Friday, February 5, 2010

Sombong kah?


Dikatanye aku nih sombong. Celaka sungguh.

Berdasarkan kepada apa ye? Muka aku yang poker face ni ke? Then, dont judge a book by its cover lah. Kalo setakat baru terserempak or berselisih ngan aku sekali dua kat Mahkamah, & aku tak senyum kat dia, dah cakap aku nih sombong. Siap cakap ngan bos aku lagi tuh. Kalo MEROYAN sorang2, lantak kau lah. Tapi boleh plak nak bagitau bos aku.



Aku rase aku ni dah cukup peramah dah kat Mahkamah tuh. Lawyer yang aku tak kenal pun aku boleh borak2, eventhough tak tau nama & tak tau sape dia sekali pun. Kalo yang dah kenal tu, apetah lagi la kan. Even dengan PA judge or PA Timbalan/Penolong Pendaftar pun aku boleh borak2, sembang2, SENYUM2.

Dengan sape lagi? Kerani kat Mahkamah tu? Defendan? Orang Awam? Auctioneer? Bailif? Timbalan Pendaftar? Penolong Kanan Pendaftar? (Judge blom lah)

Dengan sape lagi? Sape? Sape??

Huh.

Tak tau camane nak explain kat bos. Aku dah cakap ape yang patot. Tapi aku lupe nak cakap bende ni;

Lantak lah orang nak cakap ape. Saya sombong ke, tak senyum ke, tak peramah ke. Saya tak hidup atas cakap2 orang. Saya tak hidup atas pendapat orang. Saya hidup atas usaha dan pendapat saya sendiri. Lagi pun saya pegi Mahkamah sebab ada keje dan nak buat keje. BUKAN NAK SENYUM2 KAT ORANG!!

Kalo dia tak puas hati sangat, pegi la tanye orang lain kat Court tu, Saya ni sombong ke tak!



Ughhh...!!!

Sangat sakit ati.

Bos kate ;
lain kali, lebarkan sikit senyum tu.

Eh2. Ape motifnye nak senyum lebar2 kat orang? Perlu ke semua tu? Penting ke? Aku bukan desperate sangat nak senyum lebar2 kat orang. Memang aku ni agak peramah kat Mahkamah. Tapi agak2 la. Peramah biar bertempat. Tak banyak cakap sangat, & tak pendiam sangat. Kalo terlampau peramah kang, nanti orang akap meroyan plak. Terlebih peramah tak bagus jgak, kan.

Memang celaka lah orang2 macam nih. Belajar jer tinggi. Tapi pemikiran sempit. Bengap. Belajar lah dan cubalah ingat pepatah ni :-
"DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER."

Mungkin sebelum ni dia tak pernah diajar pepatah itu. Kurang ajaran mungkin. Atau mungkin kurang kewarasan?

Yang aku herannya, perlu ke bagitau bos aku? Ingat dah bagitau bos, aku nak senyum kat kau lah?




Takkan la dia tak paham kalo kat Mahkamah camane. Kalo banyak kes, mesti busy. Terkejar sana, terkejar sini. Mungkin masa tu aku tak perasan aku selisih ngan sape. Takkan sebab tu jer cakap aku sombong.

Ape yang dia tak puas hati sangat nih?

Dosa besar ke aku tak senyum kat dia? Tak tegur dia? Or Tak perasan dia kat situ?? BUDUSS.

Oh. Tidak tahu mahu MELABELKAN orang seperti ini dengan panggilan ape.



.

Saturday, January 30, 2010

Reben Putih Selendang Putih


Dah cukup seminggu dah rakyat kat Johor ni berkabung. Semalam hari last berkabung.

Minggu lepas aku teman akak aku pegi beli reben putih. Reben tu untuk lilit kat songkok anak dia. Yerlah, kan anak dia sekolah. Takkan taknak pakai songkok yang takde lilitan putih.

Sampai kat kedai tu, tokey kedai tu kata reben putih dah abes. So, nak taknak akak aku terpaksa lah beli benda alah yang buat pinggang baju kurung tuh. Ape ntah nama dia. Yang aku tau, benda tu biasanya digunakan untuk buat pinggang kain baju kurung (bagi orang yang taknak guna getah). Benda tu warna putih jugak. Cuma keras lah. Akak aku kata, ok lah dari takde langsung.

Wahh~ boleh sold out ek reben putih.

Akak aku plak nak cari tudung putih untuk dia. Dah banyak kedai yang kitorang pegi, tapi semua takde tudung putih. Semua dah sold out. Akhirnya, kitorang sampai kat satu kedai ni. Ada tudung putih. Tapi putih dia, memang betul2 putih. Macam tudung budak sekolah yang baru beli. Sah2 lah stok baru. Mase akak aku nak beli tu pun, ade la dalam 2 - 3 orang yang beli jgak.

Wahh~ selling fast.

Aku plak, tiba2 jer teringin nak beli selendang putih. Sebab mase tu aku stay kat umah akak aku, dan akan stay kat sana untuk seminggu tuh. Memang kena berkabung seminggu, kan. Aku plak tak bawa tudung putih. Tudung hitam ade la. Yang lain semua ade kat umah aku kat Skudai. Malas lah nak balik ambik.

So, aku pun cari la selendang. Coz aku lebih suka pakai selendang. Simple jer.

Tapi takde la plak selendang putih. Time aku nak, time ni la takde. Haishhh~~

Akhirnya jumpa lah satu selendang putih kain georget kat satu kedai nih. Ada satu tu jer selendang putih. So, lepas tanya harga dan tanpa banyak soal, aku pun beli lah.

Tapi bila sampai kat umah, akak aku tengok2 lah selendang yang aku beli tuh. Bila akak aku dah bukak...rupa2 nye bukan selendang. Tudung empat segi rupanya. Lahh.. Tu la, main beli jer. Tak check dulu.

Aku ingatkan selendang. Sebab kalo kain jenis camtu (jenis georget), biasanye selendang. Confident sangat kan. Sampai umah pun aku tak check. Kalo akak aku tak tengok2 tudung tu, mungkin aku takkan sedar lagi kot yang selendang tu sebenarnya tudung!

Never mind lah. Kan boleh pakai jgak. Tapi tak best lah pakai tudung kain jenis camtu. adoii..

Hari Isnin plak, mase aku pegi Menara TJB, aku tengok ade sorang pakcik nih jual songkok yang dah siap ade lilitan putih. Kat depan Wisma Persekutuan. Pakcik tu tak bukak gerai. Cuma dia letak songkok kat dalam bonet kereta jer. Memang lah bagus. Sebab kalo ade sape2 yang takde songkok camtu, boleh beli & pakai terus. Tak payah susah2 nak beli lilitan putih & lekatkan kat songkok tuh.

Tapi malangnya kat lilitan tu dia just letak tape ajer. Tapi ade jgak orang beli.

Ntah papelah meniaga camtu. Tau nak ambik kesempatan jer. Nak ambik untung. Kalo yer pun nak meniaga & nak ambik untung time camni, buat lah ikhlas sket. Cubalah jahit lilitan putih tu. Biar nampak kemas sket.

Mase aku kat court 3 hari lepas, ade sorang abang nih. Nama kat tag dia, nama Melayu. Tapi dia tak pakai songkok. Just pakai lilitan hitam kat lengan kiri.

Confuse aku. Dia ni Islam ke tak? Nama Melayu. Lilitan hitam kat lengan kiri hanya untuk orang bukan Islam. Ntah lah.

Kat office aku plak, yang sebelum ni free hair, dalam tempoh berkabung nih boleh plak pakai tudung. Tudung putih lah. Bagos lah.

Cehh~ macam lah aku ni baik sangat & selalu pakai tudung. Pegi keje jer pakai tudung. agagaa~~ ;D

Pendek kata, dalam seminggu nih macam2 lagak manusia yang aku boleh tengok. Manusia ni ada macam2 perangai, kan. Ada macam2 kisah.




*semoga roh Almarhum DYMM Sultan Johor dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah...


.

Thursday, January 28, 2010

Avoiding Someone


OMG. I accidently met with someone today. And I try to avoid him!

Dah hampir 2 minggu aku stay kat umah akak aku kat Majidee. Pagi tadi aku pegi court lambat sket. Mase nak lintas jalan (nak ke bus stop kat seberang jalan), aku 'ter-perasan' ade sorang lelaki yang tengah duduk kat bus stop yang kat seberang jalan tu.

Eh, macam...

Aku teruskan melintas jalan sampai kat bus stop tuh. Sambil lintas jalan, sambil tengok kiri kanan, sambil aku tengok dia. Betul ke dia. Sebab aku nampak dari sisi jer.

Sah! Memang sah dia.

Alamak. Macam mana nih. Aku taknak terserempak ngan dia. Aku pun tunggu lah bas jauh sket dari dia. Sebab dia tengok ke arah lain, tengah tengok bas yang nak datang lah tuh. Aku berdiri jauh sikit kat belakang dia.

Bas sampai. 225 Masai - Bandaraya. (*kot)

Dia pun bangun & tahan bas tu.

Alamak. Nak naik bas ni ke tak. Nanti kalo dia perasan aku kat dalam bas tu camane? Ishh..tak payah lah naik bas nih. Tunggu bas lain jer.

Tapi...aku dah lambat ni. Ahh...naik jerlah. Tawakal jer
.


Aku biar dia naik dulu. Then ade la 2 orang naik jugak. Aku naik last skali. Aku nampak dia duduk kat belakang. Lepas bayar, aku cepat2 duduk kat kerusi depan.

Mintak2 lah dia tak nampak aku.

Sampai kat bandar, dia turun.

Owh...keje kat bandar ke.

Dia melintas jalan ke arah City Square.

Dia keje kat bandar ke?

Aku pulak masih dalam bas, sebab aku nak turun kat bus stop depan MBJB.

Dah bertahun-tahun aku tak jumpa dia. Aku tengok dia tak banyak berubah. Atau mungkin tak berubah langsung. Maksud aku, dari segi luaran lah. Dalaman aku tak tahu lah.

Dengan style rambot yang masih sama. Dengan ear phone kat telinga. Dengan cara jalan yang masih sama. Slow jer. Sekali tengok, takde yang berubah.

Tapi. Heran. Kenapa dia tunggu bas kat situ. Rumah dia kan kat lain. Area Majidee tu jugak. Tapi jauh dari situ. Secara logiknya, kalo dia nak tunggu bas pun, mesti dia tunggu bas kat bus stop yang lagi dekat ngan umah dia.

Dia dah pindah rumah kot.

Aku tak pernah terfikir pun yang aku akan terserempak dengan dia. Aku stay kat umah akak aku sejak bulan 5, sampailah aku pindah duk umah sewa bulan 11 yang lepas. Sepanjang aku duk umah akak aku, setiap pagi kalo nak pegi keje, aku akan tunggu bas kat bus stop tuh. Balik keje pun aku akan turun kat tempat yang sama. Lepas aku pindah, every weekend aku akan datang kat umah akak aku & stay kat situ. Kat bus stop tu lah aku akan tunggu bas & akan turun dari bas dari bandar.

Tapi selama nih tak pernah plak aku terserempak ngan dia.

Heran.

Tapi yang paling aku curious, kenapa aku taknak terserempak ngan dia? Kenapa aku taknak dia nampak aku?

Susah nak explain.

Aku segan. & aku memang taknak jumpa or terserempak dengan dia!

Nasib baiklah dia tak nampak dan tak perasan aku pagi tadi. Dan yang paling penting, nasib baik awal2 lg aku dah perasan dia ada kat bus stop tu. Boleh aku elak awl2. Kalo dah sampai depan dia, baru aku perasan, camane. Biasanya aku ni kalo jalan, menonong aje. Mane ade tengok kat sape2. Mane ade tengok orang kat depan aku. Kali nih prihatin la plak kat persekitaran.


Ishh~

Yang aku kecoh2 & pening2 sangat pasal benda ni, kenapa?

GILA.


.

Wednesday, January 27, 2010

Tolonglah Berbaloi!


Sangat PENAT! itu sahaja yang aku mampu katakan di saat ini. Terasa seperti mahu tido sampai petang esok. Berbaloi kah kepenatan aku dalam masa beberapa hari ini? Tolonglah! Aku sudah tidak mahu mengulangi benda yang sama!! Tolong lah berbaloi!!


Salmond. Main Dish. Dinner. Thistle Johor Bahru.
26/01/2010, 8.00pm




Baru hari ni aku tau camane pronounciation yang betul bagi perkataan "Salmond".
Tak perlu bunyikan huruf "l" = sa~mond

a lawyer told me that during that Dinner.

hahaa~

*punyerlah jakun*


Salmond ni sangat best. Tapi aku tak bernafsu nak makan, walaupun akhirnya habis jugak aku makan. xD



*membazir itu amalan setan!
.

Sunday, January 17, 2010

New URL

Selepas lama aku ber-kira2, sama ada nak tukar URL bog ni atau tak..akhirnya hari ni aku tukar jgak.

dari http://ceritacikmurniey.blogspot.com

ke http://kitty-nini.blogspot.com


Ni dah kali kedua aku tukar URL blog nih. URL yang first, ape ntah. Dah lupa. Lepas nih nak tukar ke URL ape lagi? haahhh~

Nape aku tukar URL? Ade seribu satu sebab knape aku tukar URL nih. Tapi..ntah lah. maleh den nak explain~

Dah tukar URL, ada certain part @ widget kat blog ni yang aku kena edit jugak. For example, header picture, footer, Nuffnang ads, etc. waduhh~

malas tul!




p/s* reborn!!


.