Btw, aku apply cuti 18hb (Khamis) ngan 19hb (Jumaat). 22hb (Isnin) lak cuti am kat Johor, Sultan Johor punye birthday. So, maksudnya aku cuti dari hari Rabu, smpai Isnin. Hampir seminggu! Selasa baru keje. Weee~~~ best.
Ok, takpayah pening2 kira hari ape aku cuti. Sekarang nak cite pasal cuti raya haji jer.
Aku pegi umah akak aku kat Majidee. And aku ade belikan mainan untuk anak dia yang mulut becok tuh, Mohd Hazaril. Actually mainan tu bukan mahal pun. Tapi bila aku terpandang kat mainan tu, aku teringat kat si budak tuh. Dia suke giler ngan Ben10. So, aku beli jerlah. Aku suke tengok dia suke. Heh? Takkan tak paham korang nih.
eh, bukan.
bangun pagi...dapat kete...kete Ben10..Ciksu beli. Hehee~~ ;p
Hazaril : Pistol adik ade bunyi lagu
18.11.2010.
Hari Khamis, akak aku cakap nak pegi cuci umah yang dia beli. Kat Taman Delima II. Minggu depan dah nak pindah masuk umah tu, katanya. Disebabkan rumah tu kotor, berhabuk, dan baru lepas di-repair, so kena la basuh, cuci dan bersihkan.
So, aku decide nak pegi jugak lah. Nak tolong dia. Aku kan rajin. Ceh.
Sebelum pegi Taman Delima II, aku suruh akak aku singgah kat kedai foto kat Giant Taman Suria. Nak ambik gambar passport, coz esok nak pegi buat passport. Minggu depan nak masuk Singapore (InsyaAllah kalo jadi).
Time ambik gambar cik adik tu cakap, rambut kena kebelakang, biar nampak telinga. Aku macam...ha? buruk giler la.
Dah terpaksa, buat jerlah. Nak cepat laktu. Akak aku dah tunggu kat luar kedai.
Ok, jom cuci2 & bersihkan rumah.
Disebabkan umah ni dah lama tak diduduki, memang kotor dan berhabuk giler. Lantai, dinding, tangga, semua la. Sampai pintu pun kena cuci, gosok ngan berus.
Ishh...budak2 nih cuci bukannye bersih. Cuci main2 jer. Last2, aku yang cuci dinding dapur nih.
Kat toilet ni giliran akak aku plak. Lengan aku dah nak tercabut basuh dinding dapur ngan bilik tingkat atas tadi.
Si Hazaril ni pun sebok nak tolong jgak. Takpelah, walaupun ape yang dia buat tu tak membantu, biarkan jerlah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tengok lah si mulut becok nih. Dah la bogel. Kecoh btol nak tolong orang cuci umah. Huhuu~~
Semua terpaksa CENSOR. bahahaa~~~ ;DDD
Ok, setelah siap cuci..hasilnya....
Berkilat kau. Lupa plak nak ambik gambar sebelum cuci. Kalo tak, boleh buat perbandingan, kan. Sebelum siap cuci, kotor giler. Bersepah laktu. Btw, kat luar rumah masih banyak bahan2 yang tidak diperlukan dan masih belum dibuang.
Dah siap cuci, letak sinki ngan kabinet dapur plak. Sebenarnye diorang ni plan nak pasang kabinet dapur. Tapi sebelum tu nak renovate dan extend dulu dapur tu. Tapi, lambat lagi la, nanti dah cukup budget, katanya. So, beli la sinki ngan kabinet camni dulu.
Actually, rumah ni aku yang tolong carikan untuk akak aku. Sebab dulu dia memang nak sangat beli rumah. Rumah lelong. Coz rumah lelong memang murah. Tapi kena pandai cari, dan kena ada simpanan yang cukup. Sebab rumah lelong nih banyak yang ade problem. Ade yang ade kaveat, tuan rumah taknak pindah, banyak yang rosak, bla bla bla...
Kena ada duit simpanan yang cukup. Sebab masa nak bid kat lelong tu, kena bayar 10% dari harga rezab rumah tu. Then bila dah berjaya bid, kena bayar baki 90% harga jualan rumah tu dalam masa 120 hari. So, kena la apply loan dalam tempoh 120 hari tu. Kalo tak, 1o% deposit tadi bank rampas.
Kalo loan lulus, alhamdulillah. Ade jgak yang tak dapat loan penuh. So, kena topup ngan duit sendiri lagi. So, memang kena ada duit simpanan yang cukup la kan. Tu blom masuk duit lawyer untuk loan ngan transfer lagi. Huh.
Itu kalo dapat bid rumah. Ade yang tak dapat bid. Coz orang lain bid lagi tinggi. Kalo tak cukup budget, terpaksa la biarkan rumah tu terlepas ke tangan orang lain.
Berbalik kepada cite akak aku ni. Disebabkan aku keje kat firma guaman, memang banyak ler kes rumah lelong kat office tu. So, aku lah yang tolong akak aku cari. Bukan main susah lagi nak cari. Dengan karenah laki dia lagi yang banyak songeh. Itu tak berkenan, ini jauh dari tempat keje, taknak apartment, nak rumah yang ade tanah, macam2 lagi la. Sampai aku pun dah macam putus asa nak tolong diorang.
Akhirnya jumpa satu rumah kat Taman Delima II. Tapi yang ni aku cari kat internet. Masa tu ade beberapa hari lagi rumah tu nak dilelong. So, akak aku terus la pegi tengok umah tu. Malam2 buta plak tu pegi tengok umah. Dah la rumah tu takde orang, gelap, banyak tingkap pecah. Berani plak diorang masuk. Huhuu~~
Sekali tengok, terus diorang berkenan. Yang penting, abang ipar aku dah berkenan. Walaupun rumah tu banyak rosak, wiring semua hilang, tapi diorang nak jgak rumah tu. Yerlah, mana nak dapat rumah semi-D harga 138K kat JB nih. Kalo kos repair around 10K, masih berbaloi harga rumah tu kan. Lagipun rumah tu masih baru lagi. Macam orang duduk sekejap jer. Cat masih baru, & takde langsung paku kat dinding.
Sekarang, rumah ni dah boleh duduk. Cuma tinggal nak cat dinding jer. Lega sungguh bila dapat tolong akak aku nih. Yerlah, adik beradik. Aku cuma nak tolong family jer. Hepi bila family aku senang. Sampai bila diorang nak duk umah sewa. Bayar tiap2 bulan pun nanti bukannya rumah tu jadi milik kita. Baik beli rumah sendiri.
Ok dah, Panjang plak aku membebel pasal ni. Berbalik pada cite cuci rumah tadi.
Dah dekat maghrib, baru blah dari umah tu.
budak mulut becok.
buat muka skeptic bila aku tak layan dia, & bila aku record dia tengah membebel.
dah la bogel. cara duduk sambil macam orang tua. ikut sunnah nabi la katakan. hahaa~~ ;DD
Lepas siap cuci umah, semua dah kebulur. So, pegi makan2 kat Bandar Baru Uda. Makan Nasi Ambang ngan ABC special. Fuhh~~ dah lama tak makan nasik ambang. Huhuu~~
Balik. Singgah kat kedai foto tadi. Nak ambik gambar passport aku tadi. Aku dah agak, mesti buruk tahap babun.
So, hasilnya......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
CAM ENDON DAAAA~~~
Yer, itu la reaksi pertama aku bila tengok gambar ni. Ishh....buruk bebenor! ahh..lantak lah!
Sampai kat umah, memang penat tahap cipan. Pehhh~~ lepak giler lah cuci rumah. Pinggang aku dah saket2 time tuh. Pagi esoknya bangun dari tido, badan dah sengal2. Huhuu~~
.
No comments:
Post a Comment