Saturday, June 30, 2012

Breakfast.

Ini bukan breakfast harini. Tapi breakfast semalam. 


Pagi2 buta, subuh2 lagi dah bangun masak. Sebab hari bekerja. Gigih nak sediakan makanan untuk suami sebelum pegi kerja. ;p 




 Ikan bawal masak kerutup.




Ni percubaan pertama masak kerutup. Hasilnya? Ntah. Aku sendiri pun tak tahu menjadi ke tak. Yang penting, ada jugak la rasa kerutup. Hahahh~ 


Tapi aku rasa macam pekat sikit. Terlebih kerisik agaknyer. Ikan bawal tu pun semacam jer aku tengok. Mungkin terlebih serbuk kunyit? Eh, ntah la. Aku bukan pakar masakan. Takpe, yang penting berani mencuba. ;)




Sayur suka hati. 
Aku campur jer apa yang ada dalam peti sejuk tu. Nak habiskan apa yang ada.
Sebab petangnyer nak bertolak pegi Selangor, bahan2 masak dalam peti kena habiskan. 
Sayur, tomato, cendawan. 
Masak pun cincai2 jer. 




Sebenarnye aku masak untuk makan tengahari. Tapi alang2 dah masak lebih, terus la kitorang laki bini makan nasik putih berlaukkan ikan bawal masak kerutup pagi2 buta. Hohoo~


Dan ini bukan kali pertama makan makanan berat camni pagi2. Hari Rabu lepas pun sama. Pagi2 sebelum pegi keje, dah masak makan tengahari untuk Encik Suami. Pastu terus breakfast. Kalo hari2 macam ni, bertambah buncet la kami suami isteri. Ok fine, lepasni kena masak breakfast yang betul2 breakfast, bukan breakfast makanan tengahari camni.



.

Monday, June 25, 2012

Wedding Review #2 : Majlis Akad Nikah (gambar)

Entry sebelum ni duk membebel jer kan. Hanya ada 1 gambar jer. Confirm yang baca tu boring. Hehh~ Kalini nak kongsi gambar majlis akad nikah plak. 


Sila scroll sampai muntah. Aku yang upload ni pun macam nak muntah dah. Banyak sangat. Hahaahh~ ;DD


Ni gambar dari layout photographer. CD belum dapat lagi. Ini jerlah yang ada. 



Eh2 sopannyer. ;p 



Masa ni nak bagi persetujuan untuk kawen.
Tak tahu plak kena bagi persetujuan camtu.
Of coz saya setuju, tok imam. ;p







Ok, aku serius giler.



Kan? 



Dia nerveous. Aku kat belakang tu lagi cuak tau. 
Risau. Takot Encik Suami tak dapat lafazkan akad dengan betul.
Takot kena lafazkan berkali2. Erkk~ 



Sangat terharu bila tengok gambar ni. :') 
*nampak tak muka aku yang cuak kat belakang tu? tak nampak? meh kita zoom.


V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

Kahkahhh~ tau tak kitorang laki bini tergelak besar tengok gambar nih? 
Encik Suami tanya : kenapa muka sayang camtu? (sambil gelak tak boleh blah). 
*sampai hati ketawa camtu. sobbss~ T_T

Sekarang baru aku tahu, macam ni la muka aku kalo cuak. -.-





Sebenarnya masa tu aku cuak + pasang telinga untuk dengar betul2. Sebab korang perasan kan,kedudukan kitorang agak jauh. Pastu Encik Suami pulak tak pakai mikrofon. Memang sayup2 lah kedengaran. Nasib baik aku dengar.




Alhamdulillah. Sah. 
Terharu & bersyukur. Tuhan sahaja yang tahu. :')













Batal air sembahyang.



Cincin untuk dia. 



:)






Kekasih halal saya. 
Cant you tell how much i love this picture? =)



Posing2 ambik gambar sekejap jer kat masjid tu. Lepastu, balik rumah & makan2. Lepas makan, sempat lagi bergambar ngan kekasih yang baru jer sah bergelar suami nih. ;) 


Tak puas bergambar ngan photographer, kan. Posing la sendiri kat pelamin yang belom siap tu.




















Masa duk bergambar nih, family Encik Suami dah balik ke homestay. So, kena la hantar dia balik homestay. Masa hantar dia kat homestay, borak2 kejap pasal homestay tu. Aku suruh dia call owner homestay tu, sebab nak extend masa stay kat situ. 


Tau tak aku cakap camane? 


"Cakap kat abang tu - saya ni tunang murni..." 


Eh? Tunang?


"Eh, tunang pulak. Suami...heheee~" 


Ter-malu plak aku time tu. Baru jer 2 jam jadik suami isteri kan. Tu yang lupa nak tukar gelaran. Lepastu rasa terharu. Sebab teringat yang lelaki depan mata aku tu dah jadi suami aku. Huhuu~ :')


Sekian entry penuh ngan gambar. ;p



.

Sunday, June 24, 2012

Weekend.

Weekend. Tak keluar rumah langsung. 


Ada jugak plan nak pegi Giant @ Carrefour. Nak beli barang dapur untuk masak bila Encik Tunang balik beberapa hari lagi. Tapi macam malas pulak. Sebab Giant @ Carrefour tu sebenarnye bukan jauh sangat. Tapi nak meredah jem tu yang aku boring. Hari Sabtu & Ahad camni memang jem lah jalan kat situ. Oh cukup la meredah jem Isnin hingga Jumaat.


Kalo Giant @ Carrefour tu setakat 3 -5 kilometer jer, tapi nak kena meredah jem sampai almost setengah jam, memang tak la kan. Melainkan kalo betul2 rajin. Tapi dah malas, nak buat camane kan. ;p So, postpone jerlah. Esok lepas keje baru pegi beli barang.


So, hujung minggu ni duk rumah jer. Kemas rumah, basuh baju, lipat baju yang menimbun tu. Aku paling malas bab melipat baju. Lebih suka sangkut kat hanger. Tapi dah tak muat almari dah nak sangkut. Batang penyakut kat dalam almari tu pun macam dah bengkok. Daripada terjadi apa2 yang tak diinginkan, lebih baik aku lipat separuh baju2 tu. Ergghhhh~ -.- 


Anddd....tadi, try buat sambal belacan. Ok, aku memang tak pandai masak. Sekarang baru nak belajar. Even sambal belacan pun tak pernah buat. Ni pengakuan jujur. Korang nak kutuk pun kutuk lah. Ade aku kesah? Muahahaa~ ;D 





Pedasnyer menyinga wa cakap lu. Confirm saket perut. Aku ni dah la gastrik. 
Encik Suami suka pedas2 nih.




Petang tadi gigih la duk menumbuk sambal belacan ni. Tangan pun panas sampai sekarang. Sebab kena percikan sambal belacan tu. Hukhukk~


Encik Suami, cepat2 balik untuk rasa masakan isterimu yang baru nak belajar memasak nih. Tapi ampun kalo tak sedap. Maklum lah, tengok resepi kat buku jer. Kehkehh~ 


Ok bye~ 



.

Friday, June 22, 2012

Wedding Review #1 : Majlis akad nikah

Mari mulakan review dengan majlis akad nikah.


Plan asal, akad nikah lepas Isyak. 01.06.2012.


MUA cakap start mekap pukul 6petang. Mula2 aku rasa macam..erkkk...awalnyer. Tapi bila pk balik, a'a mungkin ambik masa almost 2 jam jugak tu nak bersiap lagi. Lebih baik  bersiap awal & lebih baik siap awal dari terlambat. Yer tak?


So, pukul 5 lebih aku dah mandi & bersiap tunggu MUA. Sambil tolong2 family apa yang patut.


Dah pukul 6petang, MUA belum sampai. Lebih kurang pukul 6.30petang, MUA sms & bagitahu dia datang lambat sikit, sebab wallet husband dia hilang, kena buat report police, cancel kad bank etc. Masa tu aku tak fikir pun pasal kitorang akan terlambat ke tak. Ok la, aku tak marah pun. Jangan dia tak datang dah la kan.


Around pukul 7.30 malam baru akak MUA tu sampai & start mekap. Dekat pukul 9.15 malam baru siap mekap & bersiap. Kelam kabut la pegi masjid. Sebab masa tengah mekap tu pun abang aku dah call banyak kali dari masjid. Abang aku dah pegi masjid awal2 lagi. Tok Kadi tak boleh tunggu, sebab nak pegi tempat lain nikahkan pasangan lain plak.


Seriously, masa tu kelam kabut giler. Sampai masjid dah lambat. Aku pun jadi segan pulak nak mengadap Tok Kadi tu. Padahal bukan salah aku pun & bukan aku yang lambat.


Nak letak bantal nikah pun kelam kabut. Sebab bantal tu memang ada ngan kitorang, dalam kereta aku, bukan ngan pengantin lelaki. Pengantin lelaki dah datang awal kat masjid tu.


Duit mas kahwin pun tak sempat susun cantik2 atas bekas hantaran tu. Akak aku yang pegang & tunjuk kat tok kadi masa nak akad nikah. Photographer pun tak sempat nak snap gambar mas kahwin tu. So, takde la gambar mas kahwin yang siap tersusun atas dulang hantaran. Ok, memang sedih. Aku plan nak susun duit mas kahwin tu lepas siap akad nikah. Sebelum tu tak berani nak susun duit mas kahwin awal2 atas dulang hantaran sebab risau. Sebab duit mas kahwin tu bukan berpuluh2 ringgit. Kami kat Terengganu biasanya takde duit hantaran. Mas kahwin jer yang sama tinggi ngan hantaran.


Ok, berbalik pada tajuk.


The best part is, aku tak bawak gambar ukuran paspot. Masa tengah mekap baru teringat gambar tu tertinggal kat rumah sewa kat JB. Yer, memang tertinggal kat JOHOR BAHRU. Tapi aku cool jer, taknak kelam kabut @ menggelabah sebab takde gambar paspot. Lepas dah siap mekap, MUA ada ingatkan - dah bawak IC, gambar semua? Jangan ada yang tertinggal katanya. Aku cakap, ok. Tak bagitahu dia pun yang gambar takde. Aku bagitahu akak aku. Pastu aku rilex jer. Dalam hati - alahh..gambar jer pun. takkan tak boleh nikah sebab takde gambar, kan.


Heh, confident jer aku time tu. Nasib baik tekaan aku benar belaka *ecehh~


Nasib baik tok kadi ok & suruh bagi gambar esoknyer. Kehkehh...


Selesai akad nkah & baca doa, terus angkut barang & balik rumah. Sebab ada pasangan lain yang menunggu turn untuk akad nikah kat masjid sama. Bayangkan, nak bersalaman ngan family pun tak sempat. Sempat salam ngan family Encik Suami jer. Family aku semua dah masuk kereta masing2. Laa..kenapa la tak tunggu sekejap, nak ambik gambar nih. Sedeh tak? -.-


And tak sempatnyer nak touching2 bagai lepas akad nikah tu. Memang rasa sebak & terharu lepas saksi2 cakap "SAH". Tuhan jer yang tahu betapa bersyukurnya aku time tu. Tapi takde la sedih sampai nanges. Sebab masih terpinga2 kot. -.-


Pasangan yang baru bergelar suami isteri ni sempat la duk bergambar sekejap kat bahagian luar masjid tu.


Yang tak enak di-dengar, family pasangan yang nak nikah lepas kitorang dah merungut kat luar masjid. Sibuk duk bergambar katanya. Hek eleh...kenapa, masjid tu ada 1 bahagian jer ke yang boleh akad nikah? Masjid tu bukan main luas lagi tau, boleh jer diorang nak akad nikah kat mana pun. Lagipun, tok kadi yang nak nikahkan diorang pun belum sampai lagi. Ape hal? Ok, emosi plak.


Berbalik pada tajuk (lagi).





Saat itu. :')




Alhamdulillah dengan sekali lafaz, aku sah menjadi kekasih halal Encik Mohammad. :)





*p/s : gambar2 lain majlis akad nikah, next entry. ;)



.

Thursday, June 21, 2012

header changed.

Dulu pakai header gambar masa tunang. Since status dah bertukar, header blog pun kena la tukar. Over tak? *TAK. ;p 




Header lama yang di-edit (dengan comotnyer) oleh diri sendiri.





Sekarang...






V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V






Ek eleh, ape plak. Kat atas kan jelas terpampang header baru? ;p 










Seriously, aku suka sangat2 gambar nih. Gambar lepas akad nikah. Suka yang teramat. ;) 


Oh, ini header sementara sahaja. Takde masa nak edit2. *eleh, kalo edit pun buruk jer. ;p




*p/s : masih mencari mood untuk menaip entry wedding review. sungguh takde mood. & tak tahu nak start ngan ape. -.-' 



.

Sunday, June 17, 2012

Petang tadi.

Petang tadi. Husband keje malam. Tetiba jer dia call. Terdetik 'eh, dah bangun ke. awalnyer'.



Tutt tuttt~ (eh jap, bunyi fon macam ni ke? -.-)

Suami : Assalamualaikum. sayang tengah buat ape?
Isteri : Waalaikumussalam. takde buat ape. tengok tv je. (padahal tengah tunggu nasi masak sambil tunggu baju dalam washing machine tu siap basuh, sambil tengok tv)
Suami : kat rumah?
Isteri : a'a.
Suami : blablablaa...
Isteri : blablablaa...
Suami : blablablaa...
Isteri : kenapa bangun awal sangat?
Suami : teringat kat sayang. tadi mimpikan sayang.
Isteri : mimpi macam mana?
Suami : mimpi jumpa dia, peluk dia.  
Isteri : ... T_T



Sudah 4 hari berjauhan dari suami. Penantian satu penyeksaan. Sangat benar ungkapan itu.



:')

.

Thursday, June 14, 2012

12 hari yang indah.

Semalam genap 12 hari kami bergelar suami isteri.


12 hari yang sangat indah. Walaupun bukan kesemua 12 hari tu indah. Err...faham tak.


Hanya beberapa hari lepas baru kami dapat spend time dengan tenang, berdua. Sempat masak untuk encik suami. Itu pun 2 hari jer. Walaupun masakan yang simple, sebab aku ni memang tak pandai masak pun! Encik suami tetap makan sampai habis. Siap tambah sepinggan lagi. Hahaa~


Sangat bahagia & tenang di sisi suami. Labih2 lagi selepas majlis bertandang selesai.


Maklumlah sebelum ni kan masing2 busy ngan preparation, even selepas sah bergelar suami isteri. Yerlah, lepas settle majlis akad nikah, bertungkus lumus untuk sanding plak. Lepastu kena prepare untuk majlis bertandang pulak. Masing2 stress memanjang. Pastu asyik gaduh jer. Aduss...dah kawen pun boleh gaduh lagi ok. Hahaa~ Tu la, selagi tak settle majlis, selagi tu la gaduh. Ada jer perselisihan faham & tak dapat kawal emosi. Normal la tu, kan. 




02.06.2012.
Kuala Besut, Terengganu.




Dan semalam, encik suami bertolak balik ke Selangor. Cuti sudah habis. Sedih? Tak terungkap kot. Balik rumah, rasa macam sunyi giler. T_T


See you soon husband. I'm gonna miss you. & memang dah start rindu dia few minutes after he left. Pastu nanges. Hahaa..normal la kan. Kalo tak sedih, itu gila namanya. ;D 




.

Monday, June 11, 2012

Legally Married.

Hello lovelies.


Dah 2 minggu lebih menyepi dari blog ni. Maklumlah, busy yang teramat. Alhamdulillah semua dah settle. Post dulu sekeping gambar kat sini.



Gambar lepas akad nikah. 01.06.2012.
*the DIY-ed anak tudung, selendang, veil, baju akad nikah, hand bouquet & pelamin. ;) ♥♥♥




Majlis sanding 02.06.2012, and majlis bertandang baru selesai beberapa hari lepas, 09.06.2012.


InsyaAllah akan update semua one by one. Tengah kumpulkan gambar dulu. Nak tunggu gambar dari OP lambat lagi tu. And which one should i start for review? -.-


Ok bye. ;)

.

Friday, June 8, 2012

Perutusan Raja Sehari


INI ADALAH STICKY POST.
SILA ROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI TERBARU. ^_^




Hai lovelies.


Since ramai yang bertanya pasal jemputan ni (ceh, ramai la sangat. perasan! ;p), so kat sini aku nak jemput rakan2 blogger untuk datang wedding kitorang nanti. So mari mulakan jemputan dengan rasmi. ;p




Assalamualaikum W.B.T.


Dengan rasa hormat dan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, kami dengan segala hormatnya mempersilakan saudara mara, sahabat handai dan semua yang mengenali kami seisi keluarga ke majlis kesyukuran perkahwinan kami yang akan diadakan seperti berikut:


Majlis sebelah pengantin perempuan :-
Tarikh : 02.06.2012
Hari : Sabtu
Tempat : Kampung Pengkalan Atap, 22300 Kuala Besut, Terengganu
Masa : 12.00 pm - 6.00 pm

sila klik untuk gambar lebih jelas ==>>>







Pelan lokasi (sila klik untuk gambar lebih jelas) :-




















------------------------------------------------------




Majlis sebelah pengantin lelaki :-
Tarikh : 09.06.2012
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Serbaguna Felda Pasak, Kampung Baru Pasak, 81960 Kota Tinggi, Johor.
Masa : 11.00 am - 5.00 pm

sila klik untuk gambar lebih jelas ==>>>





Pelan lokasi (sila klik untuk gambar lebih jelas) :-









Semoga kehadiran saudara & saudari akan memeriahkan lagi majlis kami serta memperoleh keberkatan Allah S.W.T, InsyaAllah...


Pada kawan2 yang nak datang wedding kitorang, please bagitahu kat sini ya. Supaya senang nak tahu jumlah tetamu. & pada yang nak kad ni, drop your address kat sini ok. Nanti kitorang pos. & jangan lupa bagitau nak pegi resepsi kat mana. Kat Terengganu atau kat JB. ;)


Errr...ada ke yang nak kad DIY buruk nih? -.-'




.