Sunday, April 25, 2010

Three Years


25.04.2010



Oh. Why did i looks so different in pictures? This is non-edited, ok. Maybe because of the make-up and the lights!









Ehem2..





I'm sooooooo hap-ppyyyyyyyy to go out with you on our 3rd Anniversary. Yay!










I YOU!!



.

Friday, April 23, 2010

Office Banjir!

Terkejut cipan aku bila masuk office pagi tadi. Semua orang tengah bertungkus-lumus meng-cover meja dengan plastik, memindah barang2. Ada yang memindahkan meja.

Office banjir!!

Ni bukan kali pertama office ni banjir. Tapi sebelum ni aku blom keje kat sini lagi la. Office ni kat tingkat 22. Takkan bumbung bocor plak. Dari mana datangnye air banjir ni? Pelik bukan.

Dari tingkat atas lah. Tingkat atas yang banjir, pastu bocor ke office kitorang. Ni la akibatnye kalo bangunan tak kalis air. Hanya kat bahagian toilet jer yang kalis air.

Aku tak pasti ni kali ke berapa office ni banjir. Kes saman sebelum ni pun masih blom settle, datang lagi banjir ni. Saman tuntut gantirugi la, coz banyak barang rosak. Banyak kerugian.






Ni la tempat yang paling teruk kena air. Tempat Senior Lawyer. Meja dia dah di alihkan. Ishhh...dah la kat tempat dia banyak fail2 contested. Banyak fail2 yang penting, yang pening2. Abes lah basah fail2 tu.

Tempat staff pun ade yang bocor. Sampai meja kena dialihkan. Mesin2 fotostat pun kena dialihkan jgak. Aduhh~~ penat tahap gaban la diorang yang kena alihkan semua tu. Tapi aku best jer tengok, coz nampak ade kerjasama.

Eh, aku pun tolong jgak, ok. Ape yang penting? KERJASAMA! :)

Naseb baek tempat aku tak bocor. pheww~~


.

Monday, April 19, 2010

Notis Perbicaraan! Yay!

Harini aku dapat Notis Perbicaraan aku.

Long-call date : 07.05.2010



Ambil perhatian bahawa perkara yang tersebut di atas telah ditetapkan untuk perbicaraan di hadapan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi di Johor Bahru pada 7 MAY 2010 pada jam 9.00 pagi.


Yiiiiiiihhhaaaaaaaaaa...!!!!!!!!!

hepinyerrrrr~~~

;p


.

Wednesday, April 14, 2010

Filing Form 6, 7 & 8

Semalam aku pegi KL. pegi berjuang untuk masa depan! ;p

Takde la berjuang. pegi filing borang 6, 7 & 8. Borang-borang ni untuk dapatkan date Long-call. Long-call tu ape? Long-call adalah...emm..hari di mana aku akan admitted to the Bar (diterima masuk & didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara).

Dah cukup tempoh Chambering 9 bulan, dah lulus exam Ethics, baru boleh pegi filing. huh~ ingat senang nak jadik lawyer? duhh~~

Aku bertolak dari JB pukul 12.30 a.m, 13/04/2010. masa aku beli tiket kat Larkin, aku check la tiket tu. Bila tengok kat tempat turun, tercatit : Stadium Bukit Jalil.

eh? aku nak turun kat Pudu, bukan kat Bukit Jalil. dia ni silap bagi tiket ke?

aku tanya mamat kat kaunter tuh : "ni knape turun kat Stadium Bukit Jalil? Bukan turun kat Pudu ke?"

dia jawab : "Pudu sekarang dah tutup. ade renovation."

aku : "owh.yeke."

aku macam..yeke dia nih. (camni la orang yg tak baca surat khabar, tak tengok berita & taktau perkembangan semasa. ;p)

aduh..aku bukannye tau area Bukit Jalil tuh. Tak pernah pegi situ ngan public transport. pegi ngan kete ngan kawan2 pernah la. Camane aku nak pegi Bar Council dari Stadium Bukit Jalil? kelam kabut la aku tanye member aku lepas tu.

Tawakal jer lah. Masa sampai kat Bukit Jalil, hari masih gelap, masih sangat pagi. Pukul 5.00 pagi (lebih kurang la,aku pun tak ingat). Nak cari LRT, aku risau jgak. Aku ni bukannye nampak sangat kalo ari gelap camni. So, aku tunggu jerlah dulu kat situ. Sampai la pkul 5.45, ade bas transit RapidKL, pegi Pudu. Ok, cantek. takpayah cari LRT. terus jer naik bas tuh.

Huh~ akhirnye selamat jgak aku sampai ke tempat yang dituju. Pegi Disciplinary Board kat Wisma Maran, then pegi Bar Council, pastu baru pegi filing kat KL High Court.

Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Petang tu jugak aku terus balik ke JB.

Senang pegi sorang2. Ikut kaki sendiri jer bila nak pegi, bila nak balik, & mana nak pegi.



Hentian bas sementara kat Stadium Bukit Jalil.


Nasib baik masa aku sampai kat Bukit Jalil tak hujan & tak panas sangat. Agaknye baru lepas hujan, coz basah jer jalannye. Aku tengok hentian bas sementara nih tak mesra pengguna lah. Walaupun Hentian Puduraya tuh sesak ngan manusia, tapi lagi ok dari Stadium Bukit Jalil nih.

Kalo panas masih ok kot. Tapi kalo hujan? hujan lebat? Ishh..memang seksa. Tapi takpe lah. Untuk sementara jer. Maybe bila renovation kat Pudu dah siap nanti, lagi selesa dari dulu.

Aku balik ke JB membawa amanah yang besar.*ceh Aku bawak balik file chambering aku dari KL High Court, yang diamanahkan oleh Mr. Murali, ke JB High Court. Sebab aku nak Long-call kat JB. Kena la bawak balik file tu ke JB.

Mr. Murali siap tulis "DO NOT OPEN" lagi kat sampul file tuh. saje je kan? ceh~ aku tau ler. takkan aku nak bukak plak. ;p

Dan tadi, selamat lah sudah aku filing Notis Perbicaraan kat JB High Court dan jugak serahkan amanah yang besar tu kat person in charge kat JB High Court nih, i.e. Datin Maheran.

Harap2 dapat ler tarikh Long-call cepat. Master aku plak nak pegi bercuti ke oversea 25 haribulan nih. Kalo dapat date Long-call lambat, takde Master la aku time Long-call nanti. aduhh~ risau gak..


.

Thursday, April 1, 2010

Is This An April Fool?

Aku call Bar Council selepas lunch hour tadi. Aku bagi petition number aku. Dan dia kata :

him : 575-09 right?

me : yes.

him : pass.

me : pass? Alhamdulillah. terima kasih.


dan aku terus letak phone. nervous punya pasal. jantung berdegup kencang. apa2 pun dah tak tanya dah. terus letak phone camtu jer.

dan akhirnya sekarang aku boleh meluahkan ayat ini :

STUPID ETHICS COURSE!!

HAHAHAHAHAHHHAAAAHHHH~~~~ *jahatnyer aku. xP


Ya, sememangnya dah lama aku nak meluahkan kata-kata itu. Tapi risau plak takot tak pass. Kerana mulut badan binasa, kan. Sekarang baru boleh aku luahkan. hahahahh~~

Sekarang dah tak serabut kepala otak sangat pikir pasal chambering dan pupillage nih. Dah takde halangan*halangan yang besar untuk filing borang 6, 7 dan 8. InsyaAllah..

Tapi macam tak percaya pun ada. Betul ke nih? Jangan April Fool sudah lah ye. Dah tak sanggup dah aku menanggung semua derita dan sengsara ni & dah tak sanggup menghadapai semua tu lagi.

Risau jugak. Dan ada jugak terdetik di hati - better aku tunggu pengesahan formal dari Bar Council, sebelum aku betul2 bersuka ria dan sedap hati pasal Ethics Course nih. xP


.