Friday, October 31, 2014

Makanan Yang Tidak Sesuai Bagi Ibu yang Menyusukan Bayi

Salam pagi Jumaat.

Sharing some info for breastfeeding mommies. Untuk rujukan diri sendiri juga. :)


Sumber :


Makanan Yang Tidak Sesuai Sepanjang Mama Menyusukan Baby






1. Makanan Laut Tinggi Merkuri

Elakkan daripada makan ikan yang tinggi dengan merkuri terutamanya ikan yu, ikan todak dan tenggiri. Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi anda. Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuk udang, salmon, tuna dalam tin dan ikan air tawar.



2. Buah-Buahan Sitrus

Buah-buahan yang tinggi dengan kandungan vitamin C seperti lemon, limau, oren dan limau gedang berasid boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang. Ini boleh membahayakan bayi anda. Bayi yang sensitif terhadap sitrus dalam susu ibu mungkin mengalami ruam lampin. Makanlah buah-buahan tropikal yang lain seperti buah mangga, jambu batu atau epal.



* beberapa hari selepas bersalin haritu, tiap2 hari aku makan oren sunkis. Sebab sembelit. 2 minggu jugak duk hadap buah oren tiap2 hari. Tak tahu pulak bf mommies tak boleh makan oren. huhuu~

3. Alahan Makanan

Berjaga-jaga dengan tanda alahan makanan pada bayi anda. Dia mungkin mengalami sakit perut, mempunyai masalah tidur atau gatal-gatal, ruam dan ekzema atau pernafasan yang berbunyi. Jika bayi anda mempunyai sebarang gejala ini, cuba hadkan pengambilan susu dan produk tenusu, produk gandum dan kerang, dan elakkan kacang tanah dan produk kacang lain (sekadar menyebut alahan yang paling biasa dalam kalangan bayi dan kanak-kanak).


4. Alkohol

Elakkan daripada meminum alkohol sebelum menyusu. Alkohol di dalam susu ibu boleh mendatangkan kesan yang tidak baik pada bayi anda dan mungkin mengurangkan pengeluaran susu kepada ibu yang menyusu. Alkohol yang digunakan dalam masakan adalah biasanya selamat dimakan kerana alkohol berkenaan akan mengalami penyejatan.


5. Kafein

Untuk penggemar kafein, kurang atau cuba elak mengambilnya buat sementara kerana kafein boleh mengakibatkan iritasi dan mengganggu tidur bayi anda. Jika boleh, elakkan minuman berkarbonat, berjaga-jaga dengan minuman seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga, dan minuman coklat yang berlebihan. Ini mungkin masa yang sesuai untuk membuang tabiat pengambilan kafein dan jika sangat teringin bertukar kepada kopi atau teh yang telah dinyahkafein.

* coklat? feveret aku tu. hewhew~



.

2 comments:

chenta nana said...

nana masa breastfeed si qaira, hari-hari minum kopi radix (tak berani nak minum kopi lain). Tapi lepas minum kopi tu, memang bergelen-gelen la minum air suam...haha.. konon nak tebus balik

Anonymous said...

Salam Nini,

Can I have your email address?
or feel free to drop me and email at norain@zalora.com.my