Saturday, October 13, 2012

The Beautiful Wedding.


Hari Sabtu lepas pegi wedding. Jauh nun di Gelang Patah *eleh macam jauh sangat*. OMG, it was a B-E-A-U-T-I-F-U-L wedding. Semua cantik. Pelamin, meja makan beradab, decoration, everything.

 

The pelamin.
So fairy tale garden isn't it? 



Nape la dulu aku tak book pelamin jenis cenggini yer?
Oh aku tahu. Sebab banyak sangat pilihan sampai rambang mata. -.-



Meja makan beradab.



 Percaya atau tidak, semua ni buat bawah kanopi sahaja.
Ingat kat dewan jer boleh buat deco cantek2? ;p



 Kuih muih.



 Lovely.



 Finally! A candy buffet. ;)



 Ahh~ how i love these. ;p



The wedding cake.
Err...not so me. -.-


 
Centerpiece.
 


Actually ni wedding adik kepada one of staff kat office. And their sister pulak memang owner bridal. So, all of these are from their sister. Cantik sangat kan? I wonder how much it cost. Phew~ memang tak termampu kot. -.-

Oh lupa plak. Butik tu Mega Bridal Creations. Sila la google ok. ;)

Sebelum kawen dulu pernah survey2 pelamin kat bridal fair kat Plaza Angsana, few times jugak la. Pernah tengok2 booth Mega Bridal ni. Tapi tak sangka pulak ownernya kakak staff kat office tu. & hasil sentuhan bridal ni memang tersangatlah gojes! *naseb baek aku dah kawen*

So haritu memang makan banyak. Sebab makanan pun sedap2. Nasi Beriani + ayam masak merah + daging masak beriani + acar + cendol + air milo + air asam. & tak lupa makanan dari candy buffet. Oh man. Kenyang giler.

And lepas wedding ni, kitorang ke Tanjung Piai pulak. Penghujung benua Asia. Kat sana pun melantak tak ingat. Nanti aku cerita lagi yer. Tak larat dah nak upload gambar. Nak sambung update pasal honeymoon dulu. Yang tu pun aku tak larat nak resize gambar & letak watermark kat gambar yang tersangat banyak tu!

Eh, bila taip2 pasal wedding orang ni kan, baru teringat kat review wedding sendiri. Memang kelaut dah review aku tu. Aiyarkk~ InsyaAllah aku update sikit2 ok. Tak tahu nak review yang mana dulu. -.-

Tuesday, October 9, 2012

Jalan2 @ Karnival Nusajaya

Last two weeks, laki bini bosan duk rumah jer on weekend. Rasa macam nak pegi jalan2. Tapi takde idea nak pegi mana. Pastu rasa macam nak pegi Mydin. So aku saje2 ajak Encik Suami pegi jalan2 kat Nusajaya. Terus dia on jer.

Masa tu tak tahu lagi ada Karnival Nusajaya kat sana. Lepas tu baru tengok iklan kat TV. Ok lah, tak kisah. Sebab tak tahu karnival tu dekat ke tak ngan Mydin. And kitorang sebenarnye tak tahu pun Mydin tu kat mana. Tak pernah pegi Mydin. Sebelum ni pegi Nusajaya tak pernah pulak ternampak Mydin kat situ. So kalini main redah jer.

Jom layan 26 keping gambar. ;p


 
 
 Sampai jer kat sana, jem yang teramat teruk!
Oh man.
 
 
Masa tu terlupa sekejap yang kat Nusajaya tu ada Karnival. Bila dah stuck dalam traffic jam, baru la teringat. ;p
 
 
 

 Pemandu2 yang tidak tahu adab.
Ni yang buat makin jem.
 
 
Dah alang2 sampai ke tempat karnival tu, kitorang pun sempat lah jalan2 kejap kat sana.
 
Masa lalu kat depan booth Cereka, nampak la diorang tengah nak buat game. Sebab ada dua orang mamat Bros ni, kitorang stop la kat situ kejap. Nak tengok la konon2nya.
 
 
 



Masa tu diorang tengah cari orang untuk game tu. Tetiba jer akak tu cakap "Haa..abang yang pakai baju belang2 biru tu..yang sama baju ngan isteri dia.."

Erkk...terkejut beruk aku. Kitorang lah yang pakai baju sama belang biru tu. Cepat2 aku undur ke belakang. Diorang panggil Encik Suami, tapi aku taknak la tetiba aku sekali pun masuk jugak. Taknak lah main game. Tapi Encik Suami tersengih2 tengok aku, pastu terus pegi depan. Ewah..sporting jugak laki aku nih. ;p Aku ingatkan dia pun taknak join jgak.

Tapi akak tu sempat cakap "sampai hati isteri tinggalkan suami". Eh mana ada saya sanggup tinggalkan suami! =..=

 
 

 Sporting jugak suami saya ni yer. ;p
 
 
 

 Main baling2 belon jer.
Tapi belon tu berisi air.
 

Sape yang tak dapat sambut, maka pasangan tersebut akan tersingkir. Masa tu aku dah risau dah. Takot Encik Suami basah. Haiyyaa~ kalo baju basah, macam mana nak jalan2 daa....

So chayok2! ;)

 
 

 Sambut, jangan tak sambut.
Kalo tak, confirm basah.
 
 
 

Time ni tinggal Encik Suami ngan sorang budak jer.
Encik Suami, kalau kamu kalah ngan budak itu, memang memalukan tau. ;p
 
 
 

 Aiyarkk~ kesian budak tu.
Sudah jatuh ditimpa air belon pulak.
Habis basah.
 
 
Now tinggal Encik Suami ngan akak yang kat depan dia jer. Lawan sampai kalah la ni yer. Aku ingatkan diorang just nak cari pasangan yang last. Rupa2nya nak sorang jer pemenang.
 
 
 

 Haip!
Nasib baik belon tu pecah ke belakang.
Kalau tak, confirm akak ni basah.
 

So pemenangnyer? Opkoz la Encik Suami saya. Kehkehh~ ;D

Nasib baik aku tak pair ngan Encik Suami. Kalo tak, confirm Encik Suami tak menang. And aku guarantee akan basah. Err...aku yang basah, bukan Encik Suami. Sebab aku ni memang tak pandai nak sambut2 camni. Eh mana boleh aku pair ngan Encik Suami. Kata lawan sampai 'mati'. Mana boleh lawan ngan suami sendiri. Hukhukk~


 

Saya menang moto!

 

Hahahh~ sebenarnye Encik Suami dapat buku nota jer. Sama jer ngan semua peserta lain. Bezanya, Encik Suami dapat dua. Diorang dapat satu.


Buku nota jer? ;p


Ok, so dah setel baling membaling, boleh sambung misi jalan2 yang terbantut tadi.


 
Kamu bukan polis. ;p



Muka tuan punya blog mesti kena ada. ;p



Yihhaa~ jom masuk theme park.
Nak tengok Hello Kitty.



Oh hi Hello Kitty!
Hi Daniel!



Tak dapat pegi Legoland, dapat bergambar kat sini pun ok la...



 Made from lego.



Lat's place.



Oh look. Ada career fair.
 
 
 
Lepas makan2 (makanan ringan jer), nak pegi cari Mydin pulak. Lalu booth Cereka tadi, diorang tengah buat sesi bergambar ngan artis2 tadi. Ape lagi, join ler.
 


Sham ni sporting & peramah habis tau.



Hi chef. ;p 



Agak tak mesra rakyat. -.-
 
 

Nak balik dah. ;)
*paksa sorang minah ni ambikkan gambar kitorang. hihii~
 


 Then ternampak ni.
Jom! (ajak husband masuk dewan tu).
 
 
 
Tapi masuk sekerat jalan, Encik Suami tanya balik "nak masuk ke?". Ok lah, takde motif pun nak masuk career fair tu. Tak payah la masuk yer. So bergambar kat luar jer.
 


Walaupun blurr, tak kira la. Aku nak letak jugak. ;p



Gigih set timer. ;p
*oh my drumstick. T_T

 
 
Lepastu kitorang teruskan misi untuk mencari Mydin. Cari punya cari, alhamdulillah jumpa jugak. Nasib baik tak pening sangat nak cari Mydin tu.
 
 

 Jom membeli belah. ;)
 
 
 
Tak jauh sangat rupanya Mydin ni dari rumah. Cantek lah tu, lenkali boleh pegi lagi. ;p


Ok bye. Thanks for reading. ;)



.

Sunday, October 7, 2012

Bila berjauhan, bila sakit sorang2. T_T


Harini tak sihat. Saket.

Pagi tadi tidur tak lena bila perut meragam. Sakit memulas2. Pastu mula la duk ulang alik pegi toilet.

Perut rasa macam dicucuk2, memulas2. Rasa macam kejang pun ada. Ya Allah, seksanya aku rasa.

Mula la otak aku berfikir, apa puncanya, aku salah makan ke ni. Apa yang aku makan semalam? Oh semalam tersangatlah banyak aku makan. Petang pegi wedding. Well...korang tahu kalo kat wedding lauk ape kan. Nasi beriani, ayam masak merah, daging masak beriani, acar, etc. Oh tak lupa jugak cendol, air milo, air asam boi, and those sweet thingy kat candy buffet (oh yummss).

Oh wait. Did i mention air asam boi? Eh aku memang tak boleh minum air asam boi. Dulu pernah minum air asam boi. Pastu tanpa membuang masa setengah jam kemudian terus perut memulas2. Tapi tak mungkin la kot sebab air tu. Sebab dah lebih 17jam baru datang cirit birit ni.

Lepas mentekedarah kat wedding tu, pegi Tanjung Piai pulak. Makan2 lagi kat Tanjung Piai Resort. Ikan siakap masak masam manis, sotong goreng tepung, udang masak butter, kangkung masak belacan, jus tembikai susu.

Kenyang tak terkata. Perut buncit. Tak larat nak jalan. -.-

Malam, kat rumah, kunyah2 kerepek.

Sekarang ni tak tahu lah yang mana satu penyebab cirit birit ni. Mungkin sebab macam2 yang masuk dalam perut sampai perut tak boleh hadam? -.-

Dan akhirnya, hanya menu ini yang mampu aku telan harini :-
 
 
Bubur nasi + telur.
Ini pun aku mampu telan sikit jer.
Tapi tetap paksa telan sikit demi sikt. -.-
 
 

Orang cakap kalo cirit birit ni dehydrated kan? Maksudnya kehilangan air yang banyak dari badan. Tapi air suam pun aku tak mampu nak telan untuk tambah air dalam badan ni. Telan 2, 3 teguk jer. Selebihnya minum air milo. Itu jer yang boleh membangkitkan selera & boleh masuk dalam mulut ni. Itu pun 1 gelas jer.
 
So plan harini untuk kemas rumah + basuh baju + lipat baju yang menggunung tu memang ke lauuttt. Termasuk juga plan untuk cuba buat kek batik biskut merry. T_T
 
Dari pagi tadi sampai tengahari, perut memulas2. Sakit tu datang sekejap2, 3minit, 5minit sekali. Tapi sakitnya ya Allah...tuhan jer yang tahu. Sampai aku rasa usus aku ni kejang. Sepanjang masa aku terbaring jer. Nak melangkah pegi toilet pun tak larat, tapi tetap gagahkan kaki. Rasa macam nak tido dalam toilet tu jer. Cuba untuk tidur untuk kurangkan rasa sakit. Tapi rasa memulas2 tu tetap datang. Ya Allah..seksanya. Rasa macam nak menangis. :'(
 
Sampai ada ketika tu badan berpeluh2, menggigil2. Rasa macam nak termuntah pun ada. Pandangan mata jadi gelap (walaupun masa tu aku tengah baring). Betul, tak tipu. Kalau aku tengah berdiri, confirm akan pitam. Masa tengah mencangkung dalam toilet (sori tak sopan sket) pun rasa macam nak pitam. So cepat2 selesaikan 'urusan' and terus baring balik.
 
Nak pegi beli ubat? Nak pegi klinik? Memang aku rasa masa tu jugak nak terus pegi klinik. Tapi nak melangkah pegi toilet pun aku tak larat. Lagi la nak drive sendiri. Nak melangkah cari teksi kat depan tu? Aku rasa sebelum jumpa teksi tu, aku dah pitam tengah jalan kot.
 
Dah petang sikit, baru rasa ok. Tak seteruk pagi tadi. Pastu try masak bubur. Nak masak pun kena gagahkan diri. Lepas kacau bubur, duduk mencangkung depan dapur, sebab perut masih memulas2. Pastu baring2 kejap. Pastu ke dapur balik. Sampai ke saat menaip entri ni pun perut masih memulas2.
 
Masa sakit, tengah berpeluh2 & menggigil2 tu, teringat kat Encik Suami.
 
Encik Suami.....kalau lah kamu ada.... :'(
 
Perasaan?
 
Sakit sorang2, takde sape yang temankan, takde sape yang boleh tolong belikan ubat, tolong belikan makanan, takde sape yang boleh jaga. Takde sape yang boleh aku mengadu. Paham tak perasaan tu macam mana? T_T
 
 
 
 
 
Hubby, kalau kamu baca entri ni, saya harap kamu faham perasaan saya.
 
 
 
Akhir kata, lembu berpegang pada tali. Manusia berpegang pada janji. Renung2kan dan selamat beramal.


Ok, nak sambung merehatkan diri dan melawan rasa sakit.
 
 
Thanks for reading.



P/S : hopefully pagi esok tak sakit macam ni. kalo tak, macam mana nak pegi keje. kena pegi mahkamah. harus menjalankan tanggungjawab. kena MC ke?  T_T
 
 
.

Wednesday, October 3, 2012

Honeymoon @ Krabi (Day 1) : Part 1 - our hotel

Salam dear readers.

Seperti yang dijanjikan, nah here it is, first review on our honeymoon kat Krabi, Thailand last 2 weeks. Disebabkan terlalu banyak gambar, and entri ni just nak review hotel dulu, so review2 terpaksa dibahagikan kepada beberapa bahagian. Harap bersabar dengan entri yang panjang berjela2 and gambar yang berlambak2 kat entri ni, dan juga kat entri2 seterusnya. Aku yang nak upload gambar & siapkan entri ni pun rasa nak termuntah dah. ;p

Actually kitorang buat decision pegi honeymoon ni agak last minute la. Plan memang dah lama. Tapi cuma tak tahu nak pegi bila. Cari masa yang sesuai (maklumla dua2 duk jauh, waktu keje husband tak sama ngan aku, susah dapat cuti), cari budget (budget ciput. camno? ;p).

Dah last minute baru betul2 confirm nak pegi, terus book tiket flight & hotel. Book sebulan lebih sebelum tarikh berangkat *cewah. Entry KAT SINI.



Ahad, 16.09.2012


Nah, tempek muka tuan punya blog dulu. ;p


Encik Suami yang bersungguh nak ambik gambar aku kat sini.
I malu. coz ramai org you.
*ok. gedik.
Oh, dah nampak laut.
Time ni dah nak sampai dah.
Fly lebih kurang 1jam 10 minit.

Untuk ke hotel, kitorang ambik teksi kat airport ni jer. 600 Bhat ke Ao Nang. Lebih kurang RM60. Mahal giler lah. Tapi memang standard semua teksi kat airport tu harga camtu. Dari airport ke hotel brape minit ek. 20 minit ke 30 minit. Ke 40 minit? Lupa plak.



Ini van.
Tapi kat sana panggil teksi.



Untuk airport transfer balik nanti pun kitorang terus book ngan dia. Nasihat aku, untuk balik nanti (dari hotel ke airport), tak payah la book awal2 ngan diorang (i mean, ngan taxi service kat airport tu). Sebab kat pantai Ao Nang nanti banyak jer taxi service yang murah2. Tapi tak tahu la naik ape. Alahh....tapi kalo naik tuk tuk pun best ape?


Dah sampai hotel.
Erkk~ mata aku terpejam pulak. -.-


Dari ENTRI NI, husband pilih hotel ni. Aku pun suka jugak. So kitorang sepakat sebulat suara pilih hotel ni. Supsangdao Resort (pronounce sap-seng-dao).

Actually hotel yang aku book ni more to resort, which is it is a 1 bedroom villa. Ada 9 buah villa sahaja kat resort ni. So tak sesak sangat. Resort ni jauh sket dari pantai. Kalo naik moto, lebih kurang 7 - 10 minit camtu la. Kalo jalan kaki? Toksah try lah jalan kaki. Kang pitam tengah jalan. ;p

Resort ni pun family business jer. Owner muslim. Sampai2 jer disambut pekerja yang bertudung dengan Assalamualaikum. Sejuk sikit hati. So dah tak payah risau pasal breakfast halal ke tak. ;)

Owner boleh cakap malay. Tapi malay kelantanese la. Nasib baik kawe memey kecek kelate. So boleh la kecek kelate ngan owner dia. Kehkehh~ ;p

Overall kitorang memang suka sangat duk sini. Sebab ada privacy, banyak pokok2 (tropical greenery gitew), tak sesak, tak ramai orang, tak bising and sangat lah tenang lagi mendamaikan, lebih2 lagi di waktu malam time beradu. *gitew

Walaupun resort ni taklah se-grand mana, tapi kitorang tetap suka. Suka villanya, suka persekitarannya, suka privacy-nya. And guess what....sepanjang tempoh 4 hari 3 malam kitorang kat sini, hanya kami berdua sahaja yang stay sana. Seriusly sangat lah best. Sebab its only me and husband. Cewahh. ;p

Maybe sebab low season, pelancong tak ramai sangat. And maybe sebab resort ni jauh sikit dari pantai, so yang suka night life tu tak prefer la kot hotel2 yang jauh dari pantai ni.

Reception.
Comel jer.



Sana tu cafe.
Kecik jer cafe dia.

Swimming pool.

Kitorang tak mandi langsung kat swimming pool nih. Ada jugak aku ajak Encik Suami swim2 kat sini (ngade, padahal aku ni tak pandai berenang). Tapi Encik Suami cakap segan. Sebab berdua jer. Eh2, berdua la lagi best. Dari bersesak2 dalam pool tu. Yer idak?

Ok, meh tengok our villa pulak. ;)


Koridor.




Our villa.

Oh, kitorang tak request pun honeymoon decoration. 
So ini jerlah yang ada.
Dua ekor gajah. ;)


Hai jiran.
*padahal takde orang pun.

Encik Suami sampai2 jer kat villa ni, dia terus tutup langsir.
Maybe dia tak selesa kot orang boleh nampak dari luar.
Padahal just nak baring2 sekejap sebab nak keluar jalan2 ke pantai pulak.


Ada fridge.
So boleh simpan coklat, kaya, chocolate+peanut butter spread, air botol.
Eh macam banyak jer yang kitorang simpan dalam nih.
Oh ya, air mineral tu everyday diorang akan letak 2 botol dalam tu.


Bathtub.
Jengjengjengg~ ;p


Shower + toilet.


 Tukang snap gambar pun nak interframe jugak. ;p


Oh tahu tak malamnyer kami dah tukar bilik? Tukar ke villa sebelah. Sebab......nantilah aku cerita kat next entry yer.

Kos hotel? 3,900 Bhat untuk 4 hari 3 malam. Including breakfast. Lebih kurang RM390 la. Aku genapkan jer, senang. Murah ke tak? Book online kat Booking.com. Dah survey harga kat Agoda, AirAsia Go, Asiarooms.com, and lepas compare2, harga kat Booking.com lagi murah.

Kos keseluruhan pegi Krabi? Kitorang tukar RM1,300 kat Malaysia. Then tukar lagi RM150 kat Krabi, sebab tak cukup nak shopping. Kalo ikutkan, itu pun still tak cukup jugak, sebab rambang mata nak shopping macam2. hohohh~

So total RM1,450 termasuk bayar hotel, sewa motor, teksi pegi hotel, teksi pegi airport, beli pakej, makan2, shopping2, beli souvenir, etc. Ada balance 25bath. Lupa nak habiskan. Encik Suami cakap "takpe, kita simpan duit tu untuk pegi sana lain kali". Eh? Nampak gayanya macam ada harapan nak pegi lagi tu. ;p

Oh ya, total RM1,450 tu tak termasuk tiket flight yer. Tiket flight sangat murah sebab Encik Suami keje kat Air Asia. Kitorang guna kupon yg Encik Suami dapat. Kalo termasuk tiket flight, tak sampai RM2K pun total semuanya.

Ok, part 2 tunggu entri seterusnya yer, which is tak tahu akan post bila. Hewheww~

Till then, thanks for reading. ;)


.

Tuesday, October 2, 2012

4th month.

01.10.2012.

Semalam genap 4 bulan menjadi isteri Encik Suami.

Dan semalam juga genap 6 tahun arwah mak pergi. Dulu mak lah segala2nya bagi aku. Ayah dah meninggal masa aku umur 13 tahun lagi. Semua yang aku buat untuk mak. Belajar, masuk universiti. Apa yang mak tak suka, memang aku takkan buat. Cita2 aku memang nak bahagiakan mak. Tapi baru setahun aku kat U, mak dah pergi untuk selama2nya. Rasa terkilan sebab tak sempat tatap wajah mak untuk kali terakhir. Rasa sangat terkilan sebab tak sempat balas jasa mak. Maklumlah kami orang susah.

Bila mak pergi, aku rasa macam dah hilang tempat bergantung, hilang tempat untuk berkasih sayang. Rasa macam dah hilang tujuan hidup.

Oh itu 6 tahun lepas. Mungkin terlalu sedih. Tak dapat terima kenyataan. Sebab mak pegi pun secara tiba2.

Harini rasa bersyukur sebab dikurniakan seorang suami. Seolah2 suami dikurniakan untuk ganti kasih sayang mak. Itu yang aku rasa. Kami bercinta beberapa bulan (i think 6 bulan kot) lepas arwah mak meninggal.

Walaupun kasih sayang ibu tiada galang ganti, tapi kini aku dah ada tempat untuk berlindung, tempat mengadu, tempat berkasih sayang. Alhamdulillah, walaupun suami dan aku sendiri tak sesempurna mana, tapi aku bersyukur dengan jodoh dan kehidupan yang Allah S.W.T kurniakan. :')

Sekarang masih dalam proses untuk mendalami diri pasangan, walaupun dah 5 tahun lebih bercinta. & masih lagi dalam proses untuk memperbaiki diri masing2.



 Alhamdulillah...



Semoga dipermudahkan jalan hidup kami. Amin...





Al-fatihah untuk arwah ayah & mak.




.