Dah agak lama dah nih, dah beberapa hari. Hari Isnin kot tak silap aku. Pegi lunch kat New York Hotel. Buffet Lunch.
Perghh~ tetiba jer kena pegi lunch nih. Aku macam biasa la, ON jer kalo dah di ajak. Yang penting, orang belanja. Huahuaa~ ;DD
Satu gambar sahaja.
Tapi makanan kat sini takde lah memberangsangkan hawa nafsu membuka selera dan banyak pilihan sangat macam Buffet kat Grand Paragon. Tapi boleh la kan. Aku tetap bersyukur dan alhamdulillah atas rezeki yang ada.
Tapi kan...(tapi lagi) Nasi Ayam kat sini best. Ayam best, lembut dan terasa la. Nasik dia pun best. Tapi kalo makan banyak sangat rasa macam muak la pulak. Spaghetti pun ok jgak. Lauk2 pun ok jugak.
Yang paling best makan kat sini, masa majlis berbuka puasa office ni tahun lepas. Masa tu ada DURIAN GORENG. Perghh pergghhh perggghhhhhh...sangat rangup lazat berkrim disukai ramai. Memang sedap dan nikmat makan durian goreng tu. Lebih2 lagi kalau makan tengah panas baru angkat dari kuali. Memang nikmat tak terhingga.
Memang laku giler lah durian goreng tu. Sampai kena beratur sebab nak ambik durian tu. Belum siap chef tu goreng, dah ramai yang beratur tunggu durian goreng tu masak.
Patut kena tukar pepatah "macam goreng pisang panas" kepada "macam durian goreng panas". Huahuaa~
Kalini takde la pulak durian goreng tu. Teringat2 jer kat durian goreng yang panas dan rangup dan lazat tu. Yumyumm~
No comments:
Post a Comment