Monday, November 22, 2010

Finally...A Passport

Actually dah lama aku nak buat passport. Tapi takde masa nak pegi Jabatan Imigresen. Walaupun Sabtu ngan Ahad pun tempat tu bukak, tetap takde masa nak pegi. Busy la katakan *ceh. Lagipun aku rasa macam takde keperluan la plak nak buat passport nih. Bukannye aku ade nak pegi mane2 pun.

Akhirnya, hari Jumaat lepas, ade gak masa nak pegi buat. Coz time tu aku tengah cuti. Lagipun boss yang suruh buat. Sebab minggu depan nak masuk Singapore. Kalo tak, tunggu la bertahun2 lagi, belum tentu aku buat.


Pekan Rabu.


Jabatan Imigresen kat Pekan Rabu.


Aku memang plan nak pegi buat passport tu awal2 pagi. Sebab aku tau, kalo pegi lambat jer, mesti lambat siap. Yerlah, ramai orang. Tapi ade plak halangan. Banyak betul urusan. Last2 pukul 9pagi baru sampai kat situ.

Time tu toksah cakap lah, memang ramai giler orang. Kena beratur ambik borang dulu, isi borang, pastu baru boleh ambik nombor.

Nak tau aku dapat nombor brape?



tadaaaa......


Haa...ambik kau.

Nombor anda : 0409
Nombor sekarang : 0097


Owh, sungguh sadis. Tu la, aku dah agak dah.

So, terpaksa la menunggu...menunggu...dan terus menungguuuu....

Pukul 3.50pm, baru nombor aku dipanggil. Around 4pm, baru setel, dan sejam lagi baru siap passport tu. Waaa~~~ pukul 5 baru setel semua dan baru dapat ambik passport. Dua tiga kali jgak la aku terlelap kat kerusi tu.

Sementara tunggu giliran aku, boleh pegi breakfast lagi. Pastu dah petang, siap pegi makan kat McD. Adoyaiii....giler bapak punye lama. Ni yang aku malas nak berurusan kat kaunter yang ramai pelanggan camni. Sabor jerlah kan. Kalo tak, sampai bila2 pun aku takkan buat passport.



Borang. Censored. bahahaa~ ;D



Akhirnya..dah siap dah passport aku. Tapi macam endon!
p/s* sorry lah, camera memang kualiti tak bagos. xP



Passport aku yang dibaluti dalam cover Hello Kitty. hehee~
Ni beli kat pasar malam jer.
Pegi pasar malam hari Sabtu, tiba2 nampak ni, terus la aku beli.

Kebetulan baru buat passport, kan. ;p



Ni passport sape?
Ntah. Passport orang tu yang suke ngan SpongeBob a.k.a Bob Esponja.
BOB ESPONJA? bahahaa~~ SpongeBob versi Sepanyol daaa~~ ;DD



His and mine. :)



Okay, saya dah ade passport. Jangan lupa janji awak nak bawak saya jalan2 kat Singapore ye. ;p



.

No comments: