Saturday, October 22, 2011

Breakfast at Kluang Rail Coffee. Dah halal, ok.

Minggu lepas (Rabu, 12.10.2011) aku pegi Pejabat Tanah Daerah Kluang. Ada land equiry, i.e. urusan kerja la. Ni first time aku pegi PTD Kluang. Siap tengok Google maps lagi sebelum pegi sana. Tapi bila dah sampai, pusing2 jugak. Huhuu~


Lepas settle kerja kat Pejabat Tanah, singgah kat Kluang Rail Coffee, kat Stesen Keretapi Kluang.


Dulu kecoh ngan isu tak halal, kan. Lepastu Jabatan Agama Islam Johor menjalankan operasi penyamakan kat cawangan Kluang Rail Coffee. Walaupun penyamakan bukan satu proses untuk memohon sijil halal, tapi at least boleh kurangkan rasa was-was orang ramai dan customer kedai kopi tu.





So, dah alang2 aku sampai kat Kluang, singgah la kat kedai kopi tu. Lagipun dekat jer ngan PTD. Walaupun sorang2, pedulik hape aku. Makan tetap makan. Walaupun kena makan sorang2.



Dari luar. 
Ada jugak customer muslim time tu. 




Kat dalam kedai.



Sijil halal dipaparkan kat kaunter. 




Meh kita zoom~ 



(Klik gambar untuk imej lagi besar) 
Haa...dah dapat sijil halal ea. 



Bagi yang masih was-was ngan status halal Kluang Rail Coffee ni, boleh check kat Direktori Halal Jabatan Agama Johor. Klik KAT SINI dan search "Kluang Rail Coffee" (mukasurat 7). Few months lepas kecoh isu tak halal, diorang dah dapat sijil halal. Tapi Kluang Rail Coffee cawangan Plaza Kotaraya takde pulak kat senarai tu, kan.




So, ape lagi. Aku order la makanan. Dah lapar giler time tuh. Masa tu around pukul 11am. Ni bukan lunch, tapi breakfast. Breakfast pukul 11pagi? Uhuu~





Nasi lemak. 



Sikit jer nasik lemak ni. Memang tak kenyang kalo makan sebungkus jer. Takpe la kan. Lagipun time tu nasi lemak dah tinggal sebungkus jer. Masa aku tengah makan nasi lemak ni, ada sorang makcik datang & nak makan nasi lemak jugak. Tapi dah abes dah. Kesian la pulak kat makcik tu. Sebab the last nasi lemak dihabeskan oleh aku yang tengah lapar ni. Ishkk~ aku ni bukan boleh tengok orang tua camtu. Cepat kesian. -.-



Roti bakar. 
Oh my, ini sangat sedap.
Seriously rasa macam tak cukup 1 keping nih. -.-



Kopi ais. 




All these cost me only RM3.70. Murah je,kan. Murah + sedap!


Actually ni kali kedua aku pegi makan kat sini. Kali pertama pegi tahun lepas. Kebetulan masa tu pegi wedding kawan kat sana. Member2 bawak la pegi makan kat kedai kopi tu. Masa tu belum timbul isu tak halal tu. Erk~




.

2 comments:

! ✿nur hidayah✿ ! said...

waaa sedapnyee makan...
sys i've done followed u..
follow me back kay :)

-http://missheedalalola.blogspot.com

Lieyana Ahmad said...

huaaaa, lapaaa nyeerrr. . mmg best lah roti bakar ngn kopi. . nsi lemak. nyummy2.nakal taw post cengginih. mnaikkn nafsu makan. hahahaha . xD