Thursday, June 30, 2011

One month later.

Refer to THIS ENTRY . Yesterday was its decision.






Alhamdulillah. Sangat2 bersyukur. =)
And I hope it stop here, no more appeal please.



.

Wednesday, June 29, 2011

Helloooo~

Aku rasa macam dah lama giler tak update blog.


Bukan "rasa macam lama" lagi dah. Tapi memang dah lama giler.



Ke-busy-an, kesibukan, ketidakcukupan masa, kepenatan, kemalasan dan ketiadaan mood untuk berblogging. Ketiadaan idea pun iyer juga. Tapi sebenarnya kalo ada idea pun, tetap busy + takde masa nak update blog.

Seriously, dalam seminggu dua minggu ni memang busy tahap cipan. Busy dengan kerja, busy menguruskan hal2 lain. Tersangat penat + tak cukup tido.





Kadang2 bila bukak jer laptop & baru jer nak update blog + blogwalking, terus rasa mengantok giler. Kepala rasa melayang2. Sampaikan boleh terlelap depan laptop.



Most of the time, still boleh terlelap walaupun masa tengah duduk,
bukannya letak kepala atas meja/laptop macam ni.
Ish ishhh~ ape nak jadi.





Pada anda yang rajin blogwalking kat sini, mekasih banyak2. Nanti aku balas jejak korang tu, ok. InsyaAllah, secepat yang mungkin. ;)

Bye.


.

Tuesday, June 14, 2011

Happy Birthday to me! From Padini

Beberapa hari lepas aku terima ini...



A happy birthday greetings.
Dari Padini.



Birthday card yang memberikan aku 30% diskaun bagi setiap pembelian di mana2 outlet PHB Group of Companies.


Sebenarnya birthday aku lagi sebulan setengah. Awal giler dapat birthday greetings. Ni first time aku dapat birthday card + discount dari Padini, coz baru jer join membership. Akhir tahun lepas kot.

So ape lagi, mari lah kitew ber-shopping! 30% dah kira ok la tu. Sape nak bagi, kan. :DD


Ok bye.


.

Sunday, June 12, 2011

[MOVIE] X-Men First Class. Agak Keciwa.

Wednesday-movie-day. Pegi tengok movie X-Men First Class. Dengan perasaan teruja. Sebab dah lama tunggu untuk tengok movie nih. Kihkihh~




Trailer.



Sinopsis camni :-

Directed by Matthew Vaughn and starring James McAvoy, Michael Fassbender, Kevin Becon, Rose Byrne and January Jones amongst others, the film takes you back to where it all started. The storyline of the movie revolves around the friendship between Charles Xavier a.k.a. Professor X and Erik Lensherr a.k.a. Magneto before it evolved into an eternal war between Magneto’s Brotherhood and Professor X’s X-men.



Sebenarnya aku pun tak reti nak explain movie ni camane. Kiranya  movie ni permulaan kisah X-Men la. Camane Xavier (sebelum lumpuh dan sebelum bergelar Professor X) cari mutan2 untuk kumpulkan mutan2 tu, dan apa yang membuatkan Prof X kumpulkan mutan2 tu. Dan kisah camane Xavier berjumpa dengan Erik (sebelum bergelar Magneto) dan bersahabat baik dengan Erik tu. Dan camane Xavier boloeh lumpuh & kemudiannya dah tak kawan lagi ngan Erik.

Movie ni takde la best sangat macam yang aku expect. Ceh. Keciwa betol aku. Maksud aku, jalan cite dia tak best, tak kuat, tak banyak visual effect (visual effect ke? whatever la kan).


Haa...yang ni boleh menjelaskan sket movie nih.



Oh, ini zaman Presiden Kennedy.



 Xavier si telepathy.


 Erik a.k.a Magneto.
Rupa2nya mende alah kat kepala Erik tu asalnya bukan dia punya.
Tapi milik "pencipta" dia yang Erik cari untuk balas dendam.



Dalam movie ni, Erik tengah cari "pencipta" dia, iaitu Shaw yang telah mengubah Erik menjadi mutan dan yang telah membunuh ibu Erik. Dan Erik cari Shaw sebab nak balas dendam. Dalam misi membalas dendam tu la dia bertemu dengan Xavier, dan masa tu Xavier yang selamatkan Erik dari lemas dalam air masa nak balas dendam kat Shaw. Lepastu bermula la persahabatan diorang.

Xavier bergabung ngan Erik untuk menghentikan Perang Dunia (eh, perang dunia ke?) yang akan berlaku, dan berpunca dari Shaw. Erik pulak memang nak cari Shaw untuk balas dendam. Misi diorang (Xavier dan Erik) ni macam sama, cuma matlamat & cara jer lain. Sebab Erik nih takde belas kasihan, dan matlamat dia hanyalah satu - nak bunuh Shaw.

Hahaa~ pening tak baca cerita yang aku ceritakan nih? Aku pun pening jugak nak buat sinopsis cerita nih, sebab ceritanya agak hampeh. -.-



Kuasa Erik boleh angkat kapal selam dari laut. 
Fuyyooohhhhh~




Azazel. Power dia nih seram sket. Bahaya tuh. 
Especially masa dia serang tempat CIA sebab nak cari budak2 mutan tu.
Kesian yang kena serang tuh. Tragis sungguh mati camtu.



Oh man. Ini Alex Gonzalez. 
Janos Quested @ Riptide kot nama dia dalam X-Men nih. 
Ensem, kan. Muahahaa~ ;DD







Dan....





Jeng jeng jenggggg............





Omaigosh!!! It's Wolverine!!!!!


Ya, anda semua pasti akan teruja terlebih2 excited bila tengok Wolverine muncul dalam movie nih. Seperti saya dan semua orang dalam hall masa tu. Tapi lepastu anda semua pasti akan kecewa. Seperti saya dan semua orang dalam hal masa tu (lagi). Nak tahu kenapa? Kena la tengok sendiri.


And you have to watch this :-



Go f**k yourself?
Muahahaa~ 
This is hilarious. Kuang ajo, kan. ;DD


Kesimpulannya, agak kecewa ngan movie nih. Dan "agak keciwa" tu bukan sebab Wolverine nih. Tapi sebab jalan cerita, dan keseluruhan cerita nih. Sepatutnya boleh jadik lagi best kot. Tapi ntah kat mana silap. Wah wahhh~ macam la expert sangat aku nih nak buat review camnih.


Takpe2. Kita tunggu Transformers pulak. Ke Green Lantern? Super 8 blom tengok lagi. Oh, Encik Kuneng pulak nak tengok KL Gangster. Kena tunggu dia balik, baru boleh tengok sama2.

Tak agak2 semua movie nak tengok kat wayang. -.-


Ok bye! 


.

Monday, June 6, 2011

Wedding @ Dewan Jubli Intan. Sweet sweet ala-ala Cinderella.

Hari Rabu yang lepas pegi jemputan kawen. Kat Dewan Jubli Intan, JB. Disebabkan hari tu adalah hari bekerja, terpaksa la pegi majlis tu lepas keje ngan muka comot. Nak balik rumah dulu, takot tak sempat plak. Jalan pulak jem teruk. -.-


Lagipun haritu ada klien. Sampai pukul 8 pm jugak duk attend klien. Nasib baik masa sampai kat dewan, masih belum sanding. Coz kad jemputan tu sanding pukul 8.30 pm. Alaaa...City Square ngan Dewan Jubli Intan bukan jauh pon. Mesti la sempat jer nak pegi Dewan Jubli Intan tu.


Kitorang pegi beberapa orang (ayat ntah pape). Big boss, boss & sorang staff. Bila sampai sana, ramai jgak colleague yang dah sampai & tengah makan.


Oh catering haritu sama macam wedding colleague kitorang 2 bulan lepas, iaitu Pak Akob. Memang lazat berkrim disukai ramai. Tapi ntah camane, aku boleh tak abes makan pulak. Padahal selalu makan banyak sampai perut boncet! T_T



Tak baek membazir... -.-






Ok, meh layan gambar dulu. Tapi tak banyak la. Coz segan nak letak gambar diri sendiri yang comot. Hohoo~


Pelamin. Oh ala-ala Cinderella gitewww~
Eh, betul ke Cinderella?
Ke princess ape ye? ;DD


Merah + hitam cun juga. :)


Candle.


Pengantin sudah sampai.


Tak clear pulakkk~ Zoom dari jauh sahaja.


Sweet, kan. 
Saya sangat suka gubahan bunga bulat seperti itu. ;) 
Nanti saya pon mahu bunga seperti itu juga. 
*tetiba ayat jadik sengal. Muahahaa~ ;D






By the way, ini majlis sebelah lelaki. Wedding planner adalah kakak kepada pengantin lelaki. Errr...kakak ke adik yer? Kurang pasti. Lagipon aku tak kenal pon pengantin tu. Adik pengantin lelaki yang jemput, so datang jerlah kan. ;D



Tiba2 big bos aku tanya : survey2 ni nak dapat idea ke? 



Errkkkk~ aku ketawa sahaja. Kahkahh~ 





Ok bye~



*p/s : memang best tengok orang kawen. tapi bila fikirkan semua preparation yang kena buat, saket kepala tuuuuuu~~


.

Saturday, June 4, 2011

The Manhattan Fish Market. jalan2 cari makan.

Ini cerita makan2 masa pegi tengok wayang Pirates of The Caribbean kat KSL City minggu lepas. Lepas beli tiket wayang, terus pegi cari makan. Lapar yang amat. Perut dah menyanyi2. Pusing punyer pusing, jumpa jugak tempat makan. Oh memang pening nak cari tempat makan. Mungkin sebab first time datang sini. -.- 

Kalini kitorang makan kat The Manhattan Fish Market plak. Tak agak2 nak perabehkan duet jer kejenyer. Dah la mahal sebab ada service charges. Tapi tetap sedapkan hati : takpe2, sekali sekala jer takpe. Yang banyak2 kali tu kita simpan duit untuk masa depan yer awak. Kehkehh~ ;DD 

Layannnnnn~~




Dijamin HALAL
The Manhattan Fish Market dah dapat status halal few years ago. ;)



Ok fine, ini memang kontrol ayu. 
*eh2, saya kelihatan selim dalam gambar ini. muahahahaaaa~ ;DD



Awak pon kontrol jugakk! ;D


Soup of the day - Mushroom Soup
Sangat yumyumm tau. Pekat lagi tu. 
Tapi macam tak cukup plak. Sebab sikit sangat. 
Mangkuk sup ni hanyalah sebesar cawan teh @ kopi. Hemmpphhhh~~ -.-



Oreo Kaboom!! 
Encik Kuneng punyer.


Citrus Mint. Aku punyer. 
Shangat masham. -.-


Tak boleh belah nama Oreo Kaboom. ;D


Snapper with Mussels. Encik Kuneng punyer.
Sedap + banyak ikan + banyak lauk. Jeles. T_T


Salmon G.Catch hape ntah nama dia.
Aku punyer.
Sikit jer. Macam tak cukup. Tapi bila dah makan, macam tak abes pulakkk~ 



Lepas makan2 membuncetkan perut, kitorang jalan2 la sebelum tengok wayang. Sebab movie Pirates 4 tu ada pukul 3.45 pm jer. Yang lain awal sangat, tak sempat kitorang nak makan dulu. So, lepas makan tu kitorang jalan2 sampai lenguh kaki. Dah la pakai high heel. -.-



Oh, i'm loving my leopard prints high heels
So chomeeyyyyy~ 
Walaupon korang cakap tak comel, ade aku kesah? Muahahaaa~ ;DD



Lepas tengok wayang, kitorang balik ler. Penat tahap melampau. Lagipun Encik Kuneng dah nak balik Nilai, coz keesokan harinya dia keje. -.-


Saya versi blurrr~ 
Walaupun blurr, tapi saya suka gambar ini. :)
Tengah tunggu Encik Kuneng. Sempat gak syok sorang2 dalam kereta. Kahkahkahh~ ;DD



Lepas balik Skudai, kitorang pegi makan lagi kat restoran. Perghhhhh~ tak agak2. Baru jer menternak lemak kat The Manhattan Fish Market tadi, pegi makan lagi. Patot lah dua2 makin gemok makin muncet. Muahahaaa~ ;DD 

Tapi kalini kitorang makan kat restoran kelantan jer. Asyik makan western food jer. & dah lama jugak tak makan kat warung @ restoran camni ngan Encik Kuneng. -.-



Starter kitorang - sate ayam dan daging. 
Berlemak2 tinggi kalori. -.-


Nasi putih + telur bistik + sup ekor + kailan ikan masin.


Sup ekor oh yumyumm~
Mengidam makan sup ekor plak aku nih. 


Tapi terseksa jugak aku nak habiskan nasik tu. Sebab dah kenyang sangat. Tu la, melantak tak agak2. Dah la masa nak balik dari KSL City tu sempat beli Auntie Anne's Pretzel Almond & Pretzel Cinnamon Sugar, makan dalam kereta. Maunyer tak FULL HOUSE!!! 



Dan yang paling tak boleh belah, sekarang nih aku berangan camane nak kurus ngan cepat. Sebab takmo kelihatan terlampau bulat melampau2 beberapa bulan lagi untuk hari tersebut. Tapi masalahnyer, ada ke cara camtu? Hahaa~ Tu la, melantak tak agak2. Ada hati nak kurus. Dalam setahun lebih ni, berat badan makin meningkat berkilo2. Perut pun dah makin muncit. Aku rindukan waktu muda2 dulu. Selimmm jer.... T_T




*nanges. 





Ok bye! T_T



* p/s : apekah "hari tersebut"? teettttttttt...!!!!!!!! ;DD


.