok sesetengat spesis yang pelik2. Terutamanya yang kecik2 tu. huhuu~

Lepas dah selesai menjelajah dalam Underwater World ni, kami menuju ke Cenang Mall pulak. Tapi disebabkan fon aku hilang (boleh baca kat entri sebelum ni, KAT SINI), kami terus balik ke hotel. Takde mood dah nak jalan2 lagi.

Malamnya, kami keluar ke Pekan Kuah tu untuk ke CIMB. Lepas tu, kami jalan2 kejap kat gerai2 kat kawasan bank tu. Sempat la beli beberapa fridge magnet (beberapa? banyak kot) dan beberapa helai t-shirt.

Macam biasa, kami mesti beli t-shirt I (nama tempat yang kami pergi). So kalini memang beli t-shirt I Langkawi. Hehee~

Eh? Tadi cakap takde mood sebab fon hilang? Hahahh..

Sebabnya masa tu orang yang pegang fon aku tu dah call fon Encik Suami dan suruh datang ambik fon aku tu kat dia. Alhamdulillah....terus ceria dan bersemangat aku masa tu. 

So malam tu boleh la tidur dengan aman. :)

Next day, kami ke Pulau Payar. Ber-snorkeling lagi. Tunggu next entry yer. 



Thanks for reading. ;)


.