Monday, May 14, 2012

Kluang Rail Coffee & Ayer hitam.

Hari Khamis lepas, outstation ke Kluang. Encik Tunang tengah cuti & dia balik JB. So, dia temankan.


Yeeaaayyyy~ dah lama tak ber-outstation ngan Encik Tunang. Teringat zaman susah dulu. Takde lesen, takde kereta. Masa tu Encik Tunang la yang tolong hantar pegi sana sini, pinjam kereta akak dia.


Sekarang alhamdulillah...walaupun takde la senang sangat, tapi ok la sebab dah ada kereta sendiri. Senang sket, sebab keje aku ni memang sentiasa kena outstation.


Masa sampai kat tol Skudai, orang PLUS tengah agihkan air botol.




Rezeki harini.
Tapi air berkarbonat la pulakk~
Aku tak suka minum air bergas. -.-



Lepas habis kes, pegi lunch kat Kluang Rail Coffee. Sebab Encik Tunang tak pernah makan kat situ, tu yang aku bawak dia pegi sana. Hajat hati nak bawak pegi Kluang Rail Coffee yang kat stesen keretapi tu. Tapi tutup pulak. So, kitorang pegi kat cawangan lain pulak, yang dekat dengan Jalan Pejabat Kerajaan (dekat round about).







Kopi susu ais.
Satu kemestian!



 Roti keping bakar.
Satu kemestian jugakk! ;p
Sangat rangup & yummyyy~



 Spagetti bolognese.
Aku punye.



Spaghetti with chicken & mushroom.
Macam lebih kurang jer ngan spaghetti aku, kan?




Ok, spaghetti ni sangat berminyak! Berkilo2 lah lemak kitorang ternak haritu. Erkkk~ [x_O]


Rasa spaghetti ni pun agak kureng la bagi aku. Then sempat beli 2 paket serbuk kopi. 1 paket untuk kakak aku kat kampung. 1 paket lagi untuk bakal ayah mertua. ;p


Then singgah kat Ayer Hitam. Beli few things untuk wedding nanti.




*p/s : lagi 18 hari ke hari itu. banyak lagi yang tak siap ni. ya Allah...permudahkan lah segala urusan kami.



.

No comments: