Sunday, October 31, 2010

Adele : Rise of The Mummy




Tengok movie lagi. Hee~

Aduhh~cite ni cam hampeh jer. Aku ingatkan cite action. Lebih kepada lawak ade la.

Memang ter-sangat jauh berbeza dari ape yang kitorang jangka kan. Kesimpulannya, tak payah la tengok cite ni.


.

Thursday, October 28, 2010

You Again




Tadi pegi tengok movie. You Again. Seriously, this is a great movie! Kelakar giler. Hahaa~~

Keciknyer dunia ni, kan.

A suggested movie. Tak rugi tengok.


.

Wednesday, October 20, 2010

Penangan Belajar Memandu

Harini aku MC. yay! *eh2, saket pun suke?

Ni la akibat dan penangan belajar memandu kereta tiga hari yang lepas. Masa belajar tu memang panas gile. Start belajar pukul 1.30 tengahari. Cuaca plak panas terik! Balik umah jer aku rasa pening semacam jer.

Hari Isnin, tekak aku saket. Kalo tekak aku saket camni, tu petanda nak demam. Biase kalo saket tekak camtu, memang confirm akan demam.

Hari Selasa, kena pegi Mahkamah. Bangun pagi, aku rasa tak sehat. Tapi tak teruk sangat. Sampai kat Mahkamah jer, dah makin teruk. Bersin tak henti2. AdOoiiii..dugaan betul la. Cepat la kes abes, aku nak balik office nih. Tak tahan dah camni!

Suara pun dah berubah. Mase aku call office, reception tu dah tak cam suara aku.

"siapa ni?"

"cik murni la"


Petang, makin teruk. Memang dah tak bermaya. Ade staff kat office aku tegur.

"Cik tak sehat ke? muka pucat semacam jer. Pegi la klinik".

Yer, memang aku tak sehat nih.

"demam la kak. esok lah saya pegi klinik. confirm esok MC nih. tadi sebab kena pegi court. takkan nak ambik MC setengah hari"


Pastu ade lagi staff yang tegur, dia tengok muka aku semacam jer.

Balik, aku tumpang bos aku. Masa drop kan aku, dia siap pesan.

"jangan lupa makan ubat"

"Aa..ok"


Ishh~~ siap pesan lagi. Taknak aku cuti esok la tu. Tapi kalo dah tak sehat, kena la berehat, kan? Kalo paksa diri bekerja dalam keadaan tak sehat camni, lagi memudaratkan dan membahayakan kesihatan. Nanti lagi menyusahkan orang plak. duhh~~

Seperti yang dinasihatkan, aku makan gak ubat sebelum tido. Sebenarnye aku malas nak makan ubat. Pagi esok kan nak pegi klinik, tu yang malas nak makan ubat sebelum tido. Tapi macam2 plak bende buruk aku fikir. Aku takot nanti pagi esok...ishh!! Astarfirullahalazim...nape aku nih. pikir benda camni! Terus aku makan ubat!

Dapat MC satu hari. Ni la penangan belajar kereta. Tengah panas! xP


.

Sunday, October 17, 2010

Kelas Memandu

Harini masuk kelas memandu. huhuu~~ Semalam kan dah lulus ujian undang-undang. 50/50 beb~~ ;p

So, tanpa membuang masa, terus masuk kelas arini. ;)

Pagi kelas teori. Petang plak kelas amali.

Ni la first time aku bawak kete. Aduuhhh~~ kete manual plak tu. Tak macam sengal plak kan aku bawak. Mane nak jaga clutch, mane nak jaga gear. adOoiii...blur2 daa...

Mula2 duduk kat driver's seat tu, aku macam...ya Allah...boleh ke aku bawak nih? Nervous~

Yang aku tak boleh lupa, bile cikgu tu cakap "jaga clutch, jaga clutch!" aku dah macam..jaga clutch? jaga clutch tu camane? Kaki aku dah tekan clutch dah ni. adooiii...kelam kelibut daa~~

Ishh..cikgu ni cakap ngan aku, macam la aku dah biase bawak kete. Padahal dia dah tau, aku ni pegang stereng kete pun tak pernah. Selama ni jadi penumpang jer. ;p

Sampai aku kena memahamkan sendiri & akhirnye boleh paham sendiri. Bila kete tu bergegar sket, aku tanye "kalo camni, tak cukup clutch ea? kena tekan clutch lagi ea?"

Cikgu tu jawab "a'a".

Aduhh~~ cakap la awal2 der. Cakap biar terang. Ini tak. Jaga clutch tu ape? Huh. Last2 aku yang paham sendiri. Rupa2nye maksud dia, tekan clutch lagi.

Cikgu tu cakap aku cepat belajar. Yerlah tu. Aku bengang jgak ngan cikgu tu. Sepatutnya aku belajar bawak kete 3 jam. Tapi dia ajar aku satu jam jer. Pastu boleh plak cakap aku nih bagos, cepat belajar. Ishhh~~ aku rasa cam nak hempuk jerlah abang nih.

Aku cakap kat cikgu yang ambik & hantar aku, yang aku sempat belajar naik bukit jer. Parking pun tak belajar lagi. Tadi belajar satu jam jer. Cikgu tu cakap, "takpe2, nanti saya ajar".

Huh! Aku claim balik dua jam yang cikgu sengal tu tak ajar aku! Bengang der! Aku bayar pe~ Bayar tiga jam, suke2 ati dia jer nak ajar aku satu jam jer. Of coz la aku kena claim balik masa dua jam tu! pissed off!!

OK. cool. calm down.


.

Saturday, October 16, 2010

Friend's Wedding & Kluang Rail Coffee

Sampai juga aku ke Kluang. Kalo bukan kerana wedding Pian, maybe aku tak sampai kot ke Kluang. Maybe lambat sket la. Ade urusan baru pegi.

Bestnyer tengok orang kawen Suke tengok kawan2 bahagia. Cuma diri sendiri jer yang tak bahagia. Erkkk....

Lepas wedding tu, pegi melepak kat Kluang Rail Coffee. Wowww...best giler menjamu selera di sini. Semua mantap dan menambahkan selera ku. Kat JB bukannye takde Kluang Rail Coffee ni. Ade jer kat Plaza Kotaraya tu. Selalu gak la lalu depan kedai tu. Tapi tak pernah plak terfikir nak masuk & makan kat situ. Setakat jeling2 jer. Heee~~ lepas ni konfem pegi la.

Ade yang ketagih dah ngan iced coffee kat situ. Aku pun ketagih ngan iced coffee ngn toasted bread dier. Tapi aku cuba bertenang jer. Hahaahh~~ ;DD


Pictures from One Stop Malaysia.



Ini lah dia Kluang Rail Coffee, the original one. Kat stesen keretapi Kluang. Kalo pegi kat JB, mesti tak sama, kan.




.

50

Harini test Undang-undang. Sebenarnya aku takde ape2 perasaan nervous @ takot untuk ambik test ni. Tapi bila calon nombor 1 dipanggil, dan diambil gambar, dan masuk ke bilik ujian, tiba2 jer aku rasa cam berdebar2. Eh2, apehal ni.

Aku nombor ke-9. Ok, cuba tenteramkan diri, baca bismillah & jawab dengan tenang. Masa tinggal 23 minit, aku dah siap jawab. Tapi sayang la kalo terus tamatkan sesi & membazirkan masa ujian, kan. So, double check la semua soalan tu. Lagi 4 minit masa nak abes, aku tamatkan sesi. Terus pegi ke keputusan.

Tapi aku macam konpius sket result tu. Sebab mase tu aku tengok ade dua colum markah, untuk ketiga-tiga bahagian. Dan markah bagi kedua-dua colum tu sama. Mane markah aku ni? Bila aku tengok markah keseluruhan : 50.


50??


50/50!!



WOW.




Markah penuh seyh!

Dengan happy nyer aku tersenyum. Syukur alhamdulillah. Memang aku bersyukur sangat2.

Hehee~~ patot la markah kat dua2 colum tu sama. Colum pertama tu jumlah markah bagi setiap bahagian, dan colum kedua tu markah yang aku dapat.

Alhamdulillah...

tak sia2 aku tak cukup tido & men-derita-kan diri untuk baca buku sampai abes 500 soalan. Adoii...dah la ade jawapan yang salah kat buku tu. Takpe la. Ikut logik jer,kan.

Lepas ni kena belajar bawak kete plak. Haaiiiiihhhhhhh......ni yg aku nervous ni. Boleh ke aku bawak kete? Persoalan.




.

Thursday, October 14, 2010

Jangan Pandang Belakang Congkak 2





Lepas keje semalam pegi tengok movie. Cite Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Aku sebenarnye nak tengok cite lain. Tapi layankan jerlah keinginan pakwe tersayang. hehee~~ ;)

Komen? Cite ni..hmmm....ok la kot. Kalo setakat nak gelak2. Tapi JPBC yang first lagi best lah. Yang second ni macam kurang menyengat. Sam takde, lagi la kurang sengatan *ceh.

Aku paling menyampah lakonan Azlee, bila dia buat muka miang kat Lisa Surihani & selalu ulang "tak dapat lagi" (macam ni la lebih kurang. aku pun dah tak berapa ingat dah).

Ishh...please la weyh. Cite nih budak2 pun tengok. Ape maksud "tak dapat lagi" tu? LUCAH. Geli geleman aku, tau tak. Kalo setakat sekali dua, takpe gak. Ini tak. Sepanjang movie tu, itu jer ayat dia. Eeeeee........memang GELI!!! Tak seswai lah nyah!




.

Saturday, October 9, 2010

Driving School

09.10.2010. Masuk kelas memandu. Dengar ceramah dari pukul 9 pagi sampai 4 petang. Mak aiii...mata aku dah tak boleh bukak. Even though cikgu tu best giler, asyik buat lawak jer. Tapi kalo dah ngantok, tetap ngantok gak. Coz memang dah dua ari aku tak cukup tido. Semalam tido pukul 1pagi, malam semalam tido pukul 3pagi. camane tak ngantok.

Aku ambik keputusan untuk buat lesen ni pun macam tergesa2 jer. Tak pikir panjang, terus on jer. Aku ingat nak rilek dulu. Seminggu dua lagi ke. Haihh..

Minggu dpn kena ambik test undang-undang untuk dapatkan lesen L. Aku cuma takot takde masa nak baca buku. Maklum lah, "carrier woman" (cehhh..mcm la bz sgt).

Banyak sangat cite yang aku dengar pasal test undang-undang nih. Ade yang repeat 4, 5 kali. Ade yang cakap susah. Ade yang cakap soalan dia confuse.

TAKDE MASA. Tu la yang paling aku risau. Tapi kalo aku tak ada-kan masa sekarang ni, sampai bila aku nak ade masa? Argghhhh~~~ teruskan jerlah.

Lagipon....dah 25, blom ade driving license lagi? ish..ishh...



p/s * better be late than never.