Tuesday, September 24, 2013

Jalan2 di Ayer Hitam

As-salam dear readers. 

Minggu lepas out station ke Kluang. Bawak kakak temankan ke sana. Keje kat Kluang tu petang. Tapi sekejap jer. 

Lepas settle keje tu, sempat lagi kami singgah kat Ayer Hitam. Dah alang2 lalu Ayer Hitam ni, singgah la kejap kan. Lagipun boleh la cuci mata sambil survey2 apa yang patut. Lagipun dah lama tak datang cuci mata kat Ayer Hitam ni. 

Misi utama : survey karpet.

Kat sini murah la sikit berbanding dengan kat JB nih. Murah sikit? Murah banyak kot. Tapi kalau kat Nilai 3, lagi murah rasanya. Tapi tu la, ntah bila lagi aku nak ke Nilai 3. So better beli sekarang jer. Kalau ada ke Nilai 3 in future, kita cuci mata lagi la kan. Ekekee~



 Anak sedara aku yang sorang ni asyik main game jer. 
Tak lekang dari PSP tu.
Sambil berjalan pun mata kat PSP jer.



 Karpet2.


Ada jenis karpet yang bunga timbul. 
Cantik memang cantik. Tapi sayang la nak pijak.
Canne tu? Haha~ 


Kakak aku ada beli 1 karpet kat kedai ni. Nak buat karpet raya tahun depan katanya. Ahahaha~ Jangan terkejut ok. Memang RAYA TAHUN DEPAN. Dia dah set dah raya tahun depan rumah dia tema warna apa.

Pening dia nak pilih ok. Last2 terpaksa ubah tema raya tahun depan. Sebab dah berkenan ngan karpet warna lain. Hihihii~ klako plak. ;D



Sambil2 tu sempat lagi survey2 kain. 
Pastu "ter-beli" jugakk beberapa meter kain. -.-'


Singgah makan kat restoran mamak.


Tapi stress sebab servis slow. Pastu orang order lain, dia bagi lain. Anak saudara aku order Nescafe tarik, dia bagi Nescafe ais. Malas nak bertekak, ambik jerlah. 

Aku plak order Milo suam. Tapi Milo tu dia tak guna Milo pun. Macam air koko ape ntah. Nak berjimat & kaut untung lebih punya pasal kan tokey restoran nih. Ish isshhh....tak berkat tau berniaga camni. Aku sebagai peminum Milo tegar mesti la boleh rasa Milo tu tak macam Milo.
 


Survey karpet untuk rumah aku plak. 
& terus beli kat kedai ni.
Karpet kat kedai ni corak cantik2, lain dari kedai yang lain.
Kebanyakan kedai lain karpet yang diorang jual sama jer corak ngan karpet kat kedai2 lain. 
Karpet yang aku beli warna lebih kurang macam ni, cuma corak jer lain. 
Memang warna yang sebijik macam yang aku nak. Puas hati ok! 
Bulu pun boleh tahan tebal. Harga tak sampai RM200. 
Pandai2 la tawar menawar. Dapat la seratus lebih.
Tapi tunggu pindah rumah beberapa bulan lagi baru akan ku hampar di ruang tamu. Ehehee~ 



Singgah beli barang yang orang kirim.


Yang banyak berlonggok2 ni rupa-rupanya tabung duit syiling. 
Mula2 tu tak perasan jugak.
Macam2 ada. Labu, burger, ikan, tong gas pun ada ok. 
Labu sayong kecik2 pun ada jugak. Buah2 kaca, pasu2 kecik, etc.


Oh doyan. Terliur plak. Boleh gituu? ;p
Dah la dah lama mengidam durian. Sampai sekarang tak dapat makan. Wuwuwuu~  -.-'


Tabung bentuk rumah warna putih tu kalau buat hiasan pun cantik jugak.


Dah lama tak datang Ayer Hitam. Kalau dulu, datang sini survey2 & beli barang kawen. Sekarang? Barang rumah pulak. Puas hati dapat beli karpet warna sebijik macam yang aku nak. Ehehee~

Tapi sebelum beli karpet tu, memang dah banyak godaan oleh karpet2 lain. Tapi hati kena cekal. Gituu...

Next time kalau singgah lagi, kita cuci mata pulak yer. Eh, nama jer cuci mata. Tapi ngan poket2 sekali kita cuci. LOL. -.-' 


Thanks for reading.





.

2 comments:

Nanie said...

unik la bentuk tabung dia. geram pula rasanya..

Hazz said...

Bestnyaa.. Boleh duduk sini dari pagi sampai malam ni. Rambang mata especially tang karpet tu. hihi..