Doktor scan kat abdomen. Nampak kantung jer.
Doktor cakap maybe sebab baru lagi. Pastu aku cerita la pasal aku scan masa 7
minggu tu dah ada heartbeat. Doktor cakap ada dua kemungkinan :-
Then doktor bagi surat refer ke Bahagian O&G. Kena
buat appointment dalam masa 2 minggu. 2 minggu? Ya Allah...lambatnya.....
Ada kawan yang cakap, bila doktor kat government cakap camtu, macam masih ada harapan. Diorang nasihatkan aku jangan buat keputusan untuk cuci dulu.
Tapi.........ntah la. Mungkin naluri ibu yang mengandungkan. Ntah kenapa aku rasa memang si dia dalam rahim aku tu memang dah tak bernyawa lagi. Sebab aku rasa macam dah tak rasa macam orang mengandung. Sebelum tu pun memang aku takde apa-apa alahan. Takde morning sickness yang teruk. Lepas dapat tahu aku pregnant, ada jugak la aku pening2 & macam nak muntah. Tapi takde la teruk sangat. Lepas tu dah takde pening2. Cuma breast jer rasa sakit & makin membesar *maaf, takde niat nak cakap 18sx*
Tapi lepas bleeding hari Ahad tu, dah takde rasa apa2. Tu yang aku jadi tak sedap hati.
Lagi risau bila ada orang cakap, kalau baby tu dah takde heartbeat dan kita simpan lama sangat, takut jadi jangkitan. Masa kat HSA tu doktor ada buat ujian air kencing. Takde jangkitan. Alhamdulillah. Dan UPT masih positif.
Untuk pengetahuan semua, UPT memang boleh kesan sama ada baby masih hidup atau tak. Kalau UPT makin hari makin pudar, maksudnya baby dah "takde". Sebab hormon hCG dikeluarkan oleh uri. Bila perkembangan baby dah terhenti atau baby dah "takde", uri akan stop keluarkan hormon hCG. Dan hormon tu akan berkurangan dari hari ke hari. Aku pernah baca pasal ni kat blog
Dr. Zubaidi.
Bila doktor cakap UPT masih positif, aku pun tak tahu la nak happy ke, nak sedap hati ke tak. Sebab tak semestinya UPT positif tu kandungan selamat. Kalau hari2 test UPT, maybe boleh tahu la kan. Pagi Selasa tu pun aku ada test UPT. Memang masih positif.
Hari esoknya,
(Rabu, 17.07.2013) kami (me and hasben) ke Bahagian O&G Hospital Sultanah Aminah. Ambik date untuk jumpa doktor. Nurse kat situ bagi date 29.07.2013. Serius, aku rasa tarikh tu sangat lah lambat.
Tapi takpe. Aku fikir, aku tunggu jerlah tarikh appointment kat Century Specialist Maternity tu (22.07.2013). Tengok la dulu apa doktor kat situ cakap. Kalau kandungan ok, alhamdulillah. Tapi kalau betul baby dah takde, kami redha.
Yer, masa ni kami dah redha. Kalau itu lah ketentuan-Nya, dan jalau betul la ini bukan rezeki kami, kami redha. Perasaan aku pun dah tenang sikit, tak macam hari2 sebelumnya. Cuma aku berharap kalau betul bukan rezeki kami, biarlah baby ni turun sendiri. Sebab kalau boleh aku taknak cuci. Taknak buat proses D&C tu. Sungguh, aku taknak. Banyak sebabnya.
Dalam masa yang sama, sejak beberapa hari tu aku terus settle-kan keje2 kat office. Mana la tahu. Apa yang nak jadi esok lusa kat aku, wallahualam. So better aku selesaikan apa2 yang tertunggak.
Malam tu, pukul 9 malam aku mula rasa sakit perut. Sakit macam senggugut hari pertama period camtu. Dalam hati dah terdetik "baby dah nak turun ke?". Teringat yang kawan aku cakap, kalau perut memulas2 tu tandanya baby dah nak turun.
Aku dah redha dah masa tu. Aku dah agak, mungkin baby dah nak turun, dan akan turun dalam masa terdekat ni.
Dalam pukul 10.30 malam camtu aku tido. Tapi tido pun tak lena. Sebab sakit perut. Sakit pinggang. Tengah tido pun boleh rasa darah mengalir kat pad. Fresh blood. Sebelum ni (sejak beberapa hari tu) takde fresh blood cair mengalir camtu. Cuma ada lendir jer. So aku dah makin tawakal.
Tepat pukul 1pagi, aku bangun nak kencing. Bila kat toilet tu, keluar la darah mencurah2. Tapi takde la banyak sangat macam tumpah darah. Pastu keluar seketul besar jari telunjuk, sekali ngan darah beku. Bentuk bulat bujur (oval) camtu. Aku tak tahu la itu daging ke ape. Tapi yang pasti, bukan darah beku. Sebab memang terbentuk bujur.
Mula2 tu, aku ingatkan itu la janinnya. Aku kejutkan Encik Suami. Menjerit2 aku dari dalam toilet tu. Nasib baik Encik Suami dengar dan sedar dari tidur.
Pastu aku call akak aku, & tanya dia kena pegi hospital sekarang ke. Memang la kena pegi time tu jugak, kan. Sungguh aku blurr masa tu. -.-'
Terus aku siap2 nak pegi hospital. Basuh muka, gosok gigi, kemas beberapa helai baju. Just prepare jer, mana la tahu kena tahan kat wad ke. Masa tengah siap2 tu, perut makin memulas. Lagi sakit dari period pain 1st day period. Terbongkok2 aku masa tu. Jalan pun terbongkok2 sebab sakit. Aku fikir, mungkin ada lagi sisa dalam perut ni. Sebab berdasarkan pengalaman orang yang keguguran, kalau masih sakit tu maksudnya ada lagi sisa dalam rahim. Dan rasa sakit tu akan hilang bila semua dah keluar.
Pastu aku rasa macam ada benda nak keluar lagi. Aku masuk toilet sekali lagi. Aku tadah ngan tangan, sebab taknak apa yang keluar tu jatuh dalam mangkuk tandas. Keluar la kantung yang ada air ketuban tu, dengan ketul2 darah, dengan something macam selaput. Itu rupanya janinnya. Ya Allah...rasa macam nak nangis tengok kantung tu. Memang aku dah redha, tapi bila tengok kantung tu...rasa macam........sayangnya......... T_T
Faham tak perasaan seorang bakal ibu masa tu? Bila tengok kantung janin sendiri, yang ada air ketuban. Hmmm....kantung tu elok jer. Tak pecah. Tapi tak nampak la ada janin ke tak dalam tu.
Dan semua tu disaksikan oleh Encik Suami sendiri. Syukur masa tu Encik Suami ada.
Lepas kantung tu keluar, terus hilang rasa sakit yang memulas2 tu. Ada la rasa sakit sikit, tapi takde la teruk macam sebelum tu. Lepastu kami letak la ketulan yang keluar + kantung tu kat plastik. Sebab memang kena bawak ke hospital. Kena tunjuk kat doktor.
Yang mula2 keluar tadi mungkin uri kot. Aku rasa la.
Kantung yang keluar tu lebih kurang macam
KAT SINI dan
KAT SINI.
Aku nak ambik gambar. Tapi Encik Suami tak bagi. Tak baik katanya. Ok lah, patuh dengar cakap suami. Walaupun sebenarnya bukan nak upload kat mana2 laman sosial pun. Hanya untuk simpanan jer.
Pukul 2.15 pagi kami sampai ke HSA. Kat bahagian emergency. Kemain lama lagi menunggu. Pukul 3.15 baru nombor dipanggil. Itu pun sebab doktor tersilap tekan nombor. Kesian Encik Suami yang mengantok. Masa tu darah tak banyak sangat la yang turun. Separuh pad jer.
Doktor tanya ada tak kami bawak apa yang keluar tadi. So kami tunjuk la kat doktor tu. Doktor chek perut. Sakit jugak la dia tekan perut aku. Dah la memang tengah sakit. Pastu doktor scan. Rahim memang dah kosong katanya. So takpayah cuci lagi. Tak payah masuk wad. Syukur alhamdulillah...
Tapi memang diorang tak bagi ubat la. Doktor cakap, dalam masa beberapa hari ni memang darah akan keluar. Itu normal. Tapi kalau ada darah ketul2 keluar lagi, kena cepat2 datang hospital.
Pastu doktor bagi surat rujukan untuk buat ujian pap smear. Kena pegi mana2 klinik kesihatan yang terdekat, ambik tarikh untuk buat ujian pap smear dalam masa 2 minggu. & untuk doktor bagitahu pasal family planning. Then dapat la MC 3 hari. 3 hari jer? -.-
Esoknya,
Khamis 18.07.2013 kami ke Klinik Kesihatan kat Taman Sri Orkid. Nak ambik tarikh untuk buat ujian pap smear. Masa nak ambik tarikh tu, macam annoyed ngan nurse kat situ. Bila aku cakap nak ambik tarikh dalam masa 2 minggu lagi, boleh dia cakap (lebih kurang)
"...2 minggu masih ada darah lagi...". Macam tak confident jer. Then sorang nurse lain bagi la tarikh 2 Ogos ni untuk buat ujian pap smear tu. Sebab diorang buat ujian pap smear tu setiap hari Jumaat jer. Tapi nurse tadi boleh cakap
"kalau masih ada darah, jangan datang".
Aku macam...eh, bestu kalau tak payah datang terus, tak payah set appointment lain ke? Camane nak ambik date lain?
Pastu nurse yang bagi date tadi cakap
"Takpe datang jer. Kalau ada darah lagi, doktor boleh check".
Hmm....tau la kami ni datang masa diorang tengah rehat. Time tu waktu lunch diorang. And sori lah kalau kami mengganggu. Dan terima kasih lah sebab layan jugak kami di pukul 1.45tengahari tu. -.-
Pastu kami ke rumah kakak aku. Nak tanam kantung + ketul2 yang keluar tu. Kat rumah kami ni takde tempat yang sesuai nak tanam janin tu. Cangkul pun takde. -.-
Oh ya, sebab aku gugur masa 2 bulan setengah, jadi janin yang keluar tu hanya perlu di basuh dengan air bersih2 sampai hilang darah tu. Tak perlu basuh macam basuh uri baby yang baru dilahirkan tu. Letak dalam kain putih, tanam. Dan masa nak tanam tu, selawat la 3 kali. Ni kakak aku yang bagitahu. Dari pengalaman saudara kitorang yang pernah keguguran.
Cara nak tanam janin ni, tengok keadaan jugak. Tengok pada usia janin. Boleh refer kat sini :
Hukum Berkaitan Anak yang Gugur.
Sekarang ni dah hari ke-12 aku berpantang. Ada orang cakap kena pantang 22hari. Ada sesetengah orang, pantang 20 hari. Ada orang cakap 2 minggu jer dah cukup. Aku? Tak pasti lagi pantang berapa hari. Maybe 20 hari, maybe 22 hari. Kalau 22 hari, cukup2 habis puasa la. Terus beraya.
Dan nampaknya, tahun ni paling banyak aku tinggal puasa. Baru niat nak puasa penuh tahun ni. Takpe lah, dugaan di bulan Ramadhan ni, insyaAllah ada hikmahnya.
Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Jujur, aku bersyukur dikurniakan rezeki itu. Walaupun hanya seketika. Cukup untuk mengubat hati yang ternanti-nanti rezeki itu selama setahun berkahwin. Sekurang2nya aku diberi peluang merasainya, walaupun hanya untuk 10minggu.
Dan aku percaya setiap apa yang kita miliki di dunia ni hanyalah pinjaman semata2. Sampai masanya, akan diambil kembali oleh Yang Maha Esa. Cuma lambat atau cepat jer. Dan dia.....dipinjamkan untuk kami, diletakkan di rahim aku selama 10 minggu. Untuk aku merasai perasaan menjadi seorang bakal ibu. Untuk Encik Suami merasai perasaan gembira dan bersyukur untuk menjadi seorang bakal ayah.
InsyaAllah, akan digantikan dengan rezeki lain selepas ini. Amin....
Doakan lah kami cepat2 dikurniakan rezeki lagi lepasni. Jujur, aku dah tak sabar nak cepat2 sembuh untuk mulakan usaha ber-TTC lagi.
Semoga dipermudahkan semuanya. Amin... :)
.