Tuesday, April 14, 2009

polka polka

akhirnya background blogspot aku dah tak boring macam sebelum ni. coz dah ade background. sebelum ni takde background. nampak dull sangat. boring.

comel jer kan polka dot ni (haha..puji diri sdiri.takpe la walaupun bg korg biase jer ;p) . puas hati jugak la, walau pun polka dot ni buruk dan comot jer (maklumlah buat sdiri jer). tapi mungkin polka dot ni utk sementara jer kot. pasni maybe akan berubah lg.

dari tadi tak tido, duk mengadap benda alah ni. buat background, & edit layout. layout skrg ni ade nampak cam kemas sket. dulu agak berserabut.

COMELLL....!!! (aku puji diri sdiri jer lah. hahahh~) aku suke sangat2. hitam + pink, menyerlah tul warna dia. dah jadi macam Myspace aku dah. hehee~ ade polka dot lagi. feveret aku. :)

best edit2 layout nih. aku sukakan kecomelan layout. selagi tak puas hati, selagi tu la aku edit. tak kira la template blogspot, layout Myspace or Friendster. tp malangnya Facebook takboleh edit2 layout. :(

kat Myspace, aku suke edit layout DIV. best. boleh letak macam2 box dan blh letak kat position mana yang kita nak. Friendster lak, aku suke edit yg ringkas2 jer. tp dah lme dah tak edit layout Friendster. dah agak pelupa lah pasal code2 kat Friendster. hehe~

template blog ni pun aku edit dari template "TicTac Blue" (iaitu template blogspot lah), jadi lah macam sekarang nih. agak pening gak lah edit2 code nih. kne tumpukan perhatian dan perlukan ketelitian. naseb baek dah biasa edit2 layout kat Myspace & Friendster. lebih kurang jer code2 dia. dah 2, 3 hari kot aku "bermain-main" dengan coding kat blogspot ni. harini baru rasa agak puas hati. dah tambah widget2 yang nak ditambah, dah edit apa2 yg patut di-edit. & dah disable right click skali. hehee~

emmmm....ape lg yg aku nk edit. macam ade lg jer nih.
pasti di-edit lg lps ni. :)

ishh..rase tak puas menatap blog nih (cewahh..). tp mata ni dah tak tertahan dah. tak boleh bukak dah..tulunnn....



haihh..aku pun tak tau ape yg aku taip.yg aku tau,aku MENGANTOokkk... & nk tidOowwww....

Earth Hour


Earth Hour kn dh dua minggu (lebih) yg lepas?

a'a, memang. 28/03/2009. kn?

tapi aku saje je nak post entri pasal ni, nak jugak walaupun dah lepas. sebenarnye aku tengok gambar2 mock trial, tiba2 teringat pasal Earth Hour. sebabnya, masa tu aku dan kawan2 yg bijaksana (hehee~) tgh sibuk buat persediaan terakhir utk mock.

masa tu aku kat umah mei na. dlm pukul 8.30 mlm, Encik Kuneng call.

tutup lampu tak?

tutup lampu? owh, a'a la. sekarang Earth Hour kn.

kitorg tgh buat keje. sejam tu sgt berharga. takde maknanye (ade makna,tp msa tak sesuai) nk switch off lampu sejam. camane nk buat keje?

aku sayang bumi (kenyataan yg sgt poyo,tp amat ikhlas). bumi ini sangat penting. tapi mock trial lagi penting. hehe~

yerlah, sbb keesokan harinya (29/03/2009) adalah hari mock trial kitorg.
aku ade gak plan nk join Earth Hour ni. tp tak terdaya. cehh~

ape yg aku buat mase Earth Hour? ini...



akhir kata, sayangi lah bumi. hee~ :)


.

Monday, April 13, 2009

Meniti Hari-hari Terakhir Bergelar Pelajar


agak sedih. hati tersentuh.
memang tak sangka, masa berlalu sebegini cepat.
sekarang rasa berat hati nk tinggalkan UKM,
berat hati nak tinggalkan Fakulti tersayang.
sangat2 berat hati (tapi takde la sampai nak extend or taknak blah langsung).
kolej pun aku ade rase berat hati gak nak tinggalkan.
tapi takde la berat hati sangat berbanding FUU. ;p

sekarang aku ada azam jangka pendek; nak snap pic banyak2 untuk buat kenangan. :D
bile lagi nak snap pic kat sni, ngan kawan2.
kn dah nak meninggalkan FUU dan jugak UKM.
kan kan..?

ni gambar2 yg di ambil masa 2 hari terakhir di minggu yang terakhir.
sebenarnye banyak lagi (takde la byk sgt) gambar yg snap haritu.
cuma malas nak upload.
internet lak cam bangang jer nih.
naseb baek aku rajin jugak post entri. hehee~ :D











lepas final exam boleh lagi snap pic ngan kawan2, kn? :)

Sunday, April 12, 2009

wireless oh wireless



arrggggghhhhhhhhhh................!!!!!!!!!!!!!!!

harini wireless connection tak ok.
bukan setakat tak ok. memang teruk sangat2.
dari tadi aku duk pening2 ngan benda alah ni. (mmg saket kepala otak)
tak dapek nak post entri.
connection macam ni, buang ,mase jer. kne tunggu lme.
re-connect, fail, re-connect, fail, re-connect, fail.
kjap ok. kjap tak ok.
membazir masa jer.

so, post entri ni jerlah.
sebagai ketidak-puasan hati. huh!
.

Saturday, April 11, 2009

Kenangan Mock Trial (video)









gambar sudah. sekarang, video plak.

ni antara video mock trial kami.
upload 2 jerlah. yg lain jd simpanan peribadi. hehee~
video ni masa sesi pemeriksaan utama saksi pendakwaan pertama (SP1).