Sunday, July 31, 2011

Birthday's Eve : Dinner at Benafee Village

Malam sebelum hari jadi sayew, Encik Kuneng tercinta telah baek hatinya sudi layan awek dia nih pegi dinner kat Benafee Village. 

Haa...yang ni pun aku mengidam nak makan kat Benafee Village. Teringin nak makan Nasi Ayam Penyet. Ntah la kenapa. Maybe sebab dah lama tak makan Nasi Ayam Penyet kat sana. Tiba2 teringatkan kerangupan dan kelazatan ayam penyet kat situ. Pehh~ 


Meh layan gambo yang tak berapa cantik. malah memang buruk pong coz di-snap menggunakan henpon cabuk 2megapixel yang memang tak clear kalo snap dalam suasana yang "romantik". Haha~ penat tak baca ayat haku nih? 


Kitorang duk kat tempat yang cahayanya agak suram, which is kat outside. Itu lah yang dimaksudkan dengan "suasana romantik", i.e. sebab suram jer cahaya nyer. Hahaa..takde maknanya romantik, kan. So, sebab tu la gambar2 pun memang tak boleh belah. Kamera pulak tak bawak. Kahkahh~ 

Tskk~ T_T




Nasi Ayam Penyet. 
Yayyy! akhirnyaaaa~~ 



Encik Kuneng order Nasi Beriani kambing. 
Perghhh~ memang best giler. 
Rasa macam nak abeskan jer yang dia punyer. Kehkehh~ ;p 



Kami order Epal Susu. =)



Tengok nih. Kat mana2 pegi pun, selalu order Sup Ekor. 
Baik kat warung, mahupun kat Benafee Village. 
Dua2 pun memang suka sup ekor. Kihkihh~ ;D 




Maceh la Encik Tunang sudi layan & belanja awek awak nih on her birthday. Eh silap. On her birthday's eve. Hehee. ;-)




Ok bye. 


.

Kisah bengang ngan salesgirl kek. On my birthday.

Ini kisah bengang dan emosi masa aku nak beli kek ngan Encik Kuneng.


Sebelum ke kedai SDS tu, kitorang singgah kat Kip Mart Kota Tinggi. Tengah jalan2, jumpa la satu kedai kek. Ada kek kecik yang sangat comel. Tapi banyak buah kat atas. Encik Kuneng tanya nak tak. Aku tak kisah la, kek kecik pun ok.



Tapi bila Encik Kuneng tanya salesgirl tu, boleh tulis ucapan kat atas kek tak? Tau tak sales girl yang sengal lagi dungu lagi bengap tuh jawab ape?


"NAK TULIS KAT MANA?"


Ya, dia tanya balik kitorang nak tulis kat mana, sebab kek tu dah penuh ngan buah. Dan dia tanya soalan tu dengan nada yang sinis dan hampir ketawa. Seolah2 soalan kitorang tu SOALAN BODOH.


Apeke bodoh pegi tanya soalan camtu kat customer. Sekarang kitorang yang bodoh ke atau dia yang bangang? Huh. Memang aku emosi sungguh time tu.



Kek tu aku dah tak berapa ingat dah rupa dia camane. Tapi lebih kurang camgini :



Macam ni la kot.



 Atau macam ni. 
Sumber : In House Cake 



Tak pun, camni. Tapi takde apa2 ucapan kat atas tu.




Kau tengok kedai kek lain, boleh jer tulis wishes kat kek, eventhough kek tu dah penuh ngan hiasan, buah, or whatsoever. Contoh kek untuk anniversay kitorang & birthday Encik Kuneng :-







So, aku tak jawab apa2. Instead, aku terus tarik Encik Kuneng blah dari situ, meninggalkan salesgirl yang bodoh yang tengah pegang kek yang hampir dibeli oleh kitorang. 

Sama ada dia yang bodoh atau memang tokey kedai dia tak pernah buat dan tak tahu camana nak tulis ucapan atas kek yang penuh ngan buah & etc. Heran aku. Kalo kedai kek lain boleh buat & dah selalu buat, takkan kedai tu tak tahu benda tu, kan? 

Kalo benda basic camtu pun tak tahu, here is my honest bona fide advise : TAK PAYAH BUKAK KEDAI KEK!! And to that salesgirl, please mind your manners. Thats not how you should treat your customer.


Huh. Emosi sungguh aku. Korang tak rasa ke salesgirl tu macam bengap?



Bye~


.

Saturday, July 30, 2011

KFC O.R Quarter Chicken yang juicy.

Semalam pagi2 buta dah terliur ngan KFC O.R. Quarter Chicken setelah melihat iklan di Yahoo Mail. *skemanyer ayat. 


So, lepas balik keje, dengan pantasnyer singgah kat KFC, terus order O.R. Quarter Chicken tuh. Kemain mengidam aku nih, pantang terliur, terus melantak benda alah tu, kan. 


Tapi hampir 10minit jugak la kena tunggu O.R. Quarter Chicken nih siap. Saboooo jerlah aku. Tapi takpe, at least boleh rasa yang panas2 lagi, kan. 



Ini lah ghope nyer O.R. Quarter Chicken itu.



Ok, rasa-nya memang sangat best. Tersangat lah jucy dan menyelerakan. Lebih2 lagi makan time tengah panas nih. Dah la aku memang suka peha ayam. Yumyum~ 


Sebenarnya aku ni bukannya suka sangat black pepper. Sebab tu la kena ambik jugak sos cili jugak. Separuh makan ngan black pepper sauce. Separuh lagi makan ngan sos. Kehkehkehh~ 


Tapi tak dinafikan, makan ngan black pepper sauce lagi best!


Tapi kan..nape aku rasa roti dia sangat tak best? Rasa lain macam jer, tak boleh telan tekak aku nih. -.-





Dan disebabkan semalam dah makan O.R. Quarter Chicken, harini masih terbawak2 (terbawak2 ape ntah. tak tau nak buat ayat ape. ;DD). So, tadi lepas balik keje (half day), terus pegi SDS, order Mushroom Grilled Chicken Chop. 


Selamat menjamu selera mata! ;DD 



Tapi mushroom sos sangat sikt la. Tak cukup. -.-




Ok bye~



.

Friday, July 29, 2011

Happy 26th Birthday to me. Sudah 26 tahun ke saya ni? ;p

Actually its Happy BELATED Birthday to me. Dah lambat 9 hari dah. Birthday aku 20th July. 

Office aku nih kalo birthday, dapat cuti. Paid leave. Sukee tak sukeee takkkk??? 

Of course lah sukewww. Gile tak suke. Muahahaa~ 


So, kebetulan time tu Encik Kuneng pun tengah bercuti. Ape lagi, kitorang jalan2 satu JB, sampai ke Ulu Tiram ngan Kota Tinggi. Tapi bukan semata2 jalan2 berfoya2 enjoy2. Tapi...ada hal yang perlu diuruskan. Sambil2 tu carik hadiah untul birthday girl ni hah. ;p 

Sampai kat Kota Tinggi, dah malam. Pastu Encik Kuneng singgah kat kedai kek. Kitorang tak plan pun nak celebrate bithday aku ke ape. Just masuk jer kedai kek yang masih bukak. Coz dah banyak kedai yang dah tutup, dan dah nak tutup.


Kedai kek SDS kat situ masih bukak. So, kitorang masuk jer.




Kek SDS jer.
Skema-nyer ucapan birthday dari Encik Kuneng. -.-



It is an ice cream cake!
Yay! Thanks sayang. ;)


Akhirnya dapat jugak kek ice cream untuk birthday. Dah lama mengidam nak ice cream cake untuk birthday. Well...takde la lama sangat. Baru beberapa bulan lepas. Cuma nak menunggu tibanya birthday tu yang lama. 

So, bila Encik Kuneng suruh pilih nak kek mana, of course la aku pilih ice cream cake!! Kek ice cream perisa keladi yang berwarna pink + purple, siap ada love2 lagi. Terima kasih daun keladi, Encik Kuneng sayang untuk ice cream cake berperisa keladi itu. Muahahaa~ ;DD 





Mari memotong cake.



"Alamak, keras sangat la. Susah nak potong"


Akhirnya Encik Kuneng yang tolong potong. -.- 





Dah la makan ice cream cake, order lagi air yang berais. Nak order makanan, masing2 still kenyang. x_x




Iced Mocca.
Aku punyer.



Err..ape ntah nama air nih. Blue Hawaii kot. 
Encik Kuneng punyer.




Sangat best ice cream cake itu. Kan?


Tapi kitorang tak makan sampai habis pun kat kedai tu. Sebab kedai dah nak tutup. Masa kitorang tengah makan pun diorang dah off sebahagian lampu.

Eh, sangat rude tau tutup lampu time customer masih makan! Grrr~


Sebab tu la gambar2 pun agak gelap & suasana "romantik" semacam jer. Dah la ambik gambar ngan henset cabuk yang 2 mega pixel jer. Confirm la buruk jer gambo nyer. Kamera plak habis bateri. Tu la, sape suruh tak cas bateri. Pelupa. Padan muka. -.-




By the way, sudah 26 tahun ke saya nih? Macam tak percaya jer. Sebab saya kan awet muda. Bukan umur saya masih belasan tahun ke? Muahaahaaa~ 


PAAANNNNNGGGGGG....!!!!!!!! 



Pelempang sebijik.


Ok fine. Terlebih perasan.


Bye!! ;DD



.

mari ter-liur di pagi buta.

A quick update.



Selamat pagi semua!



Tadi bangun awal, rajin pulak la nak bukak emel. Sekali nak log in, tetiba muncul sesuatu yang menyelerakan. Pepagi buta nih.




















KFC O.R Quarter Chicken, menu baru kat KFC. Selalu dengar kat radio jer iklan dia. Harini tetiba muncul depan mata. Agak menyelerakan.


Ok, mari pakat serbu KFC ramai2. Tapi sila tunggu tengahari yer. Menu pagi takde bende alah ni.




P/S : nampak menyelerakan. tapi jangan pulak bila beli, hampeh jer. sila jangan kecewakan saya.


.

Tuesday, July 26, 2011

[MOVIE] Harry Potter 7 Part 2. First time tengok wayang yg ada 6 orang jer dalam hall.

Wednesday movie day bersama Encik Kuneng.

Actually kitorang ada 2 pilihan - sama ada nak tengok Transformers : Dark of The Moon in 3D, atau Harry Potter 7 : The Deadly Hallows Part 2. Akhirnya kitorang tengok Harry Potter 7 jer. Tapi tak dapat tengok yang 3D, sebab timing tak sesuai. -.-


Trailer.


Movie ni agak best jugak la. Tapi disebabkan aku bukannya peminat movie Harry Potter, so takde la excited sangat time tengok movie nih.


Synopsis :-

The final chapter begins as Harry, Ron, and Hermione continue their quest of finding and destroying the Dark Lord's three remaining Horcruxes, the magical items responsible for his immortality. But as the mystical Deathly Hallows are uncovered, and Voldemort finds out about their mission, the biggest battle begins and life as they know it will never be the same again.


Kalo peminat2 cite Harry Potter, mesti tertunggu2 Harry Potter 7 Part 2 nih. Final chapter of Harry Potter. Aku tak la kot. Tapi sebab Encik Kuneng dah pilih nak tengok movie ni, so aku on jer lah. Lagipun Transformers dah tengok. Cuma plan nak tengok Transformers in 3D la pulak. 


By the way, masa mula2 masuk hall, aku tengok macam tak ramai orang jer dalam hall tu. Tapi tak pasti la berapa orang, sebab keadaan agak gelap. Then bila movie habis, & keadaan dah agak terang, aku ngan Encik Kuneng kira2 berapa orang dalam hall tu. 


Tau tak berapa orang? Ok, jawapan dah obvious a.k.a dah terang2 kat tajuk entri nih. ENAM ORANG. Yer, 6 orang dewasa & 4 orang kanak2, which is in two families + us. Kitorang tergelak2 jer bila realize ada 6 orang jer dalam hall tu. Sadis giler. Camane lah wayang tu boleh buat bisnes cenggitu ek. Macam tak lama jer "jangka hayat" bisnes kalo terus camtu. -.-


Kat mana wayang tu? 


Somewhere in Johor. Kat Ulu Tiram. Cuba la teka. kehkehh~ ;DD 









And before movie. Jalan2 cari pasal. Eh, tak la. Ni penat round satu JB cari macam2 barang. So, bila singgah cari barang kat Ulu Tiram, dan tempat tu ada wayang, terus la beli tiket.


Sementara tunggu movie start. Penat giler time nih. 
Oh, terserlah ke-chubby-an dan ke-gemok-an si gadis ini. T_T



Ok fine. Aku selekeh giler.



Dia telah dipaksa oleh girlfriend-nya untuk bergambar di sisi Optimus Prime. 
Kahkahkahhh~ ;DD




Hamboi2. Syoknyer kena urut, kan. 
Ni sebenarnya dah second round. 
Aku yang paksa dia urut 2nd round. Sebab bosan tunggu movie start. -.- 
Pastu gelak2kan dia sebab kelakar tengok dia kena urut ngan kerusi nih. :DD




And this is actually was on my birthday, 20th July 2011. Nanti sambung lagi kisah 20 July nih. Banyak betol jalan2 cari barang, cari makan, cari pasal, cari ape lagi ek. Boleh buat beberapa entri kot. ;p 


Ok bye!


.

Sunday, July 24, 2011

[MOVIE] Monte Carlo.

Movie ni tengok minggu lepas. Dan walaupun movie ni sekarang dah tak ditayangkan kat pawagam, tak kira la, aku nak review jugak. ;DD


Aku sebenarnye bukan nak tengok sangat movie nih. Tapi disebabkan haritu aku tersangat boring dah tak tau nak tengok movie ape, so aku tengok la movie nih. Boleh gak tengok si Selena Gomez nih berlakon. Walaupun sebenarnya dah boleh agak movie nih tak best.







Trailer.





Aku taknak cakap banyak. Cuma nak cakap : movie nih memang hampeh!


Nasib baik tiket RM6 jer. Buang karan jer tengok movie nih. Tersangat tak best, jalan cerita dia boleh di-agak dan takde motif. Eh, tetiba motif pulak. -.-


Takpe la, at least hilang sikit boring aku.


Ok bye~




* P/S : banyak betol entri tertangguh setelah berminggu-minggu tak update belog. -.-



.

Tuesday, July 19, 2011

IT Roo Cafe. Buka puasa.

Assalamualaikum semuaa~ 


Tetiba rasa cam gedik. Hahaahh~ ;p 


Semalam pegi makan kat IT Roo Cafe. Teringin sungguh nak makan "the best chicken chop in JB" tu. Maybe sebab dah lama tak makan kat sana. Macam mengidam pulak.  Sebenarnya aku puasa. Ni memang betul2 mengidam nak bukak pose ngan "the best chicken chop in JB". Hehee~ 


Kebetulan Encik Kuneng balik JB. Apelagi, ajak la dia pegi sana. Lepas ambik Encik Kuneng kat Larkin, terus aje pegi IT Roo Cafe. Masa sampai kat sana, dah agak lambat. Masa on the way pun dah time bukak pose. So, buka jerah ngan apa yang ada. Takpe2, dugaan orang pose. Kan? =) 




Tengah tunggu makanan sampai. 
*Encik Kuneng nih buat muka pulakk~


Milo ais. Aku punyer.
Iskk~ memang dasar kaki-milo. 
Pegi mana2 pun mesti order Milo ais. 


Teh ais limau. Encik Kuneng punyer.


Grilled beef stick. Encik Kuneng punyer. 
Whoaaa~ memang sedap enak sungguh. 
Highly recommended. =) 
Serius, tak tipu. Rasa macam nak habeskan jer semua. Walaupun beef stick ni Encik Kuneng punyer. Tamak haloba sungguh awek nih. ;p



Grilled chicken chop with mushroom sauce. Aku punyer.
Ini lah dia "the best chicken chop in JB". 
Yang ni pun lazat hingga menjilat jari.


Akhirnya dapat jugak bukak pose ngan chicken chop kat IT Roo Cafe. Maklumlah, lagi beberapa hari nak masuk bulan Ramadhan. Nanti dah tak boleh mengidam macam ni dah. Time bulan pose nanti kita layan makanan yang hanya dapat bulan pose jer lah kan. =)




Ok bye~ 



.

Friday, July 15, 2011

Bank Muamalat's Opening Ceremony. Bank Muamalat telah berpindah.

Few days ago i went to Bank Muamalat's Opening Ceremony. Atas urusan kerja. Memang kena attend, sebab dah dijemput. Oh ya, untuk pengetahuan, Bank Muamalat telah berpindah dari Jalan Tun Abdul Razak ke Kebun Teh Commercial City.



Tempat baru :

Ground & 1st Floor,
Lot 1 & 2,
Kebun Teh Commercial City,
Jalan Kebun Teh,
80250 Johor Bahru, Johor.




Area tu memang banyak bank. Contoh : CIMB, Affin Bank etc. Dekat dengan Balai Bomba Larkin.


Ni upacara perasmian untuk bangunan baru ni la. Perasmian di lakukan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman.


Semasa majlis perasmian ni, ada jugak Bank Muamalat bagi sumbangan untuk anak2 yatim, masjid dan bagi sumbangan sebuah van untuk rumah anak yatim.




Click picture for larger view. 

Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman kat atas pentas.



Ntah ape. Tak nampak pun.



MB dah nak balik dah.




Ni first time jumpa MB Johor. Masa MB nak balik, siap dapat salam lagi ngan beliau. Maybe sebab aku memang duduk kat tepi red carpet. Tu yang kena salam ngan beliau. Hehee~ 


Actually tak tahu pun MB yang akan rasmikan majlis pembukaan ni. Dah sampai sana baru tahu. Siap ada press lagi on that day.


Btw, the foods are great. Sangat best. Banyak benda pulak tu. Menu : Nasi Beriani kambing, Laksa Johor, etc. Aku makan ape? Confirm la aku makan semua. Lepas nasi beriani, laksa johor pulakk~  Pergh. Kenyang giler. Sedangkan masa tu baru pukul 10 lebih @ pukul 11. In the morning guys. Pagi2 buta dah melantak nasi beriani. Camane tak gemok. Iskk~ T_T



Ok bye~


.

Monday, July 11, 2011

Penghinaan Terhadap Kaabah

Masa aku tengah meng-Google gambar Transformers 3, sangat terkejut bila jumpa gambar Kaabah kat satu blog ni. Bagi aku, gambar tu sangat2 menghina Kaabah dan menghina agama Islam.




Ini gambar hiasan. Takkan la aku nak letak gambar camtu kat blog aku.


Klik KAT SINI.

MasyaAllah...apakah ini?

Apa niat penulis blog ini? Sangat2 kurang ajar dan tidak menghormati agama lain, agama Islam.

Saturday, July 9, 2011

[MOVIE] Transformers 3 : Dark of The Moon. Sangat best ok!

Good morning everyone!


Akhirnya Transformers 3 : Dark of The Moon yang ditunggu2 dah keluar kat panggung. Aku tengok hari Rabu lepas. Tapi tiketnyer mahal giler. Sama jer macam hari biase. Hampess~


Tapi yang paling aku sakit hati, aku masuk lambat. Setengah jam lambat! Yer, tersangat lah LAMBAT!!! Huh. Bengang jer aku. Atas sebab2 tertentu yang tak dapat dielakkan. Grrr~ Dah la tiket mahal. Kalo tak masuk, lagi la membazir duet haku. Bila masuk jer, dah tak paham jalan cerita camane. -.-


Takpe la. Nanti nak tengok lagi sekali ngan Encik Kuneng. In 3D pulak. Yayyy! Eh2, blom ape2 lagi dah bersorak. Ntah dapat tengok ke tak nih. -.-

Ok, strainght to the point. Meh layan trailer dulu.




Trailer.



Kalini Decepticons dalam usaha nak bawak Cybertron ke Bumi. Manusia dan Optimus ter-masuk dalam perangkap Decepticons untuk "menghidupkan" semula Sentinel. Autobots plak dihalau keluar dari Bumi, dan akhirnya diorang akur dan ambil keputusan keluar dari Bumi untuk keselamatan Bumi dan manusia sendiri. Tapi diorang tak tau, itu memang plan Decepticons.


Lepas autobots keluar dari Bumi, Decepticons ambik peluang tu untuk musnahkan Bumi, bunuh manusia, dan hidupkan "teras" yang akhirnya membawa Cybertron ke Bumi. Robot2 Decepticons semakin banyak datang ke Bumi dan memusnahkan Bumi.


Apa yang berlaku lepas tu? Berjaya ke Decepticons membawa Cybertron ke Bumi? Berjaya kah manusia menghalang mereka? Haaa...kena la tengok sendiri. ;D


(ni aku cerita yang aku paham jerla. nak buat camane, masuk hall pun dah lambat. -.- )



Bagi aku, cerita ni best la jugak. In fact, memang sangat best. Paling best tengok autobots bertukar dari kereta ke robot. Terbaek lah. Tapi ada orang cakap Transformers 3 ni kureng sket dari movie sebelum ni.




Perang antara autobots. Manusia & bumi yang jadik mangsa.


Ni la saat2 yang paling cemas. Nervous kejap aku tengok. '-.-



Sentinel. Harapkan pagar, pagar makan padi. Cengitu la lebih kurang. ;D
Niat dia baik. Cuma cara jer yang salah.



Tak puas nak tengok Bumble Bee. Sebab macam kurang la plak scene dia.
Ape2 pun, lagi best tengok Bumble Bee kot dari autobots lain.  


Chevrolet Camaro.
Oh man. You are B-E-A-U-T-I-F-U-L.




Rossie Alice Huntington Whiteley  ---  Megan Fox
Aku rasa Megan Fox lagi hot dan lakonan dia lagi best dari Rossie Alice Huntington Whiteley.
Korang rasa?




Megan Fox tak jadi heroin dalam filem ni bukan sebab dia pernah mengata Michael Bay as "Hitler", tapi dia sendiri yang taknak berlakon dalam filem ni. Err...ni aku dengar dalam berita few months ago.
And i'm wondering kenapa Megan Fox cakap Michael Bay tu "Hitler".
Adakah Michael Bay sangat kejam?





Itu sahaja untuk review movie yang aku sendiri pun terlepas SETENGAH JAM. Huh.


Ok bye.



P/S : Auto-post entry. On the way to KL - Nilai. Yaayyyy...!!!!! ;DD


.

Wednesday, July 6, 2011

Cincin sudah siap. yaayyy..!!!

Alhamdulillah dah siap. Semalam diorang call. Harini aku terus pegi ambik. Cantik sangat2! Walaupun orang lain cakap x cantik, ade aku kesah? Muahahaaa~ ;DD


Kotak sangat kecik. Takpe la, nanti kena beli & gubah tempat letak cincin jugak. 
*oh, cantiknyer pelamin itu.*



Aku sebenarnye rasa macam nak jadikan cincin ni sebagai cincin tunang, instead of cincin nikah. Tapi...bila try balik tadi, cincin ni macam agak besar. Segan kot nak pakai as cincin tunang. Kalo tunang dah pakai cincin camni, cincin kahwin mesti la yang lagi besar dari nih (konon). Ishhh...taknak lah pakai 2 cincin yang besar sangat kat jari nih. Lagipun aku nih bukannya minat @ suka sangat ngan emas2 nih.

Amboi amboiiii~ berangan tak hengat. Cukup2 lah bersederhana sahaja. Takpe lah, untuk cincin tunang, beli yang biasa jer. Cincin belah rotan pun dah ok. Aku sebenarnye lebih suka yang simple jer. Simple but sweet gitewww~

Aku saje je cakap kat Encik Kuneng ok tak kalo cincin ni buat cincin tunang. Untuk nikah beli cincin lain.

Aku : B, cantik la cincin tu.

Encik Kuneng : Mesti la cantik. Sebab sayang orang yang pilih.

Aku : Eleh. Bukan orang yang pilih sorang2. Orang pilih ngan Kak Na. Orang mane la reti pilih.

Encik Kuneng : Yerlah.

Aku : Kalo cincin tu buat cincin tunang ok tak? Nikah kita beli cincin lain.

Encik Kuneng : Jangan ngade2.

Aku : Eleh, biarlah. Kahwin sekali jer seumur hidup. Tak boleh ke ngade2.

Encik Kuneng : Boleh. Sukeati sayang la. Cincin nikah nanti nak yang camane plak?


Muahahaa~

Aku gurau jer sebenarnye ngan dia. ;DD

By the way, nasib baik tak sampai 2 minggu cincin ni dah siap. Haritu dah bengang dah sebab diorang tersilap bagi cincin.



P/S : cincin nikah dah beli. cincin tunang blom beli. ape cite nih.




.

Sunday, July 3, 2011

Kecewa cincin belum siap. Jom pegi karnival pengantin @ Plaza Angsana.

Petang tadi pegi Plaza Angsana. Nak ambik cincin yang beli minggu lepas. Disebabkan cincin tu longgar kat jari aku nih, terpaksa la resize dulu. Salesgirl tu cakap boleh siap dalam masa seminggu. Dia suruh aku call dalam 1hb atau 2hb. 

So pagi tadi dalam pukul 11.20 pagi, aku call la kedai tu. Katanya cincin dah siap. Tapi pukul 5.30petang baru aku gerak dari umah pegi ambik cincin tu. Ke-tidak-larat-an because of period pain. Walaupun tak larat, aku usaha jugak pegi sana sebab exited punye pasal nak sarung cincin tu. Sarung sendiri jerla. Nak tunggu saat-saat "disarungkan" oleh orang lain, berbulan2 lagi tuh. Kehkehh~ ;DD 

Tapi bila sampai kat kedai tu, punyerlah lama aku tunggu. Ramai sangat customer. Last2, bila dia bagi cincin aku...aikkkk..nape kecik, tak banyak diamond dan sangat berbeza dari yang aku beli? Rupa-rupanya diorang tersilap bagi cincin. Pehhhh...bengang jer aku masa tu. Nasib baik aku yang pegi ambik sendiri. Dan nasib baik aku masih ingat camana rupa cincin yang aku beli tu. Kalo dia tersilap bagi yang lagi besar, tak kesah sangat (kannnnn..?????). Nih bagi yang lagi kecik pulak.

Almost 20 minutes jugak la aku tunggu cincin tu. Akhirnya diorang cakap cincin tu belum siap & mintak maaf sebab tadi masa aku call diorang tersilap dengar nombor stok yang aku cakap. Perghhhhh~ menyirap ke tak menyirap??? 


Salesgirl : sorry, cincin awak belum siap lagi. tadi diorang silap dengar. minggu lepas saya cakap siap 2 minggu, kan? 

Dengan selambanyer aku jawab : tak. awak cakap siap dalam masa seminggu. awak suruh call 1 hb @ 2 hb. 

Then salesgirl tu cakap : belum siap lagi. nombor phone awak pun kita dah buang. boleh mintak nombor phone lagi tak. 


Peerrgggghhhhhh~~ how come diorang boleh buang nombor customer, even though barang belum ambik lagi? Takkan tak rekodkan details customer. 

Lepas bagi nombor phone, aku tanya dia, kalo dah siap diorang call aku ke. Sebab minggu lepas diorang cakap aku yang kena call & diorang takkan call aku even if cincin tu dah siap. Pastu salesgirl tu cakap dia akan call kalo cincin tu dah betul2 siap.



Memang menyirap betol lah haku. Terus terbantut ke-exited-an aku tuh. Dah la tengah takde mood nih. Tapi sebab diorang dah mintak maaf, takde la aku tunjuk muka masam jer kan. Grrrr~ dah la aku keluar tu pun semata2 nak ambik cincin tu jer. Saboorrrr jerlah. -.- 





Oh btw, Habib tengah buat sale. Tapi harini last day.


Dan kat Plaza Angsana tadi ada karnival pengantin lah. Cantik2nyer pelamin kat pameran tu. Tapi tak sempat pun nak survey2 harga. Perut tengah saket. -.- 

Lagipun aku sorang2 jer tadi. Tak best la nak survey sorang2. Susah nak buat keputusan. 


Cuma sempat survey 1 booth butik pengantin ngan 1 booth kedai kad kawen jer. Tu pun sebab pekerja diorang dah sekat. So, dengar jerlah. Tapi kan...mahalllll giler ok pakej pelamin diorang. 

Karnival pengantin ni sampai 10haribulan July. So, pada semua bride to be, boleh la survey2 apa yang patot kat situ.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Phewww~~ sangat chanteq.



Kan?




Perghh~ macam mak datin dah.



Yang ni simple & sweet. i loikee~ ;)



Woww~ PINK diamond ring. Nak tau tak, cincin di dijual pada harga RM143 juta?? 
WOOWWWWW~  [O.O] 
Klik KAT SINI.



Ape motif aku letak gambar cincin banyak2 nih. Cincin yang aku beli tu bukan macam ni pun. Tak termampu nak beli cincin diamond yang mahal2. Cukup lah bersederhana saje. Sesungguhnya membazir itu amalan setan. Eh, tetiba?


Saje jer nak meluahkan rasa berkenan kat cincin2 tu pada blog nih. Mana la kalo tau orang tu baca la. Muahahaa~ ;DD



Ok bye~



*p/s : cincin apekah ini? adekah cincin tunang? ataupun cincin kawen? persoalan. hiihiiiii~
*p/s : sangat pening. banyak benda kena fikir. -.- 


.

[MOVIE] Green Lantern

Wednesday movie day. Baru harini aku dapat update. Biase lah, busy jer memanjang. *statement tak boleh belah.

Movie ni pun dah beberapa minggu keluar. Baru minggu ni ada masa nak tengok.




The Green Lantern.
Sekali tengok, seJIBIK macam Hrithik Roshan.



First time aku tengok hero Green Lantern ngan suit hijau nih, aku ingatkan Hrithik Roshan yang jadik hero. Tetiba plak Hrithik Roshan berlakon dalam filem Hollywood, kan. Huahuaa~



 It's Ryan Reynolds.


 Ini bukan Hrithik Roshan. ;DD





Trailer.



Bagi aku, movie ni ok la. Best jugak. Cerita tak meleret2 dan tak merepek. Tak macam movie Thor yang jalan ceritanya langsung tak kuat. Hampess.


Movie synopsis :

In a universe as vast as it is mysterious, a small but powerful force has existed for centuries. Protectors of peace and justice, they are called the Green Lantern Corps. A brotherhood of warriors sworn to keep intergalactic order, each Green Lantern wears a ring that grants him superpowers. But when a new enemy called Parallax threatens to destroy the balance of power in the Universe, their fate and the fate of Earth lie in the hands of their newest recruit, the first human ever selected: Hal Jordan (Ryan Reynolds). Hal is a gifted and cocky test pilot, but the Green Lanterns have little respect for humans, who have never harnessed the infinite powers of the ring before


Briefly, movie ni mengisahkan seorang pilot, Hal yang menjadi insan terpilih untuk menjadi salah seorang Green Lantern. Green Lantern pertama dari kalangan manusia. Cincin Abin Sur telah memilih Hal untuk menggantikan Abin Sur masa Abin Sur tengah nazak lepas diserang Parallax. Tapi Hal ni tak percaya dengan diri sendiri untuk jadi Green Lantern, sebab Green Lantern nih tanggungjawab besar. So dia ingat cincicn tu dah silap buat pilihan.

Then Parallax datang ke bumi sebab nak cari orang yang pakai cincin Abin Sur. Berjayakah Hal menewaskan musuh Green Lantern dan menyelamatkan bumi? Sila tengok sendiri. Takkan nak cerita semua, kan. :D