Tuesday, May 31, 2011

kapal lanun Blackbeard dalam Pirates of The Caribbean 4 betul2 wujud rupanya.

Dua hari lepas aku agak excited bila tengok berita - Sauh kapal lanun Blackbeard, Queen Anne's Revenge  telah dijumpai di persisiran pantai North Carolina. Aku macam...huh? Kapal Blackbeard dalam movie Pirates of The Caribbean 4 : On Stranger Tides tu betul2 wujud? 

Woahhh~

Memang ketinggalan keretapi aku nih. Langsung tak tahu kisah2 yang berlaku kat dunia nih. Eh, apekah? Muahahaa~



Ni la ghope nyer sauh kapal Blackbeard tuh. 



Berat 300 paun, kira2 11 kaki, 4 inci panjang dan 7 kaki, 7 inci lebar di bahagian melintang. Dan kerja2 untuk mengeluarkan sauh ni bermula minggu lepas lagi. 

The recovery of the anchor comes a week after the third installation of the wildly popular "Pirates of the Caribbean" movies hit theaters. Blackbeard and his famous ship are both featured in the film.


Hohoo~ baru 3hari lepas tengok cite Pirates 4 nih.


 Kapal Queen Anne's Revenge masa penggambaran Pirates of the Caribbean 4 kat Hawaii.





 Tengkorak siap ada tanduk lagi tuh.


The anchor is located on top of other items that the Queen Anne's Revenge project hopes to recover from the central part of the ship. QAR project director Mark Wilde-Ramsing has said the only remaining parts of the ship — the wooden hull structure, ribs and a plank — are at the bottom of the pile, protected by ballast that was stored there to keep the ship upright. Six cannon and four anchors are also in the pile.

The largest exhibit of artifacts from the shipwreck, which was discovered in 1996, will be shown starting June 11 at the N.C. Maritime Museum in Beaufort. Wilde-Ramsing has said the team hopes to recover all the artifacts by the end of 2012.



 Untuk berita selanjutnya, klik kat bawah nih :-




Dan secara automatiknyer aku jadik berminat plak nak tahu kisah kapal lanun Blackbeard nih.

Pada tahun 1717, Blackbeard telah menawan sebuah kapal Perancis yang membawa hamba abdi. Kapal tu kemudian di namakan Queen Anne's Revenge.

The name may come from the War of the Spanish Succession, known in the Americas as Queen Anne's War,in which Blackbeard had served in the Royal Navy, or possibly from sympathy for Princess Anne, the Stuart claimant to the British throne. Blackbeard sailed this ship from the west coast of Africa to the Caribbean, attacking British, Dutch and Portuguese merchant ships along the way.

Kapal lanun Queen Anne's Revenge mula2 dijumpai pada 21.11.1996 oleh Intersal Inc., sebuah firma private research. Lorr~ dah lama dah rupanya kapal nih dijumpai.

Beberapa meriam dan lebih 16,000 artifak telah dijumpai kat kapal tu, dan kebanyakannya adalah dari British. Berita dari Yahoo News plak cakap, setakat ni lebih 250,000 artifak dah dijumpai. The North Carolina Department of Cultural Resources dah buat website khas untuk Queen Anne's Revenge nih. Klik  KAT SINI

Kapal Queen Anne's Revenge dah disenaraikan di National Register of Historic Places pada 2004.


Queen Anne's Revenge was added to the National Register of Historic Places in 2004. The reference number is 04000148. It is listed as owned by the state of North Carolina and near Morehead City, North Carolina


More details, boleh baca kat sini : WIKIPEDIA.

Nama sebenar Blackbeard ialah Edward Teach atau Thatch, seorang lanun yang beroperasi di kawasan West Indies dan pantai timur Amerika semasa era 1700-an.  Blackbeard telah mendapat pengampunan dari Gabenor tapi lepastu Blackberad jadik lanun balik. Dia kemudiannya telah dibunuh oleh Royal Navy di Ocracoke Inlet pada bulan November 1718, lima bulan selepas kapal Queen Anne's Revenge karam.

Sama tak ngan dalam movie Pirates of the Caribbean 4? Ada la sikit2. Part kena bunuh ngan Royal Navy kot. Walaupun tak sama 100%.


 Blackbeard.
 


Blackbeard dalam Pirates of the Caribbean 4
Muka ada la iras2 sikit. Penampilan harus la sama.



Kalo ada part2 cerita aku yang salah @ korang tak faham, harap diampun. ;D

Sekian history lesson kita untuk hari ni. Muahahaa~ ;DD

Klik kat sini : WIKIPEDIA.


Ok byeee~~


.

Sunday, May 29, 2011

Pirates of The Caribbean 4 : On Stranger Tides. Subplot kisah mermaid lagi menarik kot.

Akhirnya semalam dapat jugak tengok movie Pirates of The Caribbean 4 : On Stranger Tides. Dengan Encik Kuneng yang tercinta. *eleh, perlu ke part yang tercinta" tu? muahahaa~ 

Kalini ubah selera tengok wayang kat KSL City plak. Asyik tengok wayang kat City Square jer kan. Ni first time pegi KSL City. Oh parking kat KSL City agak sempit, tak nampak kereta dari arah lain, dan agak membahayakan. Tapi at least parking kat sini jauh lebihy murah dari City Square. 

Ok, back to the topic. Kitorang pilih untuk tengok Pirates 4 in 3D. Tapi takde la nampak 3D sangat nyer. Tak best pon. Maksud aku, we expect more la kan. Dah la mahal. Hemmppp~~ 







Ok, Pirates 4 best la jugak. Macam biasa la, best tengok gelagat Captain Jack Sparrow buah hati saya (ok, sila lempang aku laju2. ;DD )  yang sengal dan suka buat lawak bodoh tu. Kalini misi diorang - nak cari Fountain of Youth. Semua berebut nak panjang umur. Berjaya kah Jack Sparrow jumpa dan minum air dari telaga Fountain of Youth tu? Korang tengok lah sendiri. 

Dan dalam Pirates 4 nih, kite ada heroin baru yer - Penelope Cruz. Anak Blackbeard. Captain Jack Sparrow plak terpaksa jadik kuli atas kapal Queen Anne’s Revenge - Blackbeard. Kesian encik Sparrow kite nih. Oh, ayah Jackie (Jack Sparrow la) pun ada jugak dalam movie ni. Tapi kejap jerla. Appearance dia sejibik ngan Jack Sparrow. Dah la panggil Jack Sparrow ngan panggilan "Jackie". Memang tak boleh belahh~ Muahahaaa~ ;DD

Tapi dalam movie nih aku rasa yang paling menarik ialah kisah mermaid. Dalam movie2 Pirates of The Caribbean sebelum nih dah ada lanun, voodoo, burung kakaktua, monsters laut, octopus, dan macam2 la kot. Tak lengkap la kalo takde mermaid. 

Tapi mermaid dalam movie ni bukan mermaid yang biasa kita tengok dalam movie2 lain. Mermaid ni jenis yang ganas, jenis yang makan manusia, terutamanya kelasi2 kat laut, dan terutamanya kalo tiba musim mengawan. Mermaid2 dalam movie nih punyer lah cun. Tapi bila dah bertukar wajah, ganas nak mampos.



Jangan tertipu ngan ayat manis + suara lembut + muka cun mermaid nih. 
Kalo dah kena tarik masuk laut, nasib lah.


Mermaid yang cun + cantik tu tiba2 bertukar jadik ganas.
(Mermaid : Gemma Ward Tamara.)


Seekor (ke seorang?) mermaid kena tangkap untuk dapatkan air mata dia.
Syrena. 
Tapi Syrena ni lain la dari mermaid2 yang lain. 
Ada belas kasihan & ada hati dan perasaan.
(Mermaid : Astrid Berges-Frisbey)


Boleh bertukar jadik manusia 100% pulak. 
*Suka tengok Astrid Berges-Frisbey (French model kalo tak silap aku) nih. sangat cun + ayu + berwajah sangat lembut. Muka ala-ala innocent gitu.





Philips nih jatuh cinta plak ngan Syrena. 
Dan Syrena pulak? Suka tak ngan Philip? Nak aku cerita jgak ke? ;D
*ensem jugak Sam Caflin (Philip) nih. ;p


Mermaid2 yang dangerous.


Masa diorang nak cari pelakon untuk jadik mermaid nih, diorang buat iklan camni :

Beautiful Female Fit Models. Must be 5’7-5’8, Size 4 or 6 – NO BIGGER OR SMALLER. Age 18-25. Must have a lean dancer body. MUST have real breasts. Do not submit if you have implants. This is a show and tell of costumes with the director and the producers. Plan on an entire day of trying on clothes and being photographed.
Professional Dancers who are Swimmers. Females ONLY. Age 18-30. All ethnicities. YOU MUST have an extensive dance/swimming resume. We will be shooting in Hawaii.


"MUST have real breasts."?? Tak agak2. Dan yang penting, "Do not submit if you have implants." Muahahaaa~ 

Tapi nampak logik jugak la iklan yang diorang buat nih. Sebab badan mermaid kena lembut masa berenang. Sebab tu kat iklan ada "Must have a lean dancer body", dan "Professional Dancers who are Swimmers".

Yang "MUST have real breasts." tu plak?  Mermaid kang tak pakai baju, lindung breast ngan rambut jer. Motiff?? Lu pikir la sendiri. 


Syrena yang ayu + innocent.


Apa akhirnya yang terjadi pada Syrena dan Philips? Haaa...kena la tengok sendiri. Mula2 tu aku tak paham jugak apa ending dua orang nih. Sebab macam tak abis lagi ending tu. Tapi akhirnya aku paham la. Haha~ lembab btol.

Overall, best jugak Pirates 4 nih. Tapi spec 3D tu betul2 mengganggu penglihatan aku. Tak boleh tumpukan perhatian kat movie. Mengganggu penglihatan sebab tak nampak sangat 3D nyer. 

Dan aku rasa, sebab ada subplot mermaid tu yang buat movie nih makin menarik. Aku rasa, aku lagi berminat nak tau apa ending Syrena ngan Philip dari kisah Fountain of Youth tu. Hahaa~ Mesti ramai yang macam aku jugak, kan. 

Sampaikan berharap lepasni akan ada lagi Pirates 5 pulak, sebab nak tau sambungan kisah Syrena ngan Philip. Hahaa~ mongok tol. Movie ni kan trilogy jer. Ni pun dah terlebih satu episod jadik Pirates 4. Takkan nak melebih2 sampai jadik 5 episod plak. ;DD


Ok bye~


.

Friday, May 27, 2011

Kenny Rogers Roasters.

Hari Ahad minggu lepas, pegi tengok wayang (Kongsi) ngan Encik Kuneng kat Jusco Seremban.

Sampai jer kat Jusco Seremban, terus pegi beli tiket wayang, then terus pegi makan. Lapar giler lah. Serius. Dah 3.00pm masih belum makan. Maunyer tak lapar.

Tapi yang tak bestnyer.....dah takde meja kosong kat dalam restoran nih. Kat luar jer yang kosong. Hampeh. Tak best tol kalo makan kat tempat camni, tapi kena makan kat luar. Memang hampeh.



Encik Kuneng : Lambatnyer. Dah lapar nih. 
Ok, ayat rekaan aku semata-mata. ;DD



Iced Mocca Cappuccino. Aku punyer.
Perghh~ berlemak2 tinggi kabohidrat lemak berkrim disukai ramai.
Muahahaa~ ;DD


Four Seasons Fizzy - Autumn. Encik Kuneng punyer.


Tangy Chicken Spaghetti. Encik Kuneng punyer.
Encik Kuneng cakap rasa speghetti ni "kureng", dan aku punyer spaghetti lagi best kot.
Tak sempat plak aku kebas sket spaghetti ENcik Kuneng nih. Dah lapar tahap cipan, so aku just fokus kat makanan aku jer. ;D



Beef Bolognaise Spaghetti. Aku punyer.


Kenny's Home-made Muffin. Dapat free with every spaghetti. 
Banana untuk Encik Kuneng, chocolate untuk aku. ;)


Kenny's Drumsticks (Original). Kitorang nak order yang BBQ, tapi dah abes plak. T_T


Yumyum. Tapi BBQ drumsticks lagi yumyummm kot.


Kemain berselera. ;D 


Alah, pompuan ni pon sama jer. Masing2 dah lapar, kan. Kahkahkahh~ ;DD



Bertambah2 lah lemak2 dalam badan nih ngan lemat KRR. Tapi takpe, sekali sekala jer *eleh2, sekali sekala hapenyerrr. Dan yang penting, alhamdulillah, kenyang la jugak. Yerlah kau, service charge mahal giler. Of coz la kena habiskan makanan tu. Kalo tak abes pon, kena gak makan sampai menjilat jari. Kalo boleh ngan pinggan2 sekai piun kena jilat jugak! ;DD


Ok bye.


.

Thursday, May 26, 2011

today. first time. and relieve.

Today i was so relieve. Quiet happy and grateful. 

Today is my first time conducting a full trial. Usually my other senior lawyer will help me conducting the trial, and i will only sitting beside them taking notes and evidence from the witnesses. Because i'm very junior and didn't really used to the procedure and not as expert as them in conducting the trial.

But today, i did it on my own. One of my senior lawyer, which is my boss actually, accompanied me to that trial. But she just sit beside me and help me if the circumstances need her to do so. I'm quiet nervous actually. -.-






I'm so stressed in these few days actually, with two full trial coming up, which i have to find and contact the witness for that trial. And of course a lot of things to be done for the said trial. Oh, dont mention about the other things that i have to settle up in the office. Working until night. And brings the work to home some more. *sigh  T_T

Now is this explained why i didnt update my blog for few days? Hahaa~ *excuses! 

No, i'm telling the truth! ;DD 




Once this morning's trial is done, i was sooooooooo relieve. It's not a bad as i'm worried all this while. Well...maybe because the case was not that difficult and not that complicated. 


But...
I think i'm too soft-hearted. During my cross-examination on the opponent's witness, i felt sympathy for him (the witness). Okay, be strong, Nini. Remember what Mr Kevin said : "lawyer must use brain, not heart".

And i dont think i'm cruel anyway. Its just that he didnt know how to answer my question so that his answer wont trapped himself and damaging his claim. And obviously his lawyer didn't advise him properly what is their claim, what is the possibility of our question, how to answer our question, and so on.

And the most important thing is, we (as lawyers) must advise our client properly whether our claim have any merit, the chances of winning, the cost which the client will have to pay for bringing that action to court, the consequences if they loose (especially the cost), and lot of things which layman (public) would not aware of.




One is done, another trial is coming up in the middle of next month. Errr~ *pengsan.




Alamak poyo-nyer speaking London plak kat entri nih. Dah lah London tunggang langgang. Kahkahkahh~ 

Ah, lantak lah kan. 





Moral of the story : chose your lawyer wisely. dont be happy with lawyers who tell you what you want to hear. but chose lawyers who give advise honestly base on their experience.





Ok bye! ;DD 



* p/s : super duper tired day. dan aku masih mengadap laptop? good night lah semua.

.

Monday, May 23, 2011

[MOVIE] KONGSI. Best, tapi...

Lama dah aku tengok movie nih. Hari Ahad minggu lepas, 15hb. Tapi busy sangat, baru sekarang dapat update. Lagipun baru balik dari cuti. Mood blogging pun takde. Huhuuu~ [x_O] 




Trailer.


Tumulak asyik cakap "serabut perut nate beruk". Aku asyik tergelak2 jer bila dia cakap camtu. Tapi kan...kurang sopan la pulak asyik cakap camtu jer. Alah, biasa la...samseng, kan.

Tapi kan, sampai sekarang aku tak paham nape Tumulak bunuh semua ahli kongsi gelap tu. Yang aku paham, dia datang Malaysia sebab bos dia bagi dia tugasan, dan tugasan tu adalah bunuh ahli kongsi gelap. Dia tu pembunuh upahan ke? Ada yang cakap dia bunuh ahli kongsi gelap tu sebab nak balas dendam kat Fizo Omar (aku tak ingat apa nama dia dalam movie ni). Yeke? Dah tentu la bos dia yang arahkan dia datang Malaysia. Bukan dia saja2 datang Malaysia sebab nak balas dendam kat Fizo Omar. Yang bab dia kacau family Fizo Omar tu aku setuju la, memang dia buat camtu sebab nak balas dendam.


 Sengal. Tak tahu guna pun menatang nih. Pasang pun tak reti. 
Memang sengal. 
Pakaian Tumulak dah macam Ninja dah aku tengok.



"Room service, sir". 
" Tokse tokse". 
Ade ke camtu? Hahahahh~ ;DD



Btw, loghat Shaheizy Sam dalam movie ni bukannya loghat Kelantan. Tapi loghat Kelantan Siam (Thailand). Ada beza tau loghat Kelantan ngan Kelantan Siam. Yerlah, Tumulak kan orang Thailand. Mesti la dia cakap loghat Kelantan Siam. Ok la jugak encik Sam kita cakap loghat Kelantan Siam. Takde la buruk sangat. Muahahaaa~ ;DD

Aku ada tanya Encik Kuneng, dia paham tak apa yang Tumulak cakap. Sebab Tumulak kan cakap loghat Klate jer. Encik Kuneng cakap "faham". Saje jer aku tanya. Padahal dah tentu la ada sarikata kat situ. Hahahh~




"kongsi gelap gapo lagu ni. cubit sikit, jerit supo ponde" 
kahkahkahh~ 


Badan Tumulak penuh ngan tattoo + tindik2. I dont like.



"catch me if u keng
Scene drift yang tak brape memberangsangkan. 
Tapi ok la, kelakar la jugak tengok geagat Tumulak.



Overall, movie ni best la jugak. Kelakar tengok gelagat Tumulak yang sengal. Tapi ending..??? HAMPEH. Memang kecewa giler lah tengok ending movie nih. Movie dah ok. Tapi ending dia cenggitu???

Hmmm....aku ada baca blog, ada yang cakap bakat Shaheizy Sam disia2kan, ada yang cakap Farid Kamil sebagai Pengarah filem ni masih banyak perlu belajar. Well...aku tak reti la nak komen lebih2. Tapi aku rasa, betul la jugak, Pengarah filem ni masih banyak perlu belajar.









Last but not least.......



Before movie. Penat jalan2. Will update later.




Ok bye~


.

Friday, May 20, 2011

Fast Five yang melajukan adrenalin.

Lepas keje tadi pegi tengok movie. Biasanya aku tengok movie, coz Wednesday Movie Day. Yerlah, lepas balik keje, boleh terus beli tiket & tengok wayang. Jimat plak tu. Hahaa~ Bukan kedekut okeh. Tapi tadi macam boring plak. Rasa macam dah lama tak tengok wayang. Padahal hari Ahad lepas baru jer tengok movie ngan Encik Kuneng. Nanti la aku review pasal movie aritu. 

So, tadi tengok movie Fast Five (Fast and Furious 5 atau jugak disebut Fast & Furious 5: Rio Heist). Actually dah lama nak tengok movie nih. Tapi takde masa dan takde kesempatan. -.-


Trailer. Best kan?


Bagi aku movie ni memang best. Yerlah, mana ada cite Fast & Furious yang tak best. Cuba kau bagitau. hahaa~ 

Dalam Fast & Furious kalini, abang botak kita i.e. Van Diesel dan rakan2 ada mission impossible, iaitu untuk merompak orang yang paling berpengaruh kat Rio.Berjaya ke diorang ngan mission impossible diorang? Korang kena la tengok sendiri. Tapi confirm la ramai yang dah tengok movie nih, kan. 

Kalini ada abang The Rock pulak. Abang botak jugakk. Tapi berjanggut daa~ The Rock jadik polis yang buru Van Diesel and the geng. Tapi dia jenis yang berdendam lah. Ada perangai jahat sket la. Paling tak suka bila The Rock selalu sebut "son of bi***". Ishh ishhhh...tak sopan sungguh.

Masa mula2 start movie ni pun dah suspen. Paling best masa diorang race ngan kereta polis. Masa diorang tarik bilik kebal ngan kereta sampai jauh camtu pun best. Nervous giler ok jantung wa. Betul2 melajukan adrenalin. Eleh, adrenalin la pulakk~ 

Tapi agak sedih dan tersentuh plak tengok time The Rock kena ambush. Tapi sebab kejadian kena ambush tu la The Rock jadik baik sket dan lembut hati ngan Van Diesel.

Movie ni best sebab banyak adegan racing, dan kereta2 cun. Ntah berapa banyak la kereta yang dijahanamkan untuk buat movie nih, kan. Especially masa diorang larikan bilik kebal tu. Ishhh ishhh ishhhh~ giler kentang. 

Tapi kan...logik ke dua buah kereta boleh tarik bilik kebal? Its BILIK KEBAL, okeh. Bukan PETI BESI. 


Dah lah, aku pun takde idea nak komen camane lagi movie nih. Mata pun dah terpejam2 dah nih. Esok kena keje pulakkk~

Ok bye. Good night. ^^

Thursday, May 19, 2011

rindunyer kat belog nih. ;)




Hello my dearest bloggie. 

Awh rindunyer kat blog tercinta. 5 hari tak update blog, rasa macam berkurun. Unique visitor pun dah jatuh merundum. Dah la UV seciput jer. Bila tak update blog, lagi la takde orang nak masuk blog nih. T_T 

5hari bercuti dan takde internet connection memang membosankan dan meresahkan jiwa raga. Nasib baik masa cuti tersebut banyak jugak la aktivitinyer. Takde la bosan sangat. 


Perasaan bila tak dapat update blog nih sama la macam perasaan bila terpaksa berpisah dengan kereta yang terpaksa masuk bengkel satu hari, sebab bergesel dengan bas. Oh, rindu yang amat. Dan bila dah dapat bukak blog dan taip entri, rasa lega sangat. Sama macam bila dah ambik kereta dari bengkel. Eh, lain kali lah aku cerita pasal kereta tu. Gambar untuk update next dan next next next entri (banyak bebenau entri yer) masih dalam kamera. 






Sekali lagi nak cakap : RINDUNYER KAT BLOG....!!!!! muahahahaaa~ ;DD


Rindu kat blog ok, bukan rindu yang bukan2. huahuaaa~ 




*p/s : tq pada yang sudi masuk blog  ni, tinggalkan comment dan tinggalkan jejak kat shoutbox. InsyaAllah esok lusa saya blogwalking kat blog awak plak. ;) 


.

Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Sabtu. Cuti lagi hingga hari Selasa. Yayy!!!


Happy weekend people!

Saya sedang bercuti. Sehingga hari Selasa.
Ohh terima kasih lah pada cuti Hari Wesak pada hari Selasa,
sebab beri peluang pada saya untuk apply cuti pada hari Isnin
dan beri peluang pada saya untuk bercuti agak panjang.
Muehehee~

Will update soon. But not very soon.



.

Tuesday, May 10, 2011

tolongg tolonggg~~

Hye awak semua.


*mukaddimah yang agak ngengade* ok fine.





Aku nak mintak tolong nih. Sila tujuk pada ENTRI NI. Aku ada join satu contest nih. 

"Contest Mata Paling Kebabom" (lah konon). So, mintak tolong la yer awak2 semua undi dan like gambo sayewww~ 

Mula2 kena like page Lens Mania KAT SINI. Banyak lens cantik2 tau. Huiihhhh~ sayewww pengguna tegar contact lenst sejak hampir 7 tahun lepas. ;) 

Pastu sila la LIKE gambo saya KAT SINI



Ini lah ghope nyer gambo tersebut : 



Huihhh~ KEBABOM la sangat! 
Ok sila jangan menyampah. -.-


Last but not least, terimalah pantun yang tak seberapa dan tak ori nih : 

ada ubi ada batas 
ada budi boleh ku balas. 


*macam tak kena jer. huahuahuaaa~~ 


Ok bye~ ;DD


Monday, May 9, 2011

chinese course lunch @ Meisan, Mutiara Hotel

Tengahari tadi lunch kat Meisan, Mutiara Hotel JB. Ni first time aku makan kat situ. Suasana dalam restoran tu cantik jugak la. Memang betul2 suasana restoran chinese. Siap ada lagu cina lagi time kitorang makan.


Shark fin soup
Pembuka selera.
Yumyummm~ memang sodappp~



Ada beberapa lagi lauk yang kitorang order - Szechuan Prawns with dries chili, steamed bass ngan roti ape ntah, crispy roasted chicken with lemon sauce, long bean, Meisan's mee, dan untuk dessert - sea coconut. Entah betul ke tak aku taip nama2 lauk nih. Main hentam jer. Aku order extra air - orange jus sebab takleh telan teh cina tu banyak2. Pahit anak tekak aku nih. -.-


Tapi gambar makanan2 yang lain ku tak snap pon. Kena la jaga tatasusila depan orang. Muahahaaa~ ;DD



Menu. Sila lah order. 
Perghh~ tak termampu aku nak makan camni. 
Giler kentang ah. 
Nasib baik lah lunch tadi ada orang belanja. Muahahaa~ ;DD



Makanan kat sini memang best. Lebih2 lagi sharkfin soup, crispy chicken, szechuan prawns, steamed bass, eh pendek kata semua best lah. Serius nih. AmbOoiiii...kemain lagi kalo bab melantak, semua best. Hohoo~

Tapi takpe, yang ni bukan menternak lemak. Sebab chinese course takde la berlemak berminyak sangat. Lagipun kan ade chinese tea yang boleh balance kan semua tu. hehee~ ;)


Chinese course basically sama jerla menu dia kat mana2 pun. Makan benda yang sama jer. Tapi aku rasa, makanan kat Meisan nih lain sikit dari chinese course kat Johor Bar Annual Dinner and Dance haritu. Yang ni lagi best lazat berkrim disuaki ramai. Padahal sama kat Mutiara Hotel jugak. Ohh chef berbeza kot.

Dan alhamdulillah...kenyang jugak. Rezeki jangan ditolak. Maceh yer pada encik yang belanja tadi. Siap makan kat VIP room lagik tu. ;)



* p/s : harini tersangat lah busy. pegi sana pegi sini. kena panas kat luar, kena sejuk aircond. cuaca plak panas giler. pening kepala macam nak demam dah nih. -.-



.

HOMETOWN DAY 3 : Nasi Lemak Sambal Lokan + Memancing

Sambungan dari ENTRI NI.


AMARAN : SILA BERSIAP SEDIA DENGAN ENTRI YANG PENUH DENGAN GAMBAR DAN PANJANG BERJELA2.


Sabtu, 05.02.2011.


Awal pagi dah bangun, tolong2 apa yang patut. Konon. Padahal tolong tengok jer. Encik Kuneng jer yang rajin nak tolong2. 



Tengah basuh lokan yang cari sehari sebelum tu.


Semua lokan tu kitorang masak. Perghh..banyak tu. Tapi habis tau. Sebab kitorang kan ramai. Kak Dah masak sambal lokan, makan ngan nasik lemak. Perghhh~ sungguh sedap hingga menjilat jari. Sampai aku tambah nasik. Sungguh ajaib bila aku breakfast nasik lemak dua pinggan. Dua periuk tau nasik lemak yang kitorang masak. Tetap habis. Tengahari pun makan nasik lemak ngan sambal lokan tu jugak.

Tapi lupa la pulak nak snap gambar nasik lemak sambal lokan tu. -.- 

Then kitorang pegi mancing. Actually Encik Kuneng yang nak sangat mancing. Pastu abah si Adam pun nak ikut jugak. Then husband Kak Dah pun nak ikut skali. Jom ler beramai2 pegi mancing. ^^ 



Mancing kat kuala. Kuala Besut.




Kak Dah & Kak Tie.



Kuala Besut.


Tiga beranak. 
Adam asyik duk baling batu jer. Kang kena jugak ayah dia.


Ni pun anak beranak jugak.


Si Adam ni sebok nak pegi kat abah dia yang tengah mancing.
Eh2, Adam ada tanda lahir kat bawah lengan. 


Nak kemana tu? Lajunyer dia jalan.


Berlari2 pulak. Malu ngan Cik Su dia lah tu. ;D



Pulau Perhentian?



Nelayan tengah jahit pukat kat tepi pantai. 



Adam nih taknak tengok kamera langsung. 
Malu lah konon.



Ibu dan anak.
Ni kakak aku yang kawen hampir dua tahun lepas KAT SINI


Nature. 


Anak2. Eh, anak2 sedara. 
Rambot aku tak boleh belah, sampai budak hensem tu terpaksa jenguk muka dia sket. Huahuaa~ ;D 
Adam pulak sibuk duk tengok Cik Su dia. 
Anak2 sedara berpegangan tangan. 
Oh, i'm loving this picture. :)


Syoknyer mancing, yer. :)


Encik Kuneng : Tak best la kat sini. Jom la tukar port mancing. 


Panas terik woiii. Hitam legam jadiknyer. 





Orang macing, dia pon sebok nak mancing jugakkk~
Sudahnyer, abah dia tak boleh mancing.
Tapi yang "best-nyer", henpon abah dia terjatuh kat celah2 batu ni & masuk dalam air laut kat celah2 tu.
Perghhhh~ rosak kot.





Umpan. Udang.


Ini bukan tasik.


Tukar port mancing lagik.
Tapi aku ngan Encik Kuneng jer yang pegi jauh.
Kak Dah dah blah pegi Jerteh. Kak Tie masih kat tepi "tasik" tu.

Encik Kuneng jauh tinggalkan saya yang sibuk duk snap2 nih. Wuwuwuuu~



Ombak. 


Nelayan tengah pasang pukat. 


Yuhuuuuuuuuuu....!!! 
Sampai hati awak tinggalkan sayewww kat tengah2 panas nih.
Kemain gigih lagi dia panjat batu2 besau tu.



Memang gigih. Tengah panas terik pun nak mancing jugak. 





Baru jer tukar port mancing kat sini, Kak Tie dah call. Katanya Adam dah nanges, lapar kot. Terpaksa la balik. Sebab akak aku naik kete aku. Encik Kuneng macam tak puas jer nak mancing. Ikan pun tak dapat. hohoo~


Jom la balik.


Ok jom.


Erk....tetiba muncul biawak nih. Terkojut eden! 



Lepas balik dari mancing kat kuala, kitorang pegi Jerteh pulak. Sebab nak bank in duit rumah sewa aku. Punyer lah jauh carik bank. Huh. Tapi sebelum tu singgah kat gerai satar dulu. Dah lama tak makan satar kat kampung nih.


Siap kena beratur lagi tuuu~


Sementara Encik Kuneng beratur beli satar, sempat jugak aku snap2.


Oh, satar kat sini sangat best tau. Banyak ikan. Tak macam kat JB nih. Murah pulak tu. Satu cucuk yang ada 4 ketul satar hanya berharga RM1. Best ke tak best? Perghhh~ tak tau nak cakap camane. Kalau kat JB nih, satu cucuk tu RM2. Dah la kurang ikan. Huh.

Lepas bank in sewa rumah, kitorang pegi jalan2 kat Jerteh tu. Takde la best pun. Tapi try jugak jalan2 sebab nak carik barang yang murah2. Singgah kat kedai (ape ntah nama dia, lupa lak). Pusing2, takde yang berkenan. Just cari tudung untuk akak jer. 


Candid.


Tengah pilih tudung untuk kakak.
Yang mana satu nih, awak?
Akhirnya, aku pilih yang warna orange + chocolate tu.


Baru jer snap 2 gambar ni,camera terus kong. Alamak, lupa nak cas bateri la. Wuwuwuwuuuu~~ T_T 

Akhirnya, guna henpon Encik Kuneng jer. Sebab henpon aku pon dah takde bateri. T_T

Lepas balik dari Jerteh, singgah lagi kat kuala, saje nak lepak2. Sambil2 tengok orang mancing kat situ.



 Perghh~ dah hitam legam. 
Baru jer berjemur tengah panas satu dua hari, dah jadik legam. T_T


 Encik Kuneng lagi la legam. ;D


Rambut dah tak dapat di kawal. Di tiup angin pantai yang sungguh ganas.
*sengal punyer ayat.



Kemain pose.



Dah lah, tu jer. Penat upload gambar banyak2 buat orang meluat muntah hijau. Muahahaaa~

Buersambung lagi di episod 4 *kemain ada episod2 bagai. ;D

Ok lah bye~



.