Saturday, June 26, 2010

Ke Kebun Durian!


Arini masuk kebun durian kat Gelang Patah, dekat2 ngan Pekan Nenas. Watpe? Makan durian la, ape lagi. Ni office aku yang "organize" untuk budak2 office makan durian. Tahun lepas makan durian kat bandar. Tahun ni makan durian kat kebun plak.

Masa diorang announce nak makan durian beberapa hari yang lepas, aku dah terbayang2 keenakan makan durian di kebun. Fresh beb! Sebelum ni beli kat kedai jer. Kali ni dapat makan yang segar dari ladang! Hehee~

Masa tu aku dah set, nak makan banyak2 macam tahun lepas. Maklumlah aku nih hantu durian. Tahun lepas aku rasa aku yang makan paling banyak. Sebab aku antara yang terawal sampai kat tempat makan durian tu, dan aku lah orang terakhir yang berhenti makan. Orang dah kemas2 pun aku masih melantak lagi. Haha~~Pedulik hape.

Ade yang macam tak percaya bile aku melantak camtu, dan ade yang tanye ; tak panas ke? Emm..takde la plak panas giler. Biase jer la.

Tapi tahun ni..tak dapat makan banyak. Masa sampai kat kebun tu, perut aku dah rasa lain macam. Aduhh~~ hilang selera nak makan. So, makan sket jerla (tapi kenyang la jgak. alhamdulillah). Ishh~~rugi betol!

Yerlah, bile lagi nak merasa makan durian kat kebun, siap ade orang kopekkan lagi. Kalo nak harapkan aku pegi sendiri kat kebun tu, memang tak la. Tunggu orang bawak jer. ;p

Takpe. Disebabkan tokey kebun tu ade gak jual durian, dan harganye agak murah (RM2 sekilo), aku beli 10 kilo durian tu untuk bawak balik. 10 kilo? Ishhh..bertenang. Bukan aku nak makan sorang. 5 kilo aku hantar kat umah akak aku, bagi anak2 buah makan. 5 kilo lagi aku bawak balik umah aku. Aku ambik 2 bijik (tak cukup aku makan 2 bijik nih), dan yang lain aku bagi kat Encik Kuneng. Dia pun hantu durian macam aku jugak.

Rugi dia tak dapat ikut aku masuk kebun. Sebab dia kena keje arini. Kalo tak...tak dapat aku bayangkan camane dia melantak. Haha~ ;D

Rugi..rugi..coz kitorang budak2 office boleh bawak family pegi kebun tu. Kena bayar RM15 jer (budak2 office free je). Ade la dua, tiga orang yang bawak adik, suami & anak2.

Takpe, lain kali kita makan durian (banyak2) berdua jer ea. :)


.

Sunday, June 20, 2010

BBQ lagi

Semalam akak aku buat bbQ lagi. Aduh, baru bulan lepas buat bbQ, bulan ni buat lagi. Ade ape2 ke ni? Cam pelik gak nih. Ke nak pindah umah baru? Dah siap renovate ke? Aku malas nak tanye banyak masa dia call suruh aku pegi umah dia. So, aku pegi jer tanpa banyak tanye.

Malam tadi baru aku tau, ade birthday rupanye. Anak saudara kakak aku punye birthday (anak saudara husband dia). Birthday party tu buat kat umah akak aku. Owh..patot la. Ok, whatever. Yang penting aku boleh makan2 bbQ lagi.

Bulan lepas Encik Kuneng tak dapat datang. Ade "masalah teknikal". Tapi kali ni, si dia ade bersama. Hee~~ ^^

Ape lagi, sama2 la bakar ikan ayam semua tu. Happy dapat spent time ngan dia. Suke tengok dia makan banyak (sampai perut bertambah muncit). Hahaa~~ ;DD

Punye la syok mem-bakar, sampai pukul 1pagi. Pastu tolong akak kemas2. Pastu balik umah, dah pukul 2pagi. Aduh..penat giler. Naseb baek arini tak keje.

TQ coz menemankan saya ber-bbQ (sambil2 mengenyangkan perut awak. Hahaa~~ ;DD )


.

Friday, June 18, 2010

First Task After Getting My PC : Industrial Court

Harini aku kena pegi Mahkamah, attend kes. Ini lah tugas pertama aku lepas dapat PC. Baru semalam dapat PC, arini dah kena pegi Mahkamah. Aduh~ tak bagi chance langsung lah. ;(

Kan aku dah cakap, lepas dapat PC, mesti banyak yang menanti di hadapan. Tanggungjawab pun makin berat. Dan sekarang, tanggungjawab itu bermula dengan Industrial Court (Mahkamah Perindustrian)!

Actually aku tak pernah attend kes kat Industrial Court nih. Yerlah, chambering mane boleh attend kes kat special court. Locus chambering limited jer.

So, aku tak tau camane "prosedur" kat Industrial Court, camane nak appear depan Pendaftar. Tapi aku tawakal jer. Naseb baek kes tu just Mention (Sebutan) depan Pendaftar jer. Kalo Hearing (Pendengaran), ingat aku nak pegi ke? Gile. Hah~

Ni first time aku pegi Mahkamah lepas abes Chambering. Gosh..dua bulan lebih aku tak pegi attend kes. Masih ingat lagi ke camane nak appear depan Pendaftar? Camane nak attend kes kat Mahkamah? Kaku ke? Tak kot. Biase jer. Hee~~

Anyway, semua berjalan lancar aritu. Yerlah, sebab Mention tu takde benda pun. Simple jer. Kalo yang ade problem punye, hampeh la aku boleh buat. ;D


.

Thursday, June 17, 2010

I Got My Practising Certificate Today!

Harini aku dapat PC (Practising Certificate). Baru semalam aku call Bar Council. Tapi diorang cakap, dalam minggu ni diorang akan kurier. Aduh~ kecewanye aku masa tu. Sebab dah 2 kali aku call, diorang bagi jawapan yang sama : minggu ni kurier. So, aku ingat paling cepat minggu depan baru aku dapat PC aku.

Pagi tadi kawan aku sms, dia dah dapat PC dan PC aku pun dah ade kat Johor Bar Committee. Ape lagi, aku terus la call Johor Bar untuk confirm pasal benda tu. Diorang confirm, PC aku dah sampai dari Bar Council. Betapa hepinyer aku mase tu.

Petang tu jugak, lepas lunch, aku terus pegi Johor Bar untuk collect PC tu. Self collect beb, tak bagi sape2 pun ambik. Kalo suruh orang lain ambik, kena buat Letter of Authorisation. Leceh lah. Lagipun mesti lambat kalo suruh orang. Better aku pegi sendiri jer. Memang dah tak boleh ditunggu lagi. Hahah~~

Akhirnya, aku sudah mendapat PC. Yay!! :)

Sekarang barulah betul2 dah jadik lawyer. Hehe~ ;p

Tapi lepas ni banyak la tanggungjawab yang menanti. Serammm...


.

Wednesday, June 9, 2010

Penyamun Kejam!

Pagi Ahad, 6 Jun 2010. Aku terima panggilan telefon dari akak aku yang stay kat Majidee. Membawa berita mengenai kakak aku yang tinggal di kampung, di Kuala Besut, Terengganu. Berita yang buruk dan sangat tragis. Aku menangis mengenangkan nasib akak aku kat kampung. Kenapa manusia boleh bertindak kejam seperti itu? Sedangkan kakak aku itu adalah seorang yang kurang upaya.

Akak aku yang stay kat Majidee dan abang aku yang stay kat Pasir Gudang mahu balik kampung. Aku mahu balik kampung dengan akak dan abang aku. Tapi bila fikirkan aku banyak keje kat office, especially satu keje urgent yang aku bawak balik umah ni (Reply To Defence), aku macam serba salah plak nak balik kampung.

Tapi kalo tak balik kampung, lagi aku serba salah. Mane yang lagi penting, KERJA atau KELUARGA? Keje ni sampai bila2 pun takkan abes. Lagipun aku dah lama tak balik kampung. Lepas aku fikir2, aku nekad, AKU KENA BALIK KAMPUNG!

Aku siapkan keje aku tu (dalam keadaan otak yang serabut) secepat mungkin. Sebab malam nak gerak balik kampung. Dan keje tu aku save dalam pendrive & bagi kat Encik Kuneng. Aku mintak dia tolong hantar ke office aku pagi esknye (pagi Isnin), bersama dengan dokumen2 yang aku bawak balik. Nasib baek ade dia. Dan dia jugak lah yang hantar aku pegi umah akak aku malam tu. Aku balik ngan abang aku, & abang aku ambik aku kat umah akak.

Sepanjang perjalanan balik kampung (dalam kereta), aku tak henti2 menangis. Sedih sangat bila kenangkan nasib akak aku. Tapi aku cuba control. Taknak nanti abang aku tegur.

Ini lah yang berlaku........

Sinar Harian (Edisi Timur).
08.06.2010, muka depan.



Sinar Harian (Edisi Timur).
08.06.2010, mukasurat T3.




Metro (Edisi Timur)
08.06.2010, mukasurat 18.



Kosmo (Edisi Timur).
08.06.2010, mukasurat 5.



Akak aku cerita, malam tu dia tidur kat ruang tamu, sorang2 coz laki dia takde, pegi keje. Lampu dia bukak. Tapi dalam pukul 5pagi, tiba2 dia tersedar dari tidur dan tengok keadaan gelap. Dia ingatkan elektrik takde. Bila dia toleh ke kiri, tiba2 jer ade lelaki datang terkam dia dan suruh dia diam. Akak aku cuba jerit, tapi lelaki tu cakap kalo menjerit, dia bunuh. Lelaki tu letak pisau kat leher akak aku. Bila akak aku cuba melawan, makin kuat dia tekan pisau tu.

Masa bergelut, lelaki tu cabut subang kat telinga akak aku. Dia pijak perut akak aku sebab taknak akak aku bangun. Mase tu akak aku tengah baring, coz dia tengah tido. Akak aku cakap, lelaki tu pijak kuat giler, sampai akak aku sesak nafas.

Ya Allah..akak aku tu kurang upaya. Kedua2 kaki dia cacat. Kalo tolak sikit pun dia dah jatuh, perlu ke sampai pijak perut dia semata2 taknak dia bangun dan taknak dia melawan.

Lepas ambik subang dan henfon, lelaki tu terus lari. Akak aku plak menjerit & terus pitam. Tak lama lepas tu dia sedar & pegi kejutkan jiran kat situ.

Pagi tu, dia turun darah. Dia dapat agak, mesti dia dah keguguran. Masa tu dia pregnant 2bulan. Iyerlah, kalo dah pijak perut kuat giler sampai akak aku sesak nafas, camane kandungan tu nak selamat.

Kat hospital, kandungan akak aku kena cuci. Akak aku cakap, saket giler sampai dia meraung. Ishh..aku tak boleh tahan bila dia cerita. Tau tak saket keguguran lebih saket dari bersalin biasa? Bayangkan akak aku yang kurang upaya tu nak menanggung saket camtu. :'(

Akak aku cakap, dia cam suara penyamun tu. Yerlah, camane tak cam, dah tentu akak aku kenal budak tu sejak kecik lagi. Dia stay pun kat belakang umah aku jer.

Dan untuk pengetahuan semua, budak tu memang SAMPAH MASYARAKAT. Dah banyak kali samun umah orang, dah banyak kali kena tangkap. Asal dapat je, semua dia curi. Sebelum ni dia curi kain batik (kat kedai kat kampung aku), curi ikan kering (ikan kering mahal la, kalo jual banyak gak yang dapat), dan macam2 lagi la kes kat kampung tu. Dulu dia keje kat kedai kat Kuala Terengganu, tapi abis barang tokey tu dia curi. Kaki pil kuda. Sebab tu selalu sangat buat keje samun camni.

Kali ni, umah aku kat kampung plak yang dia pecah masuk. Agaknye dah lama dia duk tunggu line clear kat umah aku tu, sebab kat sekeliling umah tu penuh ngan tapak kaki dia.

Kenapa ade manusia (manusia ke?) macam ni dalam dunia ni? Berhati binatang. Tak berperikemanusiaan. Binatang pun tak berhati binatang macam tu.

Kalo yer pun nak merompak, menyamun atau mencuri, ambik jerlah barang yang kau nak. Tapi jangan sampai mencederakan orang lain. Akak aku tu kurang upaya. Memang tak berdaya nak melawan. Tak perlu la sampai nak tampar, tumbuk dan pijak perut dia sampai dia patah gigi dan keguguran camtu.

Memang sedih mengenangkan nasib akak aku. Umur dia dah 46 tahun. Ini anak pertama dia. Baru beberapa bulan (dua, tiga bulan) yang lepas dia kawen. Dia teringin sangat nak anak sendiri. Tapi bila dah mengandung, jadi camni plak. Dia ade cakap, pegi cuci saket & rasa macam dah serik nak pregnant lagi.

Semua akhbar melaporkan : “kandungannya selamat”. Hakikatnya, kandungannya keguguran. Berita di akhbar bukannye betul sangat.

Lepas kejadian tu, akak aku fobia. Dia tak boleh tido. Bila lelapkan mata, mesti mengigau dan meracau2 sampai menangis. Its so hurts to see her crying at night.

Semoga Tuhan membalas perbuatan penyamun & pembunuh yang kejam itu dengan balasan yang sangat “kejam”...


.