Sunday, April 5, 2009

mock trial - hari terakhir.

semalam aku pegi tengok mock trial.yg ni last day punye.ade dua group,pagi & petang.saje nak tengok untuk kali terakhir.huhuu~

judge pada hari tu (utk kedua-dua pagi dan petang), sangat baik.cara judge tu bagi nasihat pun macam seorang ayah bagi nasihat kat anak-anak.minggu lepas Tuan Imran (judge untuk mock trial group aku) cakap judge ni garang & dia siap pesan supaya yang buat mock semalam sediakan tisu banyak2 dalam poket.tapi yang aku tengok,takde langsung ciri2 garang.mungkin Tuan Imran saje nak taku-takutkan kitorang (eh,aku tak termasuk la).

judge ni tak banyak sangat interrupt.kalo ade leading question pun dia biarkan jer (mock trial petang).tp aku tau,tujuan dia buat camtu untuk bagi peluang kat pihak satu lagi untuk buat bantahan sendiri.masa leading question tu (by pp),judge tengok jer kat defence.tunggu defence bantah la tu.kadang2 jer judge akan interrupt.

mungkin judge tak nak banyak interrupt sebab ni just mock trial jer.kan best kalo trial ni smooth jer (mock trial aku tak smooth,so tak best).

lagi satu,bab masa.kalo pp & defence ambik masa lama sangat kat sesuatu part,judge akan tegur dan ingatkan pasal masa.sebab library dah nak tutup.masa submission pun dia suruh ringkaskan jer,& dia suruh bagi peluang kat kawan yang lain jgak. [mock trial aku tak macam ni pun?sedeyy..]

macam biasa la,lepas habis mock trial judge akan bagi komen.aku rase semua judge bagi komen yang sama; mock - its not about winning or losing.

masa mock trial pagi, judge ada bercerita,berkongsi pengalamannya dalam mengendalikan kes.judge bercerita pasal kes Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.agak menarik.


KISAHNYA;

seorang lelaki ditangkap,dengan memiliki 2 kg (2 kilogram???) kanabis dalam jaketnya.judge ni (actually he's a lawyer lah) kena defence lelaki tu.tapi judge (aku panggil Tuan Najib la,coz tu nama dia.lagi senang & tak confuse) tak tau camane nak defence.coz memang takde defence pun.masa trial,Tuan Najib cakap dalam hati; mati la budak ni.

tapi Tuan Najib cakap,mungkin tuhan nak tolong.ada satu kesilapan di peringkat penyiasatan,dan kesilapan itu adalah berkenaan dengan gambar kanabis tersebut.

masa dijumpai,kanabis itu adalah dalam bentuk mampat.bila dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis,kanabis tu akan dihuraikan (aku tak tau ape perkataan yang betul) menjadi bentuk yang terlerai (again,aku tak tau ape perkataan yang boleh menjelaskannya).

sepatutnya gambar kanabis dalam keadaan mampat dan belum dileraikan itu perlu di ambil terlebih dahulu (perlu ada gambar dadah masa mula2 dirampas).tapi dalam kes tu,gambar sebelum dileraikan tidak diambil.

so,ade la peluang untuk Tuan Najib defence anak guam dia.alasan - dadah yang di analisis oleh Jabatan Kimia itu bukanlah dadah yang dijumpai pada badan anak guamnya.dan hakim bagi kes itu bersetuju dengan Tuan Najib.

pp mesti la tak happy dgn decision tu,& appeal ke Court of Appeal,before Gopal Sri Ram JCA (wahhhh...???).tapi Gopal Sri Ram JCA juga bersetuju dengan pendapat & hujahan Tuan Najib.maka,terselamat lah anak guam Tuan Najib dari hukuman yang sepatutnya diterima.

apa hukumannya kalau convicted under Section 39B Dangerous Drugs Act? GANTUNG MANDATORI.


LAIN ORANG,LAIN PRINSIP HIDUP

mungkin ada yang berpandangan bahawa lelaki tersebut tidak perlu dibela.pada mata kasarnya - YA. memang tidak patut dibela.bayangkan,seorang lelaki memiliki dadah seberat 2 kilogram.untuk apa dadah itu?tujuannya hanyalah satu - untuk merosakkan anak bangsa.

tetapi,cubalah meletakkan diri anda ke tempat peguam itu (put yourself in their shoes).mungkin masing2 ada prinsip masing2.tetapi itu kerana kita berada di posisi hidup yang berlainan.hidup kita berlainan dengan orang lain.maka,prinsip hidup kita juga berlainan dengan orang lain.

kalo aku jadi lawyer satu hari nanti (kalau),aku pun tak sanggup nak biarkan anak guam aku dijatuhkan hukuman mati.kalau benda tu terjadi,mungkin aku tak dapat tidur dan dihantui rasa bersalah (for the rest of my life).

jika seorang dijatuhkan hukuman mati,bukan seorang sahaja yang "mati".bagaimana dengan keluarganya?anaknya?isterinya?suaminya?dan banyak lagi perkara yang akan berlaku (ada consequence) selepas itu.

so,bagi sape2 yang mempunyai prinsip hidup tersendiri, dan suka mengutuk orang lain yang mempunyai prinsip hidup yang berlainan daripadanya (ade yang mengutuk tindakan sesetengah lawyer yang membela "orang jahat"), cubalah berfikiran jauh. tak salah untuk kita mempunyai prinsip hidup (aku rase,semua orang perlu ada prinsip hidup), tapi tak perlu lah mengutuk orang yang kita tak tau pun (dan tidak faham) bagaimana cara dia bekerja dan bagaimana dia perlu menyelesaikan kerjanya.


MORAL OF THE STORY

ada sesetengah kerja dan tanggungjawab yang sangat sukar untuk dilaksanakan. tidak boleh ada sebarang kelalaian dan kesilapan. kadang2 hanya kerana satu kesilapan yang remeh (atau kesilapan teknikal), semua hancur.

ugh,takOt..
.

Saturday, April 4, 2009

setahun terpisah.happy.risau.

"setahun ku terpisah dengannya,kini ia kembali padaku.akan ku jaga ia sebaik yg mungkin.sukarnya hidupku tanpanya. xP"

itu adalah wall post aku kat facebook.

yer,setahun terpisah.aku ngan laptop aku.dah setahun rosak.baru sekarang aku hantar repair.mother board rosak.so,kne tuka mother board.kalo bukan mother board yg rosak,dah lme aku hantar repair.pehh,,dekat rm800 gak abes.bankrup.

sekarang,aku berazam untuk jaga laptop ni sebaik yang mungkin,walaupun aku tak tau sebaik manakah aku mampu jaga laptop nih.

tak dapat aku bayangkan kalo laptop ni rosak lg.kalo rosak benda lain takpe.kalo rosak mother board lagi,,,*die*.agaknya terus buang jer kot.hahh~

aduhh,,seksanya hidup aku sebagai seorang pelajar tanpa laptop nih.menderita.aku taknak lagi menderita cam dulu.jgn la ade ape2 yg buruk lg lepas ni.waaaa~~~


Perasaan sekarang=

1. happy

2. risau

dua perasaan yang berbeza.


ape2 pun,trime kasih banyak2 Encik Kuneng. ilysfm!! :)


.

Tuesday, March 31, 2009

MOCK TRIAL - suatu pengajaran.

PENGAJARAN - sgt byk;

1. jangan terlalu berlagak hebat,kerana tak semestinya kita hebat.

2. jangan pandang rendah kat orang lain,coz tak semestinya orang tu mcm yg kita pk.

3. jangan terlalu berlagak,coz nnti akan makan diri sendiri.

4. jangan berlagak dan perasan kita boleh mengenakan orang lain.coz nnti mungkin kita yg akan terkena.

5. jangan anggap diri kita betul dan sentiasa betul,sebab mungkin kita jer yg rse kite betul.

6. jangan terlalu yakin dan berbangga dengan pendapat kita,krn pendapat kita tu tak semestinya betul (tak salah utk confident,tp biarlah bertempat).

7. jangan terlalu suka ketawakan orang lain.sbb nnti akhirnya kita yang akan diketawakan.

8. jangan memperbodohkan diri sendiri depan orang lain.memalukan jer.

9. jangan memperbodohkan dan memalukan diri sendiri depan penonton dan hakim (terutamanya hakim).kita tak boleh ingat semua orang yg ade kat situ.tp semua org yg ade kat situ akan ingt kita seorang.

10. jangan terlalu berlagak,nk tunjuk hebat,nk malukan orang,nk kenakan orang,taknak kerjasama dll.sebab suatu hari nanti sikap kita tu akan memakan diri,dan smua tu akan terkena kat kita sendiri.

11. biar tak pandai,tapi jangan tunjuk kita tak pandai.biar pandai,tapi jangan memandai.(ayat shafiq)

12. jangan nak tunjuk pandai sehingga memalukan diri sendiri.

13. jangan mnyusahkan orang lain dengan sikap kita,& jangan drag orang lain ke dalam masalah yang kita timbulkan.

14. belajarlah untuk terima pendapat orang lain.

15. belajarlah untuk mengormati orang lain.kerana hanya dengan cara itu sahaja orang lain akan hormatkan kita.

16. belajarlah untuk mengawal emosi, kawal adab sopan dan kawal diri dalam mahkamah (termasuk dalam daily life).

17. belajarlah untuk sentiasa bersikap rendah diri.

18. jangan terlalu mengangkat diri kita terlalu tinggi.sebab suatu hari nnti mungkin kita perlukan pertolongan orang yang duduk lg rendah dari kita (judge sendiri ade cakap pasal ni).

19. lawyer kne guna brain,jgn guna hati.(nasihat Mr. Kevin sememangnya sgt2 berguna)

20. lawyer tak boleh ade perasaan mse kendalikan kes.

21. mock hanyalah untuk proses pembelajaran.menang kalah tak penting (judge ade gak cakap psl ni).yang penting,markah (bwt mse ni la).kalo menang tp markah rendah,takde maknanye.

22. mock SANGAT2 perlukan KERJASAMA.sebab mock melibatkan kedua-dua belah pihak.bukannya nk syok sorang2, or syok satu group je.

23. takpayah nak gaduh sebab mock.its not a real case anyway.sangat2 bodoh kalo gaduh sbb mock.

24. mock bukannya cara atau medan untuk menghentam atau mengenakan pihak lain or satu medan untuk tunjuk hebat.

25. tunggu jd lawyer yg betul2 hebat dan betul2 berpengalaman baru boleh berlagak hebat.

26. org yg baik kat depan kita tak semestinya baik jgak kat belakang.kita tak tau apa yang ada dalam fikiran orang lain.

27. oleh itu,berhati-hatilah, dan cuba lah mengenali yang mane satu kawan, dan yang mane satu musuh dalam selimut.

ishh,,,byk lagi la pengajaran yg aku dapat.cuma aku tak tau camane nk luahkan dalam kata2 yg sopan.harap2 smua rakan-rakan ku yang bijaksana dapat mengambil iktibar dari pengajaran ini.

btw,congrats to all of us.tq to all of us, & utk semua org yg memberikan pertolongan.jasamu dikenang. :)



PENGHARGAAN

Lo Mei Na, Wan Nurhazira bt Wan Salam, Low Jiah Yee, Farahana Hussin, Lim Kian Leong, dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta pertolongan baik dari segi material,fizikal atau mental dalam menjayakan mock ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung.tak lupa juga kepada pihak opponent.jutaan terima kasih juga kepada Tuan Imran Hadzalie bin Abdul Hamid atas segala tunjuk ajar,nasihat dan komen2 yang sangat membina dan sangat2 berharga itu.


.

Monday, March 30, 2009

MOCK TRIAL - 29 March 2009

semalam mock trial.tp aku (dan juga kwn2 ku) tak dapat merasai mock trial yg sebenarnye.zira ckp "tak puas".mei na plak aku tgk excited jer.aku plak,,macam2 perasaan.

okay,utk pengenalan;
mock trial meaning "perbicaraan olok2".ni kiranye final year project lah.satu group 3 orang.tp ade gak beberapa group yg 2 orang je, coz tak cukup orang.group aku 3 orang; aku, mei na & hazira.kitorang jadi pendakwaraya (PP) dapat kes murder.kitorg dapat soalan ni lebih kurang sebulan yang lepas (lebih kurang lah,aku pun dah lupa). so, bermula lah kisah ke-busy-an aku,kawan2 dan jugak semua kawan2 yg satu batch ngan aku.


Preparation

semasa peringkat preparation,ade la problem sket.biase lah kalo kne bekerjasama ngan orang yang berlagak hebat.taknak bagi kerjasama,tau nak pandang rendah kat orang jer.lantak lah.aku yakin,ape yang berlaku ade hikmahnya.dan aku juga yakin,orang yang macam tu akan dapat pengajaran (pengajaran yang akan memalukan diri sendiri.lebih kurang lah tu).

tp aku rase bukan group kitorg jer yang ade problem camni.tul tak?hahahh~ tp group kitorang ni dah kira ok kot.coz ade lg yang lagi teruk.duhh~~

preparation cam byk keje gak lah.yg banyaknye coz nak sediakan real evidence.paper work takde la banyak sangat,coz kes criminal.klau kes sivil,lagi la banyak paper work nak kne buat.naseb baek tak dapat kes sivil.

sebelum hari mock kitorang, ade gak la aku pegi tengok mock kawan2 yang lg awal dari aku.just untuk tengok macam mana diorang present kes.banyak gak yang aku belajar mase tengok mock diorang.peh,naseb baek mock aku tak awal sangat.kalo tak,lagi la aku tak tau camane nk ber-mock.hah~

lepas dah prepare smua,kitorang yakin yang kitorang ade kes prima facie (tapi lain plak yg jadi mase mock trial).


29.03.2009, 2.00 pm

hari ni mock trial.sebelum ni aku tak rase nervous,risau,takot or ape2 lah.tp mase hari trial nih,tiba2 aku cam nervous sket.mungkin sebab aku yang first kot.

aku kne buat opening speech.tapi aku boleh gabra,tergagap2 & banyak tersasul.sampaikan judge tegur.okay,tak bertenang.satu kesilapan.

mase trial,aku rase (bukan rase,tapi memang betul) banyak masalah & banyak kesilapan (kesilapan teknikal kot).

first,mase aku mintak izin untuk panggil saksi pertama,iaitu Pegawai Penyiasat (IO) yang menyiasat kes bunuh ni.tiba2 judge tu interrupt & tanye aku;are you sure nak panggil IO as your first witness?biasanya kita panggil pengadu or saksi lain as first witness.IO panggil lepas tu.

aku macam..emm..aku discuss sket ngan Puan Lo Mei Na & Puan Wan Nurhazira (pendakwaraya kan puan.hahahh~), & kitorang decide nak panggil si pengadu yang nampak sendiri kejadian bunuh tu (eye witness).

second,isu2 dalaman.mase defence tengah buat cross examination eye witness,judge ade tegur diorang (defence).coz diorang tanye soalan, yang jawapannya akan menguatkan kes kitorang (pp).pastu nampaknya masih ade kesilapan yang same (diorang memang degil).maybe diorang rase diorang betul.

tiba2 jer judge cakap; i'm gonna adjourn this case (aku mase tu dah suspen dah.hah?adjourn?adjourn sampai esok ke?taknakkkkk.....!!!) for 10 minutes.both counsel and pp pls come and see me in chambers.

ouh,ok.memang aku suspen giler.takot judge nak adjourn ke hari laen.ishh,,sebenarnye bende tu tak logik pun.& takkanlah nak buat camtu lak.ni kan mock jer.bukannye kes betul.haiyyOoo..

masuk jer dalam chambers,ayat first yang judge cakap; defence counsel,one,two,three.whats wrong with you? (hahahahahahhhh....)

ade la beberapa perkara yang judge cakap.and ape yang judge cakap tu memang betul.aku sokong sangat2.tp aku jadi bengang bile judge cakap; kalo terus macam ni,saya akan bagi awak semua paling tinggi 60 (per 100).

aku tanye; including...

judge jawab; including pp.

tiba2 aku rase sangat bengang & terlepas cakap; see.

upps,terlepas cakap.sebab terlalu bengang kot.yerlah,orang laen yang tak paham bahasa,kite pun tertarik masuk sama.aku cakap tak kuat,tp harus la judge tu dengar.

pastu judge bagi mase 10 minit untuk kitorang semua discuss pasal ape yang judge cakap dalam chambers tu.ishh..bengang tul.

kesilapan ke-tiga;tak semua saksi dipanggil.ade 3 orang saksi,tapi dua jer yang dipanggil untuk bagi keterangan - eye witness & forensic pathology yang buat post mortem ke atas si mati.IO tak sempat panggil.forensic pathology pun kjap jer.tak sampai 10 minit kot.

kesilapan ke-empat;banyak barang bukti yang tak dapat ditandakan sebagai exhibit.sebab maker (pembuat) dan orang yang sepatutnya dipanggil tak dapat di panggil.sape lg kalo bukan IO.

kesilapan ketiga dan keempat ni sebab tak cukup mase.mock buat hari ahad.library bukak sampai pukul 5petang.start mock pukul 2.30petang.mase saksi pertama pun dah sejam.camane?submission pun tak sempat buat.adOoiiiii.....


keputusan hakim

PP tak berjaya establish prima facie sebab beberapa barang bukti tak ditandakan sebagai exhibit.gambar crime scene tak ditandakan sebagai exhibit.kalu tidak,lakaran kasar tempat kejadian juga akan diterima oleh mahkamah.bahan bukti yang penting, iaitu senjata pembunuhan - pisau juga tak ditandakan sebagai exhibit

kitorang cakap; pisau tu sepatutnya tender melaui IO.judge cakap; thats your problem. hahh??


kesimpulan

tak dapat merasai mock trial yang sebenarnye.aku tak sempat nak soal balas saksi (saksi aku IO).soalan2 yang sepatutnya kitorang tanye,judge yang tanye sendiri kat witness.haishh...takde peluang nak bersuara.

tapi judge cakap pp memang ade kes yang kuat.cuma slack sebab tak tender pisau as exhibit.lorhh..apekah ini?kami memang nak tender pisau & ade IO.cuma tak cukup mase.adOyaiii....adakah ini kesilapan teknikal..??

takpe2.walaupun tak berjaya establish prima facie,tapi aku rase agak puas hati la.sebab judge sendiri pun cakap kes kami kuat.tak berjaya establish prima facie bukan sebab tak cukup bukti or kes tak kuat.cuma kesilapan yang tak sepatutnya berlaku. :)
.

Tuesday, March 24, 2009

the other side of me - even prettier?

semalam ade kawan aku cakap something kat aku, yang mane aku dah tau dah pasal tu. mase tengah borak pasal mock, tiba2 dia cakap (lebih kurang la ni) ; i ade something nak tanye, but a bit sensitive. why u pakai tudung, but dalam gambar u tak pakai tudung?

okay, soalan ni agak confuse bagi sape2 yang tak tau kisah sebenar. actually gambar yang di maksudkan tu adalah gambar dalam Facebook. dan pakai tudung yang dimaksudkan tu adalah - aku pakai tudung mase pegi kelas. maybe kawan aku tu tak pernah tengok aku free hair in real life (maksud aku, bukan dalam gambar je). thats why he's a bit weird bila dia tengok gambar aku kat Facebook.

kawan aku ni baru jer add aku kat Facebook, dan memang kebanyakan kawan2 sekelas aku baru terjumpa dan add Facebook aku. sebelum ni aku malas sangat nak melayan Facebook, dan bila kawan2 tanye aku ade tak Facebook, aku jawab jer takde. huhuu~ jahat sket aku nih.

tapi sekarang, okay lah, aku give up dari sembunyikan Facebook aku dari kawan2. so, bagi kawan2 yang tak tau macam mana kehidupan or diri aku di luar kelas, mungkin agak hairan dan tak sangka macam tu lah aku kat luar. coz bile datang kelas, aku cam agak sopan (dan juga selekeh). bile outing, ade different sket. so what? aku tak kesah lah ape orang nak cakap. bukannye aku ade menyusahkan sape2. takde kan?

tapi kan, bukannye aku tak pernah free hair mase datang fac. cuma mase tu takde klas, & aku just pegi library jer. seingat aku lah, cuma sekali jer aku datang klas tak pakai tudung.

ok, berbalik kepada soalan kawan aku tadi. soalan tu dah pernah di tanya oleh orang lain. aku macam...emm..macam mane nak jawab nih.

aku tanye dia balik ; nape,ade masalah ke?

tapi aku bukannye tanye cam nak marah, ade nada bergurau gak la. coz dah biasa dah gila2 ngan dia.

then aku explain la kat dia, yang aku memang tak pakai tudung kalo klua. datang kelas pakai la tudung. dan bukan setakat gambar dalam Facebook jer.

dia cakap, bagi dia, aku lg prettier kalo make up & tak pakai tudung.

aku cam nak tergelak, aku cakap; i know. (cheh,belagak sket)

hahahahhhh~~~ :D

aku rase semua orang pun setuju ngan ape yang kawan aku cakap ni. seriously, memang aku betul2 lain kalo pakai tudung + tak mekap dengan tak pakai tudung + mekap (bukan la aku cakap yang aku ni cantik. sumpah, aku tak rase camtu pun. cuma lain sket la). sampaikan ade yang tak cam aku.

thats the other side of me. & bukannye aku sorang jer yang macam ni dalam kelas aku. tak pelik la kan.

kawan aku yang tanye soalan tadi, mase dia mula2 add aku kat Facebook, dia cakap rambut aku kena cat. dia cakap camtu sebab rambut aku kaler2. gile. ade ke patot? hah~


.