Tuesday, November 15, 2011

a wedding weekend

Weekend yang busy. Busy dengan jemputan kawen kot. Dan sangat penat. 


Maklumlah, minggu ni ramai sangat yang kawen.


I think hujung minggu lepas memang lah "wedding weekend". Ramai betul yang kawen. Ada yang aku tak sempat nak attend pun. Ralat jugak rasanya. -.-



Saturday, 12.11.2011


One of my friend masa kat UKM dulu pun kawen last weekend. Majlis sanding on Saturday, kat Hotel Mayress Kota Tinggi. Aku pulak keje on last Saturday. Aku ingat boleh la terus pecut pegi Kota Tinggi lepas habis keje pukul 1. 


Tapi ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan. Tambah pulak dengan jalan jem, hujan lagi. Aku dengan gigihnya meredah hujan + jalan jem pegi sana. Pukul 4.10pm baru aku sampai. Majlis tu dari pukul 11.00am sampai 4.00pm jer.


Sampai2 jer, orang hotel tu tengah kemas2 dah. Hukhukk~ buat malu jer tau. Nasib baik masih ada beberapa tetamu yang masih berborak2 ngan pengantin. So, takde la janggal sangat. Sampai2 jer, terus pengantin ajak bergambar kat pelamin. Erkk...sempat lagi kan. Nasib baik pelamin still ada, baru nak kemas. Kehkehh~


Sempat jugak la borak2 ngan pengantin ni. Maklumlah, dah lama tak jumpa. Tapi tak dapat berborak lama la. Sebab majlis dah habis, pengantin dah penat & time constraint kat hotel tu. & yang penting, masih boleh makan. Aku tak kesah pun. Tapi sebab aku bawak bakal kakak ipar (ececeee~) ngan anak2 dia, takkan la diorang tak dapat makan pulak, kan. ;)



Ahad, 13.11.2011


Wedding kat dewan Jalan Merdeka, Kampung Melayu. Actually ni wedding saudara one of my staff. Hahh...tau la aku sekarang ni kan tengah semangat nak attend wedding. Maklumlah...nak cari inspirasi. Kalo ada orang ajak, terus la aku on je, walaupun tak kenal pun ngan pengantin. Muahahaa~ 


Yang ni best sikit sebab aku ada bawak kamera, so boleh la snap gambor pelamin. Macam biasa, untuk cari inspirasi la katakan, ;p



OMG, pelamin dia sangat cantek okay. 
Macam yang aku nak. Errr...lebih kurang la tema kaler camni.
One of idea yang aku suka. 
So sweet!!! 



Close up. 
Wawawaaaa~ sweetnyer~~ 



Pengantin dah sampai. 



Siap ada zapin bagai~ 




Bila tengok orang kawen, tengok baju pengantin, tengok pelamin (especially pelamin), decoration...rasa macam best giler kot. Macam tak sabar nak kawen. Tapi bila fikirkan semua persiapan yang nak kena buat tu....errrkkkk...terus rasa macam nak pitam!!! 



Ok bye. 




*P/S : hujung minggu ni ada lagi wedding yang kena attend. 20.11.2011. lagi tarikh cantek yer. 


.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Salam pagi Jumaat!









Cantinyer tarikh harini. Mesti ramai yang kawen harini. Eh, confirm la ramai. Ishh...asal tarikh cantik jer, pikir pasal kawen, kan. Biasa la, B2B la katakan. Kehkehh~ ;p


Penting ke kawen tarikh cantek?  Errr...ntah la. Kalo ada peluang, aku pun suka kawen tarikh cantik camni. Tapi sebab baru jer tunang, tak sempat kot nak plan kawen tarikh cantek nih. Tahun depan? 12.12.12? Oh no no. Maybe lambat sangat. But who knows, kalo ditakdirkan? Erkkk...wallahualam. 


Tapi disebabkan majlis sebelah perempuan buat kat kampung, i.e. kat Terengganu, dan hujung2 tahun camni adalah musim tengkujuh, so sangat la tak sesuai untuk buat kenduri. Kang habis terbang khemah semua kena hentam ngan ribut. Nak ber-outdoor session ngan photographer pon tak boleh, kan. Huaaaa~ So, kena la lupakan hasrat nak kawen tarikh cantik camni. T_T


One of my classmate masa kat UKM dulu sanding esok. I guess her solemnization is today. Congrats! Will attend her wedding tomorrow. And Sunday ada 1 lagi wedding. Hihii~ meriah sungguh hujung minggu ni ngan wedding.





Anyway, congrats pada semua B2B yang melangsungkan perkahwinan harini.





& happy birthday to my handsome nephew. ;)







Bye. 





P/S : auto-publish entry at 11.11.11, 11.11 a.m 




.

Saturday, November 5, 2011

Our Engagement Day.

Hello lovelies~ 


As promised. Here is my entry about our engagement. Disebabkan terlalu banyak gambar kat sini, so lets picture do the talking. *cewahh~



02.09.2011, Hari Raya ke-4.



Ok, nerves. 
Ramai yang duk snap gambar saya. 
Saya nih pemalu, tak suka orang tengok & tak suka jadi perhatian (betul, tak tipu). 
Erkkk..camane nak bersanding nanti ye?  -.-'



Kakak Encik Tunang sarungkan cincin. 
Yayyy!!! Dah selamat jadi tunang orang. *ok, over gedik. 



Cincin risik dan cincin tunang. 



Betul ke ni dua2 sarung kat tangan kiri? Erkk..ntah la. Dah orang sarung, kita sambut jerlah. ;p 


Dan..ada cerita pasal cincin risik dan cincin tunang ni. Sepatutnya cincin risik tu bukan cincin risik, dan cincin tunang tu bukan cincin tunang. Errrr...taknak pening2. Nanti aku cerita di lain entri. 



My sisters & handsome nephew yang duk terlopong. ;p



His nieces. 



Yehooo~ pengantin lelaki dah sampai *ok, yang ni lagi over gedik.
Encik Tunang dah sampai. hehee~ ;p





Malu2 meoww pulak Encik Tunang nih. 
Masa ni cover2 la sopan. Kan majlis tunang. Kehkehh~ 
Aku sempat cakap kat Encik Tunang : duk tepi sikit. 
Sebab tu la dia duk hujung2 tu jer. Muahahaa~ ;D






Terima kasih Encik Tunang, sebab sanggup pakai baju melayu kaler pink.
Kalo tak, tak tercapai la hajat tunangmu ini yang duk berangan for a pink E-day. ;p 



Candid. Tapi saya suka. 
Masa ni tengah cakap ape ntah ngan dia.
Tengah duk discuss nak pose camane kot. ;p



Oh my, i love this one! 
Like...will you mary me, budak chubby? 
(tapi versi bagi bunga, bukan bagi cincin. Hehee~ )
Idea my sister, Kak Ti. ;)



And i said : Yes i do, budak muncet. 
Kahkahh...gedikkk~



Ini cincinnya~ 







Last but not least...


Jangan nak jadi ayu sangat! ;p




Actually untuk posing2 ni aku mintak tolong my sister, Kak Ti untuk bagi idea. Maklumlah, takde pengalaman nak posing kat pelamin, even mini pelamin. My sister pulak baru kawen. Eh, takde la baru sangat. Around 3 years ago. So, dia la yang duk kat sebelah photographer tak berbayar kitorang & bagi idea. Hehee~ Thank you sister! =)



Ok bye~ :)





P/S : real men wears pink.




.

Dua bulan tiga hari.

Selamat hari Sabtu!


Korang tengah buat preparation untuk Hari Raya Haji esok ke? Mesti ada yang dah sampai kat kampung, kan. Bestnyer balik kampung!!!


Aku tak balik kampung pun. hajat hati memang nak balik. Tapi malas nak apply cuti. Kahkahh~ ade ke camtu? 


Iyer, memang aku nak balik. Tapi bukan sekarang. Plan nak balik bulan depan, i.e bulan 12. Tapi time tu mesti tengah banjir. Even sekarang pun dah start musim tengkujuh kat sana. Haishhh~ camane nih. Kalo tak balik, tak boleh plak. Dah la duk jauh dari kampung. Nak kahwin, majlis semua kat kampung. Camane nak buat preparation? Huaaa~ T_T


Takkan nak balik every week? Every month? Penat + rabak poket aku. Kalo nak balik, at least cuti 4 hari. Kena drive at least 10-13 jam. Duit minyak around RM70. Itu one way. Campur duit minyak balik JB, pegi sana sini. Ishh...macam2 la.


Camane? 


Dah la, malas nak fikir.


By the way, it has been 2 months and 3 days since our engagement day. 3 hari lepas dah wish "happy second monthsary" kat Encik Tunang. Hehee~


Cepatnya masa berlalu. Dan aku masih tak update cerita pertunangan. Kenapa? Sebab kemalasan yang amat. Tu jer yang logik kot. Kalo busy + penat + takde masa tu dah terlalu common untuk aku, walaupun itu lah sebenarnya yang aku hadapi setiap hari. *cewahh..kemain ayat. ;DD 


Alahh..lagipun segan lah. E-day aku simple jer. Tak macam orang lain. Dan tak berjalan seperti yang aku nak. Mini pelamin tak cantik, baju tak glemer. Takde professional photographer, make-up artist @ mak andam, catering and so on...


Ok, ok enough. 




Disebabkan harini tak terlampau busy (memang la tak busy, kan weekend), maka aku akan me-rajin-kan diri untuk update cerita E-day 2 bulan lepas yang dah basi tu. -.- 





My hand bouquet.




In next entry.


Maybe tonight or tomorrow.  =)



Ok bye~ 



.

Friday, November 4, 2011

Wednesday-Movie-Day : Ra.One

Hello lovelies.


Sejak seminggu dua ni broadband memang problem, slow giler. Huarghhh..!!! Rasa macam nak hentak2, nak ketuk2 je modem nih ngan hammer. Aku bayar berpuluh2 ringgit sebulan, ini yang aku dapat???? 


Tapi aku tak tau la sama ada broadband tu yang slow ke atau laptop aku yang problem. Sebab laptop aku nih memang dah nazak sangat. Bulan lepas dah pegi survey laptop, tapi sekadar survey jerlah. Nak beli? Nanti la dulu...


Ok, back to our main entri. 


Dah 2 hari aku nak taip entri ni. Tapi sebab connection broadband macam ni, memang tak lah kan. Semalam taip separuh jer. Buat tension haku jer..!! Huh. 


Ok, ok dah. Enough. 


Dua hari lepas pegi ber-Wednesday-movie-day ngan Encik Tunang. Actually tak plan pun nak pegi tengok wayang. Masa tu nak pegi hantar dia kat Larkin, dia nak naik bas balik Selangor. Tetiba jer dia cakap nak tengok Ra.One. Eeeeee....suka tau buat keputusan last minute. Bencik! 


Encik Tunang cakap tetiba jer dia teringat pasal movie ni, coz haritu dia tengok iklan, dah dekat nak ditayangkan. So, sekarang maybe dah start la kot dia cakap. 


Memang betul la pun. Movie ni ditayangkan on Deepavali, i.e. 27.10.2011. So, aku check la waktu tayangan thru online. Ingat nak terus booking online jer. Tapi tak dapat seat yang kitorang nak, coz kat situ seat banyak dah penuh. Masa tu dalam pukul 12.40pm. Disebabkan nak kejar masa, so masa tayangan yang paling cepat is 2.00pm.


Huarghh...kelam kabut la aku bersiap. Aku ni dah la bersiap terhegeh2.






Ni on the way pegi City Square.
Errr...nape mata aku tiba2 jadik sepet pulakk~





Nasib baik la sempat sampai kat City Square beberapa minit sebelum pukul 2.00pm. Orang yang tengah beratur beli tiket pun tak ramai. Maybe sebab masih office hour. Aku jer yang bercuti. Heheee~ ;)


& guess what, seat yang kitorang beli tu kalo tengok thru online, tak dapat book. Eh memang tipu lah booking online nih.




Trailer. 



Movie ni mengisahkan Shekhar yang mencipta game untuk anak dia, Prateek. Hubungan Shekhar ngan anak dia sebenarnya tak mesra sangat. Prateek pun layan ayah dia macam nak taknak jer. Sebab dia malu kot ngan sikap & perwatakan ayah dia yang langsung tak macam hero (cemerkap & kelakar nak mampos).


Prateek mahukan game yang si penjahat pulak yang selalu menang, sebab dah boring ngan game yang asyik hero jer yang menang. So, tercipta la watak Ra.One (penjahat yang tak pernah kalah), dan G.One (si hero).


Pada hari pelancaran game tu, Prateek try main game tu, dan berjaya survive sampai Level 2. Tapi tak sempat habiskan sampai Level 3. Kemudian watak dalam game tu boleh develop sendiri pulak, dan boleh keluar dari alam maya ke alam nyata, dan seterusnya mencari "Lucifer" (nama game Prateek) dalam alam nyata sebab nak hapuskan si "Lucifer". Katanya, "no one defeats Ra.One". Lebih kurang camtu la kan.


Berjaya kah si "Lucifer" ni menyelamatkan diri dari Ra.One? Kena la tengok sendiri. Nak cerita lebih2 kang tak suspen pulak korang nak tengok, kan. ;p


Bagi aku, movie ni best jugak. Ada part yang suspen, ada part yang sedih. Paling sedih, masa abu mayat Shekhar nak ditaburkan ke sungai. Anak Shekhar , si Prateek tu teringat balik camane dia layan ayah dia dulu. Pastu dia ambik segenggam abu mayat Shekhar & masukkan dalam kocek seluar, sambil nangis. Huwwwaaaaaaa~~ aku pulak yang rasa macam nak nanges. Ok, maybe aku terlalu sensitif. Eh tak, cuba la korang tengok sendiri. Baru korang paham maksud aku.


Kiranya ada nilai2 kekeluargaan & nilai2 kesedaran jugak la movie ni.


Actually watak Ra.One yang Shekhar pilih tu ada maksud. Ra.One tu dewa hindu (Ravaan). Dewa ke ape ntah. Ni antagonis punyer watak la. G.One pulak maksud dia "jiwa". Sebab tu diorang pilih nama "Ra.One" untuk penjahat, dan "G.One" untuk si hero. Macam tu la lebih kurang. Aku pun tak ingat dah apa yang diorang explain dalam movie tu. Klik SINI.






Lagu ni yang paling aku suka.



Actually dah lama dah aku dengar lagu ni kat radio. Tapi tak tau plak lagu ni dalam movie Ra.One. Dan aku tak tau pun pasal movie tu. Yang aku tau, DJ tu cakap lagu ni Shahrukh Khan feat Akon. Aku pelik jugak la. Suara Shahrukh Khan camni ke? Pastu aku try la cari video klip dia kat Youtube. Masa tu baru tau lagu ni dalam movie Ra.One.


Tapi yang paling penting, tau tak penyanyi sebenar lagu ni sape? Milik siapakah suara itu?







Its AKON!!




Woaahhhhhh~ sangat2 tabik spring kat Akon atas usaha dia untuk nyanyikan lagu ni. Bayangkan nak nyanyi lagu dalam bahasa yang kita tak pernah berkomunikasi dan tak tahu pun apa maksud dia. Ishh....respek lah.


Suka lah ngan lagu tu. Sebab sangat catchy dan meriah. So, masa tengok movie ni, memang excited lah tunggu SRK nyanyi lagu ni. Hihii~ (walaupun bukan SRK yang nyanyi).







Tapi kan......ada jugak manusia yang boleh tertido masa tengok movie nih! Sape? Manusia sebelah aku la. Huh. Ni nak marah nih. Dia jugak yang nak sangat tengok movie ni. Tapi boleh terlelap pulak. Nasib baik tertido kejap jer, then tersengguk-sengguk.



Katanya, ngantok sangat. Kesian Encik Tunang. Maybe penat sangat ke sana ke mari. Tapi bila aku suruh pegi basuh muka kat toilet, taknak pulak. Dah la lama betol nak tunggu movie ni habis. 2jam setengah tu. Pukul 4.30 baru habis movie ni.  Maybe dia taknak terlepas tengok every scene dalam movie ni. Eleh..kalo terlelap pun boleh terlepas jugak, kan. Huhuu~


Lepas tengok movie, pegi makan2 & hantar Encik Tunang kat Larkin. Pastu pegi balik kat City Square & masuk office.  Tengok, cuti pun masuk jugak office. Ni sebab ada keje urgent. Kalo tak, hampeh la aku nak masuk office.


Huwaaaa~ T_T 





.