Friday, February 18, 2011

Cendol yang sedap hingga menjilat straw.

Semalam aku pegi Pontian. Ada kes kat Pejabat Tanah Daerah Pontian.

Sementara tunggu kes start, ambik angin kat tepi pantai dulu. Sebab aku ingat kes tu start pukul 10pagi. Pukul 9.20pagi aku dah sampai kat situ. Rupa2nya kes tu start pukul 11pagi. *cessss... [x_0]





Pantai ni betul2 belakang Pejabat Tanah Daerah Pontian.
Tapi yang peliknya, pantai ni langsung takde angin. Heran bin ajaib.
Kalau pantai kat belakang rumah aku kat kampung, macam nak terbang pun ada bila ditiup angin. Nasib baik aku ni dah cukup berat. ;p


Joran besauu punyeerrr~~
Kalau Encik Kuneng tengok nih, mesti dia excited. ;p




On the way balik JB, singgah kat gerai cendol. Kat area Pulai kot tempat tu. Aku tak berapa pasti nama yang tepat. Yang aku tau, tempat tu on the way pegi Pontian, selepas Pulai Indah (kalau dari Skudai).

Beberapa bulan lepas aku pernah la pegi Pontian ngan Encik Kuneng, dan on the way balik JB, kitorang singgah kat situ beli cendol. Tu la first time rasa cendol kat sini. Aku ni bukannye jenis yang pantang tengok gerai tepi jalan, pastu terus nak singgah beli. Tapi yang buat aku dan Encik Kuneng tertarik untuk berhenti kat gerai tu, sebab papan tanda penunjuk (sign board kot) gerai tu. Korang bayangkan kat tepi jalan sebelum sampai kat gerai tu ada signboard kecik camni :-



CENDOL
100METER




CENDOL
80METER




CENDOL
60METER



CENDOL
40METER



CENDOL
30METER



CENDOL
20METER




CENDOL
10METER


*lebih kurang jer. Aku pun dah lupa setiap berapa meter ada signboard kecik tu*



Agak2, ape perasaan korang?

Aku ngan Encik Kuneng tergelak2 tak boleh blah tengok signboard tu. Kelakar. Sebab hampir setiap 10meter, ada signboard.

So, kitorang pun “Ok2, kitorang singgah.”

Disebabkan signboard yang buatkan kitorang gelak tu, akhirnya, kitorang singgah la kat gerai tu. Nak rasa jgak, apa istimewanya cendol nih, best ke tak. Sampai jer kat gerai tu, ramai giler orang kat situ. Siap kena beratur lagi. Tapi kitorang bungkus jerlah, makan dalam kete jer.

Dan cendolnya…pergghhhhhh~~~ memang sedap hingga menjilat straw. Menjilat straw jer lah, sebab dia bagi straw je. Kalau nak sedap hingga menjilat sudu, kena pakai sudu sendiri. ;D

Santan nya memang terasa. Lemak berkrim. Memang tak puas makan sebungkus. Walaupun sebungkus tu dah banyak giler. Murah plak tu. RM2 jer.




Semalam tak ramai sangat orang kat gerai ni berbanding ngan time aku singgah ngan Encik Kuneng dulu.
Dan signboard yang banyak2 METER tu pun dah tak banyak macam dulu.
Atau mungkin aku yang tak perasan.


Disebabkan cendol tu sedap lah semalam aku singgah beli lagi. Bungkus dua plastic jer. Aku bungkus satu plastic tu sebab nak bagi kat orang. Tapi orang tu puasa plak. So. Aku bagi kat akak kerani kat office aku jer. Diorang rasa cendol tu, terus tanya aku beli kat mana. Siap nak kirim lagi kalo aku pegi Pontian lagi. Huhuu~ tak payah tunggu aku pegi Pontian kalo nak makan cendol tu. Pegi jer kat Pulai tu. Tapi agak jauh jgak la tempat tu. Kalo orang yang duk kawasan Pulai dekat la kan.

Aku plak sejak rasa cendol tu ngan Encik Kuneng haritu, selalu “mengidam” nak makan cendol tu lagi. Tapi sebab agak jauh, terpaksa pendamkan jer hasrat tu. Semalam baru termakbul hajat aku tu. ;)

Sekian.

Good nite and happy weekend everyone. :)


*p/s : Don’t snapping while driving. ;p


.

2 comments:

Shellya... Kami Gembira... said...

akk pernah mkn cendol kat sini pekena ngan nasi lomak ikan goreng.. sodap :)

Nini Mohd said...

yeke, akak pernah makan kat sini ea?
bestttt kan cendol kat situ. confirm rasa sekali nak lagi. ;)