Monday, March 14, 2011

mati itu pasti

Salam...

Pagi tadi pegi Kompleks Mahkamah kat Jalan Dato' Onn. Masuk office dalam pukul 10am, hampir semua orang takde. Hanya ada 6 - 7 orang camtu jer. Aku agak, mesti diorang pegi ziarah jenazah arwah Kak Roy. Aduhh~ tak sempat pegi ngan diorang. Aku kena pegi mahkamah kat Menara MSC Cyberprt plak untuk hantar Hujahan Bertulis. So, cepat2 pegi Menara MSC Cyberport. Lepas tu terus pegi ziarah arwah Kak Roy kat rumah mak dia kat Jalan Bunga Raya Kechil, Majidee ngan dua orang colleague. 

Masa kitorang sampai tu, dah pukul 11.30 am kot. Jenazah sedang disembahyangkan. Lepastu, terus di bawa ke kubur. Aku tak sempat nak tengok wajah arwah sebelum dibawa ke kubur. Masa rakan2 yang lain sampai sana, jenazah dah siap di mandikan dan sedang dikapankan. Masa aku sampai tu, semua dah setel. Masa tu aku tengok boss dan big boss pun ada. Boss aku sepatutnya ada CIMB Biz Review kat KL harini, tapi terpaksa ditunda dan di re-schedule, sebab nak ziarah arwah.

Lepastu pegi Tanah Perkuburan Islam kat Kampung Kurnia. Sebelum jenazah nak diturunkan ke liang lahad, sempat jugak kain kapan di buka untuk salah seorang saudara arwah mencium dahi arwah. Sempat juga aku tengok muka arwah. Tu pun sikit jer dapat tengok sebab aku duk jauh. 

Cerita yang aku dengar, semalam arwah mimpi dia tengah drive, tapi brek tak berfungsi. Dalam mimpi tu dia sesak nafas sebab nak menahan kereta kat depan. Pastu bila tersedar, arwah betul2 sesak nafas & terus di bawa ke hospital. Lepastu dah ok. Tapi masa arwah tengah tido, tiba2 jer arwah terjaga dan sesak nafas. Arwah mengadu dada dia macam kena pulas2. Lepastu tu terus hembuskan nafas yang terakhir. MasyaAllah...mudahnya arwah pergi...Tapi itu bagi kita yang melihat sahaja. Kita tak tahu apa yang dia lalui. 

Aku rasa, mungkin serangan jantung. Tapi tak tau la arwah memang ada penyakit jantung ke tak. Yang aku tau, dia ada tekanan darah tinggi jer.

Ada staff yang cerita masa dia pegi melawat arwah beberapa bulan lepas kat hospital (masa tu arwah admitted sebab tekanan darah tinggi), dia tengok telinga arwah dah lain, macam takde cuping. Sama macam telinga arwah ayah dia dulu. Mungkin tu tanda2 orang yang nak pergi. Masa tu dia dah boleh agak, arwah Kak Roy takkan lama lagi kat dunia ni. Masa hari Sabtu last jumpa arwah pun ada staff yang cakap dia tengok bawah mata arwah macam gelap, tapi dia tak tegur sebab dia ingat mungkin sebab eyeliner yang arwah pakai. Ada lawyer yang cakap, masa hari Jumaat dia tengok muka arwah dah lain. So, dia nasihatkan arwah pegi hospital. Dan sepatutnya arwah pegi check-up harini. Tapi...Allah yang menentukan segala2nya...

Pergi begitu saja. Yang paling aku rasa sebak, bila anak lelaki arwah cakap : takpe, nanti hari selasa mama balik la, sambut birthday mama. 

Ya Allah...tak dapat aku bayangkan. Pasti anak itu sukar menerima kenyataan, mama nya sudah tiada. Sudah pergi untuk selama2nya, dan takkan kembali lagi. 

Hari ni kat office gloomy jer. Semua orang bersedih, takde mood dan buat keje ngan mata bengkak & lesu. Aku paham. Aku rasa kalo aku sampai sebelum jenazah masih di rumah dan belum dibawa ke kubur, pasti aku pun akan menangis macam diorang. Aku ni cepat tersentuh. Lagi kalo tengok semua orang nangis, confirm aku pun akan nangis sama.

Tadi camane ntah aku tersilap panggil nama arwah. Actually aku nak panggil Kak Adi, tapi boleh plak ter-sebut Kak Roy! Kuat plak tu. Semua orang pandang aku. Mengucap panjang aku. Tapi lepas tu rasa sebak tiba2. Sedih bila terbayang2kan arwah. Sebelum tu pun ada jgak staff yang tersilap panggil nama arwah, walaupun sebenarnye nak panggil orang lain. Hmm...


* p/s : mati itu pasti. walaupun kita masih muda dan ketika semua orang tak sangka kita akan mati.
* p/s lagi : hampir2 accident & berselisih ngan kete lain masa on d way pegi Majidee tadi. tu la, cuai sangat & asyik borak jer dalam kete, tak prihatin dengan keadaan sekeliling, tak pandang kiri kanan sebelum tukar lane. huh.


.

No comments: