Thursday, May 10, 2012

Kerja2 mengecat rumah sangat penat.

Yer, baru aku tahu, rupanya kerja mengecat rumah itu tersangatlah penat. -.-'


Hari Khamis lepas, pegi beli cat ngan Encik Tunang.







Dah lama plan nak cat rumah. Tapi masing2 kesibukan. Encik Tunang plak jarang2 jer balik JB. Aku pun mengharap kat dia jer untuk cat rumah. Takkan aku nak cat sendiri? Erkk...


Rumah tu sebenarnya aku dah lama duduk. Konon2 nak duduk sekejap jer, sementara kahwin. Tapi bila cari rumah lain untuk kami duduk lepas kahwin nanti, tak jumpa la plak yang sesuai (lokasi ke tempat keje & of coz bajet. ;p ). Susah betol yer nak cari rumah sewa kat JB nih. Cari kat internet pun takde. Time aku taknak, berlambak jer rumah sewa yang orang iklankan.


So nak tak nak, kami pilih untuk duk kat rumah ni jer. Walaupun tak berapa selesa sebab kecik, tapi takpe la. Lagipun kalo suami kat sana, isteri kat sini, buat apa nak rumah yang besar2, kan. Kat sana suami kena bayar sewa, kat sini pun kena bayar sewa. Lebih baik berjimat. Rumah ni pun murah jer.


So, bersyukur la ngan ape yang ada. *ayat sedapkan hati. ;p


InsyaAllah kalo ada rezeki & jumpa rumah yang sesuai, boleh pindah rumah lain.


So, setelah sekian lama duk rumah ni, baru sekarang terhegeh2 nak cat. Sebelum ni malas nak cat sebab nak duk sementara jer. Sekarang ni bayangkan la nak cat rumah yang penuh ngan barang2 tu.


Aduhh...memang seksa. Nak kena alihkan barang, alihkan tikar, lapik kertas surat khabar. Pastu kena kemas balik. Ya Allah..penat giler. Sekarang ni pun rumah masih bersepah. Ntah bila boleh betul2 kemas tak tahu la. T_T



.

Tuesday, May 8, 2012

Marvel's The Avengers

Dah lama duk ternanti nak tengok movie nih. Dah berbulan2 kot tunggu movie ni keluar kat wayang. Akhirnya hari Rabu lepas, dapat jugak tengok ngan Encik Tunang.


Sebelum masuk hall, sempat makan dulu. Tapi sebab masa tu tak sampai 20 minit sebelum movie start, and masing2 tak boleh blah order chicken chop yang lambat masak tu, memang tergopoh gapah la kami makan. Aku makan chicken chop 10minit jer. Hebat tak? hahaa.


Biasanya aku memang juara makan lambat. Mushroom soup jer tak larat nak habiskan. Kena tapau.


Masuk wayang, nasib baik movie belum start. Tengah iklan. Baru jer duduk, movie terus start. Pheww~ nasib baik. Tak best la kalo tak tahu permulaan cerita. Kan?


Trailer




Hulk, Hawkeye, Iron Man, Captain America, Black Widow, Thor.



I ♥ Scarlett Johannson.




Kesukaan saya. =)




Movie ni sangat best! 6 hero dalam 1 movie. Sape tak suka, kan. Seriously, tak puas tengok 1 kali. Walaupun duration agak panjang (2 jam 15 minit kot), still rasa tak puas and macam nak tengok lagi.


Tengok 3D pulak, boleh? Sebab ignorance sangat, dah beli tiket wayang baru tahu movie nih ada 3D. Erghh~



.

Monday, May 7, 2012

DIY Project : Wedding Invitation Card (Terengganu)

DIY wedding card.


Can't believe i'm actually doing this.


Kad jemputan untuk resepsi kat Terengganu.
Done.
Just guna tracing paper kecik sebagai sampul.




Aku suka warna biru ni. And i'm totally in love with damask! ;)




Bahagian dalam.



Tak banyak pun. Just buat 200 keping jer. 160 keping dah selamat pos kat akak kat kampung untuk diedarkan. 40 keping lagi untuk kawan2 aku & saudara mara yg kitorang akan jemput time dekat majlis nanti. Erghhh~ taktau la sempat ke tak.


DIY kad kitorang ni buruk jer. Print just pakai printer sendiri, printer biasa. Kertas pun biasa jer. Map? Huh, part map ni la yang buat aku migrain. Aku just pakai Photoscape jer. Memang berjam-jam aku duk mengadap laptop. Sampai sakit mata aku nih. Adoihh...


Kos untuk buat DIY kad ni? Sebenarnye takde la jimat pun.


Kad jemputan resepsi Terengganu

Kertas Ivory card 220gsm (RM20/100pcs) = RM20
Dakwat printer *lebih kurang* (RM82) = RM82
Riben (RM8.90/roll x 1 1/2 roll) = RM14.50
Tracing paper (RM2.00/pc) : RM2.00 x 9 = RM18
Total RM134.50 / 200pcs
Lebih kurang RM0.67 sekeping.



Mahal jugak, kan? 


Kad untuk resepsi kat JB still in progress. 800 keping pulak tu. 400 keping dah selamat hantar kat family Encik Tunang untuk diedarkan. 310 lagi keping dah siap print (tapi ada 220 keping belum potong). Tinggal 90 keping jer lagi untuk print.


Seksa sungguh nak buat DIY kad jemputan ni yer. Baru aku tahu. Pasni tobat takmo buat dah. Errr...nak buat untuk sape plak. Memang dah tak la. -.-'




.

Saturday, May 5, 2012

Ideas for table centerpiece

Dah lama dah aku duk google2, cari idea untuk buat table centerpiece. Walaupun aku sendiri pun tak pasti aku betul2 nak buat ke tak table centerpiece tu. -.-'






I love hydrangea. ;)





Kreatif! Maybe boleh pakai tin susu jer?
Tapi kena betul2 berkilat la. Baru cantek. ;)



Bunga tisu.
Sweet. Tapi aku tak pandai nak buat. :|







I love this idea.
Memang nak buat air biru macam ni untuk pelamin (tapi tak tahu jadi ke tak).
So, maybe akan buat macam ni jugak untuk table centerpice.





.

Friday, May 4, 2012

Photographer booked.

Hari Selasa, Encik Tunang balik sini. Aku dah arrange appointment ngan photographer untuk jumpa haritu.


Bulan lepas dah book photographer untuk majlis kat Terengganu. Sekarang book photographer untuk majlis bertandang kat JB pulak. Sebulan sebelum majlis baru book eh. Memang last minute sangat.


Actually dah lama kitorang survey photographer kat JB, cuma takde masa untuk betul2 confirm & discuss ngan diorang. Nasib baik photographer ni available lagi tarikh tu. Cuma tinggal 1 slot jer yang available. -.-'


Seronok discuss ngan photographer ni. Siap bagi nasihat lagi kat bride & groom to be nih. Hehee~


Diorang senang dibawak berbincang & boleh bertolak ansur. Ada la request yang kitorang buat. Ingatkan tak dapat. Dapat jugak akhirnya. Hehee~ Tapi tak confirm lagi nak ikut plan tu ke tak. Just buat request jer.


Ni antaran hasil kerja diorang --->>>








Basically aku suka ngan semua hasil kerja diorang. Hopefully gambar2 wedding kitorang nanti pun cantik jugak. ;)



.