Thursday, February 25, 2010

Retained?

Retained with expected salary. yeah, the salary are quite attractive (for me lah). and probably with a short probation period. But i'm not sure how long that short period would be. She said she had discussed with another lawyers and staffs about me and my work. And they are happy with my work. She's happy too.

Of course she have to ask them how my work is, how did my behavior, & ask their opinion about me. She wont know all that thing unless people at the office tell her. Because she's not always at the office. Hey, she's the managing partner! A very busy woman! Same thing goes to everybody who will be retained, or to be confirmed after their probation period.

She said the letter of appointment will be issued within 2 - 3 more weeks, and she asked me to remind her about it. I was like...is it true? Is it really happen? Because i felt that its all too fast. Well actually i've already knew about this few weeks ago. The other boss did ask me about this, what are my plan after my pupillage. Whether i've planned to go to another firm. I said, so far no such plan yet. And she said she will talk to the 'big boss' about my retainment. But everything are not confirm yet. And today, she (the 'big boss') called me to her room..and..confirm!

Or maybe i should wait for the appointment letter first? ;p

She did asked me to keep my salary confidential. Because if they retain another chambering students, the salary would not be the same. It depends on that person themself. Yeah, i know. Only 3 people will know about it - another boss, her (big boss), and account's "boss". hehee~ of course i wont tell anyone. Except for some people who are close to me, and for sure they are not from that office. ;p

I think this is normal here - to keep our salary confidential. Because like what i said earlier, not everybody's salary are same. If we kepoh2, then there will be some issue, and then there will be kecoh2 lah! ;D

Hmm...what should i feel now? released? because i don't have to look for another firm after my pupillage? comfortable? grateful? happy? excited? or maybe get-ready-for-the-stress? get ready for the becoming new status and new "title"? lol. dunno. All are mixed up.

The truth is, yes i am released. Because i was so damn lazy to find another firm to continue my "profession" after my pupillage. I HATE INTERVIEW! I hate being a newbie in another new workplace and have to get use with all the staffs, the boss and with that workplace. geezz~~

So far i'm comfortable being here.

Kinda excited, maybe. I just can't wait to finished my pupillage! and can't wait to get my expected advocate and solicitor's salary! weee~~~ ;) *materialistic ;p

And of course, i have to be ready for all the becoming stress of being a lawyer. I think now i've already felt the stress. But being a lawyer, the responsibility (and of course the stress) are greater. For sure.

Kinda freak out.



.

Tuesday, February 23, 2010

Melecur

Ceh. Tajuk macam gempak sangat. Ceritanya macam ni. Dua hari lepas (hari Ahad) aku terkena minyak panas masa tengah masak. Pehh,,,saket takpayah cakap lah. Pedih giler! Cepat2 aku basuh ngan air lengan aku tuh. Aku tak tau lah betul ke tak tindakan aku tuh.

Masa tu la aku tiba2 jer teringat kat arwah mak aku. Sebab arwah mak aku ade petua untuk orang yang kena minyak panas. Dulu arwah mak aku pernah kena minyak panas, lagi teruk dari aku. Tapi takde melecur ape2. Aku tak tau ape petua dia. Aku rasa dia guna telur & garam, then adela dia baca ayat. Tapi aku tak berapa ingat. Sebab dah lama sangat. Mungkin masa tu aku Darjah 6 or Tingkatan 1.

Masa tu semua orang panik, sebab diorang pikir mesti mak aku akan melecur teruk. Sebab satu kuali minyak yang tengah menggelegak tuh, tumpah atas dia. Tapi nasib baik lah arwah mak aku nih memang pantas. So, takde melecur langsung. Mase tu aku pun panik & takot. Rase menyesal pun ade. x(

Sekarang ni rasa macam rugi jgak lah tak belajar petua tuh dari arwah mak aku. Bukan setakat petua tu jer, tapi ade banyak lagi bnde yang aku tak sempat nak belajar dari dia. xP

Ok, balik kepada cerita aku. Aku bukannya tak biasa kena minyak panas. Sebab aku memang selalu masak. Ceh, macam terer sangat. Sebenarnya baru nak belajar2. Pastu cuai kat dapur!

Tapi ni la yang paling teruk. Kat umah aku plak takde ubat. So, terpaksa mintak bantuan dia untuk belikan aku ubat. Nasib baik dia dah balik dari kampung. Kebetulan masa aku kena tu, dia SMS aku, bagitau dia baru sampai umah. huhuu~


ini lah dia tangan orang yang cuai. xP
yang kaler biru tu adalah ubat yang dibeli oleh dia.



Memang saket giler. Pedih. Sampai ade naik gelembung lagi. huhuuu~~~ *T.T*

Abes lah berparut lengan aku nih. Dah la lengan memang dah buruk, banyak parut! Tambah lagi ngan parut melecur nih. Huh. Tu la, lain kali cuai lagi! xP



.

Sunday, February 21, 2010

Ke-boring-an

Boring sungguh hari ahad nih. Semalam aku balik umah sewa, setelah seminggu duk kat umah akak aku. Kat umah sewa nih agak boring lah. Agak sunyi. Kalo kat umah akak, ade gak anak sedara. Boleh main2 ngan budak2 tuh. Tengok gelagat diorang. Ade gak gelak ketawa.

Semalam dia yang ambik aku & hantar aku balik umah sewa. Dia kata nak balik kampung (kat Kota Tinggi). Katanya mau balik sebab adik dia nak pegi sambung belajar. Adik dia nak bertolak harini. Nak jumpa adik dia katanya.

Dia ada ajak aku. Tapi aku taknak. Macam2 alasan aku bagi - taknak pegi sebab kena tido sana, tak selesa, e.t.c. Tapi sebenarnye aku blom ready nak jumpa keluarga dia. Walaupun sebenarnye aku dah jumpa 2 orang akak dia yang stay kat JB nih, & dah jumpa adik dia yang nak sambung study tuh.

Dan dia pun dah ikut aku balik kampung, jumpa family aku & sedara mara aku kat sana. Kampung aku lagi jauh nok, kat Terengganu sana. Dan dia stay kat sana dalam 2, 3 hari jgak kot. Masa tu akak aku kawen. Dia pun dah lama asyik cakap nak ikut aku balik kampung. So, mungkin itu peluang terbaik untuk aku bawak dia balik kampung. Yerlah, kan ade jgak event. Kalo saje2 bawak dia balik ke kampung, & tiba2 jer ade orang lelaki kat umah kita, ape plak orang kampung cakap. Tau la camane mulut orang2 kekampungan tuh. Narrow-minded, suke pikir bukan2, suke buat cerita, e.t.c. Eh, jauh plak aku melalut. xP

Hmm...tak tau lah kenapa aku masih blom ready nak jumpa family dia. Mungkin sebab aku segan? Atau mungkin sebab aku rasa jauh lagi perjalanan aku dan dia. Ughh..taknak comment2 panjang2. Nanti melalut plak. Kadang2, aku pun terfikir gak - pelik sungguh pemikiran aku nih.

Semalam dia membebel gak masa aku cakap taknak pegi.

Dia cakap - kejap jer. pegi petang ni, pagi esok dalam pukul 10 ke, kita balik la. nak jumpe adik jer.

Sowie lah..sowie sangat2..maybe lain kali... xP

Mase aku bangun pagi tadi, ade SMS dari dia :-
"Org br smpy kota.syg tdo nyenyak2 ea."
20-Feb-2010 9:40 pm


Memang aku dah tido time tuh.

Dan sekarang? Aku keboringan keseorangan kat sini! Kalo ikot dia, takde la boring camni, kan.

Ugghhhh.....!!!!! *ade sedikit penyesalan.



MENGIMBAS KENANGAN

Ni masa aku bawak balik dia ke kampung aku. Jauh nun di Terengganu...

August 2008

berangan jadik pengantin jap.
p/s*nape dlm gambar nih, aku nampak lagi besar dari dia? pelik.


gue mau makan. ngak mau bergambar! ;p


candid by him.


sengal. ;D


I took him to the beach
*dekat jer ngan umah aku. ;p


;D


berlatar-belakang kan Pulau Perhentian! ;p


aku tergelak giler tengok rambot dia.
HAHAHHAAAHHH~~~ ;DD


Happynyer dia dapat ke pantai. ;p


aku tido ka? ;p



eeee...gedikk nyah! ;p




My Sister's Wedding


Dengan ini, secara rasminye, tinggal lah aku seorang sahaja dalam familyku yang masih ber-status "SINGLE". ;p



.

Wednesday, February 17, 2010

Wednesday Blues


Setelah 3 1/2 hari bercuti, harini start keje. OMG malasnye. Malas nak bangun. Mahu terus tido. Ini lah yang dikatakan Wednesday blues.

Pukul 8.45pagi baru aku turun dari umah (cuti ni aku stay kat umah akak aku). Jalan berlenggang pegi tunggu bas. Bas pun jarang2 jer ade. Tadi adela 5-8minit baru ade bas. Agak lama la tu. Sebab kat situ memang senang nak dapat bas. Biasenye tak sampai 5minit, dah dapat bas pegi bandar.

Jalan raya lengang giler! OMG!! Semua orang masih bercuti! Jelesnye!!

9.15pagi aku dah sampai mahkamah. Kejapnyer.

Kat mahkamah pun sama. Lengang! Tak banyak kes ke? Or ramai yang masih bercuti?

Kes lelong tadi hanya ada 5 property yang ada bidder. 2 daripadanya adalah kes aku. Kebetulan harini kes aku pun tak banyak. Hearing Notis Temu Janji, Hearing Saman Minta Arahan & Lelong. So, macam takde mood sket nak attend kes.

Pastu mood aku "dirosakkan" lagi masa Hearing Notis Temu Janji (Saman Pemula)!! Ugghhhhhh...!!!!!!! Benci + menyampah! Tanye pun tak boleh ke? Salah ke aku nak dapatkan kepastian? Asyik nak marah2 je kenape? Setiap kali, memang macam tu. Menopause Andropause ke ape dia tuh? Whatever lah. Ade aku kesah??

Lepas ambik Bank Draf kat Unit Lelong, terus balik office. Dalam pukul 11.00pagi dah sampai office. Awal plak arini. Kat office, takde mood langsung nak buat keje.

Memang masih dalam mood cuti! Walaupun sebenarnya aku tak apply cuti panjang pun. Kalo masih bercuti kan best. hmmm.......

Dah la masih tak sihat nih. Aku demam!! xP

Tengahari tadi tiba2 je dia call aku. Dia kat City Square! Yay!

So, tengahari tadi sempat la lunch ngan dia. Walaupun kejap aje dapat temankan dia, tengok dia makan, borak2 ngan dia, ok la tu. Kurang sket demam aku. *ceh

huhuu~~ winduuuuuu~~~~ *T_T*


.

Tuesday, February 16, 2010

Valentines




Its a day after Valentines Day. Or two days after? Coz its 12.03 a.m right now.

Aku rase hampir semua pasangan celebrate Valentine nih. Aku plak, tak kesah pon celebrate ke tak. Sebab aku rase, nothing special lah dengan Valentines Day nih. Buat ape nak mengagung-agungkan Valentines Day? Lagipun, aku rase ramai yang dah tahu asal usul/sejarah Valentines Day. Sebelum ni pun (tahun lepas) aku ade post entri pasal tu;

Kalo betul2 nak menghargai pasangan, setiap hari pun korang boleh menghargai pasangan korang. Hari lain pun korang boleh tunjukkan kasih sayang korang. Sebab kalo korang betul2 sayangkan pasangan korang, setiap hari adalah hari kasih sayang. Betul tak?

Dua hari lepas, aku tengok berita. Tak berhati perut sungguh MANUSIA yang buang baby dalam tong sampah, then dibakarnya baby tuh. BINATANG pun tahu sayangkan anak. tak BERPERI-KEBINATANGAN sungguh manusia yang buat camtu.

Kalo yer pon taknak baby tu, bagi jerlah kat orang lain. Berapa ramai pasangan suami isteri yang takde anak dan sangat2 memerlukan anak dalam dunia nih, sampai sanggup beli anak dari orang lain.

Ini lah salah satu contoh, kesan dari perbuatan MANUSIA yang mahu menutup malu (mungkin). Diri sendiri yang buat dosa, anak yang tak berdosa plak yang jadi mangsa.

Bersempena dengan Valentines Day nih, aku percaya dalam masa beberapa bulan lagi, akan makin banyak kes macam ni. Tahu saje lah macam mana kebanyakan pasangan zaman sekarang sambut Valentines Day.



Contohnya, dalam berita semalam. Ade ke patut, PURA-PURA PENGSAN masa kena tangkap basah. Pencegah maksiat terpaksa mintak bantuan polis untuk pecahkan pintu bilik hotel. Dah sejam, baru pintu bilik tu boleh dibukak. Itu pun polis yang umpil pintu. Pengsan sejam ke? Buat lawak plak. Si pompuan plak, menyorok bawah katil. Dah takde tempat lain nak menyorok ke? Aku rasa, itu la tempat pertama yang pencegah maksiat akan check. Hahahhhh~~~

Whateverlah kan.

Aku plak, sambut Valentines Day ngan DEMAM. hahahh~~ Tak celebrate lah. Maksud aku, hari Valentine tuh aku demam. Lagipun dia jauh di sana. Kalo aku tak demam & dia dekat sekalipun, aku tak sambut jgak. Takde keperluan nak sambut Valentines Day! *maksudnya, sambutan Valentines Day tuh tak diperlukan! ;D

Ape2 pun, Selamat Hari Kekasih! ;)


♥♥♥ I LOVE YOU ♥♥♥



.

Sunday, February 14, 2010

Dinner & Dance


Minggu lepas office aku ade organize Annual Dinner and Dance. Aku antara "insan2 terpilih" untuk jadi committee. Aku memang tak suka jadik committee untuk ape2 majlis. Sebab? Dari pengalaman - jadi committee memang tak best!

Majlis : Syed Alwi, Ng & Co (Johor Bahru) Annual Dinner & Dance 2010
Tema : D'Oscar Nite
Tarikh : 06.02.2010
Masa : 7.30 - 12.00 a.m
Venue : Sapphire 3, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru
Dress Code : Dazzling & Glamorous





Sehari sebelum dinner, baru aku nak cari baju. Maklumlah, busy jer. Mane ade masa nak cari baju. Hajatnye nak pakai dress. Yang simple2 jer. Tapi dah puas aku round satu City Square, masih gak tak jumpa dress yang aku berkenan. Ada yang aku berkenan, tapi pendek sangat. Seksa plak nanti.

Akhirnya, aku pakai jer baju lama, yang dah hampir 3 tahun (kot) aku tak pakai. Baju tu aku pakai masa dinner Tahun Dua kat UKM dulu. hahahh~ nasib baik elok lagi baju tu, takde rosak2. Dan yang penting, masih muat lagi. Maklumlah, berat badan semakin naik. Dah makin chubby. huhuu~~ ;p




Red Carpet.

Tapi aku tak bergambar pon kat red carpet nih. Coz aku kan committee. Aku masuk dewan tu sebelum 7.30mlm. Photographer plak datang lambat. Lepas tu dah malas nak pegi bergambar kat red carpet tuh. huhuu~





Flowers. Roses.
Sponsored by Amy Florist (if i'm not mistaken). 





Ini lah committee untuk SANCO DnD ni.



Committee & Partners.




Di sebelah kiri aku adalah Masterku.
Ni 1st gambar yang aku bergambar ngan Master aku. huhuu~



Chambering Students & Partners.




Chambering Students, Lawyers & Partners.




Lucky Draw.

Aku dapat toaster (Sponsored by Mahayuddin bin Makmin - Auctioneer). Teringin gak nak dapat TV plasma (Sponsored by Wahidah bt Bachok - Auctioneer). Tapi aku taklah "se-BERTUAH" itu. Hanya yang "betul2 BERTUAH" jer yang dapat Grand Lucky Draw. Tuah yang "ditentukan" ke? hahh~~


Tapi semua orang dapat hadiah kat Lucky Draw tu. Yang membezakannya, hanyalah - besar atau kecik, mahal atau murah. Banyak dapat sponsor, banyak lah hadiah untuk Lucky Draw tuh. Yang penting, semua orang happy. ;)



Judge's Karaoke Competition Ballot.




Buffet.




Yummy!



Antara makanan yang dihidangkan. Semua makanan malam tu memang best. Especially sup, udang, ayam & lamb roll. Tapi aku tak sempat nak makan puas2. Biasalah, kalo dah cadi committee hih. Ughh~ itu yang aku benci kalo jadik committee. Tak menikmati majlis 100%..!! Termasuklah makanannye. :(

Lagi pon, buffet sampai pukul 11mlm jer. Lepas tu, orang2 hotel tu akan angkut lah semua makanan tuh. Majlis kitorang plak sampai pukul 12mlm. Banyak tul makanan yang tak abes. Membazir jer kan.



Pehh~~ lamb roll ni sangat, sangat bestt!!



Candid.Aku tengah me-rekod performance dari group Litigation.




Performance - from Liti D'Best
Hahahh~ ni group Litigation. Menang beb - No 1
. Memang Liti D'Best!!



Diorang buat telenovela. Memang best lah. Cite pasal satu pasangan yang dijodohkan oleh keluarga. Then masa bersanding, makwe pengantin lelaki boleh lak datang kat persandingan tu. Akhirnya pengantin lelaki pilih isteri gak. Memang kelakar. Aku cuba kontrol ketawa aku. Sebab aku tengah record. Nanti kang dengar suara aku jer kat video tuh. Tapi ade yang ketawa power punyer. Maybe tak tahan sangat kot. Tak caya, cuba dengar :-






*sorry, very low-quality video. xp



Bersempena ngan tema DnD tu (iaitu D'Oscar Nite), banyak gak lah anugerah yang diadakan, iaitu :-
Most Stylish SANCO - won by Katty
Most Talkative SANCO - won by Cik Kelly
Most Cool SANCO - won by Abang Idris
Most Favourite SANCO - won by Ms Latha [our big boss. hehee~ ;) Ade ape2 ke ni? ;p]

Untuk empat award ni, kitorang dah distribute ballot sebelum dinner & kutip seminggu sebelum dinner.


Untuk dress plak :-
Best Male - won by Abang Razak
Best Female - won by Izan

Untuk dua award ni plak, kitorang distribute ballot masa dinner tuh.


Yang ni plak bos yang pilih ;-
SANCO Icon - Shanta

Ini pekerja terbaik lah. Macam dah boleh agak dah. Coz Shanta memang dah lama keje kat situ. Dalam 17tahun, kalo tak silap aku. Lama giler. Tak boring ke? ;p Dan aku rasa, dia memang dah layak jadik lawyer. Coz aku rasa, semua dia tahu. Ade certain benda tu, aku sendiri pon tak tau. huhuu~ ;p

Di akhir dinner tu, ade la dancing sket. Dah nama Dinner & Dance, kan. Best jer diorang menari. Aku tak join lah, coz aku memang tak pandai menari. Pastu Abang Id suruh aku join gak. Yerlah, aku pon join lah, Nanti orang kata tak sporting plak.

Mak aihh..punyerlah kaku. Maklumlah, sebelum nih tak pernah menari. Lagipon bukan kaki clubbing (eh2,,ape kena mengena ngan clubbing plak,kan.hahahh~~ ;p)

Nasib baiklah semua lagu rancak. Ikut jerlah step diorang. Semput gak aku time tu. Berpeluh2. Tu lah, tak pernah exercise kan. huhuu~~

Btw, malam tu memang sangat2 me-release-kan tension aku. Lupa jap kat bebanan dalam kepala aku nih. Tengok diorang perform, menyanyi, menari, & macam2 lagi la gelagat diorang. Termasuk lah time aku dancing. Hilang stress. hahahh~~

Malam tu, aku tido kat hotel jer. Coz committee memang dapat bilik free. Lepas dinner, kitorang kena kemas barang2 kitorang yang ada kat situ. Dinner abes dalam pukul 12mlm. Dah siap2 kemas, balik bilik dah dekat pukul 1pagi. Dah time camtu, takkan lah aku nak suruh orang datang ambik lak. Dah lewat sangat. Malas nak menyusahkan sape2. So, better aku tido kat hotel tu jer.

Anyway, DnD ni memang best. Bos pon dah congratulate kitorang. Hehee~ harap2 tahun depan lagi best dari ni. Dan harap2 tahun depan aku bukan lagi committee!! (itu pon kalo aku ada lagi kat situ tahun depan ;p)


.

Friday, February 5, 2010

Sombong kah?


Dikatanye aku nih sombong. Celaka sungguh.

Berdasarkan kepada apa ye? Muka aku yang poker face ni ke? Then, dont judge a book by its cover lah. Kalo setakat baru terserempak or berselisih ngan aku sekali dua kat Mahkamah, & aku tak senyum kat dia, dah cakap aku nih sombong. Siap cakap ngan bos aku lagi tuh. Kalo MEROYAN sorang2, lantak kau lah. Tapi boleh plak nak bagitau bos aku.



Aku rase aku ni dah cukup peramah dah kat Mahkamah tuh. Lawyer yang aku tak kenal pun aku boleh borak2, eventhough tak tau nama & tak tau sape dia sekali pun. Kalo yang dah kenal tu, apetah lagi la kan. Even dengan PA judge or PA Timbalan/Penolong Pendaftar pun aku boleh borak2, sembang2, SENYUM2.

Dengan sape lagi? Kerani kat Mahkamah tu? Defendan? Orang Awam? Auctioneer? Bailif? Timbalan Pendaftar? Penolong Kanan Pendaftar? (Judge blom lah)

Dengan sape lagi? Sape? Sape??

Huh.

Tak tau camane nak explain kat bos. Aku dah cakap ape yang patot. Tapi aku lupe nak cakap bende ni;

Lantak lah orang nak cakap ape. Saya sombong ke, tak senyum ke, tak peramah ke. Saya tak hidup atas cakap2 orang. Saya tak hidup atas pendapat orang. Saya hidup atas usaha dan pendapat saya sendiri. Lagi pun saya pegi Mahkamah sebab ada keje dan nak buat keje. BUKAN NAK SENYUM2 KAT ORANG!!

Kalo dia tak puas hati sangat, pegi la tanye orang lain kat Court tu, Saya ni sombong ke tak!



Ughhh...!!!

Sangat sakit ati.

Bos kate ;
lain kali, lebarkan sikit senyum tu.

Eh2. Ape motifnye nak senyum lebar2 kat orang? Perlu ke semua tu? Penting ke? Aku bukan desperate sangat nak senyum lebar2 kat orang. Memang aku ni agak peramah kat Mahkamah. Tapi agak2 la. Peramah biar bertempat. Tak banyak cakap sangat, & tak pendiam sangat. Kalo terlampau peramah kang, nanti orang akap meroyan plak. Terlebih peramah tak bagus jgak, kan.

Memang celaka lah orang2 macam nih. Belajar jer tinggi. Tapi pemikiran sempit. Bengap. Belajar lah dan cubalah ingat pepatah ni :-
"DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER."

Mungkin sebelum ni dia tak pernah diajar pepatah itu. Kurang ajaran mungkin. Atau mungkin kurang kewarasan?

Yang aku herannya, perlu ke bagitau bos aku? Ingat dah bagitau bos, aku nak senyum kat kau lah?




Takkan la dia tak paham kalo kat Mahkamah camane. Kalo banyak kes, mesti busy. Terkejar sana, terkejar sini. Mungkin masa tu aku tak perasan aku selisih ngan sape. Takkan sebab tu jer cakap aku sombong.

Ape yang dia tak puas hati sangat nih?

Dosa besar ke aku tak senyum kat dia? Tak tegur dia? Or Tak perasan dia kat situ?? BUDUSS.

Oh. Tidak tahu mahu MELABELKAN orang seperti ini dengan panggilan ape.



.