Salam dear readers.
Setelah berminggu, baru ku nak sambung cerita Langkawi nih. kehkehh~ ;p
Sambungan dari entry sebelum ni :
Langkawi Day 2. Gambar untuk entry ni tersangat lah banyak (macam tak biasa jer. ;p) So lets picture do the talking. *cewahhh~
Isnin, 07.01.2013
Untuk hari ke-3 ni, kami ber-island hopping pulak. Pakej island hopping ni kami beli harga RM25 seorang, kat
ENTRY NI.
Sebelum bertolak ke Cenang, kami beli dulu Nasi Lemak buat bekalan untuk island hopping nanti. Disebabkan hotel ke-2 kami ni takde breakfast dan memang takde cafe pun, maka kena la kami mencari breakfast sendiri.
Oh tapi tak perlu risau. Banyak jer kedai atau gerai2 yang jual makanan sepanjang jalan kat Kuah nih. Kami beli breakfast kat gerai yang dekat ngan hotel kami. Nasi lemak RM1 jer. Kat JB ni mana nak dapat? Berbungkus2 jugak la kami beli. Sebab portion nasi lemak tu kecik jer. Pastu kami laki bini pulak jenis makan banyak. hewhew~ ;p
So untuk island hopping ni, kami kena tunggu van pick up depan kedai ejen yang jual tiket island hopping tu. Diorang memang tak ambik kat Kuah.
Katanya pukul 9pagi dah kena tunggu kat situ. Sebelum pukul 9pagi kami dah tercongok depan kedai tu. Tunggu punya tunggu, pukul 9.30 baru van datang ambik. Jenuh berdiri kat luar kedai tu. Sampaikan tuan punya kedai pelawa duk kat dalam kedai dia sementara tunggu. haihh~ iols tak suka menunggu macam ni. -.-
Sebenarnya masa sampai tu risau jugak, sebab takde orang pun kat situ. Cuma kami berdua jer. Rupa2nya orang lain semua pick up kat tempat lain. hewhew~
Menunggu dan menunggu.
Kena pakai sticker ni.
Ni ha The Cabin Langkawi. Betul2 depan kedai ejen ni.
The Cabin ni macam menarik jer. Unik gitu. Sebab bilik dibuat daripada cabin.
Kat luar tu dia tulis rate RM150/night.
Naik bot kat jeti Pantai Tengah.
Dah nak berangkat. ;)
Oh ya. Ada sepasang suami isteri ni bawak anak kecik. Baru setahun umur baby tu. Seram jugak la kalau fikirkan. Bawak baby pegi island hopping & naik speedboat? Walaupun pakai life jacket, tapi.....errrr..... korang fikir la sendiri yer.
Untuk island hopping ni, kami akan di bawa ke 3 lokasi : Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.
Tempat pertama yang dituju :
Tasik Dayang Bunting.
Kami. Ber-latarbelakang-kan Tasik Dayang Bunting.
Greenish water. Cantik!
Teringat kat Krabi. ;)
Here we are.
Dayang Bunting Marble. Geoforest Park.
Berhati-hati dengan monyet. ;D
Serius, memang kena hati2. Kat sini memang tersangat banyak monyet2 berkeliaran mencari makanan. Plastik2 makanan please jangan bawak kat tangan. Sila letak dalam beg. Kalau bukan plastik makanan pun, tak payah la pegang kat tangan camtu. Nanti monyet2 tu ingat makanan. Confirm kena rampas.
Korang tengok beg aku yang kemain besar tu. Beg tu pun monyet2 tu nak pegang jugak. Terkejut iols masa monyet tu pegang beg aku. Ada monyet yang siap pegang betis aku tau! Ngeri okeh. Tapi aku buat rilex jer. Nasib baik Encik Suami ada. ;D
Botol air pun sama. Sila letak dalam beg. Abang yang bawak anak tadi, dia letak botol susu anak dia kat beg, kat bahagian tepi. Tapi boleh nampak la. Monyet tu terus lompat atas beg nak ambik botol susu. Ishh..ishh....
Jadi, mari mulakan pendakian.
Antara pakej yang ada kat Tasik Dayang Bunting ni.
Warning.
Ya Allah...akhirnya sampai jugak!
Semput aku nak sampai ke sini. Menggigil kepala lutut aku nih duk mendaki. wuwuu~ -.-
Ramainya orang. Ni musim non-peak.
Kalau peak season @ cuti sekolah, camane la keadaan kat sini yer.
Info.
Ewahh...Encik Suami terus terjun dalam tasik tinggalkan wife dia kat atas.
Mana boleh jadi!
Wife dia pun nak berenang jugak.
Life jacket tu aku sewa kat sini jer. Kos sewa RM5. Tapi macam rugi, sebab dapat guna sekejap jer. Sebab waktu kami kat sini pun singkat jer. Nak menapak naik turun bukit lagi. So tinggal berapa minit jer untuk kami mandi manda. 20 minit kot.
Wowweeee~
Sewa life jacket kat sini.
"It might be bite". adehh...
Sekejap jer dapat mandi manda. Pastu kena balik ke jeti untuk naik bot. Masa tengah tunggu bot tu, aku dah lapar giler dah. Yerlah, perut kosong tak makan. Just minum milo suam jer pagi tu, sebelum bertolak ke Cenang. Pastu duk mandi manda pulak kat sini. Mana tak cepat lapar.
Nak jer aku keluarkan jajan & makan time tunggu bot tu. Tapi banyak monyet la pulak. Kang tak pasal2 kena rampas ngan monyet. -.-
Again : beware of monkeys!
Next, kami di bawa ke Pulau Singa Besar untuk melihat helang2 mencari makan.
Banyak betul helang kat sini.
Kalau dulu, diorang bagi makan kat helang ni. Bagi ayam rebus tak silap aku. Diorang campak kat tengah ni jer. Tapi sekarang dah tak buat macam tu lagi dah. Sebab mengganggu kitaran hidup la kiranya, helang2 ni tak cari makan sendiri.
Blurr..
Susah betol nak ambik gambar helang sambar ikan.
Dengan keadaan bot yang berulik-ulik gitu. *eh betul ke ayat aku nih. -.-
Banyak, kan.
Next, kami ke Pulau Beras Basah pulak. Destinasi ke-3 untuk island hopping ni. Dan merangkap destinasi terakhir.
Turun bot kat tepi pantai camni jer. Bukan kat jeti.
Macam kat Krabi jer.
Teringat masa singgah kat Bamboo Island masa island hopping lat Krabi haritu. hehee~
*sori lah kalau aku asyik sebut "Krabi" jer kat entry Langkawi nih. ;p
Apa2 hal, kita makan dulu.
Kitorang sampai sini jer, terus cari port untuk makan. Dah kebulur dah rasanya. Makan nasi lemak yang beli dekat ngan hotel kami sebelum bertolak pegi island hopping tadi.
Masa nak beli nasi lemak tu, aku order 4 bungkus. Sebab portion nasi lemak tu kecik jer. Kiranya 2 bungkus sorang la aku order. 2 bungkus nasi lemak biasa (letak telur), 2 bungkus lagi nasi lemak ayam.
Tapi camane ntah makcik tu boleh silap faham ngan order aku tu. Dia bungkuskan 6 bungkus ke 8 bungkus ntah. Aku pun tak perasan. Main bayar jer. Bila nak makan, baru perasan. Patut la masa nak bayar tu aku rasa macam mahal jer. Hahaa~
Tapi nasib baik jugak la kitorang terbeli lebih. Sebab kitorang lapar giler, habis semua nasi lemak tu kitorang makan. Hahahahh~ ;D
Kat sini ada jugak gerai jual makanan. Harga tak pasti la pulak camane. Tapi for sure la mahal, kan. So, lebih baik la bawak bekal sendiri. Jimat gitu. ;)
Lepas makan, baru ada tenaga nak posing bagai. hehee~ ;p
Dia ni pun sama la. hahahh~ ;D
Surroundings.
Beach.
Lets snorkle! ;)
Konon la boleh terapung.
Padahal harapkan life jacket jer. ;p
Kami sewa google untuk snorkeling ngan abang yang bawak bot kami tu. RM10 ke RM15 ntah untuk satu google. Lupa plak. Kami sewa 2 google. Satu untuk aku, satu lagi untuk Encik Suami. Tapi camane ntah, google Encik Suami boleh terputus plak. Sebab memang dah retak menanti belah jer. Eh, silap. Memang dah hampir2 putus pun.
Nak pegi cari balik abang yang bawak bot tadi, memang tak jumpa dah. Mana ntah bot dia. So, aku snorkle sekejap jer. Pastu bagi google tu kat Encik Suami. Encik Suami snorkle, aku berpegang pada beliau jer. Sebab memang beliau jer yang boleh berenang, sementara bini dia nih asyik pegang kat dia jer. Hahahh~ ;D
Tapi snorkling kat sini tak best. Serius tak best. Sebab air tak dalam sangat, tak jernih. Kena berenang jauh sikit baru nampak ikan. Itu pun sikit jerlah ikan yang boleh nampak. Ada gamat jugak. Nervous jugak masa aku tengok gamat tu. Sebab nampak macam ular/belut. Huhuu~
Kalau mandi manda kat sini, hati2 la dengan batu karang. Aku tersepak batu karang, terus ada kesan kat kaki aku nih. Bukan luka pun. Tapi jadi macam bintik2 merah. Berhari2 jugak la baru hilang. Kesan merah tu nanti jadi hitam (macam kuping luka), pastu beransur2 hilang. Ishh....memang macam luka la. Tapi tak berdarah.
Kat sini pun ada monyet jugak.
.