Tuesday, March 15, 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Salam semua...

Aku nak join segmen dari blogger yang femes amos, Encik Ben Ashaari. Wahh...ni first time aku join segmen Encik Ben nih. Sebelum ni tengok dari jauh jer. Segan nak join *segan konon ;D

Sape tak kenal Encik Ben? Meh aku lempang laju2! ;D



Klik banner untuk maklumat lanjut.

SEGMEN :-
BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

Kalo ikut negeri kelahiran, aku nih blogger Terengganu la.


# Sila ceritakan latar belakang anda ..
Nama penuh takpayah la kan. Nama panggilan Nini. Lahir 20.07.1985 (dah tua dah.tapi tetap perasan awet muda.huahuaa~ ;p ). Anak ke-9 dari 9 orang adik beradik (bongsu la tu). Asal dari Terengganu. Sekarang stay kat Johor Bahru (dah hampir 2 tahun), sebab keje kat sini.

# Profesion anda sekarang ?
Keje sebagai advocate & solicitor, atau senang nak faham : peguam.

# Blog favourite anda .. kenapa ?
Banyak kot yang feveret. Kalo blog tu best dan menarik, jof coz la adi feveret aku, tak kira la blog femes ke tak. Aku suka blog yang bagi informasi, tutorial, resipi (walaupon tak berapa pandai nak masak).  Sebab nanti takde la buang masa camtu jer mengadap laptop baca blog2, kan. At least ada la maklumat yang aku dapat. Blog jenis personal pun aku suka jugak.
Antara yang aku suka : Cik Tom - banyak tutorial pasal blog. Ayun Ayunar - suka pegi ke blogshop Cik Ayun, banyak tutorial mekap dan cara2 pakai tudung/selendang (ok, jangan jadi isu plak). Fatin Liyana - suka tengok cik fatin yang comel, dan skodeng dia. muahaa~ Blog Encik Ben pon aku suke jgak. ;)
Dan banyak lagi kot.. *banyak pulak membebel kat part ni. jangan marah ea Encik Ben .D

# Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ?
Blog yang berat tahap kontena sampai laptop jadik hang/not responding, yang ada lagu tak boleh pause, blog yang kaler2 (font, background, etc) buat sakit mata nak baca entri sebab kaler yang keterlaluan, blog yang ayat dalam entri tu tak patut atau tak sopan, blog yang suka kutuk2 orang lain macam tak senang ngan kesenangan orang lain. Annoying sungguh.

# Impian anda terhadap blog anda ..
Semoga blog aku ni terus "hidup" dan semoga aku lebih rajin update blog, walaupun dengan life yang sangat ke-busy-an tahap melampau nih. ;) *orang lain pon buzy jugak kan. boleh jer update blog.


Tarikh tutup tengah malam ni, 15.03.2011. *aku join pon last minute. ;p 


Last but not least *ewah, tinggalkan link kat entri segmen Encik Ben.

Tenkiu Encik Ben. ;D 


.

letupan loji nuklear Fukushima. amaran radiasi di Malaysia?

Pagi tadi aku terima SMS dari seorang kawan.

"A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer. Please pass, stay safe and remind everyone you know"


Hmm..nuclear power plant kat Jepun meletup, kesan radiasi boleh sampai kat Malaysia ke? Dengan serta merta? Aku bukan pakar untuk comment pasal benda ni.

Aku Google kat internet pasal explosion tu. Jumpa berita ni : Radiation levels affecting Singapore not true.

Wahh~~ SEJIBIK ngan SMS yang aku terima. SMS camtu dah tersebar kat Singapore. Ni antara petikan dari berita tu :

The National Environment Agency (NEA) said that Singapore would not be affected by radioactive rain because Japan's nuclear reactors were located 5,000 kilometres away - a radiation shower would require a complete meltdown of Japan's reactors.

Even in the worst scenario, Singapore would still have official advanced warnings. Dr Benjamin Sovacool, assistant professor at the Lee Kuan Yew School of Public Policy, told a local news website that it would take days or weeks for a radioactive cloud to reach Singapore.

Members of the public are advised not to circulate such messages without verifying their accuracy.



Rupa2nya SMS tu dah tersebar ke merata2. Berita (atau khabar angin?) camtu asalnya dari Filipina. Camane lah boleh sampai kat Malaysia, dalam waktu yang singkat plak tu. Bikin kecoh jer.

Untuk berita dari ABC News, click SINI.
Untuk video dari ABC News, click SINI.
Untuk berita dari New York TImes, click SINI. 
Untuk berita dari Yahoo News, click SINI. 


It's 15th March 2011

Good morning! 

Pagi ni bangun pagi...eh2, harini 15 Mac 2011, kan?


Masa tu macam2 lah yang orang cakap. Ada yang percaya. Ada yang langsung tak percaya. Ada jugak yang tak tau nak percaya ke tak, ada yang risau kalau FB dah takde hidup diorang akan bosan. whatdeheck la kan.

Hahaa~ pandai2 jer manusia yang buat cerita dan bikin huru hara kat dunia facebook-ing. Suka sangat buat khabar angin yang di reka2 sendiri. Meh pelempang diorang ramai2!



=

 =

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=







Dan harini juga hari lahir arwah Kak Roy (yang ke-43) yang baru meninggal 2 hari lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman... 

Monday, March 14, 2011

cerita Dinner yang dah basi

Assalamualaikum semua...

Ini cerita dinner dua minggu lepas. Cerita yang dah basi. Baru sekarang nak update. Wuhuuu~ [x_O]


Jumaat, 25.02.2011

Actually kitorang kena pegi dinner ni pun tak terancang pun (tak terancang ke?). Bukan tak terancang. Tapi tiba2 jer kena pegi dinner. Ini sebenarnye dinner Bank Simpanan Nasional, sebagai Majlis Perpisahan. Bila dah ditanya boleh tak aku pegi, aku memang on jer. Lain la kalo aku ade hal lain, confirm memang takleh pegi. 

Venue : Ming Court 
Theme : Black and White 

Aku tak pernah lagi pegi Ming Court. So, rasa macam excited la kalo first time nak pegi tempat yang aku tak pernah pegi. *huahuaa~ aku memang jakun. ;p

Tapi bila dengar tema hitam putih, aku rasa macam...haaaaduuiiiii~~~ macam boring pon ade. Yerlah, hampir setiap hari aku pakai hitam putih pegi keje (pegi mahkamah). Mesti la boring kalo dinner yang sekali sekala nak melaram pon kena pakai hitam putih. *eleh, melaram konon.

Tapi...aku mane la ade baju warna hitam putih yang sesuai untuk dinner. Walaupun hampir setiap hari pakai hitam putih, yang ada cuma baju kemeja + seluar slack. Lagipun, dah last minute sangat. Dua hari sebelum tu, baru confirm kena pegi. Last minute jugak la kan bagi orang yang busy macam aku ni *ceh. Tak sempat pun nak cari baju. Maka, terpaksa la aku pakai yang ada jer. Baju kebaya hitam. Tu pun dah beberapa kali aku pakai pegi function. Tak kesah la kan. Dinner tu kecik2 jer. So, tak payah nak membazir beli baju baru atau nak melaram-laram sangat. ;)

Disebabkan dinner tu buat hari keje dan start pukul 8.00pm, aku tak balik umah la. Sebab takot jalan jem dan sampai lambat ke Ming Court tu. So, terpaksa la salin baju + mekap + bersiap kat tempat keje. Dan of coz TAK MANDI. Huh. Memang selekeh giler pegi dinner tak mandi. Takpe, yang penting bukan aku sorang jer yang tak mandi. Muahahaa~~ ;D 

Eh2, banyak pulakkk aku membebel. Jom layankan gambar2. Gambar makanan jer yang banyak.



Menu. 
10 Chinese Course. 
Aku bukannye tau pon pasal menu2 nih. Aku tau makan jer. ;D


Majlis Perpisahan.


Meja yang aku duduk nih sekali ngan pengacara majlis & committee (kot). 
So, memang agak kosong.
*itu Chinese Tea. Bukan air dotdotdot...


Shark's Fin Soup with Crabmeat. 
Seriously, memang sedap hingga menjilat sudu.
Kalo boleh, ngan mangkuk sekali aku nak jilat. muehehehee~ ;p


Steamed Sea Bass with Nyonya Sauce. 
Pehh~ sos dia memang mantap. 


Fried Rice with Anchovies.
Steamed Sea Bass with Nyonya Sauce.
Mongolian Chicken.
 Semua best.

Sauteed Fresh Scallops with Broccoli. 
Scallops tu sangat sedap, ok.


Meh kita serbu! 


Sauteed Fresh Scallops with Broccoli.
 Fried Rice with Anchovies.
Sauteed Prawns with Dried Red Chili.
Oh, sauteed prawns itu memang best yang amat! Yummy!! 


Stewed Vegetables with Basket. 
Best sebab aku suke broccoli.
Nampak macam biase jer. Tapi memang best. 


Ewww~ aku sangat bulat bila bertudung, lebih2 lagi kalo pakai inner + shawl.


Nak balik dah.


Ming Court memang cantik. Makanan pun best. Tapi pintu masuk agak tercorot dan tersembunyi. Tak kesah la kan. Yang penting, jumpa jugak pintu masuk tu. Tapi yang paling hampeh bila masuk sini : PARKING. Kau bayangkan, nak masuk jer dah kena bayar RM3 untuk parking. BAYAR TERUS kat pintu masuk tu jugak. Tapi bila nak cari parking...TAKDE PARKING. Tempat parking tak proper langsung. 

Kalo yer pun nak mintak bayar parking kat situ terus, tolong la jaga tempat parking skali. Tunjukkan kat kitorang, kat mana tempat parking, kat mana dah penuh, kat mana boleh parking. Ini tak, tau mintak duit jer, pastu biar jer kitorang melilau cari parking. Dah la time tu dah malam. Gelap pulak tu. Huh. memang tak puas hati betol. Tau aku parking kat mane? Dekat pintu tempat loading barang, dekat ngan tong sampah. Adoii...hampeh betol lah.

Mungkin takde parking sebab sekali ngan M Suites Hotel. Tapi biarlah yang guest dapat tu berbaloi ngan apa yang dibuat, diminta & dibayar, i.e kena bayar terus on the spot RM3 untuk parking.

Ok bye!


*p/s : lepasni update pasal dinner Majlis Peguam Johor plak. cerita yang dah basi jugakk~







Oh ya. Ni gambar yang di ambil masa baru sampai kat Ming Court, sebelum masuk ke dinner.


arwah Kak Roy. tengah.

.
.

mati itu pasti

Salam...

Pagi tadi pegi Kompleks Mahkamah kat Jalan Dato' Onn. Masuk office dalam pukul 10am, hampir semua orang takde. Hanya ada 6 - 7 orang camtu jer. Aku agak, mesti diorang pegi ziarah jenazah arwah Kak Roy. Aduhh~ tak sempat pegi ngan diorang. Aku kena pegi mahkamah kat Menara MSC Cyberprt plak untuk hantar Hujahan Bertulis. So, cepat2 pegi Menara MSC Cyberport. Lepas tu terus pegi ziarah arwah Kak Roy kat rumah mak dia kat Jalan Bunga Raya Kechil, Majidee ngan dua orang colleague. 

Masa kitorang sampai tu, dah pukul 11.30 am kot. Jenazah sedang disembahyangkan. Lepastu, terus di bawa ke kubur. Aku tak sempat nak tengok wajah arwah sebelum dibawa ke kubur. Masa rakan2 yang lain sampai sana, jenazah dah siap di mandikan dan sedang dikapankan. Masa aku sampai tu, semua dah setel. Masa tu aku tengok boss dan big boss pun ada. Boss aku sepatutnya ada CIMB Biz Review kat KL harini, tapi terpaksa ditunda dan di re-schedule, sebab nak ziarah arwah.

Lepastu pegi Tanah Perkuburan Islam kat Kampung Kurnia. Sebelum jenazah nak diturunkan ke liang lahad, sempat jugak kain kapan di buka untuk salah seorang saudara arwah mencium dahi arwah. Sempat juga aku tengok muka arwah. Tu pun sikit jer dapat tengok sebab aku duk jauh. 

Cerita yang aku dengar, semalam arwah mimpi dia tengah drive, tapi brek tak berfungsi. Dalam mimpi tu dia sesak nafas sebab nak menahan kereta kat depan. Pastu bila tersedar, arwah betul2 sesak nafas & terus di bawa ke hospital. Lepastu dah ok. Tapi masa arwah tengah tido, tiba2 jer arwah terjaga dan sesak nafas. Arwah mengadu dada dia macam kena pulas2. Lepastu tu terus hembuskan nafas yang terakhir. MasyaAllah...mudahnya arwah pergi...Tapi itu bagi kita yang melihat sahaja. Kita tak tahu apa yang dia lalui. 

Aku rasa, mungkin serangan jantung. Tapi tak tau la arwah memang ada penyakit jantung ke tak. Yang aku tau, dia ada tekanan darah tinggi jer.

Ada staff yang cerita masa dia pegi melawat arwah beberapa bulan lepas kat hospital (masa tu arwah admitted sebab tekanan darah tinggi), dia tengok telinga arwah dah lain, macam takde cuping. Sama macam telinga arwah ayah dia dulu. Mungkin tu tanda2 orang yang nak pergi. Masa tu dia dah boleh agak, arwah Kak Roy takkan lama lagi kat dunia ni. Masa hari Sabtu last jumpa arwah pun ada staff yang cakap dia tengok bawah mata arwah macam gelap, tapi dia tak tegur sebab dia ingat mungkin sebab eyeliner yang arwah pakai. Ada lawyer yang cakap, masa hari Jumaat dia tengok muka arwah dah lain. So, dia nasihatkan arwah pegi hospital. Dan sepatutnya arwah pegi check-up harini. Tapi...Allah yang menentukan segala2nya...

Pergi begitu saja. Yang paling aku rasa sebak, bila anak lelaki arwah cakap : takpe, nanti hari selasa mama balik la, sambut birthday mama. 

Ya Allah...tak dapat aku bayangkan. Pasti anak itu sukar menerima kenyataan, mama nya sudah tiada. Sudah pergi untuk selama2nya, dan takkan kembali lagi. 

Hari ni kat office gloomy jer. Semua orang bersedih, takde mood dan buat keje ngan mata bengkak & lesu. Aku paham. Aku rasa kalo aku sampai sebelum jenazah masih di rumah dan belum dibawa ke kubur, pasti aku pun akan menangis macam diorang. Aku ni cepat tersentuh. Lagi kalo tengok semua orang nangis, confirm aku pun akan nangis sama.

Tadi camane ntah aku tersilap panggil nama arwah. Actually aku nak panggil Kak Adi, tapi boleh plak ter-sebut Kak Roy! Kuat plak tu. Semua orang pandang aku. Mengucap panjang aku. Tapi lepas tu rasa sebak tiba2. Sedih bila terbayang2kan arwah. Sebelum tu pun ada jgak staff yang tersilap panggil nama arwah, walaupun sebenarnye nak panggil orang lain. Hmm...


* p/s : mati itu pasti. walaupun kita masih muda dan ketika semua orang tak sangka kita akan mati.
* p/s lagi : hampir2 accident & berselisih ngan kete lain masa on d way pegi Majidee tadi. tu la, cuai sangat & asyik borak jer dalam kete, tak prihatin dengan keadaan sekeliling, tak pandang kiri kanan sebelum tukar lane. huh.


.