Wednesday, November 21, 2012

Speed trap merata-rata.

Semalam balik dari Selangor ke JB. 

Banyak betul jumpa speed trap. Yang macam ni :- 





Sumber gambar : http://ohduniaku.com/



Masa pegi Selangor hari Sabtu, tak perasan pulak ada speed trap. Tapi masa balik ke JB, banyak la pulak. Ada 3 kot. Kat lebuhraya Utara Selatan KM100, kat Jalan Skudai (bawah fly over ke Taman Impian Emas). Satu lagi kat PLUS jugak, tapi tak berapa ingat dah kat kilometer berapa; 

Itu yang aku sempat perasan. Yang tak nampak, tak perasan, wallahualam la. Tawakal jer drive semalam. Hopefully takde la sampai lagi surat saman. Erghhh~

Mana yang korang prefer? Yang tak di jangka macam ni atau yang dah siap ngan tanda amaran beberapa meter dari kamera tu? Tepuk dada tanya selera. 

Ewah...macam lah pilihan kat tangan kita. Hahahh~ ;D 



.

Senarai Jurunikah Daerah Besut.

Aku snap ni masa nak ambik borang nikah, beberapa bulan yang lepas. KAT SINI (gigih ok aku godeh2 balik entry lama. ;p)

Dah lama dah nak share kat blog ni. Tapi berbulan2 dah duk terperuk kat draft tu jer. -.-

Sila klik gambar untuk lagi jelas.




Jurunikah aku? Sila teliti KAT SINI. ;p



Bagi yang tak faham lagi prosedur permohonan kawen dengan pasangan yang berlainan negeri. 
*aku dah faham dah. hehee~





Hopefully dapat membantu korang yang tengah cari contact number jurunikah kat Besut. ;)

Thanks for reading. ;)

Tuesday, November 20, 2012

Boyfriend ambik ke?

Kejadian dah lama. Kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Baru sampai dari JB, nak jumpa Encik Suami (biasa la PJJ). Turun dari bas, naik tingkat atas, nak ke stesen ERL. Ada dua orang pakcik driver teksi kot (ke ulat ntah?), i think tengah cari customer kot. 

Pakcik 1 : berat tu (merujuk pada beg yang aku bawak). 

Aku : ...... 

Pakcik 1 : boyfriend ambik ke? 

Aku : (senyum) suami ambik. 

Pakcik 1 : Ooo...bagus lah.


Pfftttt...!!! Masa tu agak bengang. Kenapa mesti tanya soalan camtu? Bagi aku soalan tu agak biadap. Muka aku ni muka boyfriend ambik ke? iols dah ada suami ok pokcik! 

Kenapa tak tanya soalan lain yang lagi sopan? Boleh jer kalau nak tanya "nak pegi mana?", "sape yang ambik?", "nak naik teksi tak?" or whatever lah yang tak kuang ajo & mengundang perasaan tak senang hati camtu.

Serius aku bengang time tu. Ntah la kenapa. Mungkin bagi sesetengah orang, alahh soalan tu bukannya apa2 pun. But for me its not! 

Please respect people if you want them to respect you. And jangan terlalu cepat buat kesimpulan tanpa bertanya terlebih dahulu. Main serkap jarang jer pokcik nih. Huh.


Ok bye.


*sori, iols terlebih emosi.


.

Monday, November 19, 2012

Nasi Tomato : from JB with love

Hari Isnin (harini) kena outstation ke KL. So, lepas bincang ngan Encik Suami, aku decided untuk bertolak dari JB pagi Sabtu. Boleh la spend time ngan Encik Suami lama sikit, kan. ;p

And...dah lama terniat di hati nak masak nasi tomato kalau aku ke sana. So pagi Sabtu, pagi2 buta (pukul 12pagi OK), duk kung kang pung pang kat dapur.

Pukul 4pagi siap masak, siap basuh baju, siap jemur baju, siap kemas rumah. Guess what?  Aku tak tido langsung malam tu. Pukul 7pagi bertolak dari JB. So pagi tu aku mulakan perjalanan jauh JB-Banting dengan keadaan mengantuk! Risau jugak la. Tapi tawakal jer. Sambil doa banyak2.

Bila rasa tak tahan sangat mengantuk, aku berhenti tido kejap. Tapi sekali jer aku berhenti. Kat hentian Pagoh. Pastu mulakan perjalanan. Berbekalkan 2 tin RedBull less sugar, 1 tin kopi Old Town and asam. Tu la ubat untuk hilangkan mengantuk. Lepas berhenti sekejap kat Pagoh tu, dah tak rasa ngantuk dah.

Akhirnya selamat sampai ke destinasi pukul 10.45 pagi. Yer, saya pemandu berhemah. Bawak 110km/h jer dari JB, dan 90km/h kat Melaka tu. *eleh,padahal takut kena saman. -.-'

Sebenarnya plan nak gerak pukul 5pagi. Tapi tak sempat aihh nak bertolak awal.

 

 Untukmu Encik Suami.
Nasi tomato dari isterimu yang sanggup tak tido, masak untuk kamu.
Di masak dengan penuh kasih sayang, pada pukul 2pagi.
Fresh dari JB.
 
 
 

Ayam masak merah
 
 
 
Ayam masak merah kalini agak kurang menjadi. Terlebih gula melaka. Manis jadinya. Masa try time masak tu tak terasa sangat. Bila dah makan, baru terasa. Ampunnnnn..........
 
Ni kali ke-dua percubaan untuk masak Nasi Tomato. Kali pertama dulu nasinya kurang menjadi. Ayam masak merah sangat sedap. Kalini nasi dah ok, ayam masak merah pulak yang kurang ok. Takpe lah, kita try and error. Baru belajar masak la katakan.

Bak kata Ustaz Azhar Idrus :-
 
 
 
 
 
Kehkehh~
 
Setuju tak?? Aku setuju sangat2. Tapi...aku ni rajin ke? Errr....
 
 
Ok bye.
 
 
.

Saturday, November 17, 2012

Movie : Paranormal Activity 4


Last Saturday, tengok wayang ngan Encik Suami. Tapi tak tau nak tengok movie ape. Lagipun sekarang tak banyak movie best kot. *coming soon, Twilight. Oh tak sabar nak tengok.

Dah lama tak tengok wayang. Rasanya lepas kawen, ni baru kali ke-2 kot tengok movie sama2.

Macam biasa, Encik Suami suruh aku yang decide. Ok, aku pilih Paranormal Activity 4. Saje nak tengok filem seram. 

Hmmpphh~ agak boring masa mula2 tengok. But still, ada jugak orang yang terjerit2. Aku? Terkejut2 ada la. Menjerit? Bukan aku.Minah sebelah aku siap tutup muka ngan tangan. What the??

Setengah jam pertama, Encik Suami dah tanya, "best ke?". Errr...ntah la. Tak tau nak jawab ape.

Dah akhir2 baru rasa suspen & best sikit.






Agak rasa menyesal di situ, sebab pilih movie ni. Kalau tengok Skyfall kan lagi best. Tak boring sangat. Erghh~


.

Friday, November 16, 2012

Honeymoon @ Krabi (Day 2) : Island hopping Part 1

Salam semua!

Bilakah kali terakhir aku update review hanimun kat Krabi ni? Sebulan yang lepas, kan? Oh ampun...aku takde mood nak update. Sebab gambar terlalu banyak. Nak letak gambar sikit2, macam tak puas hati pulak. And confuse nak letak gambar yang mana satu. Sebab semua gambar pun ada nilai tersendiri *ntah la ape yang aku merepek ni.

So, sebagai penyelesaian, aku bahagikan entry satu hari ni kepada beberapa bahagian. Kalau nak tunggu aku update sekaligus dalam 1 entry, tunggu la berjanggut dulu baru aku mampu update. Kahkahh~

Ok, mari mulakan hari kedua.


Monday, 17.09.2012.

Masa untuk ber-island hopping..!! Yehuuuu~ 

Hati gembira tak terkata. Sebab dah lama duk berangan nak ber-island hopping kat Krabi nih. ;p 



 Suasana pagi. 
Ni pukul 6.30 pagi (waktu Thailand). 
Kalau kat Malaysia, pukul 7.30pagi.


Menuju ke cafe. 
Kecik jer cafe kat sini. 
Yerlah, villa pun ada 9 jer kan. ;) 


Breakfast pertama kami disini. 
+ telur dadar yang tak sempat nak snap.
As mentioned in earlier entry, owner hotel ni Muslim. 
So, no worries pasal halal ke tak breakfast kat sini.


Masa tengah makan tu, van yang ambik kitorang untuk ke pantai dah sampai. Tapi kitorang tetap habiskan makanan tu. Takkan nak tinggalkan pulak. Baru makan separuh. So, makan la dengan gelojoh & biarkan van tu tunggu kitorang. Hewheww~ ;p



Ni van yang bawak kitorang ke pantai.
(pakej yang dibeli tu memang dah termasuk transfer dari & ke hotel). 


Setiap orang diberikan sticker, tampal kat baju. 
Tapi sekejap jer lekat. Bila dah mandi manda, hilang la sticker ni. 


Pose dulu sementara tunggu semua orang sampai. ;) 


Cuaca sangat baik pagi tu. Tak hujan. Kalau pagi2 lagi dah hujan, confirm trip island hopping tu cancel & diorang akan tukar dengan jungle tour.



Dah nak naik bot. 
Excitednya aku masa ni. ;p
Oh yer, nak naik bot ni bukan suka2 boleh pilih nak naik bot yang mana. 
Tapi diorang akan tetapkan & panggil kitorang based on nama hotel/resort kitorang.


 Lalu kat Chicken Island.


 First stop. 
Bamboo Island.


Masa dekat2 nak sampai Bamboo Island ni, aku dah excited dah. Sebab dah nampak air yang kehijau2an tu. Subhanallah...rasa macam tak percaya aku dah sampai ke sini. :)




 Surrounding.



 Comel jer Bamboo Bar ni.






Kat sini kalo nak snorkeling, kena pegi tempat dalam sikit. Baru nampak ikan & batu karang. Errr...aku? Berenang kat air dalam? Memang harapan la. Hahahh~ 

Aku bergantung kat Encik Suami jerla. Pegang erat2, sambil Encik Suami berenang. Kalo tak, memang harapan lah nak ber-snokelling bagai. ;D




Gambar ni kitorang mintak sorang tourist kelantan ambikkan.


Oh, tau tak ada sekumpulan ppuan ni (3orang), asyik terserempak ngan diorang jer. Naik flight yang sama dari LCCT, jumpa kat Krabi Night Market lagi, pegi island hopping jumpa diorang kat hampir semua tempat, hari ke-3 pegi jungle tour pun jumpa jgak kat hampir semua tempat, masa jalan2 time malam kat pantai Ao Nang pun jumpa jugak. Hari ke-4 kitorang balik, tak nampak pulak diorang naik flight tu. Maybe diorang stay lagi lama. Arghh..syoknyer.

Sempat berborak ngan salah sorang ppuan tu. Orang kelantan rupanya. So, aku pun ber-kecek kelate la ngan dia. Katanya baru lepas habis belajar. Wahwahh...syok la. Aku dulu lepas habis belajar, terus start  buat chambering. Tak mampu nyer nak ber-vacation bagai. -.-





Lebih kurang 45 minit kot kat sini. Ke 30 minit ntah. Pastu bertolak ke destinasi seterusnya.


Masa dah nak bertolak tu, dah nampak awan mendung berarak nun di destinasi kami yang seterusnya. *ceh. 


Tourist guide kitorang cakap, kitorang bernasib baik sebab masa nak bertolak tadi cuaca ok, tak hujan. Kalau pagi2 dah hujan, tak merasa la kitorang nak ber-island hopping harini. Pastu boleh pulak dia buat lawak, tak boleh pegi ke destinasi seterusnya sebab sebelah sana dah hujan.

Aku dah nak meroyan dah. Dalam hati : jangan lah kau cancelkan tour ni. kita dah sampai separuh jalan dah. aku nak jugak ber-island hopping! jauh ni aku datang! *over betol.

Hahaa..kalau dah separuh jalan baru hujan, memang diorang proceed jer. Melainkan kalau cuaca teruk sangat.


Cukup excited tak muka aku? ;p


Baru jer bertolak, hujan turun dengan lebatnya ok. So, kami meredah lautan berombak la jawabnye. Seram jugak. Sebab kalau sekali kena ombak, memang terhentak & rasa macam melambung sket. Tapi still fikir positif. Ombak tu pun sebenarnye effect speed boat lain yang lalu bertentangan bot kitorang

Nasib baik kitorang naik speed boat. Kalau naik long tail boat? Ngan laut berombak camtu? Hmmphhh~ memang muntah hijau la gamaknyer.

Pastu memang kesejukan la. Habis basah. Eh, memang dah basah dari tadi sebab mandi laut, kan. Cuma beg2 kitorang kena letak bawah seat, supaya tak basah. Masa ni la baru rasa menyesal sebab tak beli beg kalis air untuk letak passport, kamera, handphone, etc. -.-

Next stop, Viking Cave. Banyak sarang burung jer dalam ni. & ada orang duduk situ untuk jaga sarang burung tu. Masa ni hujan dah tak lebat sangat.


Viking Cave.


Next, lalu kat Pileh Bay ngan Loh Samah Bay. Tapi tak stop pun. Ramai orang snorkeling kat situ. Terliur jugak nak snorkeling, tapi tempat tu bukan persinggahan kami. So, sabor jerlah.



Pileh Bay. 
Subhanallah. Blue greenish water.






Loh Samah Bay. 


Next, Maya Bay. Tempat yang aku tunggu2 dari tadi. Sebab dah banyak dengar cerita yang Maya Bay ni sangat cantik. Tempat penggambaran filem The Beach lakonan Leonardo De Caprio, itu yang tourist guide kami cerita. Aku memang dah tau dah. ;)


Maya Bay. 
Dari jauh dah nampak manusia yang teramat ramai.


Masa mula2 jejak kaki kat pantai ni, masyaAllah....lembutnya pasir kat sini. Tak macam pantai kat Bamboo Island atau pantai2 lain yang aku pernah pegi. Sukaaaaa~  *ok, jakun jap. ;p


Ni mintak tolong tourist Jepun snap-kan. hihii~ 
Masih hujan + angin yang kuat. 
Tu yang aku kena pegang topi yang hampir nak terbang tu. ;D


Masa ni masih hujan tau. Rintik2 yang agak lebat juga. *faham ke tak? Tawakal jer ambik gambar dalam hujan. Pastu cepat2 lap ngan tuala. Kalau ada cover untuk kamera kan bagus. Cover kalis air. -.-


Jalan ke toilet.


Balik dari toilet, orang dah tak ramai. 
So, boleh bergambar dengan senang hati. ;p


dan terus mencelupkan diri. 
Macam biasa, aku bergantung harap pada Encik Suami untuk berenang ke tempat yang agak dalam. ;p


Tak puas rasanya nak mandi manda kat Maya Bay ni, dah nak kena gerak ke tempat lain pulak. -.-

Next, lalu kat Monkey Bay. Memang banyak monkey kat situ. Seram jugak kalo tiba2 monkey tu melompat masuk dalam bot. Tapi monkey tu cool jer. Kehkehh~



Monkey Bay.



Next stop? Phi Phi Don. Tunggu next entry yer. Tak larat nak resize gambar, letak watermark, upload semua.

Till then, thanks for reading. ;)


.

Thursday, November 15, 2012

Dah tua pun masih tumbuh gigi bongsu?

"Umur kau tu dah berapa, takkan ada lagi gigi yang nak tumbuh". 

Ni antara ayat yang aku dapat sejak minggu lepas. Ayat lain aku malas nak taip kat sini.

Kenapa? Kalau umur 20lebih gigi dah takkan tumbuh ke? Ada orang yang dah umur 30lebih, still tumbuh gigi bongsu. Google ada, internet ada, guna la apa yang ada tu. Cuba search.

Seriously, aku rasa macam tak logic la kata2 diorang tu. Sebab apa? Sebab gigi aku yang kat hujung geraham tu baru tumbuh beberapa bulan lepas. Bukan aku nak cakap aku ni muda lagi sebab tu la gigi baru nak tumbuh. Akal ada, fikir la sendiri. Btw, aku memang tak muda dah. Tapi aku belum tua lagi. Eh? ;p

Yang tak rasai apa yang kitorang rasa, boleh la bercakap dengan riaknya. Bila dah kena, baru korang tau. Masa tu baru kata2 tu kena kat batang hidung sendiri.








Based on gambar ni, gigi kita biasanya ada 16 batang kat bawah. Yang aku ni pulak, sekarang ada 15 batang. Sebelum ni ada 14 batang jer. 1 batang baru tumbuh beberapa bulan lepas. Kalau refer pada gambar ni, gigi yang baru tumbuh tu adalah gigi bongsu (bahagian kiri). Gigi bongsu bahagian kanan takde pulak. Ke tak tumbuh lagi?

Tapi yang aku hairan, gigi tu dah beberapa bulan tumbuh. Dah tumbuh sebelum aku kawen lagi. Or maybe sebelum aku tunang? Ntah la, tak berapa ingat secara spesifik. Kenapa baru sekarang sakit gusi? 

Masa nak tumbuh tu, rasa gatal2 gusi jer. Then dah tumbuh sepenuhnya (aku rasa la). Sekarang tiba2 gusi kat situ rasa sakit. Bengkak sampai gigi bongsu tu terlindung ngan gusi. Tu yang doktor cakap gigi tu kena cabut sebab gigi dah takde ruang nak tumbuh. Erk? Aku ingatkan dah tumbuh habis. Ke ada sebab lain? Ke ada gigi lain nak tumbuh? Ke ke ke...? Takut nak cakap. -.- 
 
Oh ya, tadi aku google2, terjumpa dua doa ni. Sumber :  Darussyifa Sarawak


 Doa sakit gigi 







Doa sakit gusi.


 
Thanks for reading. ;)
 
 
.

Wednesday, November 14, 2012

Akhirnya....durian crepe

Finally, dapat jugak makan durian crepe. Err...ni dah lama. 2 minggu lepas.

Tersangatlah tempting and mouth-melting. Yumms~ 



Harap maaf, kualiti gambar kurang memuaskan.



Sangat-sangat teringin nak makan lg. Tapi sekarang ni keadaan tak membenarkan. Kena makan ubat senantiasa. Mana boleh makan durian. 

Maybe bulan depan baru boleh makan lagi. Sobbs~ -.-


.

Tuesday, November 13, 2012

Gusi membengkak. T_T

Mula sakit gusi seminggu yang lepas. Gusi kat bahagian geraham. Mula2 aku ingatkan sakit biasa, mungkin sakit sebab gigi nak tumbuh. Normal la tu, kan. Pastu makin hari makin sakit. Aku ambik panadol jer untuk tahan sakit.

Hari Khamis lepas gusi mula bengkak. Makin lama makin bengkak. Sakit berdenyut2 sampai tak boleh tidur malam. Nasib baik Encik Suami ada. Kejutkan dia tidur, pastu nanges sebab tak tahan sangat sakit. Hahaa~ Tengahari Ahad, pegi beli pain killer kat farmasi. Aku rasa macam makan panadol pun dah tak jalan. Ngan pain killer, kurang sikit sakit tu walaupun gusi dah bengkak teruk & aku rasa dah bernanah. Muka aku pun dah bengkak sebelah. -.-

Semalam pegi klinik gigi. Seram jugak nak pegi klinik. Sebab dalam fikiran aku : kena buat x-ray, kena refer kat klinik gigi pakar Hospital Sultanah Aminah, kena operate. Siap mengadu kat Encik Suami, takut sebab aku takde insuran. Takut jadi apa2. Pastu fikir, takpela boleh guna insuran yang office bayar. *over betol. 

Bila pegi klinik, doktor cakap kena buang gigi yang paling hujung tu, and dia akan set appointment. Sementara tu dia akan bagi ubat dulu. Ok la, masa tu aku rileks lagi. Lepas assistant dia bagi date untuk appointment, dia cakap kena operate. Nak pitams jap aku bila dia cakap. 

"Pukul 8pagi dah kena ada kat sini, sebab operation start awal, pukul 8pagi. Breakfast dulu sebelum datang (maybe sebab lepas operate tu tak dapat makan untuk beberapa lama. -.-). Bawak duit RM50 untuk bayar kos operate. Kita buat x-ray dulu, nak tengok kalau ada ketumbuhan lain. Kalau boleh buat operation kat sini, kita buat. Kalau tak boleh, kita refer kat pakar". 

*PITAMS*

Sebak jap lepas assistant tu cakap. Masuk dalam kete, macam nak nanges. Tapi cover depan Encik Suami. See..memang betol la yang aku fikirkan & takutkan tu. Dah agak dah. Sebab sebelum ni pernah dengar orang cerita pasal operate gusi untuk keluarkan gigi bongsu.

Takut sangat nak kena operate. Walaupun hanyalah minor operation. 

Pastu bila masuk office, cerita kat boss sambil nangis2. Gila, kan. Sensitif betol aku masa tu.

Boss cakap "takpe, minor operation jer. kau ni....baru operate gusi, belum beranak lagi". 

Aku jawab "beranak takpe". 

Ewahh? Maksud aku, bukan tak takut bersalin @ bersalin tu tak sakit. Gila ke aku fikir camtu? maksud aku, bersalin tu lain. Kot? Sebab dah bawak perut selama 9 bulan. Ada masa 9 bulan untuk bersedia mental & fizikal. Yang ni pulak tetiba jer. -.-' 

Pastu sibuk la bertanya sana sini. Kebetulan staff kat office tu pun ada yang pernah kena operate gusi untuk buang gigi bongsu. Takde la sakit sangat katanya. Hopefully camtu la yer. 

Sekarang ni masih takut & seram nak pegi operation hujung bulan ni. But i take it positively. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa2 kecil. *cuba sedapkan hati* Sobs~



ubat tahan sakit yang beli kat farmasi ------------------------------ ubat dari klinik



So, sementara nak tunggu operation hujung bulan ni, terpaksa la bergantung pada ubat-ubatan. Tapi...operation lagi 2 minggu. Ubat sikit jer. Ubat sakit gusi yang klinik bagi tu dah nak habis pun. Camno?

Oh ye, klinik yang aku pegi ni klinik kerajaan jer. Layanan kat sini ok. Mesra pesakit la. Ni dah kali ke-2 aku datang sini. Kali pertama, bulan lepas. Datang tampal gigi. ;)



.

Sunday, November 4, 2012

5th Month.


 01.11.2012. 
you, husband. :)


.