Saturday, January 30, 2010

Reben Putih Selendang Putih


Dah cukup seminggu dah rakyat kat Johor ni berkabung. Semalam hari last berkabung.

Minggu lepas aku teman akak aku pegi beli reben putih. Reben tu untuk lilit kat songkok anak dia. Yerlah, kan anak dia sekolah. Takkan taknak pakai songkok yang takde lilitan putih.

Sampai kat kedai tu, tokey kedai tu kata reben putih dah abes. So, nak taknak akak aku terpaksa lah beli benda alah yang buat pinggang baju kurung tuh. Ape ntah nama dia. Yang aku tau, benda tu biasanya digunakan untuk buat pinggang kain baju kurung (bagi orang yang taknak guna getah). Benda tu warna putih jugak. Cuma keras lah. Akak aku kata, ok lah dari takde langsung.

Wahh~ boleh sold out ek reben putih.

Akak aku plak nak cari tudung putih untuk dia. Dah banyak kedai yang kitorang pegi, tapi semua takde tudung putih. Semua dah sold out. Akhirnya, kitorang sampai kat satu kedai ni. Ada tudung putih. Tapi putih dia, memang betul2 putih. Macam tudung budak sekolah yang baru beli. Sah2 lah stok baru. Mase akak aku nak beli tu pun, ade la dalam 2 - 3 orang yang beli jgak.

Wahh~ selling fast.

Aku plak, tiba2 jer teringin nak beli selendang putih. Sebab mase tu aku stay kat umah akak aku, dan akan stay kat sana untuk seminggu tuh. Memang kena berkabung seminggu, kan. Aku plak tak bawa tudung putih. Tudung hitam ade la. Yang lain semua ade kat umah aku kat Skudai. Malas lah nak balik ambik.

So, aku pun cari la selendang. Coz aku lebih suka pakai selendang. Simple jer.

Tapi takde la plak selendang putih. Time aku nak, time ni la takde. Haishhh~~

Akhirnya jumpa lah satu selendang putih kain georget kat satu kedai nih. Ada satu tu jer selendang putih. So, lepas tanya harga dan tanpa banyak soal, aku pun beli lah.

Tapi bila sampai kat umah, akak aku tengok2 lah selendang yang aku beli tuh. Bila akak aku dah bukak...rupa2 nye bukan selendang. Tudung empat segi rupanya. Lahh.. Tu la, main beli jer. Tak check dulu.

Aku ingatkan selendang. Sebab kalo kain jenis camtu (jenis georget), biasanye selendang. Confident sangat kan. Sampai umah pun aku tak check. Kalo akak aku tak tengok2 tudung tu, mungkin aku takkan sedar lagi kot yang selendang tu sebenarnya tudung!

Never mind lah. Kan boleh pakai jgak. Tapi tak best lah pakai tudung kain jenis camtu. adoii..

Hari Isnin plak, mase aku pegi Menara TJB, aku tengok ade sorang pakcik nih jual songkok yang dah siap ade lilitan putih. Kat depan Wisma Persekutuan. Pakcik tu tak bukak gerai. Cuma dia letak songkok kat dalam bonet kereta jer. Memang lah bagus. Sebab kalo ade sape2 yang takde songkok camtu, boleh beli & pakai terus. Tak payah susah2 nak beli lilitan putih & lekatkan kat songkok tuh.

Tapi malangnya kat lilitan tu dia just letak tape ajer. Tapi ade jgak orang beli.

Ntah papelah meniaga camtu. Tau nak ambik kesempatan jer. Nak ambik untung. Kalo yer pun nak meniaga & nak ambik untung time camni, buat lah ikhlas sket. Cubalah jahit lilitan putih tu. Biar nampak kemas sket.

Mase aku kat court 3 hari lepas, ade sorang abang nih. Nama kat tag dia, nama Melayu. Tapi dia tak pakai songkok. Just pakai lilitan hitam kat lengan kiri.

Confuse aku. Dia ni Islam ke tak? Nama Melayu. Lilitan hitam kat lengan kiri hanya untuk orang bukan Islam. Ntah lah.

Kat office aku plak, yang sebelum ni free hair, dalam tempoh berkabung nih boleh plak pakai tudung. Tudung putih lah. Bagos lah.

Cehh~ macam lah aku ni baik sangat & selalu pakai tudung. Pegi keje jer pakai tudung. agagaa~~ ;D

Pendek kata, dalam seminggu nih macam2 lagak manusia yang aku boleh tengok. Manusia ni ada macam2 perangai, kan. Ada macam2 kisah.




*semoga roh Almarhum DYMM Sultan Johor dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah...


.

Thursday, January 28, 2010

Avoiding Someone


OMG. I accidently met with someone today. And I try to avoid him!

Dah hampir 2 minggu aku stay kat umah akak aku kat Majidee. Pagi tadi aku pegi court lambat sket. Mase nak lintas jalan (nak ke bus stop kat seberang jalan), aku 'ter-perasan' ade sorang lelaki yang tengah duduk kat bus stop yang kat seberang jalan tu.

Eh, macam...

Aku teruskan melintas jalan sampai kat bus stop tuh. Sambil lintas jalan, sambil tengok kiri kanan, sambil aku tengok dia. Betul ke dia. Sebab aku nampak dari sisi jer.

Sah! Memang sah dia.

Alamak. Macam mana nih. Aku taknak terserempak ngan dia. Aku pun tunggu lah bas jauh sket dari dia. Sebab dia tengok ke arah lain, tengah tengok bas yang nak datang lah tuh. Aku berdiri jauh sikit kat belakang dia.

Bas sampai. 225 Masai - Bandaraya. (*kot)

Dia pun bangun & tahan bas tu.

Alamak. Nak naik bas ni ke tak. Nanti kalo dia perasan aku kat dalam bas tu camane? Ishh..tak payah lah naik bas nih. Tunggu bas lain jer.

Tapi...aku dah lambat ni. Ahh...naik jerlah. Tawakal jer
.


Aku biar dia naik dulu. Then ade la 2 orang naik jugak. Aku naik last skali. Aku nampak dia duduk kat belakang. Lepas bayar, aku cepat2 duduk kat kerusi depan.

Mintak2 lah dia tak nampak aku.

Sampai kat bandar, dia turun.

Owh...keje kat bandar ke.

Dia melintas jalan ke arah City Square.

Dia keje kat bandar ke?

Aku pulak masih dalam bas, sebab aku nak turun kat bus stop depan MBJB.

Dah bertahun-tahun aku tak jumpa dia. Aku tengok dia tak banyak berubah. Atau mungkin tak berubah langsung. Maksud aku, dari segi luaran lah. Dalaman aku tak tahu lah.

Dengan style rambot yang masih sama. Dengan ear phone kat telinga. Dengan cara jalan yang masih sama. Slow jer. Sekali tengok, takde yang berubah.

Tapi. Heran. Kenapa dia tunggu bas kat situ. Rumah dia kan kat lain. Area Majidee tu jugak. Tapi jauh dari situ. Secara logiknya, kalo dia nak tunggu bas pun, mesti dia tunggu bas kat bus stop yang lagi dekat ngan umah dia.

Dia dah pindah rumah kot.

Aku tak pernah terfikir pun yang aku akan terserempak dengan dia. Aku stay kat umah akak aku sejak bulan 5, sampailah aku pindah duk umah sewa bulan 11 yang lepas. Sepanjang aku duk umah akak aku, setiap pagi kalo nak pegi keje, aku akan tunggu bas kat bus stop tuh. Balik keje pun aku akan turun kat tempat yang sama. Lepas aku pindah, every weekend aku akan datang kat umah akak aku & stay kat situ. Kat bus stop tu lah aku akan tunggu bas & akan turun dari bas dari bandar.

Tapi selama nih tak pernah plak aku terserempak ngan dia.

Heran.

Tapi yang paling aku curious, kenapa aku taknak terserempak ngan dia? Kenapa aku taknak dia nampak aku?

Susah nak explain.

Aku segan. & aku memang taknak jumpa or terserempak dengan dia!

Nasib baiklah dia tak nampak dan tak perasan aku pagi tadi. Dan yang paling penting, nasib baik awal2 lg aku dah perasan dia ada kat bus stop tu. Boleh aku elak awl2. Kalo dah sampai depan dia, baru aku perasan, camane. Biasanya aku ni kalo jalan, menonong aje. Mane ade tengok kat sape2. Mane ade tengok orang kat depan aku. Kali nih prihatin la plak kat persekitaran.


Ishh~

Yang aku kecoh2 & pening2 sangat pasal benda ni, kenapa?

GILA.


.

Wednesday, January 27, 2010

Tolonglah Berbaloi!


Sangat PENAT! itu sahaja yang aku mampu katakan di saat ini. Terasa seperti mahu tido sampai petang esok. Berbaloi kah kepenatan aku dalam masa beberapa hari ini? Tolonglah! Aku sudah tidak mahu mengulangi benda yang sama!! Tolong lah berbaloi!!


Salmond. Main Dish. Dinner. Thistle Johor Bahru.
26/01/2010, 8.00pm




Baru hari ni aku tau camane pronounciation yang betul bagi perkataan "Salmond".
Tak perlu bunyikan huruf "l" = sa~mond

a lawyer told me that during that Dinner.

hahaa~

*punyerlah jakun*


Salmond ni sangat best. Tapi aku tak bernafsu nak makan, walaupun akhirnya habis jugak aku makan. xD



*membazir itu amalan setan!
.

Sunday, January 17, 2010

New URL

Selepas lama aku ber-kira2, sama ada nak tukar URL bog ni atau tak..akhirnya hari ni aku tukar jgak.

dari http://ceritacikmurniey.blogspot.com

ke http://kitty-nini.blogspot.com


Ni dah kali kedua aku tukar URL blog nih. URL yang first, ape ntah. Dah lupa. Lepas nih nak tukar ke URL ape lagi? haahhh~

Nape aku tukar URL? Ade seribu satu sebab knape aku tukar URL nih. Tapi..ntah lah. maleh den nak explain~

Dah tukar URL, ada certain part @ widget kat blog ni yang aku kena edit jugak. For example, header picture, footer, Nuffnang ads, etc. waduhh~

malas tul!




p/s* reborn!!


.

Monday, January 11, 2010

Entri Pertama 2010

Huaaahhhhh~~~

Entri terakhir sebelum ni, aku post pada 19 Ogos 2009. Sekarang ni dah 11 Januari 2010. Hampir 5 bulan aku tak update blog nih. Akhirnya, selepas hampir 5 bulan, muncul jugak entri aku kat blog nih.

Memang betul2 busy lah. Sampai takde masa langsung nak update blog. Sebenarnya banyak benda dan cerita yang aku nak kongsi kat blog nih. Tapi hajat tak kesampaian. ngehee~

Ok, sekarang dah masuk hari ke-11 tahun 2010. Tahun baru, aku kena lah update blog ni sket. Mulai sekarang, aku kena rajin sket update blog. (konon)


Azam Tahun Baru

Setiap kali tiba tahun baru, mesti ramai yang set azam baru. Kan? Percaya atau tak, aku tak pernah ada azam tahun baru (seingat aku lah). Sebab kalo aku ade azam pun, aku takkan berjaya buat. So, tak payah lah nak berjanji pada diri sendiri, konon2nya nak buat tu, nak buat ni. Tapi akhirnya tipu diri sendiri.

Tapi tahun ni, tiba2 jer aku terfikir pasal azam baru. Itu pun sehari sebelum tahun baru, baru aku terfikir pasal azam2 nih. Dalam bas on da way nak pegi keje. Ntah kenape ntah. Mungkin sebab masa tu aku terlalu banyak berfikir kot. Fikir masa lepas, masa sekarang dan masa depan. Banyak sangat (banyak masalah) yang aku fikir. So, aku harap tahun 2010 nih akan jadi tahun yang lebih baik dari tahun2 sebelum ni. Aminn...

Ape azam aku? Biarlah aku jer yang tahu. Sebab nanti kalo kecoh sangat, tak jadi plak yang aku rancang tuh. Yang penting, aku nak keje, nak pikir masa depan jer. Dan yang paling penting, aku kena kuatkan hati, kena tabahkan hati, lupakan kisah lama & mulakan hidup baru. Ni semua untuk masa depan aku jugak.


Hidup Baru *memang aku nak mulakan hidup baru!

Sejak beberapa bulan ni, hidup aku dah banyak berubah. Dari hal peribadi, sampai lah hal keje. Semua ni pengalaman yang "sangat bermakna" dan banyak mematangkan aku. InsyaAllah..semua tu akan menjadikan aku seorang yang lebih matang dan lebih "waras".

Keje - setiap hari ke Mahkamah, sangat penat. Bukan setakat penat, malah tersangat lah penat. Terkejar ke sana, terkejar ke sini. Balik office, banyak keje menunggu. Ini baru jer chambering. Belum jadik LA lagi. Bila fikirkan semua tu & cabaran2 yang aku akan hadapi nanti, aku rasa tak nak jer jadik LA. Sekarang pun aku dah rase macam putus asa nak chambering. (or maybe nak tukar firm?) Tapi bila fikir dengan akal yang waras, KITA MESTI BERANI TERIMA CABARAN! yeahh! (semangat lah konon)

Peribadi - Terlalu banyak yang ingin diluahkan di sini. Tapi biarlah aku taip "No comment" sahaje!


Horoskop

Haritu aku *terbukak Yahoo!, ade la tengok horoskop untuk tahun 2010 nih. So, aku pun gatal2 kan lah tangan aku untuk klik kat horoskp tuh. Nak jugak tau ape kate horoskop aku untuk tahun 2010 nih. Bukan nak percaya sangat. Sekadar untuk suka2 sahaje!



Year 2010 Overview

One thing that all Crabs (astrological Cancers or the seafood type of crab) know deep in their hearts is that someone, somewhere out there knows how great it would be to bust them wide open and eat them with melted butter. The big news for you this year, Cancer, is that Pluto has moved into your Seventh House, which rules marriage, partnerships and close relationships. This means that someone may very well be cracking your heart open in the next year.

Cancer has a bit of a reputation for enjoying doom and gloom. You don't. You just seem to get more than your fair share of it. It must be that thick shell of yours. Everyone assumes you can just take it.

The good news is that you earned that reputation because you can take it, and more. And often, your greatest moments come when you have overcome the greatest obstacles. Thankfully, the roadblocks you face in 2010 won't be that devastating, but they'll certainly give you an opportunity to shine. New support and new energy will be entering your life from unexpected and overlooked people and things, and you'll be able to soar above it all!




Pasal Overview nih aku pening sket nak baca. Pluto lah, ape lah. So, aku ignore jer & terus klik kat Career & Romantic. hehee~



Year 2010 Career

As far as your work life goes, 2010 divides up into two nice, clearly defined chunks: the first half of the year is going to present struggles, and the second half will see a boatload of new opportunities. January and February will be a lot of work -- literally and figuratively -- almost as if everyone ignored their jobs during the run up to Christmas, and then decided to drop everything on your desk. Although your relationships with co-workers may be strained at this time, it isn't anything you can't handle. Be careful not to drag too much of that work stress home with you to a partner, particularly in January. Rather than dwell on it, do your best to find a way to take that experience and use it to your benefit.

June and July will bring some exciting opportunities for advancement. You'll be getting more recognition for your efforts, and the possibility of a raise is in store. If you don't have a regularly scheduled salary review planned for that time, things may be going well enough that you might want to bring the subject up anyway. Even the seed of that notion planted then can take root later.

March to May will urge you to really do something about your actual cash-on-hand situation. You'll have both an increased drive to increase your security, and (paradoxically) the urge to overspend. Try to avoid "emotional overspending" during that time, and the rest of the year should work out for you




Maybe ade betulnye kot. Pasal fisrt hal of year, aku kena struggle sket. Memandangkan keadaan aku sekarang yang masih chambering, & aku hanya akan "Long Call" dalam bulan 5 2010 (InsyaAllah..), memang aku kena struggle sket BANYAK lepas nih.



Year 2010 Romantic

After a year in which you felt that you weren't being heard -- whether by a spouse, or your calls for an adequate mate went unanswered -- things will be shaking loose in dramatic manner in 2010. Two eclipses this year will have a particular effect on your relationship with a partner. In January, an eclipse in your Partnership House will bring issues to the forefront. If you have an existing relationship, tensions that have been building will become unavoidable; and if you aren't, you may suddenly find yourself more dissatisfied with that situation (or a new partner may suddenly come into your life). In either case, the more dramatic of the effects may be short-lived but will give you the opportunity to make some long-needed changes.

Pluto also continues its long journey though this department of your life, and Pluto demands change and transformation. Although this doesn't necessarily mean bad news, it will certainly require that you address any issues between you and your partner, and -- maybe more importantly -- that you question within yourself what a committed relationship really means to you. Is it possible you're in the right relationship for the wrong reason? Could you be in the wrong relationship for the right reason? Inner work can be difficult, especially when it involves another person, but ultimately it's always worth doing in the long run.

As far as romance in general goes, however, it's more a good year than a bad one. May and June in particular will see new romantic opportunities coming your way, and will pump new life into a current relationship.




Part of it are TRUE!

p/s* am i in the wrong relationship for the right reason? lol. dah takde maknanye..!!


Ape yang Horoskop korang kate? Sila baca.



Blogshop

Sekarang ni aku dah berjaya membuka perniagaan (cewahh) online. Dah lama aku mengidam nak buat benda ni semua. Cuma masa dan keadaan tak mengizinkan. Blogshop pertama, Nini Couture dah dibukak beberapa bulan lepas. Blogshop kedua, Nini Shoppe baru jer dibuka beberapa hari yang lepas. So, harap kawan2 semua boleh support saya, yer!

Nini Couture - Pre-Order Korean Clothing dan Pre-Order Korean Contact Lens. Starting, aku just jual clothes jer. Then, tambah produk baru - contact lens!
Semua items kat blog ni adalah pre-order basis. So, kena tunggu lama sket lah, baru dapat item yang korang nak tuh. Kalo clothing, lebih kurang 10 hari baru clothes tu sampai. Kalo contact lens plak, dalam 2 - 3 minggu baru sampai. Sometimes, ade jgak delay in delivery. Paham2 jerlah kalo barang pre-order nih, Jauh plak tuh datangnyer. Sape2 yang biasa beli barang pre-order dari oversea, mesti paham pasal period of waiting, kan.
Clothing kat blog nih memang cantik2 & kawaii semuanyer! Sampai aku rasa nak beli jer semua tu. Tapi mana boleh kan. Pokai plak aku nanti. ;p
Contact lens takyah cakap lah. yang aku paling suka; Nudy Series, Angel Series, Barbie Candy Magic Series 15.5mm & Barbie Eye 15.8mm. Pehh,,memang besar lah mata kalo pakai lenses tuh. Nak2 yang Barbie Candy Magic Series 15.5mm & Barbie Eye 15.8mm. Kalo tak caya, sila tanye customer saya. hehee~ ;p
Owh,,saya juge sangat shuke ngan layout blog nih, di mana saya sendiri yang meng-edit template tuh. Kawaii nyer.. saye shuke!! Sangat kena dengan tema blogshop nih - Korean & Kawaii stuff!!

Nini Shoppe - Kat sini saya jual Shawls! Setakat ni, Shawl la dulu. Sebab saya sendiri pun memang suka pakai Shawl. Sangat simple dan senang dipakai. InsyaAllah, akan datang ada lagi items lain & mungkin bulan depan, ada lagi stok baru. Stok yang ada sekarang ni sangat limited. Yerlah, kan baru jer nak start bisnes. hehee~

Semua shalws ni ready stock. You pay today, we will post it out tomorrow!!*

Pada customers saya, mekaceh banyak2. Sila lah melawat blogshop saya lagi, & sila sopping lagi. hehee~ ;)

Pada kawan2 yang masih belum pernah melawat blog-blog saya, jangan segan2 melawat yer. ;p


Blog Yang Tersayang

Pada mulanya aku nak tukar URL blog aku nih. Yerlah, kate nak mulakan hidup baru. URL blog pun kena lah tukar (sebenarnye tak perlu tukar pon). Tapi macam sayang plak kat URL nih. Takpe lah. Maybe next time jer aku tukar.

Tengok plak pada entri aku kat Blog Archieve sepanjang tahun 2009. Owh. Hanya 43 post dari bulan April 2009 sehingga Disember 2009? Sangat pemalas nak update blog!



OK! I think thats all for this moment. Dah cukup lah rasenyer aku meng-update blog dan jugak meng-update tentang diri sendiri di tahun baru nih. InsyaAllah, aku akan rajin meng-update blog lepas nih. Tapi entri yang seterusnya nanti, tak tahu lah aku akan post berapa bulan lepas ni. hehee~~ ;p


.