Thursday, December 3, 2015

Hello December.

Salam dear readers. 

Dah masuk bulan Disember dah. Pejam celik pejam celik dah nak tinggalkan tahun 2015 dan dah nak masuk tahun 2016. 





Annddd....pejam celik pejam celik dah 3 bulan aku tinggalkan blog ni. Haritu bukan main lagi bersemangat nak update blog. Haha~ Maklum ler haritu jadi surirumah tangga sepenuh masa. Tapi sekejap jerla. Then start keje balik. Bila dah keje and jadi ibu bekerjaya ni, lagi la tak sempat nak update blog. Ohh...tapi masa jadi surirumah tangga sementara dulu pun busy jugak. Sape cakap surirumah ni duduk rumah boleh goyang kaki jer, duk tengok sinetron jer? Lol.

Bila dah start keje ni, mana nak uruskan anak lagi, nak uruskan rumah lagi. Balik keje dah penat. Layan anak, bagi susu, nak tidurkan dia. Kadang2 nak tidurkan anak, tapi dengan maknya sekai tertidur. Bukan kadang2. Tapi memang selalu sangat. Hahah~

Pastu kena prepare barang-barang anak untuk ke taska esok hari. Esoknya awal2 pagi dah kena bangun masak utk diri sendiri and suami, masak bekal anak ke taska. Then siapkan anak pulak. Nasib baik Encik Suami banyak tolong bab uruskan anak tu. 

Ok2....orang lain pun jadi ibu & wanita bekerjaya jugak. Boleh jer uruskan semua, kan. So tak boleh nak merapu lebih2 sangat.Ni bukan lah merungut. Just share experince jer. Gituuu~

Entri Lombok pun sampai separuh jalan jer. Daya ingatan pulak makin hari makin lemah dah ni. Lol.  InsyaAllah ada masa nanti aku sambung lagi. Yang buat makin lambat (dan malas) tu sebab gambar banyak sangat. Nak kena pilih, resize and letak watermark. Baru jer on laptop, anak dah sibuk nak join tekan2 keyboard jugak. Ishh2... macam mana ibu dia nak update blog.
Ramai yang bertanya pasal trip ke Lombok, pasal tips2. Tapi belum ada kesempatan nak update.

InsyaAllah akan ku cuba curi masa untuk blog ni. Pada yang tinggalkan komen pertanyaan, harap ampun kalau reply lambat or tak sempat nak reply, ok. ^_^ 


Thanks for reading~ 


.