Thursday, August 9, 2012

Plan for honeymoon trip.

Hello lovelies~ 


Oh, betapa berhabuk bersawangnyer blog aku nih. Seriously, takde mood nak update blog. Sebenarnye banyak benda nak update. Tapi bulan2 puasa ni macam tak larat jer nak update. *alasan. kahkahh~ 


Sejak beberapa minggu ni duk bersengkang mata depan laptop sampai mata berpinar, pening kepala, duk Google2. And beberapa hari ni lagi lah tersangat takde masa nak buat benda lain. Busy meng-Google jer.  Google pasal nak pegi hanimun huyeahh~ *excited pulak. 


Ok, dah tak payah berselindung lagi, tajuk pun memang dah sangat obvious, memang ai nak pergi berhanimun ngan hasben *memang lah hanimun ngan hasben, ngan sape lagi, kan. 


Destinasi pilihan sebelum ni : Phuket, Krabi, Koh Samui, Bandung, Mabul, dan banyak lagi. Gila berangan semua tempat aku masukkan dalam list. Bincang punyer bincang (ceh, padahal aku jer yg sebok cerita kat hasben. org lelaki ape tahu? ;p). 


Last2, kitorang capai kata sepakat. KRABI!!! 


Errr...sebenarnye aku yang bagi cadangan. Encik Suami just iyer-kan ajer. Eh tapi dia pun suka jugak Krabi ok. ;p 


Tapi...aku lah yang kena buat research pasal Krabi nih *macam tak biasa?*. Takkan nak main redah jer pegi sana. At least kena tahu aktiviti apa yg biasa orang buat kat sana, nak book hotel mana, etc. Pening kepala aku buat research tahu? 


Tiket flight booked hari Ahad. Hari Selasa, terus book hotel pulak. Sebelum tu, kena tanya husband dulu, dia prefer hotel camane. Disebabkan PJJ, so pm kat mukabuku adalah lagi menyenangkan. 


Bila ditanya hotel macam mana yang Encik Suami suka, and view apa yang dia prefer (pool, mountain, pool access), ternyata dia lagi suka bilik yang ada view mountain a.k.a hutan. Katanya bila bangun pagi, rasa segar. Baeklah Encik Suami. Ada benarnye juga. Tapi bila bangun pagi, mesti sejuk yang amat. Rajin ke aku nak mandi pagi? Errr....


Anddd...Encik Suami nak hotel yang ada swimming pool. So, memang memeningkan lah nak cari hotel yang ada ciri2 yang dia nak tu. Kenapa pening? Sebab dah last minute - tak banyak choice, ada yang tak pasti bilik mengadap apa (bangunan @ city @ mountain), ada yang mengadap mountain tapi bilik too small. Heh? Nak pilih bilik pun pening?


Ditambah memeningkan, aku nak cari yang tak jauh sangat & tak dekat sangat ngan pantai, ada privacy, Free cancellation. Hahahh...macam2 lah laki bini nih. So, semua online booking website aku cari. Agoda, Booking.com, AirAsiaGo, Asiarooms. Compare2 harga. Again - pening. Pening nak buat keputusan.


Ni hotel2 yang aku dah shortlisted and pm kat mukabuku Encik Suami untuk dipilih. Hotel2 kat Krabi / Aonang Beach tersangatlah banyak. Dari yang budget hotel sampai hotel yang kita tengok harga satu malam pun gulp telan air liur. Tepuk dada tanya budget. Hahahh~


Err...ni aku copy & paste jer dari message kat fb yang aku pm kat hasben. Edit sikit2 jer. Malas. Hahahh~



(Harga semua untuk 3 malam)

1) Supsangdao Resort, Aonang Beach





One Bedroom Villa
 * harga RM387.73
 * siap ngan breakfast. free cancellation.
 * bilik 45 square metres. ada bathtub.
 * hotel ada swimming pool.
 * banyak pokok2, view hutan sket.
 * agak jauh dari pantai (blh tgk peta kat bawah ni. klik kat "SHOW MAP"). x blh jln kaki pegi pantai. tp nnti kita ada sewa moto.

Booking.com : http://www.booking.com/Supsangdao-Resort

Website : http://www.supsangdaoresort.com/




2) Ananta Burin







Superior Twin Room or Double
  * harga RM327.78
  * takde breakfast, free cancellation
  * bilik ni sama ada mengadap bangunan hotel yg lain @ ada nampak pokok sikit2.
  * saiz bilik 40 square metres.
  * hotel ni ada swimming pool, dekat ngan pantai, tp x dekat sgt. blh jln kaki. klik tgk peta, ok.
  * dekat ngan gerai2, tempat urut, tempat ejen2 yg jual pakej.

Booking.com : http://www.booking.com/Ananta-Burin-Resort
Website : http://www.anantaburinresort.com/




3) Aree Tara Resort







Superior Double atau Twin Room
  * harga RM325.10
  * takde breakfast, free cancellation.
  * bilik ada bathtub, tak tahu mengadap ape. maybe mengadap bangunan @ pokok2.
  * saiz bilik 33 square meters.
  * sederet ngan hotel Ananta Burin.

Booking.com : http://www.booking.com/Aree-Tara-Resort
Website : http://www.areetara.com/




4) Buri Tara Resort


 



Superior Double atau Twin Room
  * harga RM325.10
  * takde breakfast, non-refundable.
  * saiz bilik 32 square metres.
  * bilik ada bathtub, tak tahu mengadap apa. mengadap bangunan kot.
  * hotel ada swimming pool.
  * sederet ngan hotel Ananta Burin & Aree Tara.

Booking.com : http://www.booking.com/Buri-Tara-Resort
Website : http://www.buritara.net/




5) Apasari Krabi

 


Superior Double atau Twin Room
  * harga RM325.10
  * takde breakfast, non-refundable.
  * bilik ada bathtub, mengadap hutan.
  * saiz bilik 40 square metres.
  * hotel ni ada swimming pool.
  * dekat ngan hotel Ananta Burin, Aree Tara & Buri Tara Resort.

Booking.com : http://www.booking.com/Apasari-Krabi




*Detail2 tu aku tengok kat Booking.com jer. Tak tahu lah kalo salah ke ape. Hotel pilihan kitorang? Tettttt~ Lepas hanimun baru boleh reveal. ;p


Kalo korang perasan, bilik2 yang aku shortlisted tu kebanyakannya Superior jer. Sebab murahhh. And harganya sangat jauh beza ngan bilik Deluxe. Budget lah katakan. Ceittt, kata nak hanimun, tapi nak budget. Kahkahh~ ;D

Ramai kot ex B2B yg pegi honeymoon kat Krabi. & banyak aku jumpa blogger yang review pasal Krabi ni. Senang lah sikit keje aku nak buat research. Boleh refer kat blog diorang :-




Kitorang plan nak pegi bulan depan. Giler last minute booking hotel + flight. And yer, aku tahu September wet season kat sana. Tawakal jer. Sebab? Tiket flight memang kena guna tahun ni, and annual leave aku untuk term Jun - September pun kena habiskan jugak. Hahahh~


Time kitorang pegi nanti, dah 3 bulan setengah kawen. 3 bulan lebih kawen baru nak pegi hanimun? Sedehh tak? Takpe...bersyukur lah ngan rezeki yang ada. 


Oh yer, tiket flight book AirAsia. *dah laki kau keje kat AirAsia, takkan kau nak naik MAS pulakk?* -.- And guess whatt?? Harga tiket tersangat lah murah tak hengat! Berapa? Tunggu review lepas honeymoon. ;) 


Dan sekarang, tersangatlah excited nak pegi Krabi. Rasa macam nak pack barang sekarang jugak. Boleh? Muahahaa~ *over kau.


Semoga takde lah aral untuk pegi sana bulan depan. Amin...




*p/s : 48 more days to go. wehhooo~


.

13 comments:

Hanys Jehari said...

Kita pun br nak pi honeymoon... Tapi kat kuantan cherating jek. Susah sgt nk plan kuar jalan jauh... Syoknya krabi nini... Mesti tak sbr dah.

Hanys Jehari said...

Kita pun br nak pi honeymoon... Tapi kat kuantan cherating jek. Susah sgt nk plan kuar jalan jauh... Syoknya krabi nini... Mesti tak sbr dah.

pelangi chenta said...

bestnya dapat pergi KRABI.mmg awal2 nak pergi sana.tapi terpaksa postpone dulu.so honeymoon trip dkt smnajung jek

Pink Lavender said...

wahhh...
krabi nampaknyer yerr..

sabo sabo...


makneng follow sini,
jemput folow makneng

anaztasias nora aira said...

yeay !!! beshnanya nanti share pengalaman okeh :)

Nini Mohd said...

@Hanys Jehari
Hanys, tau takpe! rasa mcm nak packing kain baju skrg jugak. hahahh~ over betol! ;D

Nini Mohd said...

@Hanys Jehari
takpe hanys. dlm malaysia pun best jugak. ada jugak plan nk cuti2 malaysia ni. tgh cari masa & budget jer. hehee~

Nini Mohd said...

@pelangi chenta
ishh..semenanjung pun best ape. kitorang pegi Krabi ni pun sebab dpt tiket murah. & kena guna tiket tu dlm tahun ni jugak. huhuu~

Nini Mohd said...

@Pink Lavender
hehee~ klaka lah makneng nih. sabo jerlah makneng yer. kehkehh~
takpe makneng, mana tau esok lusa rezeki makneng pulak.
thx folo kite. ;)

Nini Mohd said...

@anaztasias nora aira
insyaAllh nora. =)

BuLaN said...

Salam.. Thanks for the info. BTW nak tny kwn kite ckp, nti imigresen sana tny kite bwk duit bape ? betul ke ? mcm xmasuk akal langsung . xkan org imegresen 2 nak tny hal peribadi kite ? sebelum die takut2kan kite, baik kite tny org yg btul2 da g sana.. betul ke ?

BuLaN said...

Kite tgh plan nk g honeymoon ke krabi.. tapi kwn ckp masuk kat imigresen thailand org imigresen ade tny kite bwk duit bape ? it's true ?? mmg dorg akn tny ke kite bwk duit bape masuk sana ? pk2 balek mcm xmasuk akal jea ? better tny org yg btul2 da g sana. bole share ngn kite ?

Nini Mohd said...

@BuLaN
w'salam.
kitorang pegi haritu takde plak imigresen tanya bawak duit apa or berapa.
in fact, diorang takde tanya apa2 pun. just cop passport, pastu blah. camtu jer.
cuma masa kat imigresen tu, dia ambik (snap) gambar kita jerla, for their record i think. :)