Wednesday, February 16, 2011

Universal Studio Singapore PART 3 : The Lost World & Ancient Egypt

Hye awak semuaa~~ 

Kita bertemu lagi dalam rancangan Universal Studio Singapore The Series. *ntah pape. muahahaa~ 

Ni sambungan dari PART 2. Tanpa membuang masa, jom kita bersuka ria.


THE LOST WORLD

Kitorang pegi kat Jurassic Park dulu. Naik Canopy Flyer. Macam roller coaster la jugak. Tapi disebabkan kaki terjuntai kat bawah, ade la rasa seram sikit. Best jugak naik benda alah nih. Pastu naik Dino-Soarin. Aduh..yang ni aku rasa macam kanak2 sket. Tapi disebabkan matlamat utama datang sini adalah untuk bersuka ria dan menerai (try) semua permainan yang ada, aku redha jer jadik kanak2. ;D

Tips jalan2 :-
  • Pakai selipar atau kasut yang selesa sebab korang akan berjalan sepanjang hari. So, memang penting untuk pakai kasut/selipar yang selesa. 
  • Pilih kasut/selipar yang melekat kat kaki. Supaya nanti senang korang nak naik/main game yang adventurous.



Arkk~




Pastu part yang paling tak boleh belah – naik Jurassic Park Rapids Adventure. Benda ni naik bot, so kemungkinan akan basah kuyup. Ade orang naik basah sikit2 jer. Ada yang dah bawak rain coat. Kat situ pun ade jual rain coat. Tapi harga SG$2.00. Pehh..tak ke RM5 jugak tu. Untuk satu baju hujan yang macam plastic? Its ok. I thought basah sikit jer kot. Aku tak beli dan tak pakai la ape2 baju hujan. Semua orang dalam bot kitorang tak pakai baju hujan.



Jom boating sampai basah! Boating sambil menikmati pemandangan Jurassic Park dan berkenalan dengan dinasour2.



By the way, ni nak story sket. Time tengah tunggu turn beratur panjang sampai lenguh kaki tu, kitorang terperasan la ade sorang girl dan sorang lelaki nih. Mulanya aku ingatkan anak ngan bapak. Sebab yang pompuan tu terlalu muda, dan yang lelaki plak agak tua. Pastu rasa pelik plak sebab diorang mesra semacam jer. Sah2 lah boipren ngan girlpren.

Aku bukan nak kutuk diorang tu macam anak ngan bapak (umur jauh berbeza). *Sorry, aku bukan jenis yang pandang umur. Tapi kot yer pun nak bermesra bergurau senda, tak payah lah tunjuk kemesraan tu di depan khayalak ramai. Giler loya tekak berbulu bijik mata aku tengok. Dah la diorang beratur depan kitorang. Yang lelaki tak lebih sangat. Yang pompuan tu tergedik2 macam…emm…tak sanggup nak cakap. Kejap2 peluk si lelaki. Kejap2 cubit pipi lelaki tu. Pastu nak cium2. Ape motif buat semua tu depan orang ramai? Memang time tu orang ramai giler. Tengah beratur nak naik boat.

Korang bayangkan : sorang budak pompuan umur 20 (maybe 18) bermesra berpeluk2an bercubit2an pipi ngan si lelaki umur 60 yang separa botak dan beruban. Depan mata korang. Di khalayak ramai. Tak geli ke? Aku rasa macam nak cakap kat diorang : PLEASE. GET A ROOM!! *bukan berfikiran terbuka.diorang bukan Melayu pun.

Tapi dalam duk berbulu mata + meluat tuh, kesian jgak kat budak tu. Dalam fikiran aku : budak ni tak mature lagi nih. Macam jakun pun ade. Kesian.

So, moral of the story : tak perlu lah tunjukkan kemesraan di khalayak ramai. Takde nyer orang nak jeles. Orang meluat + pelik ngan korang ade la.

Ok dah. Sambung cite boating.

Boat tu melalui taman yang macam Jurassic Park. Siap ada dinasour semua. Yang ni aku rasa biasa2 jer la. Part yang paling seram, bila boat kitorang masuk terowong. Pergh! Dah la gelap gelita. Pastu tetiba jer muncul kepala dinasour kat sebelah. Tak ker terkojut. Then tetiba jer boat kitorang di angkat naik (dalam gelap), dan ade plak kepala dinasour nak telan kitorang kat atas.

Pastu terbukak satu pintu, dan boat kitorang ditolak ke muka pintu tu. Bila keluar jer dari pintu tu….Mak aihh…tinggi nyer!!! Terus terjunam ke bawah boat kitorang. Hape lagi. BASAH KUYUP LAH.

Ade la 2, 3 orang dalam boat kitorang tu yang basah kuyup lencun! Muahahaa~ aku plak yang tergelak tengok diorang.

Aku takde la basah kuyup sangat. Kasut yang banjir. Sebab boat pun banjir. Baju basah sikit2. Tapi yang sedihnya, beg aku pun turut basah. Bukan setakat basah. Tapi banjir giler. Beg tu letak kat kaki jer. Bila air masuk dalam boat, beg aku pun turut banjir. Almaklumlah, beg tak kalis air. Yang sedih lagi, baju spare dalam beg tu pun turut basah. So, tak boleh salin baju. Jadi, pakai la baju basah sikit2 tu sampai balik.

Tapi nasib baik jugak valuables i.e. passport, camera, handphone tak basah. Kalo tak, mau nanges tak berlagu aku kat situ. Especially passport. Kalo rosak nanti, camane mau balik Malaysia tanah airku? ;p




Lepas boating ni, ber-selipar lah aku. 
Nasib baik bawak selipar. Kalo tak, pakai lah kasut basah tu sampai balik. xP


Tips jalan2 :- 
  • Pakai rain coat masa naik boat nih. Kalo nak merasa lagi adventure, tak payah pakai rain coat pon tak pe. Bile lagi nak merasa basah kat Jurassic Park, kan?
  • Bawak baju spare dan kasut/selipar spare. 
  • Pastikan beg kalis air, atau sila bungkus beg anda siap2 dalam plastic bila nak naik boat.


Lepas boating, semua dah lapar giler. Patah balik kat Far Far Away, makan kat Goldilocks kot nama restoran tu. Macam KFC jugak lah restoran tu. Aku pilih yang ada ayam 2 ketul, French fries ngan mash potato, ngan air Sprite. Macam Snack Plate jugak lah. Harga SG$9.80. Perghh~ cuba kau darab dengan 2.34? Bukan dah RM20 lebih ke? Itu aku dah pilih menu yang paling murah dah. Giler kentang lah mahal makanan kat sini.

By the way, lupe plak nak bagitau, tiket yang dibeli ni siap dengan 2 voucher, iaitu voucher makan SG$5.00 dan voucher souvenir SG$5.00 . Nasib baik lah ada voucher nih. So, aku tambah SG$4.80 jerlah.

Lepas dah kenyang menternak lemak kat Goldilocks, masuk balik kat The Lost World. Kali ni pegi tengok show kat Waterworld pulak. Show kat sini penuh aksi lah. Siap ade letup2, bom2, tembakan2, etc.




Kalo nak merasa kebasahan, sila duk kat splash zone. 
*splash zone ke nama dia. lupe dah. yang penting, zone tu kat depan.


Pelakon-pelakon kat Waterworld.



ANCIENT EGYPT

Kita merayap kat Ancient Egypt pulak.





Treasure Hunters. Aku tak naik pon benda alah ni. Coz masa kitorang pegi tu, lama jgak masa menunggu untuk sampai turn. So, kitorang blah jer.




Macam betul2 kat Egypt la pulakk~


Entrance untuk roller coaster Revenge of the Mummy
Ada brann??





Erk~ cam seram jer.
Untuk pengetahuan uollss~ natang nih tak boleh direnung. Kalo tak, memang kena kejar. Haritu ada sorang dari kitorang dah kena kejar ngan benda alah nih. Huh~ giler kentang. Terkedu aku kejap.




Mari kita enjoy ngan roller coaster Revenge of The Mummy!


Yeah, roller coaster ni yang paling best kat USS nih (yang aku pernah naik la). Indoor roller coaster, gelap gelita plak tu. Siap ada backward giler kentang lagi. Mau tercabut jantung aku time tu. Pastu memang adventure giler. Macam dalam citer The Mummy lah.

Tapi dalam group yang jalan sama2 ngan aku aritu, 2 orang jer yang naik roller coaster nih. Yang lain semua tak berani. Muahahaa~ Tapi memang patot la diorang taknak naik. Agak seram dan memang boleh buat lemah jantung.

Tapi bagi aku...MEMANG BESSSTTTTTTT..!!!!!




Diorang jumpe Cleopatra masa aku tengah berseronok ngan roller coaster Revenge of The Mummy. Wuhuuu~~ :| 
*sorry, seksi meksi sket gambar ni.


Ok that’s all for this PART 3 yang tersangat panjang *dan siap dengan gosip + mengumpat. Nantikan PART 4, kita bergembira di Sci-Fi City dan New York pulakk~



Siri jalan2 :-
.

No comments: