Tuesday, September 17, 2013

Minyak oh minyak

Hellooo dear readers. 

Macam mana cuti panjang? Eh, panjang la sangat, kan. Padahal 3 hari jer. Dan aku bekerja separuh hari masa hari Sabtu. So jadinya 2 hari setengah jerlah. Hewheww~ 

Start 3 September kan harga minyak naik. Salah sebenarnya. Bukan harga minyak yang naik. Tapi subsidi yang dikurangkan. Begitu la kata mereka. Tapi kita tetap gunakan istilah "minyak naik", kan.

So sehari sebelum minyak naik tu, korang ada pegi beratur isi minyak ker? Iols tak pegi pun. Sebab masa balik keje tu, minyak kereta masih banyak. 2 bar jer yang kosong. Baru jer beberapa hari sebelum tu dah isi minyak penuh2. Tu yang malas nak beratur semata-mata untuk 2 bar tu. 

Sebenarnya petang tu Encik Suami dah pesan, balik keje nanti pegi isi minyak penuh2. Sebab dengar cerita harga minyak nak naik. Tapi takde plak aku dengar atau tengok kat berita pasal kenaikan harga minyak ni. And bila aku google, ada la beberapa pihak yang nafikan benda ni. Tup2 bila sampai rumah malam tu & tengok berita, hmmmppphhhhh. Memang hampeh. 

So aku pun memang dah malas nak pegi beratur panjang2 kan. 

Then bila malam sikit, aku jenguk kat Petronas yang kat umah kitorang. Pergghhh..kemain panjang lagi kereta duk beratur isi minyak. Sampai jem jalan kat situ.



 Dari belakang...


sampai ke depan.


Masa aku sampai rumah dari keje pukul 8pm tu takde la panjang sampai camtu sekali. Ishh...iisshhhh...... 


So ini la perbezaan harga minyak untuk tangki penuh sebelum dan selepas harga minyak naik 3 September lepas. 
Banyak jugak bezanya, kan. 
Kereta aku yang mana? Kereta biasa2 jer uols. Takkan iols pakai Honda Accord plak? 
I is tak mampu. Hahaa~ ;p



Pertama kali isi minyak full tank lepas harga minyak naik. 
Biasanya dalam RM60 ++ jer. 


Sebenarnya bukanlah betul2 full tank nih. Sebab minyak bukan betul2 kering. Bila dah minyak dah berkelip tu aku dah on the way balik rumah dari tempat keje, siap pegi Tesco lagi ngan Encik Suami. Pastu malamnya baru pegi isi minyak. Sepatutnya kalau betul2 full tank, RM84 ea? Lebih kurang la tu.

Bila harga minyak naik ni, ramai yang marah. Aku? Marah lah. Tapi nak buat camane. Tapiiii..... lagi bengang bila orang tu buat pengumuman yang jumlah BR1M akan dinaikkan untuk tampung kesusahan rakyat la kononnya. 

Hellllooooooooooo??????? 

BR1M tu semua orang dapat ke? Iols yang tak layak dapat BR1M yang dengar ni memang sakit hati. Kalau kau ubah sekali syarat2 untuk dapat BR1M tu takpe lah. Haiihhh.... 

Tapi ada jugak orang yang cakap : dapat BR1M nanti boleh buat isi minyak untuk setahun. Ye dak? Hahahahaahh~ ;D



Yang ni lagi la menambahkan ke-bengang-an umat manusia. 
Hello sir, ape nk guna minyak ni kena tengok pendapatan ke? 
Setahu aku, budget untuk minyak ni depends pada penggunaan kereta/motor tu la. 
Bukannya kena set ikut budget.
Buat susah2 jer tolong kirakan budget penggunaan Ron 95 yer. Ish ishh.....



So sekarang ni memang kena extra berjimat. Budget untuk minyak dah kena naikkan. Kena menyimpan lagi. Tahun depan nk pakai banyak duit. Pindah rumah (rumah sewa jer), roadtax, Bali, baby (insyaAllah.amin....) dan sebagainya. Haih la...duit oh duit....



.

2 comments:

Rina Hamid said...

haah nini mmg bangang ke apa dorg ni. i pun xpuas hati psl BR1M tu. sbb laki bini xlayak. patutnya naik la gaji semua company dlm mesia ni kan. haih laaa. dah la lps myk naik pegi beli barang dapur rasa smua pun tiba2 jd mahal. hmmmphh

Nanie said...

enntry best penuh fakta. lagi2 tang yg list down jenis kereta dan full tank tu.

snyum je, pasghrahhhhh. haha