Showing posts with label laptop. Show all posts
Showing posts with label laptop. Show all posts

Friday, December 23, 2011

goodbye Hello Kitty, welcome pinky.

Entri semalam aku duk sedih laptop aku rosak. Harini lepas kerja, terus pegi beli laptop baru. Wahh...kemain pantas lagi kan.


Kenapa aku memilih untuk beli yang baru, instead of repair yang rosak tu? Ada banyak sebab. 


Firstly, sebab laptop lama tu dah lama giler. Maybe 5 tahun kot. Since aku belajar kat UKM. Aku rasa masa aku tahun 2. Tak pun masa semester 2 tahun 1. Aku rasa 5tahun tu dah cukup "tua" untuk laptop. So, memang dah agak nazak la laptop ni. 


Kedua, sebab dah banyak kali rosak, banyak kali repair, sampaikan aku pun dah takde mood nak repair lagi. Motherboard dia pernah rosak masa aku study dulu. Dah pernah tukar. RM700 lebih jugak tukar motherboard masa tu. Sekarang motherboard rosak lagi & kena tukar lagi? Huh. 


Ketiga, memang aku dah plan nak beli laptop baru. Sebab laptop ni dah agak lama, dan aku dah agak tak lama lagi innalillah ler laptop nih. Tapi tak ku sangka secepat ini. Hukhukk~ T_T


Dan sebab musabab yang membolehkan aku beli yang baru, mesti la sebab bonus baru masuk. Baru jer masuk, dah keluar balik. Huwwaaaaaa~ T_T





Heyyy....mana boleh takde laptop. Susah hidup aku nanti. Macam2 kerja yang nak kena buat. Mesti kena ada laptop. Kan?? 


So, aku malas nak fikir panjang sama ada nak beli ke tak. Malas nak pening2 lagi. So ini lah dia.....


goodbye hello kitty. 
welcome pinky. ^_^ 



OMG, you are soooooo PINKKKK!!!



and i'm soooooooo in love with you~  ^_^ 



Alumimium tough. I loike~




Dan free giftnyer.....


Beg.
Macam biasa, kalo beli laptop mesti dapat beg, kan. 


Hamper! 
Owh, first time dapat hamper macam ni.



Macam2 ada. 
Headphone, set skru, keyboard cover, mouse, cooling fan, LCD cleaner, and look...a Hello Kitty mouse pad. ;)



Actually aku tengok risalah laptop ASUS ni masa tengah tunggu amoi tu check laptop aku yang rosak semalam. Sekali pandang, terus jatuh cinta ngan laptop ni da... *errr..pernah ke aku tak jatuh cinta ngan barang2 berwarna pink nih? -.-'


So, ape lagi. Harini lepas keje terus aku pegi Danga City Mall & beli laptop nih. Takde nak survey2 dulu. Muahahaa~ Beli laptop macam beli keropok lekor jer. Nampak keropok lekor jer terus beli. Aku kan suka keropok lekor. Err...apa kaitan ngan keropok lekor nih. Ok fine.


Now hepi giler dah dapat laptop baru. Pink pulak tu. Macam yang aku duk mengidam selama ni. Rasa hepi macam kanak2 dapat lolipop. Atau kanak2 dapat cotton candy? Err...tapi bila terkenangkan $$$, terus rasa DOWN. *abes lah bonus.* 


Pengsan. 




Ok bye. 


Nak bersuka ria ngan new pinky lappy. ;p 



.

Thursday, December 22, 2011

Laptop rosak lagi. =(

Masa sampai rumah lepas balik keje tadi, macam biasa aku on laptop.Tapi tak boleh on! 


Ok, memang nerveous. Aku try berkali2. Try cabut charger. Pasang kat plug lain. Try berkali2. Memang tak boleh on!! 


Huargghhhhh....rosak lagi ke??? 


Terus aku bawak pegi klinik. Eh, silap. Bawak pegi kedai. Amoi tu try test (erk? try test?) 


Amoi tu cakap motherboard yang rosak. Kalo nak repair, dalam RM300 ke RM500 jugak la. 


Motherboard rosak lagi??? Masa aku study kat UKM dulu, dah pernah rosak camni jugak. Time tu kena tukar motherboard. Around RM700 plus duit terbang. 


Sekarang selepas beberapa tahun, rosak lagi motherboard tu. Huwaaaaa..!!! T_T


Dan sekarang aku rasa macam dah takde mood nak repair. Lagipun laptop ni memang dah nazak dan dah banyak kali rosak. Macam2 yang rosak







Yerlah, aku beli laptop ni masa aku tahun 2 kat UKM. Dah lebih 5 tahun la rasanya. 



Hmm....kena beli yang baru ke ha? Camane? Pening kepala aku nih. Tulunnnn..!!!! -.-'

Sunday, January 16, 2011

laptop buat hal. ada la alasan tak update blog

Salam & Hello bloggers.

Dah 5 hari tak update blog. Keyboard laptop aku nih dah nazak sangat dah. Still boleh guna, tapi masyaAllah…punya lah susah nak menaip. Sejak repair haritu, dah teruk. Tapi aku redha jerla. Lepastu ok la sket. Sekarang dah teruk balik. Huruf “y” asyik nak muncul jer kalo aku menaip, walaupun aku tak tekan key “y”. Kalo aku tekan, tak muncul plak. So, kalo menaip, memang terpaksa edit2 balik. Buang semua lebihan huruf2 yang ada. Contoh ayat yang aku tak edit :


Wahyaiy laptop, kenyapa awak buat hyal macam niy? Tau tak saya dahy banak hyabiysykan duiyt untuk reypaiyr awak syeylama niy? Awak tak keysyiyan key kat saya? Key awak nak saya belyiy laptop laiyn dan tiynggalkan awak?



Huahua. Dah macam terencat pun ada. Haha~ korang paham tak apa yang aku mengarut nih? Setelah di edit….





V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V



Wahai laptop, kenapa awak buat hal macam ni? Tau tak saya dah banyak habiskan duit untuk repair awak selama ni? Awak tak kesian ke kat saya? Ke awak nak saya beli laptop lain dan tinggalkan awak?


Sekarang dah paham?

Kalo aku tekan key ENTER pun huruf “y” akan muncul. Kalo lepas huruf “y” tiba2 muncul dan aku tak terus tekan huruf lain, maka huruf itu akan terus muncul sampai berjela2. Contohnya :-

Wahyaiyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyya


Huuiiiiiii…giler lah. Tu aku just nak taip “wahai” jer. Aku tekan key “a”, baru la kegilaan tu stop.

Saket hati, kan. Bayangkan kalo nak menaip, brape lama masa yang aku habiskan untuk siapkan satu entri? Bukan masalah masa nak menaip jer, masa start laptop ni pun ada bunyi kuat macam nak meletup. Dan banyak lagi masalah yang susah aku nak cerita panjang lebar kat sini.

Beberapa minggu yang lepas (lepas keluar "workshop"), ada masalah lain. Minggu ni, masalah key “y” plak. Minggu depan tak tau ape plak yang menanti. Wuwuwuwuwuuuu~~ xP

Si apek kat kedai tu cakap, keyboard dah rosak. Haritu pun dia cakap susah nak repair, dengan keyboard yang ber-problem camni. Bayangkan camane dia repair? Muahahahaa~~ Kesian kat apek tu. ;D









ni la masalah yang dihadapi sebelum hantar repair haritu.
Takleh nak ON.
Dan aku tau apa punca dan penyebabnya.
Redha jerlah. xP



So, kalo nak repair, kena tukar keyboard. Kalo nak tukar keyboard, kena caj RM160. Wuwuwuuwuuu~~~~ Dah banyak tau duit abes untuk repair laptop ni. Dua tahun lepas, motherboard rosak. RM700 lebih gak melayang. Beberapa bulan lepas, rosak lagi. Awal bulan ni baru aku bawak pegi repair. Beberapa keping gak uwang aku melayang. Keyboard ni pun sepatutnya aku repair masa awal bulan aritu, tapi disebabkan bulan ni aku banyak nak pakai duit, so terpaksa la rilek dulu bab tukar keyboard ni. Cuba untuk alirkan budget ke perkara yang lebih penting. *di mana minggu depan akan nampak hasilnya.takleh sabar dah ni.kih kih kih~ ;p









wahai laptop, ape gunanya awak comel tapi asyik menyakitkan hati saya jer?
Ok2, aku tetap bersyukur sebab walaupun keyboard ada masalah, aku tetap boleh online dan menaip, walaupun dengan perasaan macam nak kena sawan. xP



Tapi laptop nih memang dah lama sangat berbakti dan berjasa kat aku. Sejak aku kat zaman universiti lagi. Dah 5 tahun kot. Memang patut lah saket camni. Nak beli laptop baru ke? Blom ade rezeki lagi kot.

Itu lah sebab aku malas nak menaip entri dan update blog. Just blogwalking jer sikit2. sobsob. T_T

Haha~ ade jgak la alasan untuk aku tak update blog. Betol lah ni. Tak tipu pun. :|



*p/s : sabor jerlah.


.

Monday, January 3, 2011

byebye Toshiba lappy | ada ke orang tido macam ni?

Yesterday. Sunday. Went to my sister's house at Taman Delima 2. Nothing much to say. Mood tak ok sekarang ni. Tambahan plak, laptop ni masih belum pulih sepenuhnya.

Okay2, aku cerita sket. Aku pegi umah akak aku sebab nak hantar laptop. Laptop ni aku dah pinjam dari akak aku sejak beberapa bulan yang lepas. Dah 2 bulan kot. Sebab laptop aku dah rosak (untuk kali kedua). Haritu aku cakap nak pinjam kejap jer. Tapi ter-lajak la plak. Bukan ape. Laptop aku masih belum repair.

So, weekend haritu terpaksa la pegi me-repair laptop yang dah 5 bulan lebih rosak. Dah keluar dari "workshop", tapi laptop nih masih tak ok. Dah repair hard disk (dia betulkan software kot), dah format. Pastu keyboard plak kena tukar. Tapi tang keyboard tu tunggu la dulu. Lain kali baru aku tukar. Kena RM160 tu kalo nak tukar keyboard. Tengok la, kena survey2 dulu tempat lain. Mana tau kalo dia caj mahal ke. Dia cakap RM160 tu dah murah, kira special price la tu dia bagi aku. Eleh~ ntah boleh caya ke tak. Tak semudah itu aku terpedaya.

Lagipun kedai tu bayaran2nye agak mahal berbanding ngan kedai lain. Format laptop RM65, sedangkan kedai lain selang beberapa pintu dari situ RM60 jer untuk format. Backup dokumen kena caj RM10. Pastu masa dia repair hard disk, aku ada kat sebelah dia. Bukan susah pun. Dia scan dulu, pastu ape ntah dia godeh2 kjap jer. Camtu pun dia caj RM30. Huiihhh~~ mentang2 la dia terer, dan aku plak memang buta IT, kemain lagi dia caj.

Tu yang aku taknak tukar keyboard kat tempat dia. Sekarang ni, tersangat lah seksa nak online, nak blogwalking, apatah lagi nak menaip. Memang seksa. Kadang2 ok, kadang2 memang boleh buat aku saket jiwa! Nak taip satu entri jer makan masa berjam2 kot. Memang takde mood langsung nak taip2 entri.

Nanti la lepasni baru aku repair. Atau mungkin aku perlu beli komputer baru? Tak perlu pakai laptop ni lagi? InsyaAllah...laptop ni pun dah nazak sangat dah. wuuuu~~~ ;'|


laptop Toshiba kepunyaan kakak ku yang telah banyak berjasa selama 2 bulan ni.
telah selamat dipulangkan kembali ke pangkuan tuan punya. huhuu~~ :{



heyya! watcha doing?




facebook-ing?




Owhh...main game.





and few hours later...

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=






10.52 pm.
Guess what? He's sleeping.
Ada ke orang tido macam ni? muahahaa~ ;DD
(nak tido kena pakai pampers. muahahaa~ ;D)



Terhibur melihat telatah budak mulut becok nih. Pot pet pot pet tak abes2. ;D



.