As-Salam dear readers.
Selamat hari Isnin.
Sebelum tu aku nak bagi amaran dulu. Entri ini tersangat lah panjang. Sila la bertabah membacanya. :)
Sebelum tu aku nak bagi amaran dulu. Entri ini tersangat lah panjang. Sila la bertabah membacanya. :)
Rentetan dari entry sebelum ni Keguguran. Berpantang.
Dari ENTRY NI, maybe ada yang dah boleh agak, i'm pregnant. Tapi rezeki itu hanyalah pinjaman. Dipinjamkan di dalam rahim aku untuk seketika. Sampai masanya, dia diambil kembali oleh-Nya.
Kisahnya macam ni.
Hari Ahad (malam) 14.07.2013, aku bleeding. Fresh blood. Agak banyak jugak la. Memang terkejut lah aku time tu. Ni kali ke-2 aku bleeding camni. Tapi kali pertama dulu lagi banyak darah yang keluar. Lepas bleeding kali pertama tu, kami terus ke hospital. Lepas scan, alhamdulillah baby ok. Doktor cakap normal. Masa tu perut tak sakit.
Masa bleeding hari Ahad haritu pun takde la saket perut. Atas nasihat Encik Suami, aku pegi klinik tengahari Isnin tu (15.07.2013). Sebab paginya aku ada kes kat Mahkamah. Aku ke Poliklinik Murni kat Bandar Baru Uda. Pegi pun sorang2 sebab Encik Suami keje haritu.
Doktor scan kat abdomen, tak nampak fetus. Nampak kantung jer. Doktor cakap maybe sebab awal lagi. Aku macam....awal? Dah 9 minggu lebih ni. Lagipun masa scan 7 minggu, dah nampak dengan jelas kantung, fetus dan yolk sac. Heartbeat pun dah ada.
So aku bagitahu la doktor, masa scan 7 minggu, dah ada heartbeat. Doktor tu macam was2, dan scan sekali lagi. Dia siap tanya aku nampak ke ada dengupan jantung tu? Takde la nampak sebab kecil lagi, kan. Tapi doktor tunjuk la garis2 heartbeat kat scan tu.
Lepas scan sekali lagi, still tak nampak heartbeat jugak. Doktor tu suruh datang lagi 2 minggu. Doktor cakap kalau still macam tu, kena cuci. Ya Allah...sedihnya hati aku masa tu. Macam tak percaya apa yang doktor tu cakap. Tapi masa kat depan doktor tu, aku rileks lagi la.
Masuk
kat kete, SMS Encik Suami. SMS dulu, sebab kalau call, memang confirm
aku akan nanges jer. Nanti kalau aku cerita kat Encik Suami dengan
nanges camtu, confirm sepatah pun dia tak faham apa yang aku cakap.
Lepas SMS tu, baru aku call. Memang nanges jerlah masa cakap ngan dia.
Lepas scan sekali lagi, still tak nampak heartbeat jugak. Doktor tu suruh datang lagi 2 minggu. Doktor cakap kalau still macam tu, kena cuci. Ya Allah...sedihnya hati aku masa tu. Macam tak percaya apa yang doktor tu cakap. Tapi masa kat depan doktor tu, aku rileks lagi la.
Ni masa scan 7 minggu. Dah nampak yolk sac & fetus.
Dan dah ada heartbeat.
Memang tak nampak dengan mata kasar heartbeat tu, tp doktor cakap yang garis2 hitam tu adalah heatbeat baby.
Scan kat Poliklinik Murni.
Doc cakap tak nampak fetus. Tapi aku macam nampak ada jgak sikit dot fetus kat situ.
Masa tu perut ada sakit sikit. Tapi aku tak tahu la itu sakit sebab baby tak sihat ke @ itu memang rasa perut mengeras yang aku selalu rasa.
Pastu bila aku masuk office, aku cerita la kat kawan2 kat office, cite kat bos. *sambil nangis lagi*
Bos aku pun mengalirkan air mata bila aku cerita kat dia. Sambil tenangkan aku, boleh plak air mata dia mengalir. -.-
Bos aku pun mengalirkan air mata bila aku cerita kat dia. Sambil tenangkan aku, boleh plak air mata dia mengalir. -.-
Atas nasihat kawan2 kat office, aku ke Century Specialist Maternity Sdn Bhd untuk 2nd opinion. Mana la tahu doktor kat klinik pakar ni cakap lain plak. Klinik ni kat Taman Century.
Maghrib tu, aku pegi la klinik tu. Mula2 tu doktor scan kat abdomen. Nampak fetus, tapi tak jelas. Heartbeat takde. So doktor suruh aku kencing dulu, sebab dia nak scan ikut bawah (TVS). Masa kencing tu, memang ada darah. Tapi bukan fresh blood. Ada lendir + brownish camtu. Tengahari tadi takde. Dalam hati memang rasa makin sedih bila nampak discharge camtu.
Then doktor buat TVS. Doktor cakap baby tak sihat. Kalau ikut last period, sepatutnya dah 9 minggu 5 hari. Tapi dari scan tu, baby baru 6 minggu 4 hari. Heartbeat pun takde. Berkali2 doktor tanya aku period aku regular ke tak. Nak kata regular tu tak la. Lepas kawen, memang selalu lambat.
So doktor set appointment seminggu kemudian, 22.07.2013. Katanya kalau baby betul2 tak sihat, dia akan turun sendiri. Dan kalau tak turun sendiri dalam masa seminggu ni, next appointment kena cuci.
Ya Allah...betapa sedihnya aku masa tu. Masuk
kereta, terus nanges teresak2. Bila bagitahu Encik Suami, istighfar jgak dia.
Dia mintak aku redha jer kalau bukan rezeki kami. Aku tak tahu apa perasaan aku
masa tu. Yang pasti, aku memang sangat berharap masih ada harapan untuk zuriat
kami ni.
Hasil scan kat Century Specialist.
Hmm...bila tengok fetus camtu, memang rasa tak sedap hati.
Hari Selasa (16.07.2013), aku pegi
Hospital Sultanah Aminah (HSA) plak. Ni pun atas nasihat dan pandangan staff kat office aku. Ok lah,
tak salah nak dapatkan 3rd opinion, dari doktor kat hospital kerajaan plak. Tengahari & petang tu ada lagi lendir + darah keluar. Kalini darah agak merah. Dalam hati makin rasa tak sedap. Makin sedih + sebak.
Lepas keje aku pegi HSA dengan sorang colleague. Encik Suami keje. Mula2 tu kami pegi klinik pesakit luar. Tapi sebab aku takde buku merah, memang takde la diorang nak layan, kan. Orang yang jaga pintu kat situ pun macam taknak layan jer. Waktu berbuka puasa katanya. *pfftt*
Nurse kat situ suruh kami ke bahagian emergency. Ok lah. So, ke bahagian emergency la kami.
Lepas keje aku pegi HSA dengan sorang colleague. Encik Suami keje. Mula2 tu kami pegi klinik pesakit luar. Tapi sebab aku takde buku merah, memang takde la diorang nak layan, kan. Orang yang jaga pintu kat situ pun macam taknak layan jer. Waktu berbuka puasa katanya. *pfftt*
Nurse kat situ suruh kami ke bahagian emergency. Ok lah. So, ke bahagian emergency la kami.
Doktor scan kat abdomen. Nampak kantung jer.
Doktor cakap maybe sebab baru lagi. Pastu aku cerita la pasal aku scan masa 7
minggu tu dah ada heartbeat. Doktor cakap ada dua kemungkinan :-
1) maybe sebab tarikh yang aku bagi tu tak betul
(period tak tetap); atau
2) maybe baby memang dah "takde".
Doktor tak bagi pulak gambar scan tu. Tapi aku tengok gambar tu, memang tak nampak fetus.
Then doktor bagi surat refer ke Bahagian O&G. Kena
buat appointment dalam masa 2 minggu. 2 minggu? Ya Allah...lambatnya.....
Ada kawan yang cakap, bila doktor kat government cakap camtu, macam masih ada harapan. Diorang nasihatkan aku jangan buat keputusan untuk cuci dulu.
Tapi.........ntah la. Mungkin naluri ibu yang mengandungkan. Ntah kenapa aku rasa memang si dia dalam rahim aku tu memang dah tak bernyawa lagi. Sebab aku rasa macam dah tak rasa macam orang mengandung. Sebelum tu pun memang aku takde apa-apa alahan. Takde morning sickness yang teruk. Lepas dapat tahu aku pregnant, ada jugak la aku pening2 & macam nak muntah. Tapi takde la teruk sangat. Lepas tu dah takde pening2. Cuma breast jer rasa sakit & makin membesar *maaf, takde niat nak cakap 18sx*
Tapi lepas bleeding hari Ahad tu, dah takde rasa apa2. Tu yang aku jadi tak sedap hati.
Lagi risau bila ada orang cakap, kalau baby tu dah takde heartbeat dan kita simpan lama sangat, takut jadi jangkitan. Masa kat HSA tu doktor ada buat ujian air kencing. Takde jangkitan. Alhamdulillah. Dan UPT masih positif.
Untuk pengetahuan semua, UPT memang boleh kesan sama ada baby masih hidup atau tak. Kalau UPT makin hari makin pudar, maksudnya baby dah "takde". Sebab hormon hCG dikeluarkan oleh uri. Bila perkembangan baby dah terhenti atau baby dah "takde", uri akan stop keluarkan hormon hCG. Dan hormon tu akan berkurangan dari hari ke hari. Aku pernah baca pasal ni kat blog Dr. Zubaidi.
Bila doktor cakap UPT masih positif, aku pun tak tahu la nak happy ke, nak sedap hati ke tak. Sebab tak semestinya UPT positif tu kandungan selamat. Kalau hari2 test UPT, maybe boleh tahu la kan. Pagi Selasa tu pun aku ada test UPT. Memang masih positif.
Hari esoknya, (Rabu, 17.07.2013) kami (me and hasben) ke Bahagian O&G Hospital Sultanah Aminah. Ambik date untuk jumpa doktor. Nurse kat situ bagi date 29.07.2013. Serius, aku rasa tarikh tu sangat lah lambat.
Tapi takpe. Aku fikir, aku tunggu jerlah tarikh appointment kat Century Specialist Maternity tu (22.07.2013). Tengok la dulu apa doktor kat situ cakap. Kalau kandungan ok, alhamdulillah. Tapi kalau betul baby dah takde, kami redha.
Yer, masa ni kami dah redha. Kalau itu lah ketentuan-Nya, dan jalau betul la ini bukan rezeki kami, kami redha. Perasaan aku pun dah tenang sikit, tak macam hari2 sebelumnya. Cuma aku berharap kalau betul bukan rezeki kami, biarlah baby ni turun sendiri. Sebab kalau boleh aku taknak cuci. Taknak buat proses D&C tu. Sungguh, aku taknak. Banyak sebabnya.
Dalam masa yang sama, sejak beberapa hari tu aku terus settle-kan keje2 kat office. Mana la tahu. Apa yang nak jadi esok lusa kat aku, wallahualam. So better aku selesaikan apa2 yang tertunggak.
Malam tu, pukul 9 malam aku mula rasa sakit perut. Sakit macam senggugut hari pertama period camtu. Dalam hati dah terdetik "baby dah nak turun ke?". Teringat yang kawan aku cakap, kalau perut memulas2 tu tandanya baby dah nak turun.
Aku dah redha dah masa tu. Aku dah agak, mungkin baby dah nak turun, dan akan turun dalam masa terdekat ni.
Dalam pukul 10.30 malam camtu aku tido. Tapi tido pun tak lena. Sebab sakit perut. Sakit pinggang. Tengah tido pun boleh rasa darah mengalir kat pad. Fresh blood. Sebelum ni (sejak beberapa hari tu) takde fresh blood cair mengalir camtu. Cuma ada lendir jer. So aku dah makin tawakal.
Tepat pukul 1pagi, aku bangun nak kencing. Bila kat toilet tu, keluar la darah mencurah2. Tapi takde la banyak sangat macam tumpah darah. Pastu keluar seketul besar jari telunjuk, sekali ngan darah beku. Bentuk bulat bujur (oval) camtu. Aku tak tahu la itu daging ke ape. Tapi yang pasti, bukan darah beku. Sebab memang terbentuk bujur.
Mula2 tu, aku ingatkan itu la janinnya. Aku kejutkan Encik Suami. Menjerit2 aku dari dalam toilet tu. Nasib baik Encik Suami dengar dan sedar dari tidur.
Pastu aku call akak aku, & tanya dia kena pegi hospital sekarang ke. Memang la kena pegi time tu jugak, kan. Sungguh aku blurr masa tu. -.-'
Terus aku siap2 nak pegi hospital. Basuh muka, gosok gigi, kemas beberapa helai baju. Just prepare jer, mana la tahu kena tahan kat wad ke. Masa tengah siap2 tu, perut makin memulas. Lagi sakit dari period pain 1st day period. Terbongkok2 aku masa tu. Jalan pun terbongkok2 sebab sakit. Aku fikir, mungkin ada lagi sisa dalam perut ni. Sebab berdasarkan pengalaman orang yang keguguran, kalau masih sakit tu maksudnya ada lagi sisa dalam rahim. Dan rasa sakit tu akan hilang bila semua dah keluar.
Pastu aku rasa macam ada benda nak keluar lagi. Aku masuk toilet sekali lagi. Aku tadah ngan tangan, sebab taknak apa yang keluar tu jatuh dalam mangkuk tandas. Keluar la kantung yang ada air ketuban tu, dengan ketul2 darah, dengan something macam selaput. Itu rupanya janinnya. Ya Allah...rasa macam nak nangis tengok kantung tu. Memang aku dah redha, tapi bila tengok kantung tu...rasa macam........sayangnya......... T_T
Faham tak perasaan seorang bakal ibu masa tu? Bila tengok kantung janin sendiri, yang ada air ketuban. Hmmm....kantung tu elok jer. Tak pecah. Tapi tak nampak la ada janin ke tak dalam tu.
Dan semua tu disaksikan oleh Encik Suami sendiri. Syukur masa tu Encik Suami ada.
Lepas kantung tu keluar, terus hilang rasa sakit yang memulas2 tu. Ada la rasa sakit sikit, tapi takde la teruk macam sebelum tu. Lepastu kami letak la ketulan yang keluar + kantung tu kat plastik. Sebab memang kena bawak ke hospital. Kena tunjuk kat doktor.
Yang mula2 keluar tadi mungkin uri kot. Aku rasa la.
Kantung yang keluar tu lebih kurang macam KAT SINI dan KAT SINI.
Aku nak ambik gambar. Tapi Encik Suami tak bagi. Tak baik katanya. Ok lah, patuh dengar cakap suami. Walaupun sebenarnya bukan nak upload kat mana2 laman sosial pun. Hanya untuk simpanan jer.
Pukul 2.15 pagi kami sampai ke HSA. Kat bahagian emergency. Kemain lama lagi menunggu. Pukul 3.15 baru nombor dipanggil. Itu pun sebab doktor tersilap tekan nombor. Kesian Encik Suami yang mengantok. Masa tu darah tak banyak sangat la yang turun. Separuh pad jer.
Doktor tanya ada tak kami bawak apa yang keluar tadi. So kami tunjuk la kat doktor tu. Doktor chek perut. Sakit jugak la dia tekan perut aku. Dah la memang tengah sakit. Pastu doktor scan. Rahim memang dah kosong katanya. So takpayah cuci lagi. Tak payah masuk wad. Syukur alhamdulillah...
Tapi memang diorang tak bagi ubat la. Doktor cakap, dalam masa beberapa hari ni memang darah akan keluar. Itu normal. Tapi kalau ada darah ketul2 keluar lagi, kena cepat2 datang hospital.
Pastu doktor bagi surat rujukan untuk buat ujian pap smear. Kena pegi mana2 klinik kesihatan yang terdekat, ambik tarikh untuk buat ujian pap smear dalam masa 2 minggu. & untuk doktor bagitahu pasal family planning. Then dapat la MC 3 hari. 3 hari jer? -.-
Esoknya, Khamis 18.07.2013 kami ke Klinik Kesihatan kat Taman Sri Orkid. Nak ambik tarikh untuk buat ujian pap smear. Masa nak ambik tarikh tu, macam annoyed ngan nurse kat situ. Bila aku cakap nak ambik tarikh dalam masa 2 minggu lagi, boleh dia cakap (lebih kurang) "...2 minggu masih ada darah lagi...". Macam tak confident jer. Then sorang nurse lain bagi la tarikh 2 Ogos ni untuk buat ujian pap smear tu. Sebab diorang buat ujian pap smear tu setiap hari Jumaat jer. Tapi nurse tadi boleh cakap "kalau masih ada darah, jangan datang".
Aku macam...eh, bestu kalau tak payah datang terus, tak payah set appointment lain ke? Camane nak ambik date lain?
Pastu nurse yang bagi date tadi cakap "Takpe datang jer. Kalau ada darah lagi, doktor boleh check".
Hmm....tau la kami ni datang masa diorang tengah rehat. Time tu waktu lunch diorang. And sori lah kalau kami mengganggu. Dan terima kasih lah sebab layan jugak kami di pukul 1.45tengahari tu. -.-
Pastu kami ke rumah kakak aku. Nak tanam kantung + ketul2 yang keluar tu. Kat rumah kami ni takde tempat yang sesuai nak tanam janin tu. Cangkul pun takde. -.-
Oh ya, sebab aku gugur masa 2 bulan setengah, jadi janin yang keluar tu hanya perlu di basuh dengan air bersih2 sampai hilang darah tu. Tak perlu basuh macam basuh uri baby yang baru dilahirkan tu. Letak dalam kain putih, tanam. Dan masa nak tanam tu, selawat la 3 kali. Ni kakak aku yang bagitahu. Dari pengalaman saudara kitorang yang pernah keguguran.
Cara nak tanam janin ni, tengok keadaan jugak. Tengok pada usia janin. Boleh refer kat sini : Hukum Berkaitan Anak yang Gugur.
Sekarang ni dah hari ke-12 aku berpantang. Ada orang cakap kena pantang 22hari. Ada sesetengah orang, pantang 20 hari. Ada orang cakap 2 minggu jer dah cukup. Aku? Tak pasti lagi pantang berapa hari. Maybe 20 hari, maybe 22 hari. Kalau 22 hari, cukup2 habis puasa la. Terus beraya.
Dan nampaknya, tahun ni paling banyak aku tinggal puasa. Baru niat nak puasa penuh tahun ni. Takpe lah, dugaan di bulan Ramadhan ni, insyaAllah ada hikmahnya.
Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Jujur, aku bersyukur dikurniakan rezeki itu. Walaupun hanya seketika. Cukup untuk mengubat hati yang ternanti-nanti rezeki itu selama setahun berkahwin. Sekurang2nya aku diberi peluang merasainya, walaupun hanya untuk 10minggu.
Dan aku percaya setiap apa yang kita miliki di dunia ni hanyalah pinjaman semata2. Sampai masanya, akan diambil kembali oleh Yang Maha Esa. Cuma lambat atau cepat jer. Dan dia.....dipinjamkan untuk kami, diletakkan di rahim aku selama 10 minggu. Untuk aku merasai perasaan menjadi seorang bakal ibu. Untuk Encik Suami merasai perasaan gembira dan bersyukur untuk menjadi seorang bakal ayah.
InsyaAllah, akan digantikan dengan rezeki lain selepas ini. Amin....
Doakan lah kami cepat2 dikurniakan rezeki lagi lepasni. Jujur, aku dah tak sabar nak cepat2 sembuh untuk mulakan usaha ber-TTC lagi.
Semoga dipermudahkan semuanya. Amin... :)
.
10 comments:
xpe
usaha lg
insyaallah ade rezeki nnti
nini, semoga murah rezeki lepas ni ye, insyaallah, doa byk2 :)
allahurabbi. semoga awk tenang dan sabar. ada hikmah disebalik kejadian. at least awk ada suami yg berpegang erat dan kasihkan awk. ingat janji Allah, Allah akan beri bila tiba pada masanya.
take care
sabar ye nini. ni semua dugaan. insya Allah rina doakan nini cpt2 mengandung pasni oke.
Dari nya kita datang, kepada nya kita kembali. In shaa Allah ada ganjaran untuk Nini yg redha dgn kehilangan ni. Aamiin.
seyes..nangis time baca entri ni. sebak je rasa sebab imahpun pnah alami perasaan yg sama masa risaukan keadaan janin dlm perut cuma setakat ni masih ok. Betul..naluri ibu tu dh melekat kuat dlm diri bila dh tau kita preggy. Tapi, perancangan Allah tu sebaik-baiknya. Ada hikmah semua ni. Take care ya. In sha Allah, akan dikurniakan zuriat selepas ni.
Nini, luluh hati k.lid bce entri awk! k.lid pn pnh jd cm awk dulu. k.lid fhm perasaan awk! sbr yew. kite same2 berdoa.
Sedih baca, tabah ya.
InsyaAllah rezeki u akan ada lepas ni. berdoalan =)
sedih saya baca.. sama macam saya dl peristiwa tu.. harap bersabar.. saya selepas 2 month gugur terus ade isi, tapi nasihat saya rest klu boleh 6 month.. takut jadi macam saya asyik bleeding n last kena ikat rahim coz masa 4 month pregnant rahim dh buka 1cm.. time ikat pos still bleeding until 7@8 month..
sabar ye..insyaAllah, Allah akan gnti kan yang lain.
bkal adk ipar pun prnh gugur sebelum ni. pastu dalam bape bulan balik dia mengandung lagi. sekarang anak dia dah 4bulan lebih..
Post a Comment