Tuesday, July 10, 2012

Surat cinta.

Apa perasaan korang bila berhadapan ngan situasi macam ni : korang dah lambat nak pegi keje, then korang tengok kete korang macam ni --->>>


Kat tengah2 tu ha..
(gambar Google sahaja)


Huwarggghhhhhh~ stress tak? nak marah tak? 


Semalam aku kena ikut boss pegi KL. Janji ngan dia nak jumpa Petronas Tampoi, pukul 4 lebih camtu. 4 PAGI yer. Then dah dekat pukul 4.20pagi camtu pegi la kat tempat parking kat rumah aku tu. Dah terkocoh2 nih, sebab dah lambat.


Sekali bila sampai kat kereta....kereta kena block! haihh~ saket hati sungguhhhh...!!! 


Nasib baik ada la sikit ruang kat sebelah kanan tu untuk kete aku keluar. So terpaksa la ke depan ke belakang, ke depan undur untuk keluar, ngan ruang yang sangat sempit tuh. Sungguh cess~ 


Kenapa mesti parking camtu? Kalo yer pun dah takde tempat parking, jangan la block kereta orang. Kenapa dic confident sangat nak parking sampai block kereta orang? Sebab dia confident, dia pegi keje awal & tuan punya kereta yang dia block tu takkan nak pakai kereta sampai pagi? Jangan ingat kita pegi keje awal, orang yang kita block tu takkan pegi keje awal dari kita, ok. 


Then sebab geram sangat ngan tuan punye kereta yang sengal suka2 hati dia block kereta orang, aku tulis "SURAT CINTA" and letak kat wiper kereta dia. Hewheww~ 


Itu baru surat cinta. Belum berlaku keganasan lagi. Eh? Ganas la sangat aku nih! Propa jer lebih. ;p


.

Saturday, July 7, 2012

Puasa dah dekat. Mari biasakan diri dengan sahur.

Malam tadi tido lambat. Bukan tak ngantok. Tapi tak boleh tido. Tengah pening2 tu, perut lapar. Terus kung kang kung kat dapur. Pukul 2, 3 pagi. Tumbuk bawang pun slow2 jer. Takot jiran2 tersedar dari mimpi. Nanti ade plak yang ketuk pintu suruh pegi tido, jangan masak pagi2 buta. -.-



Ayam masak kicap & sayur campur. 



Masak main hentam jer. Guna bahan yang ada dalam peti ais tu jer. 


Camane tak gemok, pagi2 buta makan heavy food camnih. Nanges. T_T


Takpe2, anggap la ni practise untuk masak sahur dua minggu lagi. Practise masak & practise makan sahur. Sebab aku ni sungguh takde selera nak makan sahur. Eh, dah nak puasa kan. Puasa dah ganti ke belum? Teetttt~ 


Sebenarnya masa nak masak ni, ada jugak niat nak puasa hari ni, sebab dah alang2 makan pagi2 buta ni kan. Tapi macam tak larat pulak. Eh? Tak larat ke malas? ;p



.

Thursday, July 5, 2012

Wednesday-Movie-Day : Abraham Lincoln Vampire Hunter

Oh sudah lama giler tak ber-wednesday-movie-day. In fact, dah lama tak tengok wayang. Sebelum ni sangat2 busy ngan preparation kawen. Diri sendiri pun tak terurus, ada hati nak tengok wayang? ;p 


Minggu lepas Encik Suami balik, so lepas keje hari Rabu tu keluar la menghabiskan duit beberapa puluh ringgit untuk tengok wayang. Yer, sila baca betul2, hari Wednesday minggu lepas yer, bukan semalam. Amboi kau...dah kawen pun masih busy sampai tak sempat nak update blog. Ok fine. -.- 


Ni movie pertama yang di tonton lepas bergelar suami isteri. Apekah motif tengok cite vampire? Orang tengok cite yang romantik2 gitew. Kau tengok cite seram pulak? Sampai ada rakan2 se-office yang menimbulkan persoalan ni lat aku.


Bagi aku : eh, wajib tengok movie yang romantik2 ke? Kami tak kisah pon. Dah ini jer movie yang best buat masa nih. Takkan nak tengok Mael Lambong pulak? Atau Hanya Ku Cinta Kau Seorang? Erkkk... -.-'




Trailer. 




Abraham Lincoln tu pemburu pontianak eh? Kelakar jugak. Ni the untold history ke? Whatever la kan. Untuk hiburan semata2.


Overall cite ni ok la, takde la boring sangat. Cite dia slow jer. Tapi tak terlalu boring, dan takde la best tahap dewa sangat.Tapi kadang2 rasa macam 'lost'. Maybe movie ni kurang menyengat.


Tapi yang aku salute kalo tengok cite mat saleh camni, sebab diorang boleh cari pelakon yang sama atau iras2 ngan muka watak yang diorang nak tu. Muka, rambut Abraham Lincoln masa kecik dan muda remaja lebih kurang jer ngan Abraham Lincoln yang betul punyer. Sama jugak kalo ada watak budak, then watak dewasa pulak. Mesti muka iras2. Agaknyer diorang casting sampai dapat kot. *ceh, pepandai jer aku buat analisis sendiri, kan. ;p


Ok bye.



.

Monday, July 2, 2012

Sebulan.

Semalam, 01.07.2012. Sedar tak sedar, genap sebulan kitorang bergelar suami isteri. Alhamdulillah, bersyukur sangat2 dengan kehidupan yang dianugerahkan Allah. Bersyukur kerana dikurniakan seorang suami untuk jadi teman, kekasih, tempat berteduh dan tempah mengadu kasih.


Sebulan. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru semalam akad nikah. Eh, boley camtu? Hahahh~ ;p 


Buat masa ni masih dalam proses untuk menyesuaikan diri ngan kehidupan suami isteri. Dah belajar masak, sebab dulu memang aku langsung tak tahu masak. Sekarang memang excited nak try macam2 menu untuk suami. Aku ni nak kata rajin, memang tak la. Tapi kalo dah start rajin, memang melampau pulak rajinnyer. *serius, tak tipu. 


Tengah belajar merajinkan diri. Sebab time sebelum kawen dulu, memang pemalas. Tengah belajar terima dia sebagai suami, bukan sebagai kekasih macam dulu. Layanan kepada kekasih tak sama macam layanan pada suami. Harap maklum. ;p 


Eh bukanlah bermaksud aku masih tak boleh terima dia sebagai suami. Cuma cara cakap, layanan dulu dan sekarang kan dah lain. So, kena la belajar hormatkan suami. Betul tak?





01.07.2012. 
Sempat lagi paksa Encik Suami ambik gambar sebelum dia pegi keje. hewheww~




Minggu lepas Encik Suami balik JB. Duk sini 4 hari. Pastu hari Jumaat lepas keje, aku plak ikut dia balik Selangor. Spend weekend kat sana. Boring duk umah sorang2, ikut la dia balik. Walaupun kat sana pun dia keje, bukannya boleh pegi jalan2 berjoli sana sini ngan aku, tapi at least berada di sisi suami, takde la boring sangat (cewah ayat tak boleh blah-nak muntah. hahahh~). 


So, dapat la bersama ngan Encik Suami untuk wish "happy 1stmonthsary". Oh, sangat ber-nilai sentimental bila dapat wish depan2, kat telinga dia (ok, sila muntah sekarang).


Pastu time nak balik JB, sedey. Ishh ishhh...tak habis2 tacing.


Ok bye. 



* Semoga Allah memberkati dan memudahkan perjalanan hidup kami. Amin...   




.

Sunday, July 1, 2012

Oh durian..akhirnya..

Dah berminggu2 duk teringin nak makan durian. Time balik keje, tengok jer durian berlonggok yang duk jual tepi jalan. Perghh..terliur giler. Tapi tahan jer. Tunggu Encik Suami balik. Nak Encik Suami yang beli & nak makan ngan Encik Suami. Ngengada kan nak makan ngan husband jer. Hahaa~


Hari Selasa, Encik Suami balik, terus ajak dia borong durian. Elehh...5 biji jer pun. Borong apenyer.






Laki bini melantak makan durian sampai dua2 terbongkang kekenyangan. Dah la baru lepas dinner. Sambung makan durian lagi. Maunyer tak over full. Hahahh~


Ok, hajat nak makan durian dah tertunai. Sekarang teringin nak makan durian musang king pulak. Sebab masa beli durian ni, ada jual durian musang king jugak. Tapi RM28 sekilo. Mak aihh...Takpe, kita try durian yang biasa dulu la.


Tapi macam tak puas pulak makan durian 5 biji tu. Nak yang lagi best. Haa...cane? Encik Suami, tolong jawab. ;p



P/S : nak try buat tempoyak pulak.


.