Jumaat, 30.09.2011.
Menemani Encik Tunang pegi memancing kat Kampung Tebing Runtuh, Gelang Patah. Sebenarnya awal2 dah plan nak pegi mancing kat kolam berbayar kat Perling, macam kat ENTRI NI. Tiba2 plak Encik Kuneng ubah plan, nak pegi mancing kat Gelang Patah katanya. Dia nih memang suka buat keputusan last minute. Nyampah betul tau.
Ape lagi, teman jerlah dia pegi sana. Rupanya2 kat sebelah Puteri Harbor je kampung tu. Dekat jer ngan Kota Iskandar.
Tapi tak dapat plak pegi port mancing yang dia nak. Sebab jalan ke tempat tu dah ditutup. Terus dia pusing2 kat kampung Tebing Runtuh tu. Nak jugak cari port lain. Alih2 jumpa jugak tempat mancing. Encik Tunang tak teragak2 lagi, terus on jer nak mancing kat situ. Dah gian, sebab lama tak mancing katanya. Huh, sampai camtu skali ek orang yang suka mancing nih.
Perjalanan dari tempat parking ke tempat mancing.
Errkkk~ seram jugak aku nak jalan kat titi nih.
poyo jer kamu!;p
Nak masuk kat tempat mancing tu kena bayar RM10-00 per entry. Nasib baik aku tak kena bayar, sebab nak tengok jer, tak mancing pun. Dan rupa2nya tmpat macing tu kat sungai, i.e. kelong.
Ok, dah sampai separuh jalan ke kelong.
Ni pondok ke rumah tuan punye kelong ntah.
Bayar kat sini entrance fee sebelum pegi kelong, yer.
Mula2 aku tak paham, ape benda la "DILARANG AMBIL KUPANG" tu.
& nape dia tulis camtu.Nanti aku explain.
Nampak tak ikan2 dalam gambar tu? Wahh~ besau jugak ea.
Nampak tak ikan2 dalam gambar tu? Wahh~ besau jugak ea.
Kelong kat hujung sana. Encik Tunang sempat lagi~
Nak kena turun ikut tangga ni?
Huuuaaaaaaaa~~ tingginyerrrr~~
yeah, mari pergi ke kelong.
\
Ni Encik Tunang yang paksa aku ber-gambor, walaupun aku malas nak posing. [x_O]
Kat bawah titi ni ada tong, dan kat tepi2 tong tu ada apa?
Ada KUPANG!!
Banyak giler, ok.
Tengok? Melekat2 kat tong tu.
Owhh..baru aku paham "DILARANG AMBIL KUPANG" tadi. Ini lah kupang yang dimaksudkan. huhu~ Heran jugak nape kupang2 ni boleh melekat kat tong2 nih. Diorang bela ke? Atau mungkin kupang2 ni hidup secara semulajadi kat tong2 tu. Dan kemudian, akan dikutip oleh tuan punya kelong & dijual. Camtu ke? Whatever la kan.Yang penting kitorang tak ambik pun kupang tu.
Kelong.
And guess what, i found a picture of this place when browsing the internet. Here is the link : CLICK HERE. Gambar sunrise. Sangat sangat cantek. Jauh beza ngan gambar yang aku ambik pakai henpon cabuk nih.
Tempat ni sangat cantek kalo pandai ambik gambor. Aku plak lupa nak bawak kamera. Huaaa~ *eleh, aku tau kamera aku tak canggih dan aku bukannya professional photog. Tapi aku suke snap2 panorama camnih. Ade aku kesah? ;DD
Singapura yang hanya beberapa kilometer di depan sana, dan hanya dipisahkan oleh Selat Tebrau.
Encik Tunang mula pasang joran.
Bersemangat betol~
Kat pondok sana ada sorang makcik ngan pakcik & cucu diorang yg umurnya maybe 3-4 yrs old.
Kemain lagi makcik tu duk mancing. Siap dapat ketam lagi. Peramah betul. Aku sampai jer kat situ, terus tegur aku & cakap rambut aku cantek. Erkk~ mekasih makcik. Tapi rambut saya nih dah rosak & serabai. [x_O]
His first catch. 30-40 minutes after we arrived.
Ikan ape ntah. Suke la tu Encik Tunang. Huhuu~
Ikan ape ntah. Suke la tu Encik Tunang. Huhuu~
Kat sini pun banyak kupang.
Nampak tak?
Ok, meh kita zoom~
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
VTuu~ kat tali tuuuu~
Nampak tak?
Kitorang memancing sampai ke malam. Tau la kalo kaki pancing dah start memancing. Mana boleh mancing sejam dua. Lagipun masa kitorang sampai sana. dah tersangat petang. Dah nak gelap dah pun. Yerlah, kan plan nak mancing kat kolam kat Perling jer. Tiba2 jer Encik Tunang bertukar plan. Kalo tau nak datang sini, tengahari lagi dah datang dah, kan.
Tapi nasib tak berapa baik. sebab time kitorang pegi, air dah surut. Makcik yang peramah tadi cakap, dia duk mancing dari tengahari lagi. Time tu air tengah pasang. Tu yang dia dapat banyak ikan. Kiranya salah timing la kitorang datang ni, kan. Huhuu~ rugi jer tak datang tengahari. Kan Encik Tunang? Huahuaa~ ;p
Bila dah malam sikit, boleh dengar bunyi kupang. Woahhh~ kupang pun ada bunyik? Seriously, mula2 aku pun confuse ape benda lah duk bunyi tuk tak tuk tak tuh. Rupa2nya bunyi kupang. Tak tau la kupang2 tu hanya berbunyi waktu malam jer ke atau memang kitorang jer yang tak perasan bunyi kupang tu time petang.
Nak dengar camane bunyi kupang tu?
Dengar video kat bawah nih, recorded by my mobile phone yang cabuk nih.
latar belakang : komik Encik Tunang
Dan tiba2, kitorang dikejutkan ngan sesuatu. Mula2 ada api...errr...ape ntah nih. Kalo dalam tv, aku selalu tengok benda alah tu digunakan oleh orang yang sesat dalam hutan untuk mintak tolong. Benda tu akan di tembak/di baling ke udara, dan akan mengeluarkan api. Ape nama benda alah ni hahh??
Keadaan masa tu sangat cerah sebab cahaya dari benda alah nih.
Tapi paham2 jerlah kalo dah snap ngan henpon cabuk. Gelap gelita.
Benda ni kat depan kitorang, i.e. kat Singapore yang hanya beberapa kilometer kat depan tu. Mula2 benda alah tu dibaling, ada bunyi macam bunyi amaran kat situ. Lepas tu benda alah ni di baling lagi. Lepas jer benda tu dibaling ke udara, terus ada bunyi tembakan ke arah benda alah tu. Terkejut aku. Memang scary giler.
Ni ha, tengok video kat bawah. Ini yang aku sempat record pakai henfon cabuk aku nih.
Bukan sekali dua, aku rasa lebih sepuluh kali la camtu. Asal benda alah api tu dibaling ke udara, mesti ada tembakan ke arah sana. Dan tembakan tu pulak siap boleh nampak api peluru dia lagi. Tak tau la aku ni memang jakun ke ape. Tapi...a'a, memang aku tak pernah tengok tembakan & camana rupa tembakan ngan mata aku nih.
Macam dah kat medan peperangan dah. Aku dah takot dah time tu. Yerlah, mau tak takot. Kalo tetiba terkena peluru sesat, camane? Ishhh....nauzubillah mintak dijauhkan. Encik Kuneng nak menyedapkan hati aku, dia cakap itu just latihan tentera jer kot. Eleh, yeke latihan tentera camtu? Tu alasan orang yang taknak balik jer, kan.
Rasa macam dah taknak pegi mancing kat sana. Scary, ok. Tapi Encik Tunang plak, mesti la nak datang lagi. [x_O]
Ok bye~
.
Tweet
5 comments:
Ni rakit wak marino...lubuk ikan kurau xp kne sewa bot dia...sport kt pintu air spore tu mmg sport kurau...6kg atas beb...
boleh bagi address tak.please
boleh bagi address tak.please
Ade no hp nyer x?
Nnt kat depan port tu dengar ATM singapore latihan tembak menembak...
Post a Comment