Sunday, December 20, 2015

Lombok Day 3 : Hotel Bumi Aditya & Senggigi Art Market

Assalam dear readers. Salam pagi Ahad.

Sambungan dari entri sebelum ni : Lombok Day 3 : Gili Trawangan to Senggigi. Entri 3 bulan lepas! Lol.

Mari menyambung balik kisah ke Lombok selepas 6 bulan bercuti ke Lombok. Hewhew~

Macam yang aku cakap kat entri lepas, kami naik teksi dari Bangsal Harbour ke hotel kami kat Senggigi ni. Tambang teksi dari Bangsal Harbour ke hotel kami ni kalau tak silap IDR170,000.

Hotel kami kat Senggigi : Hotel Bumi Aditya. Macam biasa, aku booking kat website Booking.com jer. Kami stay kat sini 2 malam. Sebelum tu dah stay kat Gili Trawangan selama 2 malam.
So kat bawah ni beberapa gambar yang aku sempat snap.


Ada model kecik kat atas katil. Hehee~ 
Tido dari dalam teksi lagi.
Kepenatan.








Ok la hotel ni. Selesa dan bersih. Ada swimming pool. Harga pun murah. IDR650,000 (RM190) untuk 2 malam, termasuk breakfast.

Cuma jauh ke dalam dari jalan besar. Kalau malam tu seram sikit la. Bukan seram hantu ke apa. Tapi sebab jalan gelap and takde lampu jalan. Semak samun kiri kanan + sungai kecik. Tapi hotel ni sebelah jer dengan masjid.

Sampai kat hotel, perut dah lapar. Tapi malas nak keluar. So kami order jer, diorang hantar kat bilik.

Dah petang sangat dah baru kami keluar. Pegi jalan2 ke Senggigi. Hajat hati nak tengok sunset jugak.

Kami sewa motor dengan hotel jer. Harga IDR125,000 (RM36) untuk 2 hari.

Hotel Bumi Aditya ni takde la jauh sangat dengan kawasan pantai Senggigi. Maksud aku, area center tu la. Tapi kalau nak jalan kaki, fuhh....penat jugak tu. Memang kena ada kenderaan.



On the way ke Senggigi.


Ni Hotel Bukit Senggigi. Ok jugak hotel ni. Betul2 tepi jalan besar.
Termasuk dalam senarai hotel yang aku nak book la.
Tapi aku tak book hotel ni, aku pilih Hotel Bumi Aditya. Hehee~


On the way. Sorry ler gambar blurr pulak.
Maklum la ambik gambar atas motor. Kamera pulak bukan canggih pun. hehee~


Kami ke sini : Senggigi Art Market.


Masa dalam perjalanan dari Bangsal Harbour ke Hotel Bumi Aditya tadi dah ternampak Senggigi Art Market ni. Macam menarik jer. Dah aim nak datang sini malamnya.

Tapi sebelum tu nak tengok sunset jer dulu. Pantai kat belakang Senggigi Art Market tu jer.


Matahari terbenam. Pantai Senggigi.








Waktu tu dah agak lewat. Matahari pun memang dah terbenam. So ambik gambar sekejap jer pastu pegi jalan2 kat Senggigi Art Market pulak.


Ada bermacam-macam jenis souvenir kat sini.



Fridge magnet kat sini agak mahal la bagi aku. So aku tak beli.
Nanti survey kat tempat lain pulak.


T-shirt pun banyak kat sini.
Harga jauh lagi murah berbanding dengan kat Gili Trawangan.


Gelang mutiara.
Orang yang jual tu bersungguh la cakap mutiara tu asli.
Siap nak bakar lagi sebagai bukti.
Percaya ke tu mutiara asli? Hehee~


Jalan2 cuci mata jer. Tak beli apa-apa pun.


Then tengok persembahan kebudayaan.


Budak botak ni melopong jer tengok. Hahaa~



Seladang ke lembu?


Tapi kami tak tengok sampai habis pun persembahan kebudayaan tu. Lepas tu kami pegi survey pakej untuk ke Pantai Kuta. Atau lebih tepatnya, Sasak Tour.

Ejen yang pertama kami survey, letak harga IDR750,000. Terkejut beruk mak! Hahaa~

Then kami pergi kat ejen ni :




Dapat harga IDR550,000. Ok la tu. So kami terus book jer. Pagi esok pak supir akan datang jemput kat hotel. Sasak tour tu start lebih kurang pukul 9pagi hingga 3petang.


Dah setel book pakej tour. Nak pegi cari makan pulak.


Kami makan kat restoran ni.
Lombok Resto.




Dalam restoran.


Depan restoran ni ada satu lagi restoran.
Tapi aku dah tak ingat dah namanya. Haha~
Nanti kalau aku ingat, aku update yer.


Budak botak ni tak boleh duk diam.
Bertabah laaa.....




Ayam Taliwang wajib ada! :)


Sebelah restoran ni ada kedai jual mutiara.


Lepas dah kenyang, kami terus balik. Takde jalan2 lagi dah. Masing2 dah penat.



Ni jalan (lorong?) masuk ke Hotel Bumi Aditya dari jalan besar.
Agak gelap, kan.



Suasana hotel di waktu malam >>>>










Ok, tu jer untuk entri kalini. Lain kali aku sambung lagi. InsyaAllah.

Entri ni pun berminggu aku duk taip. Taip sikit2. Sibuk ngan hero kecik. Pantang nampak ibu dia on laptop, mula la dengki. lol.
Thanks for reading! :)  
  
.

Thursday, December 3, 2015

Hello December.

Salam dear readers. 

Dah masuk bulan Disember dah. Pejam celik pejam celik dah nak tinggalkan tahun 2015 dan dah nak masuk tahun 2016. 





Annddd....pejam celik pejam celik dah 3 bulan aku tinggalkan blog ni. Haritu bukan main lagi bersemangat nak update blog. Haha~ Maklum ler haritu jadi surirumah tangga sepenuh masa. Tapi sekejap jerla. Then start keje balik. Bila dah keje and jadi ibu bekerjaya ni, lagi la tak sempat nak update blog. Ohh...tapi masa jadi surirumah tangga sementara dulu pun busy jugak. Sape cakap surirumah ni duduk rumah boleh goyang kaki jer, duk tengok sinetron jer? Lol.

Bila dah start keje ni, mana nak uruskan anak lagi, nak uruskan rumah lagi. Balik keje dah penat. Layan anak, bagi susu, nak tidurkan dia. Kadang2 nak tidurkan anak, tapi dengan maknya sekai tertidur. Bukan kadang2. Tapi memang selalu sangat. Hahah~

Pastu kena prepare barang-barang anak untuk ke taska esok hari. Esoknya awal2 pagi dah kena bangun masak utk diri sendiri and suami, masak bekal anak ke taska. Then siapkan anak pulak. Nasib baik Encik Suami banyak tolong bab uruskan anak tu. 

Ok2....orang lain pun jadi ibu & wanita bekerjaya jugak. Boleh jer uruskan semua, kan. So tak boleh nak merapu lebih2 sangat.Ni bukan lah merungut. Just share experince jer. Gituuu~

Entri Lombok pun sampai separuh jalan jer. Daya ingatan pulak makin hari makin lemah dah ni. Lol.  InsyaAllah ada masa nanti aku sambung lagi. Yang buat makin lambat (dan malas) tu sebab gambar banyak sangat. Nak kena pilih, resize and letak watermark. Baru jer on laptop, anak dah sibuk nak join tekan2 keyboard jugak. Ishh2... macam mana ibu dia nak update blog.
Ramai yang bertanya pasal trip ke Lombok, pasal tips2. Tapi belum ada kesempatan nak update.

InsyaAllah akan ku cuba curi masa untuk blog ni. Pada yang tinggalkan komen pertanyaan, harap ampun kalau reply lambat or tak sempat nak reply, ok. ^_^ 


Thanks for reading~ 


.