Monday, May 2, 2011

BEN ASHAARI CARI ENTRI BEST

Salam. Baru balik dari jalan2 cari barang. Bukak jer blog, ternampak Encik Ben Ashaari buat segmen. Dah lama tak menjoin-kan diri kat segmen Encik Ben nih.

Segmen kali ni : BEN ASHAARI CARI ENTRI BEST



Klik banner untuk ke segmen Encik Ben.


Entri pilihan aku untuk segmen ni :



Aku pilih entri ni sebab..ni pendapat aku pasal sesetengah blogger yang tak jaga manners dalam ber-blog. Ni pendapat jer. Actually takde la aku rasa entri tu bagus sangat. Tapi ni kali pertama aku bagi pendapat pasal blogger yang macam2 perangai, yang aku tengok sejak ber-blog nih.




Lagi 5 minit sebelum penyertaan ditutup! ;)



.

pengalaman pertama tayar kereta pancit. demam lepas tukar tayar tengah panas.

Untuk pertama kalinya aku berdepan ngan masalah tayar kereta pancit. Tapi nasib baik masa tu Encik Kuneng pun ada jugak. Boleh jugak la dia tolong aku. huhuu~

Kejadian hari Khamis minggu lepas. Pagi tu Encik Kuneng hantar aku pegi Mahkamah. Pastu aku suruh dia balik jer, takpayah tunggu sebab takut nanti kes habis lambat. Kesian pulak nak biar dia tunggu lama2. Tapi dia nak tunggu jugak. Dia takut aku susah nak balik office. Aku dah cakap aku boleh jer tumpang sape2, tumpang colleague ke, kawan ke. Atau boleh naik bas atau naik teksi jer. Tapi encik boypren kesayangan haku nih nak jugak tunggu & nak hantar aku balik office. Hehee~ ni yang buat aku makin sayang nih. Eh2, dah dah. lempang kang. ;D 

Lepastu nasib baik sekejap jer kes dah habis. Then ajak ler dia pegi lunch, walaupun time tu baru pukul 11.40 (kot). Aku ajak dia pegi lunch kat Restoran Nasi Padang Ina kat Stulang Laut. Dekat jer ngan Mahkamah kat Menara MSC Cyberport tu. Curik2 lunch awal. Huahuaa~  ;p 

Pastu camane ntah bila sampai jer kat tempat parking, tayar kete boleh pancit plak. Huh. Tapi aku tak stress dan tak cuak sangat la sebab Encik Kuneng ada jugak. Ape2 pun, kena makan dulu. Kitorang park jer kete yang pancit tu kat tempat parking. Tayar pancit boleh tunggu, perut lapar mana boleh tunggu. Lebih2 lagi terbayangkan keenakan lauk2 kat Nasi Padang Ina tu. Perghhh~ meleleh2 dah air liur haku. Ishhh~ tak sopan! 

Ni kali kedua aku pegi makan kat Restoran Nasi Padang Ina. First time, bos aku yang bawak pegi lunch kat situ. Seriously, lauk2 Nasi Padang Ina memang best. Harga pun reasonable la. Dan memang ramai giler orang yang makan kat situ. Kalau pegi time lunch, sampai takde tempat/meja/kerusi nak duduk. Nasib baik la time kitorang pegi tu, blom time lunch. Takde la ramai sangat orang kat situ. Tapi lupa plak nak ambik gambar makanan yang kitorang lantak. Pelahap punyer pasal. muahahaa~ ;D 

Lepas makan, Encik Kuneng tolong tukar tayar spare.




Kesian Encik Kuneng, kena tukar tayar tengah panas. 


Tempat parking tu panas giler. Bayangkan la, time tu pukul 12.30 tengahari. Matahari memang betul2 atas kepala. Aku dah try carik tempat parking yang redup sket, tapi takde. Parking semua penuh. Terpaksa la Encik Kuneng tukar tayar tengah panas. Tapi Encik Kuneng tetap rilex. Aku dah risau dah time tu. Takut dia tak tahan panas. huhuu~ Tapi aku tetap payungkan Encik Kuneng. Tapi sebab cuaca panas sangat, bahang tetap terasa. Encik Kuneng pun berpeluh2 dah macam orang mandi. huhuu~



Berpeluh2 tukar tayar spare tengah panas.



Pastu pegi hantar kete kat kedai tayar. 
Nape tayar spare kecik yer?





Nasib baik Encik Kuneng tau kedai tayar kat situ. Kalo tak, penat gak nak cari kedai tayar. Tokey kedai tu cakap mungkin kena paku. Ada dua lubang kat tayar tu. Huh. Tapi nasib baik la boleh tampal. Jimat sket.

Nasib baik masa tu Encik Kuneng ada ngan aku. Kalau aku sorang2? Ishh...tak boleh bayangkan. Camane aku nak tukar tayar spare? Pastu kena carik kedai tayar pulak? Waa...giler kentang.


Tapi mungkin sebab cuaca panas sangat masa payungkan Encik Kuneng, balik office jer aku rasa tak sihat semacam jer. Pastu bersin2 dan terus selsema. Wuwuwuwwuuuuu~ T_T  

Ingat kena hujan jer boleh selsema? Kena panas pun boleh selsema tau. Unik sungguh aku nih. Tapi takde la sampai demam macam tajuk entri nih. Saje nak kepoh. Hampir2 demam jer. Dengan pantasnyer, aku makan ubat Panadol Actifast.

Aku terus mengadu kat Encik Kuneng. Dia cakap : "tu la, orang suruh duk dalam kete jer, dia nak jugak payungkan orang. Orang demam takpe, dia tu kalo saket lambat sembuh, bla bla bla..."


Alaaa....kiteww manew boleh tengok awakk tukar tayar tengah2 panas. Manew la sampai hati. Biar susah samew2. Kan kan kan? huahuaa~ macam mintak pelempang jer ayat nih.

Encik Kuneng yang tukar tayar spare sampai berpeluh2 badan basah macam baru lepas mandi, dan badan masam2, aku pulak yang jatuh saket. T_T


Ok bye! 


.

Contest Mata Paling Kebabom!

Salam semua.

Harini nak menjoin-kan diri ke Contest Mata Paling Kebabom! anjuran Cik Farzana Farzanto.



Klik banner untuk ke entri contest.


Hadiah untuk pemenang contest ni? Haa..hadiah la yang penting kalo masuk contest (menambah kenalan dan mengeratkan silaturrahim antara kawan2 blogger pun penting jugak). Hadiahnyer : Contact lens dari page Lens Mania. Sesuai sangat la, sebab contest ni pun Contest Mata Paling Kebabom! 

Ada dua pemenang jer untuk contest nih.



Dan gambar yang aku pertaruhkan....


Nah hambek kau. Besau punyer gambo haku tepek kat sini.


Yer, pipi aku tersangat bulat mulat kembung tembam macam gold fish. Eh, itu buat2 bulat sahaja. Eleh, sebenarnye memang bulat pon. Ni gambar yang agak perasan cute, dengan mata yang bersinar2 tak boleh belah sampai nampak camera dalam mata. Huahuaa~ ;D (nampak tak nampak takkk???)

Lepas ni boleh klik "LIKE" button untuk vote KAT SINI. Eh, sebelum tu kena like page Lens Mania kat Facebook dulu.


Kena tag 3 orang blogger. So, aku tag : 
  1. Ayien 
  2. Syieqa 
  3. Milly Molly


Jom la ramai2 join contest nih. Tarikh tutup 17 Mei 2011.



.

Sunday, May 1, 2011

HOMETOWN DAY 2 : Misi Mencari Lokan

Sambungan dari ENTRI NI.


Jumaat, 04.02.2011 


Pagi2 kitorang pegi Pasar Tani kat Kuala Besut. Jalan kaki jer ke sana, sebab jarak tak sampai 300meter (kot) dari rumah aku. Best bawak Encik Kuneng jalan2 kat pasar tu. Yerlah, bawak orang bandar (bandar la sangat) ke pasar kat kampung, kat pasar yang banyak barang2 yang murah2. Ape lagi, rambang mata lah Encik Kuneng tengok barang2 kat sana. Haa....pilih2, jangan tak pilih. ;D

Then petangnyer, kakak aku ajak pegi cari lokan pulak. Katanya dah lama tak makan lokan. Kat kawasan rumah aku tu banyak jer lokan kat sungai (kat sini kitorang panggil alor). So, kitorang beramai2 pegi cari lokan. Encik Kuneng pon excited nak cari lokan jugak. Kakak aku siap bawak anak2 & husband dia lagi masuk sungai yang berselut (berlumpur) tu. Sorang lagi abang ipar (ayah kepada Adam), pegi sorang jer. Bini ngan anak dia tengok dari jauh jer. Yerlah, kan Adam tu kecik lagi, takkan nak masuk sungai kot. Kiranya 2 family la pegi cari lokan, cuma aku ngan Encik Kuneng jer yang blom berstatus family. Muahahaa~ ;D

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Dan aku sebenarnye segan nak letak dua gambar kat bawah ni. Takot Encik Kuneng tak suka. Tapi lepas dah dapat green light dari dia, aku upload la jugak. Siap mintak izin lagi tuh... ;p



=
=
=
=
=
=
=
=
=
 = 
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=




Tadaaaa....



Amboiiii~ khusyuknyer Encik Kuneng cari lokan. 
Ni la aktiviti kat kampung. Dah lama tak cari lokan. Dulu selalu jgak ikut arwah mak cari lokan.
Yer, aku ni budak kampung jer. Comot pulak tu. Kau hadoo??? muahahaa~ ;D



Lokan yang kitorang dapat kecik2 jer.




Adam si budak comot.



Ini lah dia rupa lokan yang kami semua dapat.






Kampung halaman.





Kat belakang rumah.
Siap ada perigi lagi. Kau hadoo? ;D






Eh2, jangan ler curik2 snap gambo sayeww. 
Malu la sayewww~ Dah la muka comot blom mandi lepas balik dari cari lokan. 
Muahahaaa~ ;DDD





Bersambung lagi di bahagian 3. 


Ok bye!


.

Happy Labor Day Weekend! | Banyak sungguh entri yang tertangguh.

Hello everyone.

Fuhh fuuhhhh....Perghh~ dah berhabuk dah blog ni.

Setelah 10hari tak update blog (kecuali ENTRI NI yang aku buat auto-publish), so here i am. Minggu lepas bercuti 5hari (tambah MC 1 hari = 6hari ;p). Time cuti tu plak tak dapat internet connection. Perghh~ memang terseksa sungguh kalo takde internet. 

Lepas balik dari cuti, tersangat lah busy. Maklumlah, keje melambak2 kat office lepas cuti lama. Penat bersenang-lenang pun tak hilang lagi. Ceh..bercuti bersenang-lenang pun penat? Kehkehh~ 

Sekarang ni banyak kot entri yang tertangguh dalam kepala hotak nih. Gambar pun banyak dalam kamera, blom transfer ke laptop lagi. Lepas dah transfer gambar2 tu, boleh la meneruskan aktiviti meng-hupdate blog yang dah lama tertangguh nih. Tak senang duduk sebab dah lama tak hupdate blog. [x_O]

Tengah saket ati jer ngan kamera nih. Asal aku sambung ngan wayar jer, dia automatik cas bateri. Sedangkan bateri dah penuh. Laptop plak tak boleh read memory card. Rosak ke hape tak tau la. 

Grrrrr~~ hangin satu badan!!! 






Ape2 pun, kat sini aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja dan selamat berhujung minggu!






Nak pegi membeli belah kat Carrefour lak. Ceh, apehal shopping kat Carrefour. Huhuu~ sebenarnye just nak beli barang2 keperluan jer. 

Ok bye!



.