*oh, aku takde idea nak letak tajuk ape kat entri nih.
Weekend nih tersangat lah bohsan. Macam biasa la, kalo hujung minggu aku duk kat umah jer. Takde ape2 aktiviti pon. Bohsan mengadap TV dan mengadap laptop, tetiba jer terfikir - oh petang2 camni best jugak kalo pegi jogging. Tetiba jer rasa macam rajin nak ber-jogging, kat taman kat Mutiara Rini. Maklumlah, nak keluarkan peluh dan nak pecahkan lemak2 yang dah makin membiak2 dalam badan nih. Tau melantak jer. Tapi exercise haram nyer aku nak buat.
Tengok jam pukul 5.45petang. Sempat ke nih nak pegi jogging? Tapi nak pakai mask dulu...sebab dah lama tak pakai mask. Rasa macam banyak jer kulit mati kat muka nih. *ceh, boleh rasa pulak ek.
Himalaya Neem Face Pack nih aku beli 2 bulan lepas kot, setelah baca review dari Cik Nurul Aina. Tapi ni baru kali kedua aku pakai. Aku nih memang pemalas nak jaga muka. Sebab tu muka banyak jerawat + kulit kasar. Wuwuwuwwuuuuu~~ T_T
Dan mempersembahkan muka makhluk hijau setelah ditepek dengan Himalaya Neem Face Pack.
Setelah kering, macam ni la ghope muka kita yang ditepek dengan Himalaya Neem Face Pack nih.
* eeewwwww....memang buruk giler muka haku. tapi at least haku letak jugak gambar camnih. kau hado??? kahkahkahh~ ;DD
Muka dah keras lepas benda alah ni kering, seriously dah tak boleh senyum atau buat muka apa2 dah (muka huduh atau muka chomel). Uh, korang perasan kan macam bintik2 jer muka aku nih? Aku rasa benda Himalaya Neem Face Pack nih meresap kat pori2 kot. Dan yang bintik2 tu bekas pori2 lah rasanya. Seriously, benda alah nih memang bagus untuk kulit. Jerawat akan kering, kulit muka pun jadik lembut dan halus. Tapi korang jangan harap la muka korang kekal halus mulus kalo setakat pakai sekali dua macam haku nih. Muahahaa~ ;D
Lepas selesai pakai Himalaya Neem Face Pack nih, aku macam teragak2 nak pegi jogging kat taman ke tak. Sebab time tu dah dekat pukul 7 petang. Dah ler taman tu baru bukak. Bahaya gak tu nak jogging time maghrib. Dah ler sorang2. Uihhh~ pikir yang bukan2 pulak haku nih.
So, cancel jerlah hajat suci nak menyihatkan badan tu. Then pegi bank sebab nak bank in duit. Oh, petang semalam aku order Catalyst Virgin Coconut Oil dari Cik Ayun, setelah membaca review beliau KAT SINI. Sekarang nih ramai orang dah memperkatakan mengenai VCO ni (asal tetiba ayat haku skema?). So, aku pun teringin jugak la nak try, betul ke benda alah ni bagus, setakat mana keberkesanan dia.
So, malam tadi aku terus pegi bank untuk buat bayaran VCO tu. Pantas kan aku? hahaa~ Harini Cik Ayun akan pos benda alah VCO tu. Oh, tak sabar2 nak mulakan cabaran 30hari Virgin Coconut Oil macam Cik Ayun. Nanti boleh la aku buat review jugak yer. Tapi kalau betul2 menjadi, review aku tu mesti lagi hebakk kot. Sebab muka aku lagi buruk dari Cik Ayun. ;p
Dah alang2 keluar tu, aku pegi la jalan2 kat Plaza Tasik jap. Dah bohsan sangat duk kat umah. Ingat nak jalan2 jer. Window shopping la konon. Tapi haramnyer aku nak window shopping jer. Seriously aku nih memang looser lah kalo bab2 menahan nafsu shopping.
Tapi tadi agak lega sebab tak banyak duit yang habis untuk ber-shopping. Lagipun yang aku beli tu murah2 jer. Takde la aku rasa looser sangat tadi.
Tu yang sekarang nih aku selalu jer pegi Plaza Tasik. Sebab barang kat sana murah2 jer, dan cantik2 pulak tu (certain barang la). Tapi kena pandai pilih la. Dah tentu la barang murah, so, kena la pandai2 belek & tengok kualiti dia. Moh ler terjah benda hape yang aku shopping malam tadi. Saje nak share ngan korang. ;)
Top (labuh). RM20.
Kaler peach-orange, tapi dalam gambar nih tak terang la plak kaler peach-orange tu.
Aku sekarang nih minat patern camni pulak. Konon2 sweet lah kan.
2 minggu lepas dah beli top camni jugak.
Tapi tak labuh macam ni la.
Dan top tu ada manik2 + ribbon kecik yang tak-boleh-blah-perasan-macam-muda-giteww.
Top (labuh) kaler grey ni yang paling simple. I loikee~
RM15.
Cardigan (labuh jugakk). Agak transparent lah.
RM15.
Murah jer, kan. RM50, boleh dapat 3 helai baju. Sebab tu tadi aku cakap, tak rasa macam looser sangat. Hahaa~
Aku tak pakai baju mahal2 pun. Ok, tipu. Kadang2 ade jugak la beli yang mahal. Tapi aku bukan jenis yang suka beli barang mahal dan mesti pakai yang branded jer. Kalo cantik + murah, confirm la berkenan di hati dan taknak lepaskan benda yang aku berkenan tu.
Pastu balik rumah ler, dan sambung apa yang aku buat seharian untuk weekend nih....
tengok TV dan online....
Ape hal der ngan rambut lu?
Wa tergelak2 macam nak pengsan tengok rambut lu.
Hampir2 tak cam wa tengok lu.
Kahkahkahkahhh~~ ;DD
Ok fine, lebih baik rambut camni dari bonggol unta Mentor itu. Teeettttttttttt...!!!!!!!!!!!!!!!
Ok bye~
* p/s : auto-post entry. tengah tengok cite "Pa'e" kat TV3 masa taip entry nih. pukul 12.30 - 2.30 pagi. sedih la pulak. eh2, mudenyer Shaheizy Sam. hohoo~ ;D
. Tweet
1 comment:
dni pun amalkan vco & jadi pengedar vco hehe
Post a Comment