Monday, January 3, 2011

kenapa makin gemok ni?

*okay, tajuk sangat obvious*

Entri yang sebelum ni aku duk membebel pasal berat badan yang semakin meningkat. Pastu berangan nak kurus, walaupun masih makan banyak dan tak exercise! Huh.

So kali ni mari kita kenal pasti punca2 kegemukan aku tu.



1. Aktiviti menternak lemak bersama Encik Kuneng

Haa..beberapa bulan yang lepas, suka sangat jalan2 cari makan ngan Encik Kuneng. Tak kira lah kat mana2. Dari kedai mamak, ke restoran masakan kelantan, sampai la McD, KFC, Benafee Village, e.t.c. Memang best jalan2 cari makan nih. Tak tau la kenapa aku suka jalan2 cari makan dengan dia jer. Lagi selesa ngan dia kot. Atau mungkin sebab jarang dapat peluang keluar dengan dia. So, kalo ada peluang, mesti la nak jumpa dia kan.

Kalo ada peluang jer, mesti aku ajak dia pegi makan kat mana2. Rasa hepi kot kalo dapat spend time & jalan2 ngan dia. Kalo ngan orang lain, takdenye aku bernafsu makan nak pegi cari makanan sampai jauh2 camtu.


best jalan2 cari makan ngan awak. :)





2. Nafsu makan yang membuak2 beberapa bulan sebelum raya

Tak tau la kenapa aku asyik lapar jer. Pagi dah breakfast, tengahari dah makan banyak, lepastu balik keje rasa lapar lagi. Mula la cari makan dan melantak sampai berpinggan2. Yang jadi mangsa, Encik Kuneng sebab kena teman aku cari makan. Sampai dengan dia sekali dah jadi makin muncet. muahahaa~ ;D

Dan aku dah boleh agak, kesudahannya mesti berat badan aku akan bertambah. Tapi tetap tak peduli. Nak makan puas2 jugak!



3. Makan banyak masa bulan puasa

Sahur dah makan makanan yang berat. Yerlah, untuk dijadikan tenaga di siang hari la konon. Bukak puasa plak melantak tak ingat dunia. Nafsu orang puasa, paham2 sendiri la. Masa tu aku dah risau, confirm aku gemuk lepas raya. Sebabnye, yang aku faham dengan keadaan badan aku ni, aku hanya boleh makan satu kali jer sehari kalo nak kekalkan berat badan. Sebab berat badan aku memang cepat naik. Nak turun jer yang susah.

Masa tu aku fikir : takpe la, lepas raya boleh diet (kunun).



4. Rumah terbuka Aidilfitri

Haaa...yang ni tak boleh blah. Lepas raya, memang tersangat banyak aku pegi open house. Open house tu yang bersangkutan dengan kerja jer. Yang aku boleh ingat, open house kat Bank Muamalat, kat rumah pelelong Wahidah Bachok, dan a few lagi.

Dan yang paling tak boleh ditahan2 nafsu makan aku, masa open house kat Iskandar Investment. Pegi ngan bos aku dan sorang lawyer lain. Makanan kat situ...perrghhh~~ toksah cakap lah. Dah la banyak bermacam2 jenis, pastu best plak tu. Klik kat SINI.

Diorang buat stall, banyak stall, dan semua stall tu menyediakan makanan Johor. Contoh yang ada : Laksa Johor, burasak, kacang pool (camni ke eja), mee bandung, kuzi kambing (seekor kambing dipanggang, pastu ada nasik dalam perut kambing tu. perghh~ mantop!), soto, nasi beriani, rojak, ABC dan macam2 lagi la. And you know what? i makan semua tu tau. muahahaa~

Bukan ape, ni la peluang aku nak merasa makanan Johor. Semua makanan ada kat satu tempat, free plaktu. Ape lagi, melantak la puas2. Masa tu tak fikir dah pasal diet ke, lemak ke, berminyak ke, boleh jadik gemuk ke. Semua aku ketepikan.

Aku rasa kan, masa ni la paling banyak lemak yang aku ternak.



5. Banyak makan makanan berlemak berminyak + junkfood

Setiap hari menu aku penuh dengan lemak dan minyak. Paling aku suke makan time lunch : nasik + ayam goreng (boleh geng ngan Upin & Ipin sebab suka ayam goreng) + kuah masak lemak. Perghh~~ Memang sedap hingga menjilat jari lah makan makanan yang berlemak nih. Kesudahannya, tanggung lah sendiri.

Dan junkfood? Sape yang tak suke junkfood? McD? KFC? French fries? Coklat? Setakat sepapan coklat Cadbury atau sebatang Toblerone tu, kejap jer aku boleh habis kan. Bak kata pepatah, celah gigi aku jer. Huh. Cepat betul lemak2 membiak dengan semua makanan tu, kan.






6. Tak exercise


Exercise? Emm...takde pun exercise. Alasan yang dah biasa dalam kamus hidup aku : busy, penat, takde masa nak exercise. Dari aku tambah penat ngan exercise, lebih baek aku tido dan merehatkan badan yang penat ni. Camtu la pemikiran orang yang malas nak exercise macam aku.

Okay, lagi la cepat lemak beranak pinak dalam body nih.







SEKIAN!



*p/s : autopost entry. busy pegi umah kakak, melayan anak saudara yang mulut kecoh. windu budak kecik tu! ;)



.

2 comments:

Yuyu Zulaikha said...

heheheh.. makan tu control la sikit ^^


tak de la nampak gemok punn.. ishh...

Nini Mohd said...

tengah kontrol la nih.
tak tau la boleh berjaya ke x.
ishhh~~ dah makin gemok la skrg nih. seluar semua dah ketat. huuuu~~~~ xP