Thursday, June 21, 2012

header changed.

Dulu pakai header gambar masa tunang. Since status dah bertukar, header blog pun kena la tukar. Over tak? *TAK. ;p 




Header lama yang di-edit (dengan comotnyer) oleh diri sendiri.





Sekarang...






V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V






Ek eleh, ape plak. Kat atas kan jelas terpampang header baru? ;p 










Seriously, aku suka sangat2 gambar nih. Gambar lepas akad nikah. Suka yang teramat. ;) 


Oh, ini header sementara sahaja. Takde masa nak edit2. *eleh, kalo edit pun buruk jer. ;p




*p/s : masih mencari mood untuk menaip entry wedding review. sungguh takde mood. & tak tahu nak start ngan ape. -.-' 



.

Sunday, June 17, 2012

Petang tadi.

Petang tadi. Husband keje malam. Tetiba jer dia call. Terdetik 'eh, dah bangun ke. awalnyer'.



Tutt tuttt~ (eh jap, bunyi fon macam ni ke? -.-)

Suami : Assalamualaikum. sayang tengah buat ape?
Isteri : Waalaikumussalam. takde buat ape. tengok tv je. (padahal tengah tunggu nasi masak sambil tunggu baju dalam washing machine tu siap basuh, sambil tengok tv)
Suami : kat rumah?
Isteri : a'a.
Suami : blablablaa...
Isteri : blablablaa...
Suami : blablablaa...
Isteri : kenapa bangun awal sangat?
Suami : teringat kat sayang. tadi mimpikan sayang.
Isteri : mimpi macam mana?
Suami : mimpi jumpa dia, peluk dia.  
Isteri : ... T_T



Sudah 4 hari berjauhan dari suami. Penantian satu penyeksaan. Sangat benar ungkapan itu.



:')

.

Thursday, June 14, 2012

12 hari yang indah.

Semalam genap 12 hari kami bergelar suami isteri.


12 hari yang sangat indah. Walaupun bukan kesemua 12 hari tu indah. Err...faham tak.


Hanya beberapa hari lepas baru kami dapat spend time dengan tenang, berdua. Sempat masak untuk encik suami. Itu pun 2 hari jer. Walaupun masakan yang simple, sebab aku ni memang tak pandai masak pun! Encik suami tetap makan sampai habis. Siap tambah sepinggan lagi. Hahaa~


Sangat bahagia & tenang di sisi suami. Labih2 lagi selepas majlis bertandang selesai.


Maklumlah sebelum ni kan masing2 busy ngan preparation, even selepas sah bergelar suami isteri. Yerlah, lepas settle majlis akad nikah, bertungkus lumus untuk sanding plak. Lepastu kena prepare untuk majlis bertandang pulak. Masing2 stress memanjang. Pastu asyik gaduh jer. Aduss...dah kawen pun boleh gaduh lagi ok. Hahaa~ Tu la, selagi tak settle majlis, selagi tu la gaduh. Ada jer perselisihan faham & tak dapat kawal emosi. Normal la tu, kan. 




02.06.2012.
Kuala Besut, Terengganu.




Dan semalam, encik suami bertolak balik ke Selangor. Cuti sudah habis. Sedih? Tak terungkap kot. Balik rumah, rasa macam sunyi giler. T_T


See you soon husband. I'm gonna miss you. & memang dah start rindu dia few minutes after he left. Pastu nanges. Hahaa..normal la kan. Kalo tak sedih, itu gila namanya. ;D 




.

Monday, June 11, 2012

Legally Married.

Hello lovelies.


Dah 2 minggu lebih menyepi dari blog ni. Maklumlah, busy yang teramat. Alhamdulillah semua dah settle. Post dulu sekeping gambar kat sini.



Gambar lepas akad nikah. 01.06.2012.
*the DIY-ed anak tudung, selendang, veil, baju akad nikah, hand bouquet & pelamin. ;) ♥♥♥




Majlis sanding 02.06.2012, and majlis bertandang baru selesai beberapa hari lepas, 09.06.2012.


InsyaAllah akan update semua one by one. Tengah kumpulkan gambar dulu. Nak tunggu gambar dari OP lambat lagi tu. And which one should i start for review? -.-


Ok bye. ;)

.

Friday, June 8, 2012

Perutusan Raja Sehari


INI ADALAH STICKY POST.
SILA ROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERBARU. ^_^




Hai lovelies.


Since ramai yang bertanya pasal jemputan ni (ceh, ramai la sangat. perasan! ;p), so kat sini aku nak jemput rakan2 blogger untuk datang wedding kitorang nanti. So mari mulakan jemputan dengan rasmi. ;p




Assalamualaikum W.B.T.


Dengan rasa hormat dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, kami dengan segala hormatnya mempersilakan saudara mara, sahabat handai dan semua yang mengenali kami seisi keluarga ke majlis kesyukuran perkahwinan kami yang akan diadakan seperti berikut:


Majlis sebelah pengantin perempuan :-
Tarikh : 02.06.2012
Hari : Sabtu
Tempat : Kampung Pengkalan Atap, 22300 Kuala Besut, Terengganu
Masa : 12.00 pm - 6.00 pm

sila klik untuk gambar lebih jelas ==>>>







Pelan lokasi (sila klik untuk gambar lebih jelas) :-




















------------------------------------------------------




Majlis sebelah pengantin lelaki :-
Tarikh : 09.06.2012
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Serbaguna Felda Pasak, Kampung Baru Pasak, 81960 Kota Tinggi, Johor.
Masa : 11.00 am - 5.00 pm

sila klik untuk gambar lebih jelas ==>>>





Pelan lokasi (sila klik untuk gambar lebih jelas) :-









Semoga kehadiran saudara & saudari akan memeriahkan lagi majlis kami serta memperoleh keberkatan Allah S.W.T, InsyaAllah...


Pada kawan2 yang nak datang wedding kitorang, please bagitahu kat sini ya. Supaya senang nak tahu jumlah tetamu. & pada yang nak kad ni, drop your address kat sini ok. Nanti kitorang pos. & jangan lupa bagitau nak pegi resepsi kat mana. Kat Terengganu atau kat JB. ;)


Errr...ada ke yang nak kad DIY buruk nih? -.-'




.