Tuesday, March 24, 2009

prima facie case?

pagi tadi aku pegi tengok mock trial kat Mahkamah Moot, Perpustakaan Tun Seri Lanang, UKM. yang ni kawan aku punye mock trial. just untuk tengok camane diorang conduct trial jer. mock yang aku punye hari ahad nih, 29/3/2009. sepatutnya 1 April, tapi di awalkan sebab ade masalah judge, judge tak available.

mock trial tadi kes criminal, pasal pemalsuan kad kredit. walaupun pihak pendakwaraya tak berjaya buktikan kes prima facie, tapi agak seronok gak la tengok trial tu. coz ade saksi yang agak blurr, dan tak dapat jawab soalan dengan logik. klaka. aku tergelak, tapi tak boleh nk gelak lebih2. kne control sket. kan dalam court. kne jaga manners. hahahh~

judge yang handle kes tu ade bagi comment & bagitau ape yang pihak pendakwaraya telah 'miss' dalam kes mereka, & ape yang pihak pendakwaraya sepatutnya buat. okay, dari penjelasan judge tu, aku rase semuanya aku (termasuk rakan2 seperjuanganku) dah ade, dah cukup dalam kes kami. tapi aku tak berani la nak cakap yang semua tu dah betul2 cukup ke tak. dan aku pun tak berani nk cakap, yang kitorang dah ade prima facie case. semua tu terpulang pada keputusan hakim. tunggu dan lihat jerlah nnti.
.

Sunday, March 15, 2009

FUU - harini dalam sejarah

Sabtu,14/3/2009.

aku, mei na & hazira pegi library utk discuss psl mock trial.disebabkan harini adalah hari sabtu, so library bukak dari pukul 10 pagi - 5 petang jer. about 15minutes before 5 pm, kitorang plan nk blk, coz library dh nk tutup. tapi sebab mse tu hujan lebat + kilat + ribut + angin yang kuat, kitorg tak jadi balik & decide utk stay kat library dulu, sementara hujan reda. kitorang dah klua dari library (sampai kat pintu masu). tapi masuk balik, & pegi toilet jap. 5 minit kemudian, bila kitorang klua dari library..OMG?? banjir?? yer, banjir kat depan library. how come cpt sgt nih? tadi mase klua, tak banjir lagi. dalam 5 minit jer air boleh naik cepat camni.

tiba2 (mase petir kuat) loceng kebakaran bunyi, & ade asap klua dari bilik sebelah library. ape ntah bilik tu,y g ade tanda amaran. cpt2 la aku klua dari library & bagitau orang2 kat dalam library pasal tu. yerlah, risau gak kalo ade something happen nanti.

dah klua dari library, sempat lagi kawan2 aku (termasuk aku sekali) ambik gambar banjir tu.bukan setakat gambar, video pun ade.hehe~

then, kitorang balik. tapi mase kitorg nk balik & turun dari fakulti (Fakulti Undang-undang - FUU),,,alamak,,ade pokok tumbang lak kat tgh jalan. jalan tu adalah satu2nya jalan utk klua dari fakulti kitorang. adOii..terpaksa la patah blk ke fuu. stuck kjap kat fac. mase kitorang smpai kat fac, dh tak banjir dh. yerlah, kn area bukit. camane air nk bertakung. hujan pun dh renyai2 je.

dalam pukul 5.45 petang,kitorg turun balik ke tempat pkok tumbang, coz pokok tu akan di alihkan. konon2 nk tgk lah & taknak lepaskan peluang jer. mase tu ade ade pakcik2 librarian, student,& keselamatan gotong-royong potong pokok tu ngn kapak. then, jentolak dari construction site kat FTSM tolak pokok tu. so, dpt la kitorang balik.

ni lah pengalaman pertama aku sepanjang hampir 4 tahun kat fuu. cam pelik gak, camane boleh banjir. fac tu kan atas bukit. maybe hujan lebat sangat kot.

kesimpulannya; macam tragedi.tapi masing2 macam excited plak.siap ambik gmba & record video lg.aku takde la rase takot,tp ade la rse cemas bile ade asap klua dari bilik tu.ni la pengalaman yang paling..ape ek..pelik kot.pengalaman yg tak pernah aku (dan mungkin jgak smua org) alami sepanjang hampir 4 tahun kat FUU nih.huhuu~~



















[aku dah upload video kat Facebook. malas lah nak upload kat sini. lambat.]

Friday, March 13, 2009

perasaan confuse melanda diri.

ok,ni entri yang ke-TIGA untuk harini.agak rindu pada blog.hehee~

sebenarnya aku rase sangat confuse harini.confuse untuk buat keputusan pasal annual dinner.

antara pegi VS. tak pegi.

aku dah bayar deposit dua,tiga miggu lepas.harini hari last untuk bayar baki bayaran dinner.tapi aku rase cam tak boleh pegi.dah beberapa hari dah aku confuse.tapi harini yang paling confuse kot.coz kne buat keputusan harini.

kalo aku tak jadi pegi,kira burn la duit deposit tu.tak boleh claim balik.RM25.mungkin bagi sesetengah orang,bukanlah amaun yang banyak.tapi bagi student macam aku,amaun tu sangat bernilai.sayang gak.tapi kalo dah tak boleh dielakkan,nak buat camane.terpaksa lah.

kenape aku tak jadi pegi?ade lah sebabnye.sebab peribadi & memang tak boleh dielakkan.sebab krisis sebelum ni ke?yer,memang sebelum ni ade krisis.krisis yang membuatkan aku rase nak muntah tengok si muka HIPOKRIT,yang juga merupakan pelakon terbaek (sebab dia memang pandai berlakon dan menambah2 perisa pada cerita yang ingin disampaikan kepada orang lain).

krisis memang di akui.dan aku akui juga,krisis tu telah membuatkan aku jadi hilang mood pada dinner.tapi tu bukan lah sebab utama aku tak jadi pegi dinner tu.bukan tak nak pegi,& bukan
sengaja taknak pegi.tapi memang tak boleh pegi.

tadi kat meja pendaftaran dinner,ade borak2 sket ngan zafirah.dia tanye aku,nape tak jadi pegi,coz dia cakap nak tengok baju rekaan aku untuk dinner kali ni.dia cakap; "kau kan suke bergaya". aku cakap (secara bergurau); "hotak kau" (dalam loghat kelantan).

mase second year dulu,aku buat (design & jahit) sendiri baju untuk dinner.adOii..agak malu jugak lah bila orang tau pasal tu.kalo boleh,aku taknak sape2 tau.malu kot,sebab takot nnti ade yang cuba belek2 baju aku tu.yerlah,aku ni bukannye pandai sangat jahit baju.cincai2 boleh la,setakat nak pakai untuk diri sendiri.

actually aku ade gak la minat design & jahit baju.aku tak pernah lak belajar pasal tu sebelum ni.tapi mungkin sebab selalu tengok arwah mak aku jahit baju (baju kurung,kebaya etc),tu yang tau sket2.aku perhatikan & cuba buat sendiri.mula2 aku cuba jahit baju kurung jer.mase tu,arwah mak aku macam tak berapa nak kasi aku potong kain baju kurung tu,coz takot aku silap potong.tapi akhirnye jadi gak aku buat,walaupun tak sesempurna mane.hehe~

adOii..panjang plak aku merepek pasal jahit baju nih.crite pasal annual dinner blom abes lagi nih.

mase kat meja pendaftran tadi junior yang jaga meja tu cakap kaunter tutup pukul5.aku ade kelas pukul4.so aku pikir;takpela.aku relax dulu.dalam pukul5 japlg aku datang balik kaunter ni & buat langkah yang sepatutnye; sama ada cancel & confirm (bayar baki RM40).tapi mase rehat (lebih kurang 5.15ptg), aku klua jer dari dewan kuliah,budak2 tu dah takde.kaunter dah ditutup.eh,camane nih??

dah la tengah confuse nih.
.

my room + crime scene for mock trial

pagi tadi aku pegi kelas agak lambat.memang dah selalu pegi lambat.tapi kali ni lain sket.pagi tadi hujan.bilik aku ni,bukannya boleh kalo hujan2,lebih2 lagi kalo hujan lebat,coz ade kebocoran.bilik aku aras bawah sekali,tapi ade part yang ade bumbung.part tu la yang bocor.part bocor lak betul2 kat katil.adOii..

dah lame dah aku berhadapan ngan situasi ni.tapi kalini agak teruk gak la.so,aku kne alihkan katil ke sudut lain.kalo tak alihkan,nnti mesti basah lah tilam tu.kalo basah,camane aku nak tido malam ni?tu yang agak lambat pegi kelas.hehee~

tengahari tadi kitorang (aku,zira & mei na) pegi bilik aku,utk ambik gmba untuk mock trial.waduhh,,bilik aku jadi crime scene lak.dah la bilik aku bersepah jer.so,kne la kemas2 sket.actually aku agak segan nk jadikan bilik aku sebagai crime scene.yerlah,coz (sebab utama) bersepah.tu pun aku dah kemas sket beberapa hari lepas.kalo tak,memang macam tongkang pecah.

aku kemas pun sebab membe nak datang.kalo tak,memang akan tetap jadi macam bilik yang takde orang duduk.hee~~

dah siap kemas & kosongkan satu sudut untuk ambik gambar,tiba2 aku rase cam nampak kosong sangat2 tempat tu.kalo dalam gambar yang mei na ambik tu,lagi la.memang nampak kosong giler.tapi tu satu sudut jer.sudut sebelah lagi penuh ngan barang2.huhuu~

mase tengah borak2 & discuss pasal crime scene,zira ade cakap,nk buat bilik tu nampak bersepah ke.mei na cakap (secara bergurau);"tak pe la,bilik dia (aku) memang dah bersepah".

aku tegelak & cakap; "yer,bilik i memang bersepah". then mei nak cakap; "tapi bilik i mase first year lagi bersepah". (dia duk kolej za'ba gak mase first year) ahahahaahh~~ adoiii..adelagi bilik yang lagi bersepah dari bilik aku.



NOTE; entri ni agak banyak perkataan "bersepah".ahaa..
.

mock trial

entri ini ditulis tanpa consideration kepada ejaaan,tatabahasa,penyusunan ayat,dan juga..(ntah,semua lah).takde mood.otak kosong kot.


ugh,sudah lama tidak ber-blog.kebelakangan ini agak busy,dan mungkin juga takde mood untuk ber-blog.sekarang ni busy dengan preparation untuk mock trial.aku dapat kes criminal,iaitu kes murder,sebagai pendakwa raya.buat 3orang;aku,zira & mei na.memang kes inilah yang aku inginkan (dan idam2kan) selama ini.mungkin sebab agak mencabar, best, seronok, complicated, dan macam2 lagi la kot.

aku agak excited bile dapat kes murder.tapi aku tau,mesti banyak keje. lagipun kitorang public prosecutor. agak banyak keje lah. tambahan pulak, kitorang (lebih2 lagi aku) tak tau sangat prosedur camane. so,agak blurr. even untuk benda yang agak remeh pun kitorang confuse.

hah,dapat opponent lak yang,,,hmmm...tak best.aku just wondering;nape selalu kena (kena kerjasama) ngan dia? conveyancing, civil procedure, advocacy and litigation, dan sekarang mock? MY GOD. dah nasib lah nih? TAK BEST.

kenape sesetengah orang suke berlagak pandai,suke mengarah2, meninggikan suara bila bercakap, bajet bagos, asyik nak kite dengar cakap dia aje,,,, & macam2 lagi lah. nape ek?mungkin takde kesedaran dalam diri.

pihak lawan (opponent/pembelaan/defence) asyik mintak itu,mintak ini.ade yang logik,& memang sepatutnya kitorang bagi. okay,kitorang bagi jerlah,walaupun bnde tu agak rush & diorang nak cepat2.tapi kalo bnde tak logik,patot ke di mintak?

wahai rakan2,budak2 law,lawyer2 & sesiapa saje lah yang ade pengetahuan dalam bnde ni,aku nak tanye.dalam kes jenayah,perlu ke Diari Pegawai Penyiasat (IO) diberikan kepada pihak pembelaan?logik kah itu?logik kah di mintak?

bila kitorang cakap tak boleh bagi,dia cakap;"tau,tapi korang confirmkan la dulu". hellooooo......???? nak dengar cakap dia aje.budak law,tak tau ke bnde tu memag tak boleh bagi?oh,mungkin anda tidak mempunyai pengetahun (walaupun anda rasa anda sangat pandai dan tau banyak perkara).jadi,dengan rasa rendah diri nya,saya pohon anda rujuk Seksyen 119 Kanun Acara Jenayah, terutamanya subseksyen (2) dan proviso.

itu secara undang2.& begitulah juga secara praktisnya.sebab kitorang dah tanye pendakwa raya (pendakwa raya yang betul,real punya,bukan yang olok2 seperti kami).

adakah anda faham?so,tidak perlulah anda meminta sesuatu yang tidak logik,dan yang tidak perlu di minta.kerana ia akan menyebabkan anda kelihatan seperti DUNGU, dan juga MEMPERBODOHKAN diri sendiri.


MORAL OF THE STORY:
jangan lah terlalu berlagak pandai,bajet bagos dan suka mengarah orang.kalo bercakap,jangan tinggikan suara,kerana ia kelihatan seperti anda tidak menghormati orang lain dan ingin mengarah orang.dan jangan nak orang ikut cakap kita aje.its really, really,,,really ANNOYING.bukankah lebih elok jika kita bekerjasama dan sama2 mendengar pendapat orang lain?bukankah itu akan menyenangkan kerja kedua2 belah pihak?ade otak,ade akal & masing2 sudah dewasa,sudah matang.bak kata nabil; LU PIKIR LA SENDIRI.
.