Sunday, October 9, 2011

[MOVIE] Bini-biniku Gangster.

Watched these few days ago.



Trailer.




Overall movie ni memang kelakar. Best jugak la. Salute lah ngan watak isteri lakonan Yana Shamsudin. Sanggup dia bagi laki dia kawen lagi satu. Ishh..ishhh.....memang jaminan syurga lah. Kau sanggup?? Erkkk~ 


Tapi rupa2nya madu dia tu pun samseng jugak, dan musuh dia sendiri. Kesian jugak kat situ. Dan rupa2nya perkahwinan kedua tu dah dirancang. Semua jad tipah tertipu. Dan di akhir movie ni, boleh tau sape sebenarnya yang samseng. Aku memang dah agak dah.


Tapi ada jugak beberapa scene yang aku rasa agak lucah, dan tak sesuai untuk ditonton oleh budak2.




 Rasa macam nak lempang jer si Shaheizy Sam ni masa tengok scene nih. 
Gedik giler! 
Geli pun ade. Seswai untuk golongan yang dah berkahwin sahaja. 
Wahahahhaaaa~ ;p



Ok, yang ni memang tak dinafikan. 
Memang melampau bebenau lucahnyer.





Yang ni pulak kelakar. 



Part ni yang aku rasa paling kelakar. 
Tergelak giler aku tengok. Kahkahkahh~ ;DD




Btw, nape mesti ada watak ala-ala Tumulak dalam cite Kongsi? Pakaian sama, ayat pun sama ("kongsi gelap gapo lagu ni. cubit sikit, jerit supo ponde" ). Dah la tagline (lu langsi, wa kawen lagi) lebih kurang jer ngan filem Kongsi (lu langsi, lu mati).


Tak seswaiii lahhh~ takde originality.






Ok bye~


.

Saturday, October 8, 2011

Memancing @Kampung Tebing Runtuh

Jumaat, 30.09.2011.


Menemani Encik Tunang pegi memancing kat Kampung Tebing Runtuh, Gelang Patah. Sebenarnya awal2 dah plan nak pegi mancing kat kolam berbayar kat Perling, macam kat ENTRI NI. Tiba2 plak Encik Kuneng ubah plan, nak pegi mancing kat Gelang Patah katanya. Dia nih memang suka buat keputusan last minute. Nyampah betul tau. 


Ape lagi, teman jerlah dia pegi sana. Rupanya2 kat sebelah Puteri Harbor je kampung tu. Dekat jer ngan Kota Iskandar.


Tapi tak dapat plak pegi port mancing yang dia nak. Sebab jalan ke tempat tu dah ditutup. Terus dia pusing2 kat kampung Tebing Runtuh tu. Nak jugak cari port lain. Alih2 jumpa jugak tempat mancing. Encik Tunang tak teragak2 lagi, terus on jer nak mancing kat situ. Dah gian, sebab lama tak mancing katanya. Huh, sampai camtu skali ek orang yang suka mancing nih. 




Perjalanan dari tempat parking ke tempat mancing. 
Errkkk~ seram jugak aku nak jalan kat titi nih.



poyo jer kamu!;p



Nak masuk kat tempat mancing tu kena bayar RM10-00 per entry. Nasib baik aku tak kena bayar, sebab nak tengok jer, tak mancing pun. Dan rupa2nya tmpat macing tu kat sungai, i.e. kelong.



Ok, dah sampai separuh jalan ke kelong. 
Ni pondok ke rumah tuan punye kelong ntah.  
Bayar kat sini entrance fee sebelum pegi kelong, yer.



Mula2 aku tak paham, ape benda la "DILARANG AMBIL KUPANG" tu. 
& nape dia tulis camtu.Nanti aku explain.
Nampak tak ikan2 dalam gambar tu? Wahh~ besau jugak ea.




Kelong kat hujung sana. Encik Tunang sempat lagi~



Nak kena turun ikut tangga ni? 
Huuuaaaaaaaa~~ tingginyerrrr~~



yeah, mari pergi ke kelong.

\

Ni Encik Tunang yang paksa aku ber-gambor, walaupun aku malas nak posing. [x_O]



Kat bawah titi ni ada tong, dan kat tepi2 tong tu ada apa? 
Ada KUPANG!! 
Banyak giler, ok.



Tengok? Melekat2 kat tong tu. 




Owhh..baru aku paham "DILARANG AMBIL KUPANG" tadi. Ini lah kupang yang dimaksudkan. huhu~ Heran jugak nape kupang2 ni boleh melekat kat tong2 nih. Diorang bela ke? Atau mungkin kupang2 ni hidup secara semulajadi kat tong2 tu. Dan kemudian, akan dikutip oleh tuan punya kelong & dijual. Camtu ke? Whatever la kan.Yang penting kitorang tak ambik pun kupang tu.




Kelong.


And guess what, i found a picture of this place when browsing the internet. Here is the link : CLICK HERE.  Gambar sunrise. Sangat sangat cantek. Jauh beza ngan gambar yang aku ambik pakai henpon cabuk nih.


Tempat ni sangat cantek kalo pandai ambik gambor. Aku plak lupa nak bawak kamera. Huaaa~ *eleh, aku tau kamera aku tak canggih dan aku bukannya professional photog. Tapi aku suke snap2 panorama camnih. Ade aku kesah? ;DD 




Singapura yang hanya beberapa kilometer di depan sana, dan hanya dipisahkan oleh Selat Tebrau. 




Encik Tunang mula pasang joran.



Bersemangat betol~




Kat pondok sana ada sorang makcik ngan pakcik & cucu diorang yg umurnya maybe 3-4 yrs old. 



Kemain lagi makcik tu duk mancing. Siap dapat ketam lagi. Peramah betul. Aku sampai jer kat situ, terus tegur aku & cakap rambut aku cantek. Erkk~ mekasih makcik. Tapi rambut saya nih dah rosak & serabai. [x_O]





His first catch. 30-40 minutes after we arrived.
Ikan ape ntah. Suke la tu Encik Tunang. Huhuu~



Kat sini pun banyak kupang.
Nampak tak? 
Ok, meh kita zoom~



V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V









Tuu~ kat tali tuuuu~ 
Nampak tak?



Kitorang memancing sampai ke malam. Tau la kalo kaki pancing dah start memancing. Mana boleh mancing sejam dua. Lagipun masa kitorang sampai sana. dah tersangat petang. Dah nak gelap dah pun. Yerlah, kan plan nak mancing kat kolam kat Perling jer. Tiba2 jer Encik Tunang bertukar plan. Kalo tau nak datang sini, tengahari lagi dah datang dah, kan.


Tapi nasib tak berapa baik. sebab time kitorang pegi, air dah surut.  Makcik yang peramah tadi cakap, dia duk mancing dari tengahari lagi. Time tu air tengah pasang. Tu yang dia dapat banyak ikan. Kiranya salah timing la kitorang datang ni, kan. Huhuu~ rugi jer tak datang tengahari. Kan Encik Tunang? Huahuaa~ ;p


Bila dah malam sikit, boleh dengar bunyi kupang. Woahhh~ kupang pun ada bunyik? Seriously, mula2 aku pun confuse ape benda lah duk bunyi tuk tak tuk tak tuh. Rupa2nya bunyi kupang. Tak tau la kupang2 tu hanya berbunyi waktu malam jer ke atau memang kitorang jer yang tak perasan bunyi kupang tu time petang. 


Nak dengar camane bunyi kupang tu? 



Dengar video kat bawah nih, recorded by my mobile phone yang cabuk nih.



latar belakang : komik Encik Tunang



Dan tiba2, kitorang dikejutkan ngan sesuatu. Mula2 ada api...errr...ape ntah nih. Kalo dalam tv, aku selalu tengok benda alah tu digunakan oleh orang yang sesat dalam hutan untuk mintak tolong. Benda tu akan di tembak/di baling ke udara, dan akan mengeluarkan api. Ape nama benda alah ni hahh??



Keadaan masa tu sangat cerah sebab cahaya dari benda alah nih. 
Tapi paham2 jerlah kalo dah snap ngan henpon cabuk. Gelap gelita.



Benda ni kat depan kitorang, i.e. kat Singapore yang hanya beberapa kilometer kat depan tu. Mula2 benda alah tu dibaling, ada bunyi macam bunyi amaran kat situ. Lepas tu benda alah ni di baling lagi. Lepas jer benda tu dibaling ke udara, terus ada bunyi tembakan ke arah benda alah tu. Terkejut aku. Memang scary giler.


Ni ha, tengok video kat bawah. Ini yang aku sempat record pakai henfon cabuk aku nih.








Bukan sekali dua, aku rasa lebih sepuluh kali la camtu. Asal benda alah api tu dibaling ke udara, mesti ada tembakan ke arah sana. Dan tembakan tu pulak siap boleh nampak api peluru dia lagi. Tak tau la aku ni memang jakun ke ape. Tapi...a'a, memang aku tak pernah tengok tembakan & camana rupa tembakan ngan mata aku nih.



Macam dah kat medan peperangan dah. Aku dah takot dah time tu. Yerlah, mau tak takot. Kalo tetiba terkena peluru sesat, camane? Ishhh....nauzubillah mintak dijauhkan. Encik Kuneng nak menyedapkan hati aku, dia cakap itu just latihan tentera jer kot. Eleh, yeke latihan tentera camtu? Tu alasan orang yang taknak balik jer, kan. 


Rasa macam dah taknak pegi mancing kat sana. Scary, ok. Tapi Encik Tunang plak, mesti la nak datang lagi. [x_O] 



Ok bye~




.

Monday, October 3, 2011

Emas untuk batal air sembahyang | Jalan2 lagi.

Actually entry ni sambungan kepada ENTRI NI.


Disebabkan panjang sangat, aku malas nak sambung update entri tu. Terus sambung kat entri ni. Kahkahh~ pemalas punyer pompuan. Dah la dah lama tak update blog. Lagi nak malas2 camni.


Ok2 dah.



Lepas tengok movie, kitorang jalan2 la kat City Square tu sebab tengok wayang pun kat situ jugak.


Lepastu pegi Plaza Angsana plak, sebab nak pegi event pengantin kat sana. Ekspo pengantin ke pameran pengantin ntah. Kebetulan Encik Tunang balik ni, sesuai sangat la pegi event tu ngan dia. Boleh survey2 apa yang patut. Hihii~


Tapi event tu blom start lagi. Rupa2nya event tu start 30hb, which is the next day. Dan rupa2nya yang start 29hb tu adalah Karnival Kahwin-Kahwin, yang Norhaniza Idris nikah tu. Masa kitorang pegi kat event pengantin yang blom start tu, booth2 bridal boutique baru tengah set up pelamin. Memang cantik2 lah pelamin2 diorang. Berkenan ok.


Yang aku sempat tengok (pelamin yang dah siap), pelamin dari Astana Bridal. Sekali tengok, terus jatuh cinta. Maybe sebab kena ngan tema yang aku nak. Errr...dah ada tema ke? Tarikh pon blom confirm lagi. Huhu~


Nak tau pelamin tu camane?













Ini lah dia pelamin tu. 
Butik Astana Bridal dah upload gambar kat FB. 
So, sumber pic ni kat SINI.



Err..aku berkenan kat pokok2 kat atas tu jer. cantek jer. 
Kaler soft pink pulak tu. Huwaaa~ comelnyer. 
Tapi pelamin ni macam sesuai utk sanding ramai2 jer, kan. 
Kalo pakai kerusi jenis high back mesti aku lagi berkenan. Hihii~ 




Ok, berbalik pada cerita.


Disebabkan tak dapat survey pelamin @ butik pengantin, kitorang teruskan dengan jalan2 kat Plaza Angsana tu. Tetiba teringat pasal emas. Yer, emas untuk batal air sembahyang masa akad nikah nanti. Actually memang dah plan ngan Encik Tunang nak survey emas bulan ni. Tunggu time Encik Tunang balik jer.  Ape lagi, pegi ler survey2 dulu.


Survey punyer survey, terus beli yang berkenan. Erkk~ masa tu ada jugak terfikir - cepat sangat ke beli emas nih. Tapi sebab harga emas yang makin naik tak turun2, takpe la. Memang kena beli cepat2. Kalo makin lama, makin mahal pulak.


Harga emas masa kitorang beli ni RM189/gram (emas 916). Masa aku beli cincin beberapa bulan lepas (bulan 8 kot), baru 170. Huh, cepat giler naik. Emas kecik/nipis pun dah ribu raban. Hukhukk~ T_T  Naseb baek aku ni bukan lelaki, tak payah beli emas untuk bakal isteri. Huhuu~




Sneak peak (lah konon). Mana boleh tunjuk semua. Belum lagi jadi milik aku, kan.
Apekah ini? Gelang? Rantai? Alahh..senang sangat nak teka, kan. Hihii~



Aku ni dah la tak pandai memilih. Tapi Encik Tunang cakap cantik, dah kira ok la. Mula2 Encik Tunang cakap emas tu kecik/halus. Erk. Nak beli yang lagi besar/tebal ke? Aku rasa dah ok dah. Lagipun emas tu emas padat, bukannya jenis yang besar tapi kat dalamnya kosong. Lagipun (lagi) aku ni bukannya suka sangat pakai emas. Emas yang besar/tebal lagi la aku tak suka. Dah aku cakap camtu, Encik Tunang pun ok jerlah. Dah tentu aku yang nak pakai, kena la ikut selera aku. Walaupun yang habis tu duit dia. Hihii~


Tengok..untung kan dapat tunang macam aku ni? Kau engat senang nak dapat bakal isteri yang tak meminta2 & tak mintak benda mahal2 macam aku nih? *ok fine, berlagak giler. ;p


Err...tapi betul part "tak mintak benda mahal2" tu? Muahahaa~ ;D


Pastu Encik Kuneng sempat lagi buat permintaan - lepas nikah nanti, sentiasa pakai emas tu. Jangan tanggalkan. Aku pun meluahkan pendapat yang jujur - bahaya pakai emas. takot kena ragut, & macam2 la. Sengal jugak aku nih, walaupun apa yang aku cakap tu ada betulnya. Kan?


Ok, dah setel satu benda. Lega sikit. So, simpan la emas ni sampai tahun depan yang belum tau lagi tarikhnya bila. [x_O]


Lepas dah penat pusing2 kat Plaza Angsana tu, kitorang terus balik. Tapi Encik Tunang nak tengok tempat memancing kat Perling. Sebab esoknya nak pegi macing kat situ. Kolam memancing kat kampung ape ntah. Jauh ke pedalaman.


Sampai jer kat situ, diorang tengah keringkan air dalam kolam sebelah (bukan kolam yang guna untuk mancing ikan tu). Tengah tangkap ikan. Ngan tangan lagi tu.









Banyak giler ikan yang diorang tangkap. Yang diorang belum tangkap pun banyak giler duk berenang2 kat air cetek & duk melompat2 kat tempat kering tu. Ishhh...geram la plak aku tengok diorang tangkap ikan. Rasa macam nak turun dalam kolam tu & tangkap ikan jugak. Macam the good old days kat kampung, time kecik2 dulu. Hihii~ ;p


Ok lah, byeeee~~ 


.

Sunday, October 2, 2011

Sebulan.


Harini 02 Oktober 2011. Sudah genap sebulan.



Happy 1stmonthsary Encik Tunang tercinta! hehee~ 

Cepat jer masa berlalu. Now counting for our big day pulak. Erkk~ [x_O]








P/S : cerita E-day belum sempat update lagi. arghhhh~~


.

[MOVIE] Fright Night

Helloooooooo semua.

Its been 11 days since my last update. Hahaa~ ntah hape yang busy sangat sampai tak sempat nak meng-update blog nih. Oh, maybe sebab last two weeks ada kes kat Mahkamah Rayuan, Putrajaya for 2 days, which is pn 22th and 23rd. Balik JB jer keje bertimbun2. Kena di-setel-kan sebelum cuti on 29th and 30th September. Huh. 


Ok, enough. Balik pada tajuk. 


Last Thursday pegi menonton wayang bersama Encik Tunang tercinta. Movie yang ditonton : macam tajuk post ni la. Fright Night.




Trailer.



Errr~ movie ni takde la best sangat. Dari awal dah tau dah siapa si pontianak. Straight forward jer movie nih. Tak suspen langsung. Tak seperti yang diharapkan. Jalan cerita pun tak best sangat.


Synopsis :-


A suburban Las Vegas teenager realizes that his new neighbor is a charismatic vampire in this remake of the 1985 horror comedy hit. After years of climbing to reach the top of the social ladder, high school senior Charley Brewster (Anton Yelchin) finally rules the roost. Just as Charley ditches his best pal, "Evil" Ed (Christopher Mintz-Plasse), and starts dating the most popular girl in their class, however, a handsome new face appears in the neighborhood. It belongs to Charley's new neighbor Jerry (Colin Farrell), an outwardly amiable guy with a quick smile and a sharp wit. But when Ed vanishes without a trace andCharley sees a side of Jerry that everyone else seems to miss, the nouveau popular teen becomes convinced that the nice-guy act is a cover for something truly sinister. Unable to convince his mother (Toni Collette) that Jerry is a genuine bloodsucker, Charley turns to Las Vegas magician Peter Vincent (David Tennant) to help exterminate the demon before he drinks the entire neighborhood dry.


Sumber : MSN Movies




Colin Farrell si Pontianak yang ensem.
Nasib baik ada si Colin Farrell nih. Kalo tak, lagi boring kot. 
Errr~ motif? ;p



And, ada jugak beberapa benda yang aku rasa macam tak logik plak. Atau mungkin aku rasa tak logik sebab lain dari movie pontianak yang aku tengok sebelum ni. Ntah. 


Contoh : pontianak hanya boleh masuk ke rumah yang dia telah dijemput masuk. So, as long as kita tak jemput pontianak tu masuk ke rumah, kita akan selamat dalam rumah tu. Err~ yeke camtu? 


Contoh lain : pontianak pun makan makanan lain selain darah. Ni sebab aku tengok Jerry (Colin Farrell) duk makan buah jer. Huhuu~



Lepas habis movie ni, aku tanya Encik Tunang, 

Aku : best tak movie ni?

Encik Tunang : ok la. 

Aku : tak best la. tak suspen. 

Encik Tunang : suspen la jugak sikit2. 

Aku : suspen time terkejut jer, kan. kehkehh~ 

*tergelakkan Encik Tunang yang terkejut masa tengok movie nih. hihii~ ;DD 




By the way, masa kitorang tengok movie nih, ada lebih kurang 10 orang jer kot yang ada dalam hall tu. Yerlah, time tu kan hari Khamis, dan masih dalam waktu bekerja. Kitorang cuti, boleh la tengok wayang time tak ramai orang. Best jugak camni. Takde la bising ngan suara orang. Dan yang paling penting, takde la terganggu ngan kepala manusia kat depan kitorang, yang betul2 mengganggu pandangan mata kitorang yang nak tengok movie nih. Huh. 





Ok bye~



.