Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

Meatball Abang Burn


Hello dear readers.

Dah lama aku duk teringin nak makan meatball abang burn. Menu baru kat Burger Bakar Abang Burn. Eh, takde la baru sangat sebenarnya. Dah lama dah. Aku jer yang baru nak try. ;p

Sebelum ni dah baca macam2 review. Ada yang cakap sedap, berbaloi. Dan ada yang cakap so so jerlah rasa dia...

Jadi, aku pun teringin jugak nak makan. Dah lama cakap kat Encik Suami : "nanti kita pegi makan meatball abang burn ea". Tapi tak jugak pegi. Hari Selasa 3 hari lepas, baru ada kesempatan pegi Burger Bakar Abang Burn, kat B.Point. Lepas keje, Encik Suami ambik aku & terus merempit pegi B.Point.

Mine. Meatball. Finally.... ;)


Encik Suami order burger leleh jer.
Nak try yang biasa pulak katanya. Sebab sebelum ni dah try yang extra cheese.



Ramai jugak orang kat sini. Hampir penuh.


Rasa meatball ni ok la. Meatball dia best, memang terasa juicy. Tapi tekak aku macam tak boleh terima sauce dia. Macam masin sangat. So, a bit dissapointed la. Tak tahu lah pendapat orang lain camane, tapi ni yang tekak aku rasa la. Lain orang lain citarasa, lain selera. kan?

Tapi meatball dia besar2. Homemade. RM9.90 ada 10 biji, ada kentang. Tak larat aku nak habiskan. Paksa Encik Suami habiskan. Kiranya puas hati la makan. Kenyang kot.



.

Sunday, February 10, 2013

Nasi Kerabu Ketereh

Last Tuesday aku ada kes kat Mahkamah Rayuan Putrajaya. Lepas dah habis kes tu, terus gerak ke rumah Encik Suami, kat Banting. Kebetulan Encik Suami dah start cuti, so plan kami, kami bertolak balik ke JB sama2. Dah petang sikit baru gerak balik JB. 

Sebelum balik tu singgah Salak Tinggi untuk cari makan kat Restoran Nasi Kerabu Ketereh. Sebab beberapa hari sebelum tu dah terbaca kat blog Ben Ashaari pasal restoran ni. Iols kan suka sangat ngan Nasi Kerabu nih. Ape lagi, iols ajak ler Encik Suami terjah ke sana. ;)


Nasi Kerabu.

Lauk2 kami. 
Aku ambik ikan bakar. Encik Suami ambik ayam percik.
Oh, ayam percik kelate memang menyelerakan. 


Nasi Kerabu kat sini boleh tahan sedap. Tapi nasinya agak sikit. *ke sebab kitorang ni memang makan banyak? ;p 

Dan aku agak kecewa sebab takde daging bakar ngan solok lada. Eh aku tak tahu la korang panggil apa benda alah tu. Tapi kalau kami kat pantai timur, panggil benda tu solok lado. Alahh...cili besar yang ada inti kelapa+ikan kat dalam tu. Aku pun tak reti nak explain camane. -.-' Tapi kalau aku makan nasi kerabu, mesti dan wajib dan kena ada solok lado tu. Baru la rasa lengkap. ;)

Rupa2nya, tokey kedai ngan anak2 buah dia orang kelate. Ape lagi, kecek kelate la kawe ngan tokey dia. ;p


 Akhirnya jumpa jugak kedai ni, kan. ;p



.

Friday, January 4, 2013

Weekend

Weekend. Setelah almost 2weeks Encik Suami bercuti, tiba la masanya beliau balik ke Selangor. Pegi hantar dia kat Larkin. Dua minggu terasa seperti 2 hari. Sobs~ T_T 

Andddd.....sebagai isteri yang baek hati dan pemurah,,,,,, me.....telah meng-treat-kan beliau. *padahal malas nak masak? ;p* 

Dan beliau telah memilih Pizza Hut. 

*giteww. skema betol ayat aku* 

Ok, sambung. Huk alohh....Pizza Hut jer suamiku? No hal lah. ;p 



Laki bini pakai spek. ;p


Di penjuru kiri itu adalah E-Cigarette. Encik Suami dah mula hisap E-Cigarette, instead of the real rokok. Hopefully dapat la Encik Suami stop smoking. Amin.... ;)



 Soup. 



 Garlic bread. 


 Spaghetti Bolognese meatball.
2 ketul jer meatball? -.- 


Aku sempat tanya Encik Suami, ok tak spaghetti bolognese kat sini. Mana lagi best ngan spaghetti bolognese yang aku masak. Surprisingly Encik Suami cakap lagi best yang aku masak. *ok, jgn nak menyampah dulu. sila bersabar*

Katanya, boleh makan banyak. Meatball pun boleh makan seberapa banyak yang kita nak.

Ok, jangan nak perasan sangat. Aku mana pandai masak spaghetti bolognese. I mean, sos dia la. Sos spaghetti bolognese yang aku buat tu aku pakai sos prego jer. kehkehh~ ;D



 New Orleans Drumettes. Yummy~ 
Saya suka ayam. Dan saya suka peha ayam.


 
Cheesy 7 Pizza.
Crunchy Tempura King Prawns. 
Best!


And i loveeeee cheese.


Semua ni kami makan kongsi2. End up, tak habis dan kena tapau bawak balik rumah. Sebab terlalu kenyang. Tak mampu ditelan lagi. Perut dah tak mampu nak menahan isian makanan. Erk. tu la, tamak sangat kan.  -.-

Lepas makan, beli tiket bas, pusing2 sekejap kat Larkin tu. Pastu Encik Suami dah kena naik bas. Sobs~ T_T 



.

Monday, December 31, 2012

Movie : The Hobbit - An Unexpected Journey


Last Friday. Eh, Jumaat 2 minggu lepas kot. Tengok movie ngan Encik Suami. Dah lama duk tunggu nak tengok movie The Hobbit ni sebenarnya. Tapi takde masa yang sesuai. Sebab movie ni lama sangat duration dia. 2 jam 49 minit. Hampir 3 jam.

Sebelum tengok movie, meh isi perut dulu. Makan kat Nando's. Tetiba jer teringin nak rasa sos peri-peri Nando's. Nasib baik Encik Suami nak layan. Kalau tak? Goreng lah ayam kat dapur sendiri, pastu cicah la ngan sos Nando's yang beli kat Giant tu. Kat rumah dah ada sebotol sos peri-peri. Tapi nak jugak makan kat Nando's. Yerlah, mana sama ayam kat Nando's ngan ayam goreng kat rumah. Kan kan kan? ;p


 Harap maaf. Kualiti gambar tidak seberapa. ;p


Mine. and his.


Hot for me. 


Extra hot for him.


Licin...... 
Dah makan tu boleh termenung pulak, kan. ;p



Perut dah kenyang, jom tengok wayang.



Trailer.


The Hobbit ni sebenarnya prequel kepada movie Lord of the Ring. Synopsis :-

Bilbo Baggins is swept into a quest to reclaim the lost Dwarf Kingdom of Erebor from the fearsome dragon Smaug. Approached out of the blue by the wizard Gandalf the Grey, Bilbo finds himself joining a company of thirteen dwarves led by the legendary warrior, Thorin Oakenshield. Their journey will take them into the Wild; through treacherous lands swarming with Goblins and Orcs, deadly Wargs and Giant Spiders, Shapeshifters and Sorcerers. Although their goal lies to the East and the wastelands of the Lonely Mountain first they must escape the goblin tunnels, where Bilbo meets the creature that will change his life forever ... Gollum. Here, alone with Gollum, on the shores of an underground lake, the unassuming Bilbo Baggins not only discovers depths of guile and courage that surprise even him, he also gains possession of Gollum's "precious" ring that holds unexpected and useful qualities ... A simple, gold ring that is tied to the fate of all Middle-earth in ways Bilbo cannot begin to know.


Penat tak nak baca? Meh aku ringkaskan. Movie ni mengisahkan seorang (eh, seorang ke) hobbit bernama Bilbo Baggins yang terpaksa-rela ikut satu pengembaraan untuk menyelamatkan Dwarf Kingdom of Erebor dari naga Smaug. Semasa pengembaraan ni la Bilbo Baggins jumpa Gollum ngan "precious" ring yang magic tu. *eh magic la kan.


Panjangnyer kontrak. Hewheww~


"I'm going on an adventure!"


 Perkampungan the hobbit.
Source : here

Batu2 berlawan.
Cool! dan mendebarkan.
Source : here


Gollum. Seram ok tengok ekspresi muka Gollum ni.
Tapi syok tengok diorang main teka teki.


Overall, movie ni tersangatlah best. Serius, tak sabar nak tunggu sambungan ceritanya, yang tak tahu bila akan keluar.

Tapi duration movie ni sangat panjang (2 jam 49 minit), sampaikan punggung rasa sakit semacam, dan aku pun tak senang duduk. Asyik kena tukar posisi duduk jer. -.-


 First look of Bilbo in second film.
Source : here


So pada yang belum tengok lagi, cepat2 la terjah pawagam berhampiran. Memang best dan tak rugi tengok movie ni. Tak sabar nak tunggu sequel! *again*


.

Monday, December 3, 2012

Tuntut janji | Burger Bakar Abang Burn

Masa sakit gusi haritu aku ada update status ni. Then ada la orang tu janji something ngan aku.


Ewahh...
Bila dah berjanji, ofcoz la aku tuntut, kan.



So last week, aku pun tuntut la janji dia tu. Tapi aku tak mintak banyak. Burger bakar pun cukup la. Baek tak aku? hahaa~

Actually time pegi makan ni, belum buat operation gusi lagi. Tapi gusi dah baik, dah tak bengkak. Tapi Encik Suami kan cakap "nanti dah baik". So, dah baik la ni. ;p

Lagipun operation tu dah postpone ke tarikh lain. Lambat lagi nak tunggu tarikh tu. Kebetulan la haritu nak pegi tengok movie, ajak ler Encik Suami makan dulu and mintak dia tunaikan janji. ;p



 Burger Bakar Abang Bakar. Eh?
 
 
 
First time datang sini. Nasib baik jumpa B.Point ni. Sebelum ni selalu jer lalu tepi B.Point ni. Tapi tak perasan nama tempat. Kawasan ni kan sibuk ngan kenderaan yang baru keluar dari checkpoint kastam (dari Singapore). Takkan aku drive nak tengok pemandangan pulak. -.-
 
Aku tahu ada stesen minyak Shell jer kat situ. B.Point ni memang aku tak perasan.


Kami pilih burger daging. Cheesy.
Memang cheesy sangat, kan.
Melimpah ruah sangat, kan. Kan kan? *apehal*
Encik Suami sebenarnya nak order burger daging kambing.
Tapi nan hado.



 Encik Suami macam dah tak sabar nak ngapp~ ;p



Burger bakar kat sini best. Daging dia sangat yummy. Tapi aku lagi prefer burger bakar yang kat depan Giant Bukit Indah tu. Harga pun lagi murah. Tapi kalo compare daging dia, yang kat sini lagi sedap la.



 Ok, dah kenyang.



Epal susu yang berharga RM4.50.
Ni order kat kaunter lain yer, bukan kat gerai burger bakar tu. 



 And ini pulak harga burger bakar tu.
Mahal? Murah? Sedang2? Ok?
Errr....


See..its only cost you RM30 la husband. Untuk belanja your wife ni. Again, baek tak isterimu ini? *muntoh*

Lepas makan2, pecut City Square balik. Tengok wayang.



Akhirnya! :)
Review kat entry akan datang yer.


 
Ok bye.

Thanks for reading. ;)


.

Monday, July 23, 2012

Menternak lemak - Chop n Steak, Kampung Baru

Dua minggu lepas aku pegi KL ngan boss and 3 orang staff, ada meeting ngan client. Settle meeting around tengahari, pastu lunch kat situ. 


Then petangnyer, pegi Kampung Baru. Sebab boss nak ambik barang, i.e. cake i a jar yang orang kirim. Sempat lah makan kat Restoran Chop n Steak. 


Suasana kat restoran tu memang cantik. Tapi masa kitorang pegi tu masih siang. Kalo malam mesti lagi cantik. Ok, kita layan makanan dulu, pastu baru layan gambar suasana kat restoran tu. ;p




Mine. 
Lamb Chop yang sungguh-oh-yummy~ 
Tapi penat nak "melapah" daging dari tulang. 
Sampaikan aku yang paling lambat habis makan. -.-'




Aku tak ingat dah apa exactly nama air nih. 
Yang penting, air mangga @ mango. 




Mango dia memang betul2 mangga asli. Bukan sekadar air perasa mangga. Enaknya tak terkata. Memang full giler lah. Makan lamb chop lagi. Pastu minum air mango ni pulak. Minum air mango nih macam makan buah mango sebijik tu. Boleh bayangkan tak macam mana kenyangnyer? And baru jer pukul 2 makan tengahari dengan banyaknyer, pukul 5.30 makan lagi lamb chop nih. Omaigod.


Ni kita layan suasana kat restoran tu plak.




Dari luar.



Ada facebook lagi tu. 



Macam cottage pun ada.



Kapal!






Terkejut kjap aku tengok ada ikan dalam ni.
Keli afrika pulak tu. 
Besar tau. Panjang lebih kurang 1 meter.




Antik sungguh.




Itu jer gambar yang mampu aku snap. Macam yang aku cakap tadi, kalo malam lagi la cantik restoran ni. Tak caya, sila tengok kat facebook Chop n Steak.


Lepas makan, terus gerak balik JB. Disebabkan dah terkenyang sangat, masuk dalam kete boss, aku rasa macam nak terus terlelap jer. Nasib baik boss tak suruh drive. Camane nak drive ngan mata tak boleh bukak nih. Huhuu~



.

Friday, May 18, 2012

Beli jajan harga kilang.

Hari Sabtu lepas, teman Encik Tunang pegi sewa van untuk rombongan ke Terengganu nanti. Just book jer dulu, & bayar deposit. Jauh nun kat Pontian. Memang jauh. Nasib baik tak sampai betul2 kat bandar Pontian.


Lepas tu pegi beli jajan. Yer, beli jajan lagi. Tak habis2 beli jajan. Ada jer pertukaran last minute, nak bagi doorgift apa kat tetamu. So, ini lah pertukaran terakhir. Dah tak larat dah nak fikir pasal doorgift ni. Budget pun bukan banyak sangat nak bagi doorgift yang grand2. Ada yang dapat mug, ada yang dapat jajan jer.


Ok, tak payah nak meluahkan perasaan sangat. Straight to the story jer.


Sebenarnya kitorang nak pegi beli jajan kat kilang London Biscuit, kat Taman Perindustrian Desa Cemerlang. Then bila sampai sana, kilang tutup. Sebab hari Sabtu. Eh2, kilang pun ada off day jugak ea? Aku dulu pernah beberapa kali keje kilang, tak pernah ada off day pun.


Then pak guard kat situ cakap kat kilang tu takde jual jajan dia kat situ. Tapi dekat Mount Austin, depan Hospital Sultan Ismail ada kedai yang jual barang2 dia dengan harga yang murah. So, kitorang dengan harapan yang tinggi, pergi la menjelajah kedai2 kat Mount Austin depan hospital tu. Tapi tak jumpa pun. Hampeh betol. Ntah yer ke tidak apa yang pak guard tu. Nama kedai pun dia tak tahu. Nama jalan lagi la dia tak tahu.


Hampa lah kitorang. Dah la penat giler. Ngan perut berkeroncong lagi.


Pastu teringat yang aku pernah baca kat blog B2B mana ntah, pasal satu kedai dekat area Plaza Angsana, yang jual jajan murah2. Sebelum ni aku dah pernah cari. Tapi tak jumpa. Agaknya time tu kedai ni tutup kot.


Terus kitorang ke sana. Alhamdulillah jumpa jugak kedai tu. Excited giler ok bila jumpa kedai tu. Sebab kat kedai tu sangat banyak jajan! Murah2 pulak tu.


Tapi aku tak pasti apa nama kedai tu. Kat luar pun takde papan tanda nama kedai.





Dari luar.




 Jajan.



 Lolipop.



 Jajan lagi.



Harga pun sangat murah!



 Kek lapis Apollo. RM5 sahaja.




Memang harga kilang. Haritu aku pegi beli kek lapis ni kat kilang, harga dia sama macam ni la.




 Yang ni bes minuman. Agak murah jugak la.




 Durian Belanda? Ini sangat mengujakan aku.
Tapi tak beli pun. Sebab dah beli beberapa botol bes minuman lain untuk buat air minuman masa majlis nanti. Hehee~



Bes minuman perisa durian pun ada. Huaaa~ best! Lain kali mesti beli! ;p



 Tora datang lagi!
Nostalgia betul, kan. Teringat zaman budak2 dulu.




 Yang ni pun sama.
Ding Dang & Jojo.



 Gula2 arnab & udang.
Dua2 feveret aku. Especially gula2 udang tu.
Aku grab 1 bungkus gula2 udang tu. RM4.80.



 Coklat duit! Hohoo~



Kitorang beli Keropok Jagung Bin Bin, bes minuman, gula2, air kotak. Semua tu untuk majlis nanti. & gula2 udang, kacang parang kari untuk aku. Hehee~ ;)


Rasanya semua jajan dah cukup kot. Lepas ni dah tak payah beli dah. InsyaAllah..



Keropok jagung Bin Bin sangat best, ok!
RM4.50 untuk 1 plastik (60 pcs).

 


Air kotak.
RM16 kot untuk 24kotak. Ingat2 lupa. -.-'


Ok, ni peta lokasi kedai tu. Kat Jalan Dato' Muthuthambi, dekat ngan Plaza Angsana. Klik peta bawah ni untuk lagi jelas. Tak pun, korang Google jer lah peta & direction ke sana.









Lepas beli jajan, masing2 dah lapar tahap gaban. Sebab tak makan nasik dari pagi. Time tu dah petang dah. In fact, dah nak dekat malam. Dah hampir pukul 7. Hohoo~


Encik Tunang terus offer aku makan Roti Nan Cheese & Tandoori Chicken kat Restoran Syed, Taman Perling. Eh2, dah faham dah ape yang aku nak. Memang feveret aku tu. Hihii~







Encik Tunang makan Nasi Beriani. And aku pun sempat melantak Nasi Beriani Encik Tunang jugak. Ishh2...memang diet ke laut!


Lepastu pegi hantar Encik Tunang ke airport, coz dia dah nak balik ke Selangor. Sejak beberapa minggu ni Encik Tunang selalu balik JB, every 4 days. Banyak sangat perkara yang perlu di-settlekan. -.-'




.