Saturday, December 18, 2010

Nikon semi-pro sebijik!

Semalam ada Long-call kat Mahkamah Tinggi JB. Memang la Long-call buat kat Mahkamah Tinggi jer, kan. Mana ada kat Mahkamah lain. Kepada sape2 yang tak tau Long-call tu ape, sila klik kat sini (Chambering) dan kat sini (Long-call).

Ade 4 chambering student yang Long-call, dan salah seorangnye chambering kat firma aku few months ago. Master dia bos aku. Kebetulan semalam memang turn aku pegi Mahkamah. Ada kes kat Mahkamah Sesyen. Ingatkan nak pegi la tengok Long-call diorang lepas abes semua kes. Coz Long-call tu depan Her Ladyship Yang Arif Puan Supang Liang. Wah~ tak pernah tengok plak Long-call depan dia. So, teringin la jugak nak dengar apa nasihat dia kat budak2 4 orang tu kan. Ade sebab la aku nak tengok dan dengar apa nasihat dia. Tapi tak boleh dedahkan kat sini. Bahaya! Kehkehkeh~ ;p

Tapi tak sangka la plak boleh stuck lama giler kat Mahkamah Sesyen tuh. Banyak sangat ke kes kat sini? Menyampah betul menunggu lama2 camnih. Lepas abes kes & lepas semua keje aku dah settle, aku pegi la kat Long-call tu. Around 11.00 a.m camtu. Tapi masa tu Long-call depan mahkamah terbuka dah abes dah. Tunggu makan jer. Ok tak kesah. Perut aku pun dah menyanyi2 lagu heart broken time tu. Eh, ape plak tiba2 heart broken nih? (O_x)

Pastu masa kat luar mahkamah terbuka tu, ade la sorang mamat nih. Mungkin ahli keluarga atau saudara kepada salah seorang yang Long-call time tu. Aku nampak dia pegang camera, sebijik ngan camera yang aku berkenan masa aku pegi PC Expo haritu!

Perasaan aku masa tu..."Awak awak! saya berkenan kat kamera awak. saya pun suka camera ni! awak beli berapa? berapa megapixel? ok tak kamera ni? boleh saya tengok?"

Tapi takkan lah aku ni muka tak tau malu plak nak gedik2 camtu kat orang yang aku tak kenal. Nanti mesti dia ingat aku ni otak tak betul. Dah la mamat tu boleh tahan gak ke-handsome-an beliau. Eh eh? Tetiba gatai? Gurau jer ok.

Tapi serius lah. Memang aku jatuh cinta pandangan pertama kat kamera tu masa first time tengok kat PC Expo kat Persada Convention Centre 2 minggu lepas. Masa tu aku just nak survey2 + beli external hard disk jer. Bila dah dapat & dah beli external hard disk yang aku berkenan, rasa gatal la plak kaki ni nak merayap2 lagi kat Persada tu, & survey2 gadget2 yang ada.

Singgah la kat booth Nikon. Berangan jap macam nak beli DSLR. Macam la ter-lebih mampu. Pastu terpandang kat satu kamera yang kecik + comel * tapi takde kaler pink ;p

Ape lagi, godeh2 la. Sales-boy tu yang tolong godehkan untuk aku. Puas la dia promote kat aku. Aku cuma mendengar dengan penuh minat. Memang aku sangat berminat. Harganya pun takde lah mahal sangat berbanding ngan DSLR. Yerlah, dah tentu la ni semi-pro jer. RM799 kalo tak silap aku. Tapi tak terjangkau akalku untuk membelinya hari kejadian tuh. Kalo aku beli jgak, abes lah bajet aku untuk bulan nih.

Aku dah tak ingat apa model kamera tu. Tapi lebih kurang (mungkin sebijik) dengan yang ni...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

v




Nikon CoolPix P6000.
looks simple, kan. tapi ok la bagi aku.



Bagi aku, sesuai la kamera ni dengan aku. Kecik, boleh letak dalam beg aku yang kecik kalo nak pegi mana2. DSLR kan besar *cuba sedapkan hati. Sesuai juga untuk orang yang baru nak berjinak2 dengan camera canggih macam aku nih. Aku kan buta gadget *sadis. Harga pun ok berbanding ngan DSLR. Cuma mungkin function kurang sket kalo nak dibandingkan ngan DSLR yang gempaks tu, kan.

Tak termampu plak aku nak mengidamkan DSLR. Eh, mengidam tu boleh. Cuma kalo nak memilikinya tu, mungkin agak susah *bukan mustahil. Mungkin makan masa berbulan2, tanpa boleh shopping2, tak boleh enjoy2 dan perlu mengikat perut. Yerlah, aku ni orang susah. Kalo nak ape2, semua kena berusaha sendiri. Dari pakaian, kasut, mekap, makan, tengok wayang, lesen, kereta, semua la *eh, kereta belum lagi ;p. Semua sendirian berhad, ok. Tak macam sesetengah orang yang senang2 jer dapat sponsor dari pa-ma. Semua nak mesti dapat. Awak semua sangat bertuah ok. Sedih nasib saya nih. Ok dah.

Okay, sila lupakan angan2 untuk memiliki DSLR. Mari kita mengidam untuk memiliki Nikon semi-pro yang comel *macam saya* pula. ;p


.

No comments: