Monday, January 10, 2011

SANCO Exchange Gift

Assalamualaikum dan Salam sejahtera!

Wahh~~ dah beberapa hari tak update blog. Bukan taknak, tapi broadband nih probem lah. Dah 3, 4 hari duk Celcom EDGE jer. Tak macam hampeh plak kan. Sakit hati betul wa ngan broadband nih.

Tapi disebabkan entri nih dah beberapa hari tertangguh, aku tabahkan jugak la hati aku nih untuk berhadapan dengan Celcom EDGE *ceh. Nak upload gambar pun dah satu hal, makan masa dan buang masa. Huh.


05.01.2010

Seperti yang diwar-warkan dalam ENTRI INI, dan ENTRI INI, office aku ada buat Exchange Gift lagi, seperti tahun2 sebelumnya.

Ada makan2 lagi tuh (makan2 memang wajib kat firm nih). So, here is the pictures (sebahagian jer. yang lain2, tak boleh upload sebab privasi ;p )..




Pink & Leopard. That's so me!
Hadiah yang aku beli yang telah siap di-wrap. Last minute baru wrap. Nasib baik sempat. Huhuu~
Reben pink tu orang lain yang tolong buatkan. Aku mana la gheti nak buat. -.-
*nak jugak nampak Hello Kitty mouse pad. muahahaa~ ;p




sebahagian hadiah yang dikumpulkan sebelum sesi exchange gift bermula



Sebelum exchange gift bermula dan sebelum big bos sampai, mari kita makan2 dulu.


pheww~ ayam masak lemak nih berminyak giler.




waaa~~ kejap jer dah abes Laksa Johor nih.
tak sempat aku nak merasa. -.-




Setelah big boss sampai kat office (big boss wajib ada!), sesi bertukar2 hadiah pun bermula...



Aku dapat hadiah dari KT. Berat semacam jer nih. Macam dah boleh agak jer ape isi nyer. Hehee~ suspen2. ;p
*perghh~ tembam tak boleh blah.





[Dengan gelojohnya aku bukak]
Intai2. Ape yang aku dapat nih?




Tadaaa~ a perfume! Dah agak dah.
It smells so nice. So sweet. Suka sangat2 bau dia. Thanks KT! :)





Aku memang tak pandai nak memperagakan barang. So, memang tak boleh jadi duta produk.
Berangan plak. Memang pun kau tak boleh jadi duta ape2 pun -.-




Ni la akak comel yang dapat hadiah dari aku. Nampak tak baju yang dia pakai tu? Dia terus try tuh baju tu. hahaa~ ;D





Sebahagian dari Litigation staff, lawyers & chambering student.
Aku takmo masuk. Menyembunyikan diri kat tempat sendiri. Pemalu la kunun.
*ape lah kau ni. tak sporting! ;D




3 orang Litigation lawyers (Me, Vasanthi & Safizah)
dan seorang most senior clerk (Shanta).
Perghh~~ muka aku berseri2. Maklumlah baru lepas touch-up. muahahaa~ ;D



Excahnge gift tahun ni tak berapa best berbanding tahun lepas. Tapi takpe la. Happy jgak la ada sesi exchange gift nih. Cuma pening time nak belikan hadiah jer. Tahun ni ramai yang dapat hadiah kain (kain pasang untuk baju kurung). Ada yang dapat jam (eeiiiii...cantiknye jam dia!), ada yang dapat rantai, gelang, kusyen, bed sheet, tudung, kemeja, dress, baju, purse, perfume, dan macam2 lagi la. Tak kisah la dapat apa. Yang penting memenuhi ketetapan, i.e. berharga lebih dari RM10. Dan bagi aku, yang penting IKHLAS.

Agak suspen jgak nak tau sape yang dapat nama aku. Rupa2nya si KT yang dapat. Haritu aku ada tanya dia, dapat sape. Dia jawab dengan selamba & main2 "Dapat kau". Aku ingatkan dia main2 jer. Sebab dia memang selalu macam tu. Rupa2nya memang betul. Huhuu~

The next day, ramai yang terus pakai hadiah yang diorang dapat (kalo hadiah tu bolah dipakai, e.g. baju). Ade jgak yang terus pakai lepas dapat hadiah tu, on the spot terus pakai (macam rantai or gelang, kan boleh pakai terus).

Aku plak, keesokan harinya baru pakai. Tapi takde sape2 yang boleh nampak. Boleh bau sahaja. Kan perfume. hee~ ;)

Looking forward for next year's Exchange Gift. *ceh lama lagi la. setahun lagi tuh.


OK BYE!



*p/s : auto-post entri. wa ngantuk giler dah.


.

Facebook Will End on 15.03.2011?


Hello bloggers and Facebookers!

Apasal hello Facebookers?

Yeahh..entri ni khas untuk Facebookers kat luar sana, especially yang memang fanatik giler ngan Facebook dan tak boleh nak berenggang dengan Facebook.

FACEBOOK WILL END ON MARCH 15TH, 2011!

Aku percaya ramai yang dah tau pasal berita ni. Yang belum tau, sila buat muka terkejut sekarang!

Sila baca berita Weekly World News kat SINI.


“the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

“I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.”

Kesian kat Mark Zuckerberg. Mesti dia dah tak mampu nak handle semua tu lagi.

Tapi kalo yer pun dah taknak manage company tu lagi, kenapa tak jual jer instead of closing it? Aku sangat pasti, mesti ramai yang berminat nak beli. You can make a lot of money by selling it! Buang stress, dapat duit.

Tapi...boleh percaya ke FB betul2 nak tutup? Macam tak percaya pun ada kan. Mark Zuckerberg sangat bodoh dan akan dilabelkn sebagai manusia paling bodoh di dunia kalo dia betul2 tutup FB. Kalo dia jual company tu, aku percaya la jgak.

Kalo FB betul2 tutup nanti, boleh bayangkan tak apa yang jadi? Banyak jgak business, badan kerajaan, swasta, artis, public figure e.t.c yang bergantung kepada FB. Dan bagi kipas-susah-mati FB, mesti ramai yang tak boleh terima hakikat.

"what i'm going to do without FB?" It's okay. We still have Blogspot. muahahaa~ ;D


Whatever it is, dunia belum berakhir. Bak kata Mark;


"Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing."

Betul tu.

Bagi aku plak, ape perasaan aku? Well...sedih gak la kalo FB betul2 nak tutup. Walaupun aku ni bukannye selalu online FB tu, tapi kalo ada FB, at least ada la jgak rasa connected ngan kawan2. Especially kawan2 lama kat universiti dulu. Boleh tau perkembangan diorang. Diorang keje kat mana, dah nak kawen ke, dah ada baby ke.

Tiba2 jer terfikir : eh, nanti kat mana aku nak upload kad jemputan kawen aku & camane nak tag kawan2? Uiikksss? Eleh. Blah la kau. ;p

Haa..ada orang cakap, ada jgak Facebooker yang simpan gambar banyak2 kat FB, dan takde backup kat mana2 komputer or pendrive. So, cepat2 upload balik semua gambar yang ada kat FB tu yer.

By the way, macam2 cerita yang tersebar pasal berita ni. Klik kat SINI. So, tak tau la apa kebenarannya pasal berita penutupan FB nih. Dan dari Google tu juga, berita2 kat Weekly World News memang tak boleh dipercayai. So, tunggu jerla dapet kepastian dari sumber yang betul2 boleh dipercayai.

Rumors will spread. And people will take advantage of it. And maybe people who taking advantage of it are people who started that rumors?



*p/s : kalau FB betul2 tutup, kaki2 Myspace yang beralih arah kepada FB dulu boleh la balik kepada Myspace semula. online balik account MS awak yang dah bersarang labah2 tu yer (termasuk la aku).
*p/s lagi : harap2 berita ni tak betul la yer.



.

Wednesday, January 5, 2011

Mahkamah JB pindah ke Menara MSC Cyberport. kesian saya.


Minggu ni mahkamah Johor Bahru dah pindah dan mula beroperasi kat bangunan baru. Dari Court House kat Jalan Dato’ Onn dan Jalan Ayer Molek, ke Menara MSC Cyberport (dahulu dikenali sebagai Menara Sarawak), kat Stulang Laut. Untuk makluman semua, hanya Mahkamah bahagian sivil (Majistret, Seyen dan Mahkamah Tinggi) jer yang pindah. Mahkamah bahagian jenayah, trafik dan juvana masih di Mahkamah yang lama.



Kompleks Mahkamah Tinggi kat Jalan Dato' Onn




Menara MSC Cyberport.

*both pictures from Google.







Blue arrow : Court House kat Jalan Dato' Onn dan Jalan Ayer Molek.
Red arrow : Menara MSC Cyberport.
*sila klik untuk tumbesaran gambar.


Harini first time aku pegi kat Mahkamah kat Menara MSC Cyberpot tu. Dah la jauh. Kesian lah untuk orang yang takde transport dan menjadi pengguna public transport macam aku ni. Lagi aku duk kat Skudai. Kalo naik bas, kena tukar bas kat bandar. So, kena naik 2 bas la. Huuu~~ tadi penat gile kau. Agak jauh jgak jalan kaki dari tempat bas berhenti (bukan bus stop). Bus stop pun takde. Nak tunggu bas pun susah. Dah la kena lintas jalan besar, takde jejantas, banyak lori kontena plak tu. Sebab kat situ dekat dengan kastam lori. Huiihh~ takot mak nak lintas jalan! (takpe, tunggu beberapa minggu lagi, aku akan menunggang "binatang kaki empat bulat".huahuaa~ ;p)

Penat toksah cerita lah. Kaki aku nih yang tersangat penat. Dah la pakai high heel. Jalan jauh plak. Pastu kat mahkamah pun kena terkejar sana, terkejar sini. Balik office tadi, kaki asyik kejang2 jer. Saket giler wa cakap lu.

Dan seperti yang dikhabarkan oleh lawyer2 yang dah pegi ke sana, keadaan kat situ memang huru hara dan kelam kabut. Aku rasa kalo mana2 Mahkamah pindah ke bangunan baru, memang akan jadi camtu. Tapi kalo pindah ke Kompleks Mahkamah, aku rasa takde la huru hara sangat kot. Masalahnya sekarang ni Mahkamah pindah kat bangunan pejabat, yang tak sesuai langsung untuk dijadikan sebagai Mahkamah.

At least kalo kat Kompleks Mahkamah, kita tau la jugak kat mana kaunter, kat mana bilik pendaftar, kat mana mahkamah terbuka. Sebab memang nampak dengan jelas dan nyata, sebab tempat tu memang khas dijadikan untuk mahkamah. Tapi bayangkan lah mahkamah kat bangunan pejabat? Walaupun dah diubahsuai untuk dijadikan Mahkamah, keadaan tetap kelam kabut.

Tadi kat mahkamah, memang pening kepala aku. Nak cari kaunter bankruptcy, senarai kes, tempat pendengaran kes, bilik pendaftar. Huihh~ kena naik turun lif. Dah la lif lembab giler! Bengang jer kan. Dan semalam, aku dengar ramai lawyer yang mengeluh. Yerlah, sape tak pening. Itu baru lawyer. Orang awam camane? Defendan? Memang diorang pun pening dan LOST! Tak tau kes kat mana, tunggu kat tempat yang salah. Diorang ni yang paling aku kesian.

Tapi nak buat camane kan. Bukan salah ibu mengandung. Yerlah, Court House kat Jalan Dato’ Onn dan Jalan Ayer Molek dah tak mampu menampung bilangan mahkamah yang makin bertambah dan kes2 serta manusia yang ramai.

Satu2nya penyelesaian : JOHOR BAHRU PERLU ADA KOMPLEKS MAHKAMAH! Kompleks mahkamah sendiri yang besar dan cukup untuk memuatkan semua mahkamah kat JB nih.

Melaka ada kompleks mahkamah. Muar pun ada kompleks mahkamah. Tapi kenapa JB takde kompleks mahkamah? Bayangkan Mahkamah Tinggi JB pun dah ada 7 mahkamah (Muar ada 2 Mahkamah Tinggi). Belum masuk Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret, termasuk lah Mahkamah Juvana & Mahkamah Khas Trafik. Memang kat JB ni ter-sangat memerlukan sebuah kompleks mahkamah.

Yang aku tau, memang ada perancangan nak buat kompleks mahkamah kat Nusajaya. Tapi sampai sekarang, tapak kompleks tu masih merupakan tanah kelapa sawit (ni ada orang cakap). Huh. Watdeheck. Agak2 bila kompleks tu nak siap ye? Atau sekurang2nya : bila nak mulakan proses pembinaan kompleks tu ye?



*p/s : Celcom EDGE. lembab tahap siput babi. dah pagi baru dapat post entri nih. xP



.

The Tourist (tourist la sangat)

Wednesday-movie-day is back!

So harini tengok movie lagi. Ingatkan tadi taknak tengok movie. Sebab penat sangat. Dah beberapa hari tak cukup tido. Saje nak pegi survey2 movie apa yang ada tadi. Tapi kalo dah survey, of coz la terliur nak tengok. Sebenarnya dari minggu lepas lagi dah plan nak tengok Tron Legacy this week. Tapi alih2 sampai kat kaunter, teringin plak nak tengok The Tourist.




owh. my Johnny Deep!
*ceh "my" plak. tak boleh blah. ;D



Perghh~ cite ni memang best. Gandingan Johnny Deep dan Angelina Jolie memang mantap. Aku memang suka tengok Johnny Deep berlakon. Lakonan dia tak pernah gagal (bagi aku la, tak tau la apa pendapat korang). Tersangat best, dan mesti ketawa tengok gelagat dia, sebabnye walau seserius mana pun filem tu, mesti ada lawak skit. Lawak ngan cara lakonan dia kot.

Dan Angelina Jolie? Takde la minat sangat kat dia. Suka jgak la kat dia sebab dia hot. Memang tak dinafikan dia sangat hot. Tapi dalam movie ni dia ter-sangat kurus. Kurus sangat pun tak canti, ok. Tapi respek juga ngan dia ni. Dah ramai anak pun body boleh mantop camtu. Tabik spring ah sama lu!

Well...bagi aku movie ni agak menyentuh jiwa kewanitaan aku *cewah. Yerlah. Sanggup ke seorang perempuan ditinggalkan oleh seorang kekasih sampai bertahun2 tak jumpa. Pastu perempuan tu plak sangat menyintai kekasihnya sampai sanggup jugak tunggu bertahun2 dan hidup sorang2. Mana pakwe dia pegi? Sampai tak boleh nak tunjuk muka kat girlfriend dia. Yang datang kat girlfriend, hanya kad dan bunga. Huihh..memang terseksa. Takmo la jadi camtu. Ishkk~

Tapi dinasihatkan, jangan terlalu mudah jatuh cinta pada orang lain (yang baru kenal beberapa hari) macam si girlfriend dalam movie ni. Tapi kan, kalo mana2 perempuan berada dalam situasi camtu, mesti hati cepat goyah sebab tak dihiraukan oleh kekasih sendiri. ;p

Btw, tourist la sangat. Aku dah agak dari awal dah. muahahaa~ Alexander Pearce memang terer dan banyak akal. Movie ni pun banyak teka teki. Tapi tak mudah nak tipu aku ok. Walaupun ada jugak tertipu (masa ada lelaki yang tersengih kat kaunter hotel lepas Elise & Frank checkin.aku ingat, dia la Alexander Pearce), tapi semua tu tak dapat melawan kehebatan naluri aku. *cewahh~ ;p

Sape2 yang belum tengok lagi, cepat2 pegi beli tiket wayang sekarang jugak! Tak rugi tengok ok.


SEKIAN!



*p/s : mana nak dapat rokok camtu ek? Nak bagi kat someone la. boleh hilangkan ketagihan merokok ke?


.

tomorrow's Exchange Gift session

Ini lah penyelesaian kepada ENTRI NI. Tadi lepas keje, pegi cari hadiah. Dari semalam aku cari hadiah. Tapi satu pun aku tak berkenan. Tadi pegi cari lagi. Penat giler. Akhirnya jumpa jugak yang aku berkenan, dan aku rasa cantik. Tapi tak tau la kalo akak tu berkenan ke tak. Aku jer yang berkenan kan? muahahaa~

Aku pilih blouse ni sebab aku pernah tengok akak tu pakai blouse kelawar camni. Yang ni kaler krim, simple dan nampak elegan *elegan la sangat. Harga pun ok, tak mahal sangat dan of course lebih RM10 seperti yang telah ditetapkan.


klik pada gambar untuk tumbesaran.


Kali pertama tengok, terus berkenan.
Dalam hati terdetik : yang ni sesuai!
Aku berkenan untuk akak tu la. Aku tak suka pakai baju camni.
*nanti pandai2 la dia pakai inner, kan. sebab kalo tak pakai inner, seksi mendedahkan aurat! paham2 la baju kelawar camane. ;)



Aku berkenan kat details kat depan ni.
Simple, tak sarat, tapi menarik.
Hopefully akak tu suka.
Tapi walaupun dia tak suka, hado aku kesah?
Dah beli dah pun. Janji haku ekhlas, kan kan?




Huiihhh..dah pukul 1 a.m, aku masih belum tidur. Dah mengantok tahap cipan, sejak beberapa jam yang lepas. Dan esok pula kena pegi Mahkamah. Minggu ni Mahkamah JB dah mula bersidang kat bangunan baru, kat Menara MSC Cyberport (dulu Menara Sarawak) kat Stulang Laut. Mahkamah bahagian sivil jer yang pindah (Majistret, Sesyen dan Tinggi). Mahkamah bahagian jenayah, trafik dan juvana masih di Kompleks Mahkamah kat Jalan Dato' Onn dan Jalan Ayer Molek.

Dan esok kali pertama aku pegi Mahkamah kat sana. Tak tau la camane esok nih *pagi nanti. Dengar cerita, HURU HARA! Biasa la, mula2 pindah mesti akan jadi camtu. Fail takde, kes not listed. Tunggu berjam2. Ramai orang lost. Dah agak dari awal dah.

Oh gosh~ kena tido sekarang jugak!

BYE BYE & SWEETDREAM DEAREST BLOGGERS~~


*p/s : tertanya2 apa yang aku akan dapat untuk Exchange Gift esok. dan dari siapa? -.-'


.