Friday, April 8, 2011

Auntie Anne's Free Pretzel Day

Beberapa entri nih duk cerita pasal makanan jer. Huhuu~




Dan ini cerita few days ago. Selalu jer lambat hupdate. Wuuwuuuuu~~ T_T 

Time lunch ada la budak2 office tu mengkhabarkan berita Auntie Anne's Free Pretzel Day nih. Walaupun masa tu aku dah siap lunch dan dah kenyang, tetap jugak nak merasa pretzel free. 

Yerlah, FREE kauuu...sape yang taknak, kan? 



So, pergi la beratur hambik pretzel free tersebut dengan rakusnya.


Selasa, 05.04.2011.


First time try pretzel kat Auntie Anne. Dan of coz la first time aku try mende alah yang bernama "pretzel" nih. Selama ni kalau lalu depan Auntie Anne nih, just jeling2 jer. Huahuaa~ 

Walaupun ramai giler yang beratur dan barisan pun agak panjang, tapi cepat jer sampai giliran. Cekap jer kan diorang nih. 



CAN YOU RESIST THE FRESH, STEAMING HOT, HAND ROLLED SOFT PRETZEL? 
*ceh, macam la korang tak boleh baca sendiri. 
Seriously, kata2 tersebut memang sangat tepat. 
Sebab pretzel tersebut memang sangat lazat dan rangup bila dimakan ketika masih panas.



Ini lah ghope nyer mende ala yang dipanggil "pretzel" tersebut. 
Memang lazt sungguh. Garing dan menyelerakan bila di makan masa pretzel tersebut tengah panas fresh dari ketuhar (err..ketuhar ke?) 



Kejap ada, kejap takde. 
Eh, silap. 
Kejap jer dah habes pretzel nih setelah dilahap dengan rakusnya oleh aku. 
Walaupun time tu dah kenyang ngan nasik tapau. 
Yerlah, kena makan cepat2, sebab kalau dah sejuk, tak sedap la pulak rasanya. 
*alasan orang yang kuat makan. ;D




Moh ler beramai2 membeli belah pretzel kat Auntie Anne, kat Level B1, City Square Johor Bahru. Kat tempat lain pun ada. Tapi aku tak tau. Korang carik la sendiri. 

Nih tolong promote setelah merasa keenakan pretzel free. ;D


Ok bye.. ;)


.

Buffet Lunch at New York Hotel. Cerita durian goreng

Dah agak lama dah nih, dah beberapa hari. Hari Isnin kot tak silap aku. Pegi lunch kat New York Hotel. Buffet Lunch. 

Perghh~ tetiba jer kena pegi lunch nih. Aku macam biasa la, ON jer kalo dah di ajak. Yang penting, orang belanja. Huahuaa~ ;DD 




Satu gambar sahaja.



Tapi makanan kat sini takde lah memberangsangkan hawa nafsu membuka selera dan banyak pilihan sangat macam Buffet kat Grand Paragon. Tapi boleh la kan. Aku tetap bersyukur dan alhamdulillah atas rezeki yang ada. 

Tapi kan...(tapi lagi) Nasi Ayam kat sini best. Ayam best, lembut dan terasa la. Nasik dia pun best. Tapi kalo makan banyak sangat rasa macam muak la pulak. Spaghetti pun ok jgak. Lauk2 pun ok jugak.

Yang paling best makan kat sini, masa majlis berbuka puasa office ni tahun lepas. Masa tu ada DURIAN GORENG. Perghh pergghhh perggghhhhhh...sangat rangup lazat berkrim disukai ramai. Memang sedap dan nikmat makan durian goreng tu. Lebih2 lagi kalau makan tengah panas baru angkat dari kuali. Memang nikmat tak terhingga. 

Memang laku giler lah durian goreng tu. Sampai kena beratur sebab nak ambik durian tu. Belum siap chef tu goreng, dah ramai yang beratur tunggu durian goreng tu masak. 

Patut kena tukar pepatah "macam goreng pisang panas" kepada "macam durian goreng panas". Huahuaa~

Kalini takde la pulak durian goreng tu. Teringat2 jer kat durian goreng yang panas dan rangup dan lazat tu. Yumyumm~


Thursday, April 7, 2011

Welcome High Tea at Thistle Hotel JB

Petang tadi ada Welcome High Tea untuk Yang Arif Dato' Abd Halim Bin Aman, Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru. Kat Thistle Hotel Johor Bahru. Selamat datang ke JB, Yang Arif, walaupun Yang Arif dah 5 bulan kat sini, dan baru sekarang Welcome High Tea ni dibuat. Huhuu~





Sepatutnya masa lunch tadi tak payah la aku makan banyak2 dan berat2. Tapi macam biasa la, orang tamak macam aku nih mana la reti control hawa nafsu. Lunch dah makan nasik lauk ayam masak rendang yang pergghhh berlemak berminyak banyak lemak terus membiak2 lemak dalam badan. Tapi sedap tuuuu~ 

So, bila dah terkenyang, rasa macam takde nafsu pulakk bila pandang makanan kat Thistle tadi. Alahh...high tea jer pun. Bukannya makan best & berat pun. Tapi walaupun dah terkenyang dan rasa macam takde nafsu nak makan, boleh pulak aku melantak macam tak makan tengahari. Heran betol aku. Huahuhahuaa~ 

Melantak sampai rasa macam perut dah betul2 penoh. Perghh~ lagi la membiak2 lemak dalam badan aku nih.

Gambar melantak tak hambek. Sorry ler, sebab i nih tersangat lah segan untuk snap2 bila kat majlis formal macam nih. Ini jer lah gambar yang ada. Layannnn jer~



Buffet. Orchid Ballroom (3)
Makanan kat luar ballroom yer. 
Sila la ambik dan penuhi pinggan masing2 tanpa perasaan segan2. ;DD


Last but not least...dessert. 
(tetiba jer last but not least, sedangkan gambar makanan yang lain takde pun. huahuaa~ ) 
Macam2 ada dalam pinggan tuh.
Kek, jelly, biskut, e.t.c. 
Perghh~ yang ni la aku rasa paling menggemokkan. 
Tapi tetap ada buah-buahan kat situ. Kehkehh~ ;D



Gambar terakhir sebelum balik. 
Oh comelnyer rumah mini ni.




Dan gambar penutup entri.... 


Cantek nombor itu.




* p/s : dont snapping while driving. sangat membahayakan taww~ ;D 


.

Akaun Facebook Temporarily Unavailable

Tadi lepas balik keje, aku bukak Facebook. Masa tu ok jer. Pastu aku off. Dalam pukul 9.06 malam, aku on balik. Tapi jadik cenggini



=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


Apo kono eh jang?  
(klik untuk tumbesaran yang sempurna)



Beberapa kali jugak la aku TRY AGAIN, refresh, TRY AGAIN, refresh, TRY AGAIN, refresh. Tapi hampeh.cenggitu jugak.  Bengang betol lah. Rasa macam &#*%$(*&%@$#^?€$#*&@%..!!!!!!! 





Perghhhh~ sabor jerlah. Ape kena ngan Facebook nih?


Pastu dalam pukul 9.45, aku try lagi. Nasib baik dah ok. 

Huh. Betul2 menguji kesabaran haku. Tapi rasa macam klako la pulak. Sebab ni pun aku boleh rasa bengang. Bukannya Fcebook tu hidup dan mati aku. Kahkahkahh~ 

Alahh~ mungkin sebab site maintenance jer kot. Tu yang jadik temporarily unavailable.



Tataa~


.

Wednesday, April 6, 2011

bila orang cakap aku dah kurus. suka-nya aku. ;D

Ada orang cakap aku dah nampak kurus. 

Gadis : cik dah nampak kurus. 

Aku : (buat2 tekejut dan tak percaya) hah, yeke? 

Gadis : betul. tadi tengok dari belakang, nampak macam kecik jer. 

Aku : (kembang jap sebab dah lama tkde orang cakap aku nih kecik) Err~ ntah la. tapi sejak kebelakangan ni memang takde selera makan. nafsu makan dah berkurangan, tak macam dulu, asyik nak makan jer. 

Encik Z : yeke? nape takde selera makan? ada tips tak?

Aku : hehee~ takde la. tak tau la kenapa. memang takde selera. 



Perbualan lebih kurang macam ni la. Aku pun dah tak berapa ingat. 

Lepas tu balik rumah jer, terus menjejakkan kaki atas weight scale. Dengan harapan, jarum weight scale itu akan menunjuk ke angka yang lebih rendah dari sebelum ini. 

Tapi...hampa dan hampeh. Sama jer cam dulu. Ceh. Kemain lagi hati aku berbunga2 sebab ingat dah betul2 hilang lemak. Wuwuwuwwuuuu~  T_T

Terima kasih lah si Gadis itu sebab bagi aku harapan untuk kelihatan kurus. Kahkahkahhh~ ;DD 

Yerlah, dulu semua orang cakap aku makin gemok dan makin bulat. Sekarang bila ada orang cakap dah kurus, of coz la happy suka hati kemain.






Eleh kau. Tak diet, melantak kemain, pemakanan tak jaga, ada hati nak kurus? Punca pertambahan kilo nih dari diri sendiri jugak la. Malas nak jaga pemakanan, dan malas nak diet. 

Dulu ada jugak berazam dan berangan nak kurus dengan berdiet. Tapi macam biasa la, aku dan diet tak pernah serasi. Kejap jer aku kuat semangat diet. Hilang 2 kilo jer. Pastu dah malas nak diet2 dah. Tak sanggup lah nak diet lebih2. Aku ni dah la suka makan. Makan banyak pulak tu. 

Sebab tu la aku respek btol kat orang yang boleh diet sampai tak makan nasik berbulan2. Perghh~ giler kentang punye extrem diorang punye diet. Tapi memang boleh nampak lah hasilnya. Tapi (lagi) agak membahayakan kesihatan  la, kan. 

Takpe, pelan2 kayuh yer cik Nini. Sikit2 lama2 jadik bukit. Sikit2 diet, bukan sikit2 kumpul lemak jadik bukit. Kahkahkahh~  ;D 


Ok bye! 


.