Salam dear readers.
Hari ke-3
04.07.2015 (Khamis)
Pagi tu macam semalamnya, kami breakfast kat hotel. Breakfast sandwich jer pun.
Then kemas2 barang and check out. Luggage2 beg2 semua kita tinggal dulu sekejap kat staff hotel Sebab nak pusing2 dulu kat Gili Trawangan nih.
Yerlah, kalau terus ke Senggigi pagi2 ni pun, nanti sampai kat hotel sana awal pulak. Bukannya boleh check in pun. So masa yang ada ni kita gunakan sebaiknya untuk meneroka Gili Trawangan. Gituuu....
Lagipun basikal yang kitorang sewa ni kitorang akan pulangkan waktu tengahari. So sementara tunggu tengahari tu, kita ronda2 dulu.
Anddd....kitorang nak cari makan. Tak cukup kot breakfast dengan sandwich jer. Maklum ler, perut dah biasa breakfast berat. Hihii~ Lagipun maybe tengahari atau petang baru kami sampai kat Sengigi. Kena jugak alas perut dengan makanan lain. Kang lapar pulak. Lol.
Sekali lagi lalu kat pasar ni.
Ayam pun ada jual.
Aku terfikir jugak, tak rosak ke ayam ni letak camtu jer. Biasanya kan peniaga letak kat tempat sejuk/letak ais. Huhuu~
Jajan.
Mentari Homestay dan Melati Bungalow ni depan pasar ni jer.
Gerai fruitshake.
Harga ok la, tak mahal sangat.
Gerai makan.
Kami usha lauk kat gerai ni. Tapi takde yang menyelerakan tekak. So kami makan kat gerai sebelah kiri tu.
Jeti bot awam.
Cidomo.
Breakfast tambahan : bakso.
Encik Suami pun makan bakso jugak.
Fruit shake tu aku order tembikai untuk Encik Suami. Tapi aku punya failed sikit. Aku order pisang + mangga. Boleh bayangkan tak rasa dia camane? Pekat likat, cepat muak. Huhuu~ Serius tak boleh nak habiskan. Ntah kenapa ntah aku order fruitshake camtu. Last2 aku bedal fruitshake Encik Suami.
Datang Gili Trawangan ni wajib bergambar kat sini.
Lokasi : sebelah jeti bot awam Gili Trawangan.
Keluarga kecil kami.
Then kami ronda2 naik basikal. Sementara tunggu waktu nak naik bot awam ke Senggigi. Tapi...baru jer ronda tak sampai 10minit, Rabbani dah tertidur kat seat basikal tu.
Aloloo~ cian dia.
Tu la, awal2 pagi dah bangun. Waktu camni harus la dah mengantuk balik. So nak tak nak, kena la batalkan hasrat nak meneroka Gili Trawangan nih. Kami patah balik ke pantai untuk pulangkan basikal kat kedai sewa basikal tu.
Oh ya. Ni la jeti speed boat.
Waktu "departure" fast boat.
Pulangkan basikal.
Kedai basikal sebelah CIMB.
Depan CIMB tu pun diorang letak basikal yang untuk dsewakan jugak.
Macam aku cakap kat entri sebelum ni (
KLIK SINI), kat kedai ni ada banyak buku untuk disewakan.
So ni harga sewa buku kat situ.
Underwater camera pun boleh sewa kat sini.
Then Encik Suami pegi ambik barang kat hotel. Aku tunggu kat jeti jer. Punya la banyak barang kitorang tu. Luggage jer dah 3. Beg Rabbani lagi. Aku ingat nak balik hotel dengan dia, ambik beg tu jugak. Tapi Encik Suami suruh aku tunggu jer kat jeti. Maybe dia kesian kat Rabbani yang tengah tido tu. Padahal boleh jer aku bawak Rabbani dalam SSC Superman dia tu.
Jeti bot awam.
Pemandangan di jeti bot awam.
Kaunter tiket.
Lepas Encik Suami datang, baru dia pegi beli tiket bot kat kaunter ni.
Budak botak dah bangun.
Tiket bot awam. IDR15,000 seorang.
Kami naik bot awam kaler coklat tu. Kecik jer, kan.
Lebih kurang pukul 12.20pm, kami sampai kat Bangsal Harbour ni.
Cidomo pun ada kat sini. Orang tu asyik tanya2 jer aku nak naik cidomo ke tak. Kami nak ke Senggigi la pak. Jauhhh banget. Mana boleh naik cidomo. Lagipun mana muat. Luggage pun dah banyak, dah tak muat cidomo tu. Huhuu~
Sebelah kaunter tiket jeti Bangsal ni ada kedai2 runcit.
Dari Bangsal Harbour, kami naik teksi menuju ke hotel kat Senggigi. Masa mula2 sampai and nak cari teksi, memang tak nampak satu teksi pun kat sini. Then Encik Suami jalan sikit ke depan (pintu masuk jeti), baru ada teksi. Driver teksi tu cakap dia memang tak boleh masuk area jeti tu, sebab bukan kawasan dia. Entah ler betul ke tidak.
Teksi ada kat sebelah kanan sana.
Dalam teksi menuju ke hotel kami di Senggigi.
Melalui Senggigi.
Si kecik ni makan biskut.
Ok, tu jer untuk entri ni. Nanti kang panjang berjela2 pulak. Nanti aku sambung lagi yer.
Thanks for reading. :)
.